"ilmu agama itu ada 4 peringkat. peringkat2 nya ialah syariat, tariqat, makrifat dan hakikat. umpamanya kita mengetahui kemanisan mangga.syariat itu jalan menghala ke buah mangga, tariqat itu perjalanan kita menuju buah mangga, makrifat itu melihat mangga yang ranum dan hakikat itu ialah menjamah mangga dan menikmati kemanisannya..."tadi tu petikan kata2 member aku, fauzi noordin, masa aku skola menengah dulu. skg ni dia tgh mendalami ilmu agama kat mesir kot...da lost contact dan maybe dia pun xigt kat aku lagi dah. masa dia cakap tu, dia tgh giat belajar silat dgn satu ustaz ni. kata2 tu melekat dalam kepala aku sampai skrg.

kitab al-hikam terjemahan bahasa inggeris

wlpn aku xjoin silat lagi masa tu, tapi aku cukup bminat dgn cara dia mengolah kenyataan mengenai 4 peringkat ilmu agama td. sgt mudah analogi yg dia bagi. masa aku kat matrik UIA dulu, aku pernah sebut benda ni secara xsengaja dan tanpa berpengetahuan pun, dan ada kwn aku terus berminat suruh aku terangkan...tergagap jugak aku nk bercerita...[org xpandai nak reka cerita, huh, berpeluh jugak aku time tu!]. silap aku masa tu xgi tny dgn che lin/nadzrin abd wahab, kalo x, sure aku dah buleh bercerita pjg lebar ttg 4peringkat ilmu nih...::wink2::
menurut fauzi noordin lagi, satu masa dulu, aliran ilmu tariqat ni byk dan meluas kat malaysia. setiap tempat ada guru dan mursyid dia sendiri. juz name it, you got it. punya banyaknye, sampai ada yg ter'sesat'2...[aku xtau camne buleh sesat, nti aku buat kajian lain]...klimaksnya, kerajaan terpaksa haramkan semua skali demi menyelamatkan akidah umat.sumorg belajar tahap syariat je, lebih2 xbuleh...tapi, sumwer in '80s, pengharaman tu ditarik balik sbb bimbang ilmu2 yg baik tu akan hilang dan kelak sorg pun xtau akn kewujudan ilmu2 peringkat 'tinggi' ni. dlm pada tu, pejabat agama kena wat pemantauan dan penapisan atas guru2 tariqat ni...FYI, senarai ajaran2 tariqat yg diwartakan sesat ada kat website kementerian penerangan/JAKIM. nk tgk, klik sini.

antara yg terlibat ialah beberapa perguruan silat.

isu yg aku nk kongsi dgn sumorg ialah tanggapan umum mengenai ilmu tariqat dan penglibatan perguruan2 silat. pd org kebanyakan, belajar silat ni mesti ada belajar amalan2 tertentu. sbg cth, ada zikir2 khas, mandi limau, wirid pjg2, ayat pengasih [tariqat apenye ada ayat pengasih ni?], tangkal kebal dsb. ada silat yg wat demo tetak xlut, kunyah kaca, lompat jauh bermeter2 dan pelbagai aksi mendebarkan penonton. selepas pertunjukan, pasti ada hadirin yg kata,"gile ah silat ni, ni sure ada baca2 sumtg. xpun sure ada 'bela' pny." ada yg berminat lantas mendaftar nak belajar. ada yg mengambil langkah utk menjauhi terus ilmu silat, kerana bimbang akidah xselamat.

ilmu tariqat pulak, dlm kepala org ramai akn terbyg sorg pak aji, pakai serban lusuh lebih kurg dgn jubah, dok dlm bulatan dgn jemaah dia, berzikir berwirid sepjg mlm. jgn kata org ramai la, aku dulu pun camtu. nak2 pulak, kdg2 ada drama swasta kat TV tunjuk cerita2 imam2 ajaran sesat la, sheikh2 wali pembohong la, cerita ayah pin, dan mcm2 cerita lg yg memperihalkan golongan tariqat nih. lagi best, guru2 ni akn ditonjolkn dgn hikmat2 tertentu mcm wajah buleh menyala mcm lampu la, tukar kertas jd duit la, buleh kawin ramai la [ape punye tariqat la, tp mcm best gak kalo join. hehe]. dan ajaran2 tariqat ni pun ada amalan2 zikir2 tersendiri.

dan mmg wujud guru2 silat berlatarbelakangkan agama. cthny mcm almarhum ustaz hanafi guru silat cekak. sambil dia mengajar silat, dia ada pengajian2 agama dia di surau2 dan masjid2. dia buleh ajar kitab al-hikam dr ibnu atha'illah. kalo sape2 cari, kitab ni pn mcm ajaran tariqat jugak.

flashback 1:

aku: abah, tariqat tu ape?

abah: tariqat tu ilmu jalan nak mendekatkan diri kepada Allah.

aku: abis tu, yg zikir2 tu ape pulak?

abah: zikir2 tu salah satu cara je. mcm2 cara boleh jd jalan kita nak mendekatkan diri kpd Allah. ada org guna zikir, ada org ikut guru silat. mcm kamu, belajar perubatan. itu jalan yg kamu ambik, tariqat kamu. jadinya, kamu usahalah dalam jalan kamu, macam mana nak dekatkan diri kpd Allah. cari kebesaran Allah dalam ciptaan-Nya. bagaimana Allah boleh buat proses2 yang sehalus2nya dlm badan manusia, kajilah bagaimana kehebatan Allah. setiap yang saintifik tu, kaitkan dgn Allah.

flashback 2:

che lin: ilmu tu, bila dikaji, hilang mistiknya...timbul kagum kepada Allah

aku: ooo...[terlopong depan laptop]

now i'm on my way to journey more into my tariqat!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati