Archives

ayat2 aku xcukup power lagi...


dah lama aku xmembaca novel. last novel yg aku baca...hmm...ntah, aku xigt dah. selalunya aku baca novel yg ada filem. sama ada filem jd novel, atau novel jd filem. dan 3-4 tahun dulu, aku byk baca antologi je. malas nak baca novel. lambat sangat nak habis. hehe...dan bahan2 bacaan aku yg lain kebiasaannya ialah akhbar, majalah, rencana, internet dan iklan. novel, bukan pilihan utama. apatah lagi novel cinta.

yang tambah memalaskan aku baca novel ni sbb byk novel bahasa melayu, sume nye bertemakan cinta. kalo x cinta, rindu. kalo x rindu, kasih. kalo x kasih, sayang. jarang sekali ada novel yg bertemakan selain tema2 jiwang2 ni.

tapi 2mgu lps ada la membe aku sorg ni, promot aku baca novel 'Ayat-ayat Cinta'. karya Habiburrahman el-Syirazi.

memandangkan reputasi yg teramat bagusnya yg aku dgr pasal novel ni, aku pun mula la baca. nothing to lose pun. tambahan pulak, aku ada terbaca komen sasterawan A. Samad Said pasal novel ni. bagus dan revolusioner...[or sumtg like dat]

membaca novel ni mengingatkan aku ttg perjalanan aku mesir xberapa lama dulu. seolah2 aku dapat mengecap kembali suasana dlm metro, jalan2 kota cairo dan bunyi ombak di alexandria. cewah!

novel ni sedap dibaca wlpn ada beberapa kalimah indon yg xdimengertikan. mostly, [sekitar 95%] perkataan buleh difahami.

novel ni, to some extent, menginsafkan sbb ada kisah2 flashback si fahri [watak utama] yg miskin pd zaman kanak2nya dan hidup sederhana, serta kegigihannya nak survive hidup di kota kaherah.

satu yg aku xpuas hati baca novel ni, ialah, kenapa la org yg baik dan beramal soleh dan xpenah sembang dgn pompuan mcm fahri tu, sampai 4 org gadis buleh syok kat dia pada masa yg sama??? pulak tu, dia x sedar pun yg sume org syok kat dia. adakah dia terlalu naif nak sedar benda tu? [aku yg asyik flirting2 ni, xda sorg pun sangkut...]

kalo aku la [tu la sbb aku ni bukan fahri...] aku kawin je dgn ramai2 tu. dah a kawin dgn aisha yg kaya, buleh je buat modal nak kawin dgn nurul si indon, maria si qibti dan noura anak bahador bermuka dingin...muahahah...puas ati aku...apakan daya, tu sume cereka semata2. dalam realiti, aku sangsi kalau benda tu benar2 kejadian. [cewah, aku pn nak mengayat2 cinta jugak ke ni?]

satu lagi yg aku gelihati nak baca ialah ayat2 seperti 'kami beribadah bersama', dan cara fahri nak beromantis2 dgn isterinya aisha di malam pertama...adoi mak...romantik bukan main...aku xbersedia nk jadi romantik camtu...hahaha

kalo sape2 ada filem dia, sila bitau aku camne nak download...tq

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

the adrenaline rush

err...this is not me. i only wear white belt

huh...today was the first day in my life i went into a ring and fight. believe me, being on the outside is more pleasurable than being battered like hell in the ring.

yeah, i did say i had some experience in martial arts before. but that was different. practicing punches and kicks on a training partner is nothing compared to trading REAL PUNCHES AND KICKS with somebody who really wants to land a blow on your face while not keeping still.

furthermore, i never had proper training in sparring. my silat practice was half-way and was not sports-oriented. so was my belief then. that learning self defense is only for the use during emergency times. and the silat style that i learned did not have fancy moves or steps. [Silat Cekak Hanafi stresses on the self-defense and does not possess various stances. only stand straight and be prepared].

so, i entered the ring. being a noob i am, i tried to land a few timid punches. my opponent was a boy about 14 years old with an orange belt [i don't know which level is orange, but he's surely not white like i am]. he managed to counter-punch everytime i punched. luckily i managed to evade most of his attacks. in the match, master Igor said no kicking [good God!]. i too had some of my punches on his face. once i lost my step [the floor mat caught my toe] and i fell. ouch! felt like a dumb-ass.

i got up and started again. after a few steps back and forth, my opponent found and open corner and WHACK!!! a high speed punch hit my face [i was wearing a headgear. ladies, i'm fine...] and i sprawled on the ground. haha!!! as i sit up, master Igor asked, "oi! why are you sitting down? you lazy ass!!" his nephew, Gena [the referree] said explained that i was just knocked-down.

i entered the 2nd round after watching the guys fight. i saw usop fight. he had some TKD experience [also a holder of black belt, 2nd Dan]. he did quite well against Ahmed [also a boy with orange belt]. the 2nd match was without the headgear. i personally asked Gena to ask the opponent to mind the head. more body punch please...

this time, i minimised my movement. wait for the incoming attack and fire my punch. too much movement made me tired and thirsty in the earlier bout. the tactic worked. this time, i wasn't that much of a punching bag. with some parrying and evading, i hit his chest a number of times. but unluckily, the same punch went head straight to my head and again i was knocked down. noe i understood the trauma of the 'crash-test dummy' in fight science, NGC.

truly i lost my balance the time the punch hit me and a few seconds after that. the world went round and round. hohoho!!!

i went for a few more steps and finished. i was already battered. my opponent congratulated me for the nice chest punch i 'awarded' him.

not too bad for a newbie huh?





These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lagi Kes Kebakaran

rak kasut terbakar

Slobodka, 26 januari - sekali lagi kebakaran melanda bilik 707, asrama 1/2. kali ini di tengah kegelapan malam dan penghuni sedang nyenyak tidur. kebakaran kali ini kelihatannya lebih serius dan lebih besar dari kejadian tempoh hari.

berpunca dari lilin yang digunakan, api telah menyambar rak kasut pada jam 3 pagi. api tersebut telah menjilat kasut2 PVC dengan rakusnya. kasut berbulu kegunaan musim sejuk milik Yusuf juga tak dapat diselamatkan.

kasut-kasut yang terbakar

penghuni bilik itu mendakwa terpaksa menggunakan lilin sebagai sumber cahaya kerana ketiadaan elektrik akibat kelemahan pihak pentadbiran asrama. lilin itu jugalah yang membuat angkara murka dan membakar rak kasut beserta kasut-kasutnya sekali.

Azizul Ismie, 22, ialah saksi kejadian yang terjaga dan mengambil tindakan cepat memadamkan kebakaran. beliau dibantu saudara Mohd Salihin, 22. bantuan segera Mohd Salihin menyebabkan beliau pula diserang 'ortostatic hypotension'.

penghuni bilik yang tidur semasa wartawan mengambil gambar

penghuni lain bilik itu pula berkata,
"aku dah terkedu dah, tak larat nak bangun pagi tadi!" Mohd Aswad, 22.
"terbakar ke? aku langkah je rak tu masa nak pergi bilik air pagi tadi..." Ahmad Yusuf, 22.

salihin yang giat mengemas di pagi hari

nilai kerugian belum dapat ditaksirkan oleh pihak-pihak berkenaan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

enter the рукопашный бой...

adakah terbelit2 lidah korg atau tergeliat otak korg nak membaca benda alah tajuk kat atas tu?

jgn khuatir...ia xda kene mengena dgn jampi serapah atau ape2 perkara yg buleh merosakkan akidah...cara bacanye ialah 'rukopashniy boi' [bukan sk8er boi, lagu avril lavigne tu...]

'rukopashniy boi' ni maknenye 'hand-to-hand combat'...mcm 'free-hand combat/tempur tanpa senjata' la jugak...ia suatu sistem seni beladiri yg disusun oleh org ukren ni. aku xtau la pulak sape yg susun, tapi dr ape yg aku baca di papan2 iklan di sini, seni ni digunakan oleh tentera2 dan pihak polis kat sini.

sepemerhatian aku jugak, 'rukopashniy boi' ni mengambil juzuk2 dari berbagai2 seni beladiri asia lain. ye la, tipu la pulak kalo aku kata org ukren ni yg reka benda ni. org2 asia [jepun, melayu, cina, siam, india dll] je yg rajin mencipta seni beladiri. tgk saja karate, TKD, silat, tinju muay, kalari payat, jujitsu, kung fu, krabi krabong, aikido, the list goes on and on...

gamba org tgh gusti judo

dan satu lagi, badan manusia ni ada tulang empat kerat je pun. byk mane sgt pergerakan yg boleh direka dan boleh diletakkan identiti sendiri. maksud aku, kaedah kuncian silat boleh saje sama rupanya dgn kuncian kung fu. yang membezakan aliran ini dgn itu ialah falsafah dan pengisiannya.

so boleh la aku kata jugak yg sebahagian drpd 'rukopashniy boi' ni seni yg dicedok dari seni2 beladiri asia yg dah 'established'.

tapi ada jugak teknik2 yg xkurang 'perit'nya [kalo terkene kat muka sendiri la] yg unik kpd 'rukopashniy boi' yg aku xpenah tgk pd seni2 lain. teknik2 ni la yg aku sedang cuba nak gali/curi dan bawak balik ke Tanah Melayu nanti. mungkin teknik ni ada, tp kelana aku dlm arena silat xcukup dalam...[mmg xdalam langsung pun...gempak je lebih]

ah ye, lupa nk bitau. aku dok merapik pasal RB [baca: 'rukopashniy boi'] ni sbb aku dah join. lama dah aku pikir nak join, masa je xda...hari ni ialah hari ke-3 aku berlatih...penat nak maut nye...xcaya, sila tgk entry blog uShop...

latihan RB ni mmg melatih stamina dan ketahanan...alhamdulillah, wlpn tercungap2 xcukup nafas, aku ttp xlupa teknik 'nafas melayu'...

aku join benda ni bukan sbb aku dah xpecaya keberkesanan silat melayu. aku cuma nak belajar seni org lain, hujungnya, akan menguatkan rasa cinta aku kpd seni bangsa aku sendiri. dan masa aku kat ukren ni la masa aku nak belajar benda ni. kat tempat lain xda. belajar RB pada aku ialah seolah2 dapat set lengkap seni2 beladiri luar negara.

doakan aku kuat semangat dan usaha menuntut ilmu ni [dan supaya aku dapat kuruskan badan aku, mcm usop pny wish je?] hehe

P.S> satu yg best join benda ni ialah, lepas berlatih penat2, buleh mandi air panas kat sports complex...hehe...kat hostel selalu xda air...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

racism lagi...

ni bukan cerita aku...tapi aku link dari blog kawan aku kat russia...sila la baca kat SINI

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

rumah urut

hari tu, masa kelas pendidikan sukan dan kesihatan [sports medicine], ada subjek bertajuk 'massage'/urut.
so, kami ramai2 pun dgr kuliah ttg urut mengurut ni.
cikgu yg mengajar nama dia igor ivanovich.
dia mula bersyarah ttg asal usul seni mengurut.
dia timbulkan perbahasan, siapa yg lebih awal mengurut? tamadun china atau tamadun india? masing2 ada hujah masing2.
sebenanye, urutan tu sendiri bermula apabila manusia pertama sakit [akibat terhantuk/tersepak/terpijak sesuatu] memicit2 anggota yg sakit utk melegakan kesakitan. yg digaduhkan oleh china dan india td tu ialah siapa yg lebih awal menyusun ilmu mengurut secara sistematik dan berdokumen.
apabila sakit terhantuk/tersepak/terpijak, urutan sebenarnye melegakan sakit dgn menambah luas permukaan yg menerima impuls. luas permukaan yg terjejas tadi kecik je, tapi bila kita urut, luas permukaan yg dirangsang bertambah luas dan menghilangkan tumpuan kita terhadap sakit tadi.
lepas tu, ilmu mengurut berevolusi seiring dgn akal manusia.
timbul pulak, mengurut dgn ubat2 herba tertentu, minyak, batu panas, urut refleksi, urut lembut, urut keras dsb.
urut refleksi, katanya, dijumpai apabila manusia mendapati apabila dia sakit di sesuatu bhgn badan [cthnya di telinga] bhgn lain turut sakit [cthny jari tgn]. maka dia buat kesimpulan, 'mesti jari dan telinga aku ni ada kaitan'. bila sihat jari dia lepas diurut, telinga dia pun sihat.
urutan jugak, katanya lagi, buleh meyihatkan badan dgn menentang jangkitan virus.bagaimana?
bila badan diserang virus, suhu badan akan naik sbg tindak balas jangkitan. suhu badan yg meningkat [38' C] akan mengaktifkan sistem imun badan dan merangsang sel darah putih T utk menghasilkan interferon utk menentang virus.
sama juga, bila badan diurut, suhu badan akan meningkat [ni urut yg serius la. bukan main2 punya] sedangkan gosok tgn lama2 pun panas, inikan pulak urut 30 minit. seolah2 kita menipu badan kita dgn menaikkan suhu, sistem imun akan bertindak sama spt kes tadi. ini lebih baik utk menentang virus sbb tidakan begini lebih alami/natural berbanding menyuntik interferon asing utk melawan jangkitan.
cikgu tu pun ada cakap, xelok sgt sebenanye kalo asik makan ubat terus. tgu suhu lebih 38'C dulu, baru makan ubat. suhu 38' tu mmg suhu badan nak lwn penyakit.
teknik mengurut ada mcm2. ada urut superficial, urut dalam, urut gaya sweden, gaya finland, gaya rom purba dsb.
penutup syarahan cikgu tadi, dia menyentuh pasal pusat2 spa dan resort2 spa. dia kata spa2 yg ada khidmat urut ni, sume temberang je. urutan kat pusat2 spa ni xsume merawat. mmg menenangkan dan mengistirehatkan tapi yg lebih utama ialah menimbulkan 'dominan' dlm minda. bila dah timbul 'dominan' dlm kepala, lain kali bila ada stress, dtg lagi buat rawatan. bila dtg lagi, byr lagi, untung lg. urutan yg merawat sebenanye, ada yg selesa, ada yg perit. adakalanya, yg perit itu lagi baik utk kesembuhan.

memetik kata2 hippocrates,'awal merawat itu, dgn tumbuh2an, kemudian urutan, kemudian pisau [membedah]'

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sejarah sket!!!


taegukgi, brotherhood of war.

cerita ni mengisahkan 2 beradik yg mengharungi zaman perang korea dan suka-duka mereka mengharungi peperangan.
betapa sukar dan kompleksnya perang tu, menyebabkan si abang yg mulanya di pihak korea selatan dan akhirnya menjadi komunis.
si adik pula, pada mulanya keberatan nak ikut perang tapi xsanggup nak tinggalkan abangnya seorangan di medan tempur.
si abang yg berjuang menunjukkan kesetiaan pada bendera korea selatan, hampir membunuh kawan sekampung yang berperang di pihak korea utara.
si adik, walaupun giat menentang askar komunis, tetap nak melindungi kawan sekampung diorg tu.
aku suka cerita ni bila twist dia nak tunjuk si abang berpaling tadah. si abang ni berdendam dgn pihak korea selatan sbb askar korea selatan ni nak bunuh tunang dia. tunang dia ni dituduh jadi komunis sbb ikut ceramah2 propaganda komunis. padahalnya, tunang dia xcukup makan, sape2 nak makan, pegi la ceramah, dpt makanan percuma.
si adik ni pulak, ditangkap masa adik beradik ni cuba nak selamatkan tunang abang td. pun dia disyaki komunis.
lagi la kuat alasan si abang nk berpaling tadah.
in the end, si adik cuba cari si abang dan nk bawak balik, tapi niat murninya xkesampaian....isk3
cerita ni penuh dgn babak2 aksi perang yg realistik [kecuali part serangan udara, fake gile k.tbg dia], part2 sedih dan touching dan nilai2 kekeluargaan. tak kurang jugak cerita ni buleh menerapkan nilai patriotisme [kalo korg org korea la...]
cerita ni jugak memaparkan sejarah yg kurang popular kat malaysia [siapa yg tau pasal perang korea? perang tanah malaya pn xsume khatam, tmasuk la aku]
aku rekemen korg tgk cite ni, sbb cite ni berjaya buat aku hampir nak nangis...isk3 [wlpn cite ni diterbitkan tahun 2004]

fakta:


  1. taegukgi ialah nama bendera korea asal [bendera korea selatan sekarang]
  2. korea utara dan selatan dipisahkan oleh garis sempadan 38. xda sempadan semulajadi, cuma garis tu kat 38 darjah utara dr khatulistiwa [lihat sini]
  3. korea utara dan selatan masih dalam keadaan perang, xpenah berlaku perjanjian gencatan senjata atau damai

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

minta bantuan...

ada berita baik yg nak aku kongsikan di sini...tp aku malas nk ckp byk...

tgk je gamba2 di bwh.




buat kesimpulan sendiri.

tolong aku pilih nama baru
  1. pakcik wan
  2. pak ngah wan
  3. uncle wan
  4. che wan cool
  5. дядя wan (ckp russian, 'diadia')
  6. Dr. wan

kalo korg ada cdgn sendiri, sila kemukakan kat aku. aku ada lebih kurg 2tahun lagi sampai budak ni buleh bercakap dan buleh sebut nama aku.hehe

doakan la yg akak aku selamat sejahtera spjg kehamilannya dan selamat bersalin, insya Allah, julai nanti.

p.s: adakah aku dah kene start cari 'makcik' utk anak ini? ouch!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kita TERTIPU selama ni!!!


to sdr fahmi reza,

sebagai tanda terima kasih dan ucapan tahniah kepada sdr. pengarah filem dokumentari pendek '10tahun', sdr fahmi reza, aku siapkan juga reviu aku mengenai filemnya ini. [sori bro, i took too much time and kept u waiting]

"Hartal tu, membantah!" -Zainuddin Andika, 10tahun

petikan kata2 favourite aku dlm filem ini. itu menunjukkan yang bangsa Malaysia [Malaya ketika itu] tidak semuanya turut bersetuju dan menjadi 'pak sanggup' menubuhkan Persekutuan Malaya 1947. apa sebenarnya yang berlaku 10 tahun sebelum merdeka? penting ke? ada ape2 ke yg berlaku pun? apesal kita xpenah tahu? filem 10tahun arahan Fahmi Reza cuba mencungkil rahsia2 peristiwa yang berlaku di sebalik kemerdekaan negara dan bakal memadamkan persoalan2 yang timbul seperti di atas. seperti mana yang diketahui, tanah melayu telah dijajah oleh pelbagai kuasa besar dunia silam seperti portugis, belanda, inggeris dan jepun. bertitik tolak dari penjajahan jepun, masyarakat Malaya, khususnya Melayu telah beroleh kesedaran untuk bangun dan berusaha memajukan diri sendiri.

"...kita punya tanah air, kita punya. dia datang menjajah, kita mesti suruh dia balik..." -Yahya Nassim, 10tahun

perjuangan bangsa Melayu pada masa itu dimulakan oleh PKMM [Parti Kebangsaan Melayu Malaya] dan dipengaruhi oleh kebangkitan rakyat Indonesia menentang Belanda. kata2 Allahyarham Sukarno menyuntik semangat mereka untuk berjuang menuntut kemerdekaan dengan darah. pelbagai usaha telah dilakukan oleh mereka untuk memastikan kedaulatan dan kekayaan Tanah Melayu tidak terus menerus dirompak oleh pihak kolonial british. bergandingan dengan kesatuan2 buruh se-Malaya, MDU [Malayan Democratic Union], AWAS [Angkatan Wanita Sedar] dan pertubuhan2 lain, mereka telah membentuk gabungan PUTERA-AMCJA.

PKMM [dan gabungan PUTERA-AMCJA] telah menganjurkan rapat2 umum, demonstrasi dan majlis2 penerangan untuk menyampaikan misi mereka kepada masyarakat tetapi sayangnya masyarakat Melayu ketika itu masih dibelenggu masalah kurang pengetahuan dan trauma selepas perang, menyebabkan mereka takut untuk memilih perjuangan PKMM. beberapa fakta menarik mengenai Perlembagaan Rakyat [yang diusulkan untuk menentang Perlembagaan Persekutuan Malaya] dan fakta2 yg disembunyikan dari buku sejarah malaysia tingkatan 5:
  1. perlembagaan rakyat kata, xada beza melayu, cina atau india. semua akan jadi melayu
  2. presiden MCA ketika itu, Tun Tan Cheng Lock pun terus bersetuju nak jadi Melayu. tanpa banyak soal...[rujuk kenyataan Lim Kean Chye dlm 10tahun]
  3. british berunding dgn UMNO walaupun mereka x mewakili golongan majoriti
  4. pihak PUTERA-AMCJA lebih awal mewujudkan pakatan antara kaum berbanding parti Perikatan [rujuk kenyataan Lim Kean Chye dlm 10tahun]
  5. banyak org yg ditangkap semasa zaman darurat yg dituduh komunis adalah Melayu [hampir 30%] padahal merekalah yang sebenar2 menuntut kemerdekaan, bukan 'Hidup Melayu!'
kemuncak penentangan mereka ialah menganjurkan hartal seluruh Malaya pada 20 oktober 1947 sebagai tanda protes terhadap Perlembagaan Persekutuan Malaya.

IMHO, dokumentari 10tahun ialah satu langkah mulia untuk menerapkan kembali semangat patriotisme dlm diri belia zaman sekarang supaya mereka sedar bahawa Malaysia bukanlah merdeka semata2 melalui rundingan. i giv d documentary a dazzling 5 star out of 5, for a superb effort and quality displayed despite of a small budget and lack of living proofs [heck, those ppl involved are already 80 something. luckily fahmi reza found them while they are still alive and kicking] salute also to the true freedom fighters of old!!!

Darah rakyat masih berjalan, menderita sakit dan miskin
Padanya datang pembalasan, rakyat yang menjadi hakim
Rakyat yang menjadi hakim

Ayuh, ayuh bergerak sekarang!
Merah putih panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

radang peparu ke pneumonia?


ada satu hari tu, aku ada terdengar perbualan 2-3 org kwn mengenai istilah2 yg terdapat dalam satu buku [buku berkaitan perubatan rasanye], dalam bahasa Melayu Brunei.
diorg berbicara tentang istilah 'batang otak', 'radang peparu' [hanya menamakan beberapa] dan beberapa istilah lain sambil MENTERTAWAKAN istilah2 tersebut...
aku dgr komen diorg, berdesing telinga aku. tapi memandangkan aku baru kenal diorg dan diorg pn xkenal aku, jadinye, aku diamkan saje...

persoalannya di sini, ape masalahnya dgn 'batang otak' dan 'radang peparu'?
ape masalahny yg menyebabkan aku bengang xtentu pasal tu?
SEBABnye ialah aku tgh dgr bahasa Melayu diperkecil-kecil dan diperlecehkan...
YA mmg x dinafikan, bunyinye mmg kelakar. sape yg xnk gelak dgr istilah 'batang otak'...mcm nama kuih raya [batang buruk] jek...

tp diingatkan semula, bahawa istilah 'batang otak' tu terjemahan langsung dr istilah 'brain stem'...kenapa xda org gelak pun dgn istilah 'brain stem'? oi, jom la gelak ramai2 dgn istilah 'brain stem' ni!!!
[aku rasa org2 putih/penutur inggeris yg xmendalami bidang sains ni pun akan gelak kalau dgr istilah 'brain stem'. WTH is a brain stem? why in d world d brain grows from a stem?]

sedih aku sebenarny melihat bahasa Melayu yang semakin hilang. dah a isu Pembelajaran Sains dan Matematik Dlm BI xabis2 lg...isk3

tapi, penghujungny aku xjd marah kat diorg [kwn2 yg tersebut di atas]...sbb diorg belajar dan dapat pendedahan mengenai istilah anatomi dalam bahasa inggeris. jadinya, xbuleh salahkan diorg 100% kalau diorg xtau benda tu. mungkin penerangan lanjut seharusnya diberi kepada masyarakat oleh pihak2 yg berkewajipan atau pihak2 yg sensitif mengenai perkara ni.

berbalik kpd isu belajar Sains dan Matematik dlm BI ni, aku ada jumpa satu pakcik masa kat mesir hr tu. pakcik yg sekali dgn aku masa lawatan ke fayyum [sila cek entry sblm ni]. pakcik ni 'somebody' a jugak kat institut teknologi nuklear Malaysia [dulunya MINT@Malaysian Institute of Nuclear Technology]. bukan calang2 org ni!

pendapat dia lagi best. dulu dia belajar fizik dalam bhs indonesia. xda masalah pun. buleh je pandai. belajar matematik, guna equation je pun. xda kene mengena dgn bahasa. dia kata isu bahasa ni diambil kesempatan oleh beberapa pihak dalam kerajaan dan penerbit2 buku. pembuat2 dasar ni mungkin ada 'share' dgn penerbit2 buku. bila keluar arahan cetak buku dlm BM, dia ada 'share', bila keluar arahan baru utk buat buku dlm BI, penerbit2 buku akan cetak buku baru [dan dpt profit] dan trimas kpd pembuat dasar, pembuat dasar pun dpt 'share' jugak. hujungnya, budak2 sekolah jd celaru, xreti bahasa...adoi laa...

serasa aku la, isu ni ada kena mengena dgn betapa patriotiknya kita terhadap bangsa/negara/bahasa kita sendiri. bab2 patriotik ni, aku kupas lain kali...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mesir, selamat tinggal...

FLASHBACK

ptg tu, iqbal bwk aku jln2 last gi masjid amru al-as [masjid pertama di tanah benua afrika], kat area METRO st mary church/mar girgis. kat masjid ni, bila bulan pose, umat islam mesir akan berebut2 turun masjid amru sbb nk smyg terawih berimamkn sheikh jibril. ye, nama imam tu sheikh jibril. punye ramai org masa bulan pose, smpi jln kene tutup, bas, kereta, teksi sume xleh lalu...makmum akan bersepah2 smpai luar dan sape2 yg nk pegi iftar kene hadir sblm asar. sape lewat, xdpt.

pastu plak, beli brg2 kat
attabah, minyak wangi dan serban.

landmark menara al-azhar, menara ada dua puncak

mihrab dan mimbar masjid al-azhar

smyg asar, kami pegi masjid gami' al azhar. tempat ulama2 silam dan mutakhir menimba ilmu, mencurah hikmah kepada penuntut2 khazanah tinggalan para mursalin.
merasa jugak aku masuk masjid al azhar. wlpn xbelaja agama sampai tahap mufti, ada kenangan aku kat sini...


mimbar masjid saidina hussain

pastu gi area masjid saidina hussain, cucu nabi. ada maqam kat sini yg didakwa tempat ditanam kepala cucu baginda Rasul yang mulia. ramai pengunjung, xkira waktu. ada je dok melepak kat sekitar maqam tu. ada yg dtg dan cium2 tiang pagar maqam tu, ada yg berzikir, berdoa dan mcm2 lg. aku dtg, petik gamba je...

maqam saidina hussain

hari dah nak masuk ke maghrib, aku n iqbal menyusur ke lorong2 kedai berhampiran, nk bershopping. utk adik-beradik lelaki, aku beli t-shirt. utk mak n kakcik, aku beli ayat2 quran nk letak kat dinding.utk abah, aku beli tarbus ahmad albab. muahaha. aku beli sumtg utk che lin jugak. utk membe2 lain, aku beli sikit je. takut excess baggage a...sori la yek! lenkali ada org dtg mesir, aku pesan kat diorg. aku sendiri pn lupa nk beli sumtg nk gantung dlm bilik aku kat mesia...huhu

lepas maghrib, kami pegi ramai2 bekumpul kat rumah kawan lama aku dr skola izzuddin lg. abdul rahman muhammad yg dah berkawin, tinggal dgn isteri dia sumwere in
sabi' [mcm sect. 7 a jugak. akhi hamdan ckp nama2 camni popular kat bandar nasr, sbb bandar ni bandar baru. terancang sket]. dia dah ajak aku smlm dan nak buat jamuan lps dpt tau aku dtg ke cairo. nak mencari rumah si abd rahman ni, hamdan tersesat2 bwk moto. dah a sejuk winter ni. huhu. sesat sampai ke abbas aqqad...[mcm area bukit bintang a...]

kat rumah abd rahman, kitorg makan masakan isteri abd rahman, nasi ayam yg 'kow' gile ah ding dong pny. mane ko x gemuk man...azam plak, asik2 seloroh nk kawin la ape la, pastu suruh aku kawin plak. cit, azam. ko yg nak kawin, xyah a suruh aku.

dari kiri, junior (aku xkenal), azam bahador, aku, iqbal munawir, dzul hizami, abd rahman, abd hadi awang (senior), haikal (senior). akhi hamdan ada dok sebelah junior, tapi muka xmasuk frem

terasa ukhuwah yg terbina kat kolej dulu, segar semula. wlpn lama xjumpa, tp masa jamuan tu, rasa mcm xpenah berpisah...

ucapan aku utk abd rahman, bini ko masak mmg sedap...

lepas balik umah abd rahman, aku n iqbal singgah kejap kat bus stop. daing n zawil nk jumpa...
sempat sembang kejap je dgn daing n zawil. sempat a dpt ole2 dr diorg. diorg bagi aku sabun zaitun n manisan yg mampu menaikkan paras gula ke tahap berbahaya.
[mmg manis!]

tq daing n zawil. aku igt janji ko daing, nk belanja aku. muahaha...

mlm tu, aku xberani nk tdo...takut terlepas time nk ke airport...so aku stay up lyn internet kat komp dzul...
melalak je alarm kul 4am, aku kejut iqbal...mintak tlg dia tahan teksi...

spjg jalan ke airport tu, driver teksi xabis mengehon. amaran kat org lain yg dia tgh speeding...aku dok dlm tu mengenang perjalanan aku seminggu lepas yg bakal berakhir, exam yg mendatang, senyuman awek2 mesir, laungan2 azan di mana2 dan budi baik kwn2 aku yg bagi tumpang rumah diorg...


berapa road block teksi tu kena OTW gi airport. aku pn kene soal jugak, sekali dgn driver tu...

proses berjalan di airport seperti biasa, lepas kastam, imigresen, check in, boarding dan berlepas...

[ada sumtg kecoh gak masa solat subuh di airport, tp xpenting. malas nak cite]

Mesir, jgnlah ini kali pertama dan terakhir kita berpisah...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Metro Kaherah, dan tuk-tuk

FLASHBACK

hari ni hari khamis...merangkap hari last aku kat tanah mesir nih...ada satu lagi tugasan yg perlu aku buat sblm aku meninggalkan tanah para ulama' ni dan balik ke bumi yg penuh kemungkaran, UA...huhu...aku kene pegi shopping

agak malang bagi aku, hari khamis, dak2 ni sume ada kelas...so, its up to me n my living skills nak redah n cari jalan ke kilang asfour, membawa pulang khazanah berharga utk kwn2 yg menanti di UA...
apekah khazanah berharga tu?

itulah kristal...berasal usul dari pasir xbernilai, dimasak dan lebur, diproses jadi kristal berkilau2 mcm intan berlian...harga pun dekat2 mcm intan berlian...cuma kat mesir ni, buleh dpt murah. [itu la sebab budak2 ni suh beli. terpengaruh dgn promo usop yg beli berketul2 masa dia pegi taun lepas]

iqbal bermurah hati tolong surf google earth, cari koordinat bandar kaherah dan cetakkan peta kedudukan kilang kristal asfour...


Metro Egypt, satu2 nya metro di benua afrika

xjauh, cuma kena amik METRO arah el marg, tuka tren kat stesen anuar el sadat [mcm yg besa buat kat KL sentral tu...] pastu amik ke arah shubra el kheima. naik sampai hujung...[byk la aku pny xjauh...mmg mencabar kewibawaan nih!]
aku kuatkan semangat jugak sbb aku selalu bitau diri aku sendiri, sape2 yg buleh survive kat UA, bleh idup kat mane2 dlm dunia ni. lg pn, bhs arab aku xda la kokak sgt...setakat baca tu buleh lg

tiket metro berharga 1 geneh, ke mana2

pukul 10 lebih aku kuar rumah, menapak gi stesen METRO n menuju ke kilang asfour...tiket akhi hamdan dah sapot tadi. hehe, such a free loader. haha
dekat 1/2 jam aku dok dlm tren. melilau mata aku supaya x terlepas
stesen anuar el sadat. lepas tuka tren, lega dah aku sbb tren ni naik smpi ujung. so xda masalah nk terlepas ke ape ke.

perjalanan aku ke shubra

aku amik choice nk turun kat shubra el kheima. iqbal ckp ada 2 pilihan: turun shubra el kheima, pastu naik bas ATAU turun kuliyya el ziraat [fakulti botani] dan amik teksi. bas kene 1 geneh tapi xtau nk turun mane, teksi kene 4-5 geneh tapi sure sampai. saje nak mengikut naluri adventurous aku yg xseberapa ni, aku turun shubra el kheima dan wat keputusan nak jln kaki...haha, bajet tol!
bile aku turun kat
shubra el kheima, terus mcm xcaya sbb stesen shubra ni, ada pasar yg teramat la lecah/becaknye...[mlm td ujan kat kota cairo] terus mati mood aku nk jalan kaki [jaga kasut baru, n seluar aku pulak putih] huhu

aku jln 300-400 meter, terus aku angkat tuk2 yg mcm dlm cerita tamil tu [kenderaan mcm moto, roda tiga, ada bumbung, muat 2 org kat belakang, depan ada driver]..."ila masna' asfour, lau samaht." tu dia, ayat lengkap "tolong bawa ke kilang asfour." OTW, aku buat rakaman dgn kamera aku.
nak jd kes, kamera aku lupa cas bateri dr smlm dan memori kad plak aku x letak balik lepas transfer gamba. BAGUS!!! jadila rakaman dlm tuk2 aku separuh jalan je. dah sampai, aku byr 4 geneh kat driver
[iqbal pesan 5 td kan?]. driver tuk2 tu hepi semacam...

al tuk2...

masuk je dlm kilang asfour td, terbeliak takjub aku sorg2. mula2 aku xteringin sekelumit pun nk borong brg2 asfour ni. tapi bila tgk kedai dia bersinar2, berkerdipan kristal dlm tu, aku rasa nak borong semua. sbb kristal dia TERAAAAAMAAAAT LAAA CAAAANTIIIIIK nye. xtipu korg. dan harga brg2 kemas utk wanita TERAAAAAMAAAAT LAAA MUUURAAAAH nye...silap aku je xda awek. so, aku xbeli ape2 brg kemas wanita.

utk confirmation brg2 yg nk beli, aku kontek dak2 ni yg ada kat UA. sampai habis bateri dan kering kredit LIFE;) aku [roaming...]
melilau2 aku dlm kedai tu, cari benda2 nk dibawak balik letak kat rumah. byk brg y dipamerkan. antaranye statue kecik2, kiub2 yg ada karakter2 dlmnye, model masjidil haram, loket, tiara, gelang, rantai, rantai kunci, pemberat kertas, pasu dan chandelier [xterbyg aku berapa harga chandelier ni]

kristal aku, ada motif tongkat hippocrates dan ular bersilang

kedai ni, sape2 nk beli brg kene isi order list berpandukan nombo siri produk pastu serah kat kaunter. masa nk keluar nanti, amik kat pintu keluar.
[punya byk brg aku borong kat kedai ni, jurujual tu siap bagi aku diskaun 5%. ataupun sbb aku sembg2 dgn dia ckp arab broken?]
masa balik, aku pun cek2 brg dan chow. aku tny la kat penjaga kaunter serahan tu, "bi kam ugrah el-tuk2 min hina ila muassasah METRO shubra el kheima?" [berapa harga tambang tuk2 dr sini gi METRO shubra el kheima?] "min hina, itnein geneh bas" [dr sini 2 geneh je]...patut a brader tadi hepi, aku dah bayar double rupenye...
aku pun terus keluar, tahan tuk2. satu budak muda berenti. dia bwk adik dia skali kat front seat. si budak muda ni terlebih ramah plak...tny aku mcm nk pegi mane jek...aku ckp gi shubra el kheima, 3 geneh...dia kata 'shubra kat mane? pasar ke?' [aku assume je dia ckp mcm ni sbb realitinye, aku xtau dia ckp ape]...'shubra la, shubra el kheima'...'ye la shubra el kheima tu besar, kat mane?'...penin kepala aku, last2 aku ckp 'METRO', baru dia angguk kepala, 'kuwais' [OK].

spjg perjalanan tu adik beradik 2 org ni beramah mesra dgn aku...tny mcm2. aku org mane la, dok buat ape la, kerja ape, tourist ke, nak pegi mane naik metro dsb...pastu dia ckp "malayziy? ahsannas...ahsannas" [org malaysia ke? uiii, sebaik2 manusia atas muka bumi ni]

oleh sbb dia layan baik, aku rasa xrugi aku baya 3 geneh. bila sampai, aku bagi dia duit tambang campur duit 1 grvn..."eih, bi kam sawa da?" [oi, ni berapa equivalent ni?]..."taqriban wahid geneh" [lebih kurg 1 geneh] suka gila muka dia dpt 1 grvn tu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sorotan bebayang piramid yang panjang...




FLASHBACK LAWATAN KE GIZA


hari ni cuti awal muharram...


yeay, boleh pegi giza dgn dzul, melawat firaun dan piramid2 nye...giza dekat je dgn cairo...dzul kata, giza dgn cairo dipisahkn oleh sungai nil...

seberang sungai je pn...igtkn jauh sgt...so, kami naik bas je pegi sana...amik bas depan U, kene 2geneh sorg [matawang mesir ialah egyptian pound,L.E. bhs arabnye ialah janaiyah. bhs pasarnye, geneh. mungkin mcm matawang negara2 afrika lain kot, pakai guineas...mungkin, andaian aku saje]


kat sini, tgk piramid dari jarak dekat...perasaannye xtergambarkan...tgk kerja org zaman 3000tahun dulu...kagum gile bapak pny!!!batu piramid tu seketul2, besar satu depa, disusun2 sampai puncaknya ghaib dan sayup di celah awan [exaggarate je, tp masih besar dan dikagumi]. menurut sejarahnya, batu2 tu semua xberasal dari giza, tapi dikuari beratus2 batu jauhnye dari situ...bab piramid ni, tgk gamba je cukup kot...nah...

ada dua kes naya yg aku nk kongsi dgn korg masa kat giza ni...nasihat aku, korg yg nk pegi lenkali, sila bawak org yg buleh ckp mesir dan tny biar terang supaya xkene naya mcm aku...


himar bersejarah



bersejarah my ASS!!!

kes 1: [cerita dah alihbahasa dr bahasa mesir]

nk tgkp gamba dgn himar.

tuan himar: mari2 encik, tgkap gamba dgn himar, murah encik, saya bagi 5

dzul: mahal a, yeop. toksah tgkp

aku: xkesah a tu, aku balik nanti nk tgkp kot. skrg awal lagi

tuan himar: 5 mahal ke encik? ok, saya bagi 3...3 encik, dah murah tu...

dzul: blah jom, jgn layan pakcik ni...

tuan himar: encik nak harga berapa? mari la encik. himar saya dah hensem ni...kalo 3 mahal, saya bagi 2

[masa ni si dzul plak dah tempted]

dzul: ok la kot yeop. 2 geneh, murah a tu. kang balik nanti xjumpa dah pakcik nih. aku pun xpenah tgkp gamba naik himar

aku: ye ke 2 geneh? jom a!!

aku pn tgkp gamba bergilir2 dgn dzul. aku naik, dzul petik. dzul naik, aku petik

lepas tu,

dzul: nah utk gamba 2 org, 4 geneh. baki 1 geneh mari [hulur 5 geneh]

tuan himar: ape hal pulak 4 geneh ni? bayar dlm USD la encik! sorg 2USD, dua org 4 USD. bak mari la 20 geneh!

dzul: AAA?? cis, kita dah kene 'scam' dgn pak arab ni...haram...amik ni, 5 geneh, cukup la tu...dah, jom blah

aku pun pas a lagi 5 geneh nk cukupkn 10 geneh...siot je tuan himar...


kes 2:

nk tgkp gamba dgn unta

tuan unta: hello friend, lets take picture. free! no pay!

aku: [sejak bile aku kwn dgn dia ni]...isk3.jom dzul, tgkp dgn unta plak.

dzul: xnak ah. aku dgn unta dah penah dah. ko tgkp sorg je la

aku: ko tlg deal kan, jgn terkena mcm himar siot td

kali ni dzul berjaya deal dgn tuan unta, dan setuju dgn harga 5 geneh

aku pun naik unta, pas kamera kat dzul, dzul petik gamba aku...flash menyala 2-3 kali

aku: ok, time kasih. nah 5 geneh, buat makan mlm ye...[penuh sopan santun aku pas duit kat tuan unta]

tuan unta: 5 je ke encik? tadi nampak flash 2 kali. satu unta berdiri, satu unta duduk. 2 kali petik maknenye 10 geneh la encik. sila bayar ye...

aku: harammmm...kene skali lagi...

dzul: [sambil menyumpah2 ckp melayu] mana ada! tadi deal 5 geneh je tgkp gamba, xda ckp pn pasal sekali petik sekali bayar...ah, xda xda...5 geneh je cukup...jgn nak byk lemak...

arab, selagi boleh belit, dia akan cuba belit...kene la pandai2 nak rungkai kan sendiri pas tu...



sape2 yg pandai, sila terjemah bendalah hieroglif ni...pastu bitau aku ape maknenye...

sphinx, idung tobek


dalam binaan yg di kwsn piramid ni, xleh tgkp gamba sebenanye...tp aku sempat snap tanpa kantoi dek pak guard...dzul kata buleh je petik gamba...warning larangan tu fungsi dia ialah, apabila kantoi tgkp gamba, pak guard tu ada hak nk 'pau'/mintak duit 'bakshish' kat korg...[bakshish tu mcm rasuah/duit kopi a jugak...]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kebal tembok citadel, kebal lagi iman para ulama silam...

catatan2 penting di citadel...ni bukan berlakon tau...:)
[aku mengarang entry hari ni sambil mendengar nasyid yg baru disedut dari komputer dzul masa kat mesir hari tuh...lalala...sungguh menginsafkan]
alhamdulillahi rabbil alamin, aku hr ni dpt 5 utk exam 'cycle' THERAPY. internal medicine ataupun 'al-bathnah'...[poyo jek, terikut2 ckp dak2 mesir la nih, padahal baru 1mgu je dok sana]...kata salihin, "mmg xrugi pergi melancong. kalaupun fail exam, paling kurang dah hepi masa bjalan2 hr tu..."
dan benarlah kata2 kawanku itu...hehe
ape x xrugi nye, sejak sampai UA hr jumaat hr tu, mane ada bukak buku. ada pun, nk buat case report jek...ada bukak, masa dalam bas OTW gi hospital...hehe...professor ckp, "budak ni bernasib baik, dpt soalan senang"...aku cakap, "hadza min fadhli rabbi..."

ok, cukup ulasan peristiwa hari ni, mari sambung kisah perjalanan aku ke mesir tempoh hari...hayya bina!!!
lepas kelana fayyum, aku ronda2 citadel of salahuddin/kubu pertahanan salahuddin al-ayyubi. salah satu kubu pertahanan yg dibina oleh panglima perang terulung dalam sejarah Islam yg masih berdiri kukuh hingga ke zaman ni, citadel mengandungi beberapa monumen tinggalan sultan2 dulu dan bukti2 keagungan umat Islam zaman dulu...kan bagus kalo sejarah tu dapat diulang pd zaman skrg ni...
berbekalkan kamera [bateri dicaj penuh], pen dan buku nota, aku ditinggalkan di pintu masuk citadel oleh akhi hamdan...dia tinggalkan aku dan terus merempit pegi kelas...haha, ye, aku sorg2 sbb dak2 ni sume ada kelas n aku xnk kaco diorg...dan ye, aku pegi naik moto tadi xda helmet...ouch!!!
dalam citadel ni, yg mula2 aku masuk ada istana jawhar...bekas rumah tetamu sultan dan skrg ni letak memorial2 keluarga sultan/raja muhammad ali pasha...malang sekali, xleh tgkp gamba kat dalam ni...ada org jaga...xda benda nk cerita pun sebenanye, juz potret2 keluarga diraja dan ada nota kecik sumbangan masing2 je...


depan masjid ali pasha

pastu aku masuk ke masjid ali pasha...penuh gaya klasik turki dan penuh dgn pelancong2 mengagumi binaan dia...ada makam jugak, tp xtau makam sape...xigt plak nk baca...isk3sblm terlupa, hr ni byk gile pelancong...yg aku dpt tgkp melalui sembang2 bahasa diorg, pelancong2 ni dr Thailand [aku sempat suh diorg tgkp gamba aku. mungkin grup balik haji yg jumpa kat iskandariah hr tu kot...], colombia [habla espanyol?], perancis, russia [sebok je diorg ni, tp diorg ni pun jd mangsa suh petik gamba aku] dan satu psgn dr india, berbulan madu.


tempat wudhu' masjid ali pasha


pandangan dalam kubah masjid ali pasha

seberang jln dr masjid ali pasha, ada masjid al-sultan al-qalawun dari dinasti mamluk...masjid yg ni kecik sket...pd salah satu tiang dia, ada jam matahari, nk tunjuk waktu solat...canggih kn? lepas 2-3 petik gambo, aku terus ke muzium polis...dlm muzium ni ada pameran mengenai sejarah penguatkuasaan undang2 dr zaman firaun dulu smpi zmn moden ni...masa zaman firaun dulu, org mesir purba percaya pada dewi Maat. dia ni ada sayap panjang dan merupakan dewi disiplin, keadilan dan kebenaran...atas sekeping batu pulak ada ukiran yg mengisahkan hukuman org xbayar cukai. ada jugak kisah2 org merompak makam zaman firaun dulu...dari dulu org dah buat kerja merompak makam ni...huhu...dekat2 pameran zaman moden plak ada gamba2 kes2 pembunuhan pemimpin2 dan penjenayah2 kejam

sori skali lagi, dlm muzium polis aku xpetik gambo sgt...xbest...saving utk muzium tentera

muzium tentera, menyimpan khazanah ketenteraan tamadun mesir, islam dan kerajaan mesir moden...ada jugak catatan sejarah pengembangan islam dari tanah hijaz ke benua afrika, hasil usaha atas iman sahabat nabi bernama amru al-as...ada jugak replika pedang nabi. aku dpt tgk bangsa arab mesir ni jugak satu bangsa yg pernah berperang. antara perang2 diorg ialah perang dgn british, perancis, turki [masa kerajaan turki uthmaniah nk jatuh dulu] dan yg paling diorg bangga skali, perang dgn israel...diorg jugak kaya dgn sejarah revolusi, cthnye sejarah anwar sadat, jamal abd nassir dan pemberontakan abdullah orabi...hujung pameran muzium tentera, ada sejarah penglibatan mesir ke dalam PBB [cerita lanjut, sila cari laman web sejarah mesir/wikipedia]

mohammed anwar el-sadat

kedai yg nk me'rompak' aku, ada ke patut jual cadbury harga 20geneh?

kat muzium tentera ni aku dah tersangkut dekat 2jam...gile layan ah! well, maybe kalo org xsuka sejarah/smgt nasionalisme sgt, stgh jam pn buleh abis kot...balik dr situ, hamdan bawak naik moto dan singgah ke maqam imam al-syafie, pengasas mazhab syafie pegangan umat malaysia dan pengasas ilmu usul fiqh...atas maqam dia, ada replika kapal...ada beberapa penerangan pasal kapal ni. satu, ibaratnya imam al-syafie yg tertanam tu lautan ilmu, maka kapal di atas tu sedang belayar atas lautan ilmu. dua, kapal tu merujuk kpd perjalanan imam merata dunia mencari dan menuntut ilmu...


di maqam imam al-syafie


kapal di atas kubah


hari berikutnya: di bawah naungan piramid giza

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

nk exam...ah malasnye!!!



piramid khufu

sori utk semua, aku ada exam esok n aku xdpt nk upload gamba atau update blog spt yg dijanjikan...

tp pd masa yg same, mood cuti masih xilang...huhu...


camne la nk exam esok ni...


CAMNE NAK EXAM?


CAM TU LA!!!

in d mean time, sila la tgk sedutan2 gamba yg akan dipaparkan...


membaca tulisan hieroglif

menunggang unta...menggugat kewibawaan


ada sphinx kat background tu, jgn buat2 xnmpk plak

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

debu-debu fayyum dan bayu lembut iskandariah

kepenatan aku 2-3 hari kebelakangan ni...[sila lihat tajuk blog.ngeh3]

kembara aku ke fayyum membawa aku singgah ke bumi tandus gersang...
ape yg ada? ada tinggalan2 yang hampir luluh, mendebukan dirinya, retak hancur dimakan usia, dimamah mentari...
kami [aku ke fayyum dgn mursyid bernama ustaz alang/firdaus, dan 3 pasangan suami isteri]. 1 pasangan menziarah anak, 1 pasangan menetap dan bekerja di kaherah, 1 pasangan merupakan sepupu kpd pasangan yg menetap di kaherah td.
dari kota kaherah ke fayyum mengambil masa dlm 2 jam. menempuh daerah al-jizah/giza, aku sempat meninjau ahram/piramid tiga sekawan [xsampai2 lg, padahal berapa hari je lagi tinggal nak balik UA nih]...slebih perjalanan, kami ikut jalan sahrawi...xda benda nk digambarkan kat sini...pasir kiri, pasir kanan...

lihat pasir tu, luas kan?

di sempadan fayyum, ada pusat pemeriksaan polis. dari sana, polis akan iring kami utk spjg jln kami dlm kwsn fayyum...menurut ustaz alang nama kwsn ni al-fayyum, berasal dari 'alf yaum' bermakna 1000hari...kisahnye, zaman firaun dulu, dia amik masa 1000 hari je nak bangunkan kwsn tu utk jadikan petempatan...

di depan istana qarun

di fayyum tempat yg dilawati ialah qasr qarun [dlm amiyyah asr arun]/istana qarun, shallalaat [mcm menyanyi kn? sha lala lala laat...ngeh3]/air terjun, kincir air nabi yusuf [katanya dah ada sejak zmn nabi yusuf jd penguasa mesir dulu] dan sepjg jln tu, kami menyusur tasik qarun.

menyusuri tasik qarun...

shallalat, air terjun pdg pasir

air terjun shallalat, mata air menjadi laut

xda sape2 nk tny ke pasal air terjun td?allo, anybody?
kalo xda org tny pn aku jwb gak...air terjun tu dok tgh2 padang pasir, mengalir jadi tasik jugak...tasik air masin.. tak takjub lg ke? satu lagi fakta, tu la satu2nye air yg berjaya terjun di seluruh pelusuk tanah mesir nih...air2 lain xmampu nk terjun...sungai nil pun xterjun...

pesisir pantai iskandariah waktu malam...

al-qahirah...berlepas dari stesen keretapi cairo

kelmarin pulak, aku dgn dzul [teman aku yg setia menunjuk jln dan mengalih bahasa aku yg separa fusha kpd separa amiyyah, separa yg lain tu aku meraban je] amik tren ke iskandariah...sampai di sana, terus amik tram ke rumah syed farouk...mlm tu, aku dgn dzul merambu2 di pesisir pantai iskandariah. penat berjalan, kami makan syibsi bi tha'mi al-jibnah [cheese flavoured chips] hehehe...

hah, korg dak2 skola agama, sila asah bakat korg baca bhs arab balik...hehe

bila dah siang, aku, dzul dan iqbal [sampai lambat, naik tramco, anto pasangan berumur td balik mesia] berjalan2 ke istana raja fuad, kubu qaitbay, masjid 6, maqam al-busairi, makan seafood kat shaaban [huwad dah!!] dan minum brazilian coffee...dh ptg tu, lalu kat teater tinggalan rom, makam luqman al-hakim dan nabi daniel, dan lalu jugak kat pustaka iskandariah...xleh masuk hr ni, krismas qibtiah [same mcm ortodoks]...petik gambo je le...bateri kamera pun nak abis dah...

maqam nabi danial a.s. dan maqam luqman al-hakim

jimat punye pasal, balik kaherah naik tramco...melambung2 atas jalan sahrawi, kerusi kecik xleh sandar dan video klip arab spjg jalan menyebabkan aku xbuleh tdo...

kubu qaitbay
saje petik gamba awek arab kat blkg tu sebenanye...hehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...