rak kasut terbakar

Slobodka, 26 januari - sekali lagi kebakaran melanda bilik 707, asrama 1/2. kali ini di tengah kegelapan malam dan penghuni sedang nyenyak tidur. kebakaran kali ini kelihatannya lebih serius dan lebih besar dari kejadian tempoh hari.

berpunca dari lilin yang digunakan, api telah menyambar rak kasut pada jam 3 pagi. api tersebut telah menjilat kasut2 PVC dengan rakusnya. kasut berbulu kegunaan musim sejuk milik Yusuf juga tak dapat diselamatkan.

kasut-kasut yang terbakar

penghuni bilik itu mendakwa terpaksa menggunakan lilin sebagai sumber cahaya kerana ketiadaan elektrik akibat kelemahan pihak pentadbiran asrama. lilin itu jugalah yang membuat angkara murka dan membakar rak kasut beserta kasut-kasutnya sekali.

Azizul Ismie, 22, ialah saksi kejadian yang terjaga dan mengambil tindakan cepat memadamkan kebakaran. beliau dibantu saudara Mohd Salihin, 22. bantuan segera Mohd Salihin menyebabkan beliau pula diserang 'ortostatic hypotension'.

penghuni bilik yang tidur semasa wartawan mengambil gambar

penghuni lain bilik itu pula berkata,
"aku dah terkedu dah, tak larat nak bangun pagi tadi!" Mohd Aswad, 22.
"terbakar ke? aku langkah je rak tu masa nak pergi bilik air pagi tadi..." Ahmad Yusuf, 22.

salihin yang giat mengemas di pagi hari

nilai kerugian belum dapat ditaksirkan oleh pihak-pihak berkenaan.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati