baru2 ni aku ada tonton filem@dokumentari terbitan/arahan mike moore. utk org2 yg xtau, mike moore juga ada buat filem fahrenheit 9/11 [ttg konspirasi dan rancangan/sebab sebenar AS serang afghanistan]. kalo yg fahrenheit 9/11 mengupas tipudaya AS dalam merencana peperangan terhadap Taliban, SiCKO cuba memberitahu dunia bahawa, dok kat AS pn x semestinya bahagia...the american dream is not so much of a dream after all...mimpi ngeri ada la...

mula filem ni mike mengulas ttg manusia2 yg xda insuran kesihatan kat US n kesusahan yg menimpa diorg...pastu mike citer plak org2 yg ADA insuran tapi nasib diorg xda jauh beza dgn org yg xda insuran...abis tu, ape pekdahnye ada insuran? serupa xyah ada, ye x?

lepas tu, mike bukak pulak cerita kekorupan sistem kesihatan kat AS dan mcmne sumenye bmula, dan mimpi ngeri tu x abis2 sampai skrg ni...sumenye kerana ketamakan, busuk hati, cinta donia, kekurangan nilai moral dan macam2 kebusukan masyarakat dan kerajaan AS dalam bidang kesihatan [dlm filem ni dia namakan HMO=health maintenance organization] yg kita sume xtau sehinggalah kita tgk cite nih...

bila amerika nak kata sistem diorg ni bagus, diorg/presiden AS suruh banding dgn negara2 jiran [kanada n cuba]...sekali si mike moore ni pegi la kanada dan wawancara rakyat kanada ttg sistem kesihatan kat sana...siap ada org AS pn sanggup tipu warganegara semata2 nk dptkan penjagaan kesihatan free kat kanada sbb kat AS pmohonan insuran dia kena nafi...isk3...

mike pegi melawat perancis, britain dan penghujungnye ke cuba utk buat pbandingan...kat prncis, dia jmpa warga AS kat sana n tny pengalaman diorg dpt cuti sakit 5mgu bergaji dan tambahan 1mgu utk bbuln madu kalo yg baru bkawin...kat UK plak, dia kene gelak sbb tny nk byr khidmat doktor katne...[best tol dok kat negara maju, selain AS la]...satu yg buleh kene note kat sini, wlpn perancis negara maju, kat sana org tunjuk perasaan, siap dpt perlindungan polis pn...bukn mcm kat mesia...kene hempuk, kene hentak...ada petikan/quote ckp, "in france d govt is afraid of d ppl, not like in america." aku rsa, kat mesia pn bleh pakai gak kot...so, xda alasan a kata kalo negara asik tunjuk perasaan, xbuleh nk maju...ye x?

utk penutup, last2 mike jumpa gak kat mana dlm wilayah AS yg ada perubatan percuma utk sume org...kat GUANTANAMO BAY...tempat diorg simpan tahanan al-qaeda...siap dia cakap, "we want the same healthcare like wut d evil-doers got." dumb-ass a jugak, tp betul pe...alhamdulillah 'evil-doers' pn dpt tiptop healthcare...hehe...

byk gak fakta yg aku baru dpt tau dr filem ni:

1. kualiti healthcare kat amerika atas satu tangga je dr slovenia [tangga ke 38 dlm senarai WHO]
2. kadar kematian bayi kat amerika lagi tinggi banding dgn elsalvador
3. jangka hayat org kat cuba [negeri fidel castro yg amerika benci sgt tuh] lagi lama dr org kat AS
4. kat perancis ada doktor 24hr dtg umah...wohohoho!!

korg cube la cari, kot2 dah ada pirated copy ke dlm internet nih...it's really an eye-opener

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati