Slobodka, 1 Januari - satu kebakaran telah berlaku pagi ini di bilik 707/2, asrama 1/2, jln yadova 4a. semasa kebakaran berlaku, saksi-saksi dilaporkan sedang menunggu lauk dipanaskan di atas dapur.

menurut saksi utama, Mohd Salihin, 22, kejadian disebabkan oleh kain buruk yang tersentuh dengan logam pemanas dapur elektrik buatan Kharkov milik penghuni bilik tersebut. kain tersebut yang berbara telah diletakkan ke dalam sebuah bekas plastik yang kemudiannya bertindak balas lalu menyala.

saksi kedua, Azizul Ismie, 22, pula berkata,"saya tercium bau hangit yang menusuk hidung. saya mendapati alat pemanas hawa tidak pula terlebih panas tetapi bau hangit semakin lama semakin kuat. saya pergi ke dapur dan mendapati api telah marak dan sedang giat meleburkan bekas plastik."

dalam kekalutan itu, Mohd Salihin sempat mencapai bekas plastik yang semakin cair itu dan mengalihkannya ke atas talam kuning dan melemparkannya ke koridor. Azizul Ismie pula bertindak pantas mencedok air dari dalam baldi dan memadamkan kebakaran tersebut.

oleh kerana saksi-saksi bertindak pantas dan berani, tiada kemalangan jiwa dilaporkan oleh pihak berkuasa. kerosakan harta benda berjaya dibendung dari melibatkan almari, peti ais, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan pembakar roti. kerugian dianggarkan bernilai 14UAH.

Lubang kelihatan pada talam kuning yang terjejas akibat kebakaran

dapur buatan Kharkov yang disyaki menyebabkan kain buruk terbakar

suasana bilik diselubungi asap kebakaran

bekas plastik yang terbakar bersama-sama kain buruk
kesan simbahan air di koridor

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati