hari tu, masa kelas pendidikan sukan dan kesihatan [sports medicine], ada subjek bertajuk 'massage'/urut.
so, kami ramai2 pun dgr kuliah ttg urut mengurut ni.
cikgu yg mengajar nama dia igor ivanovich.
dia mula bersyarah ttg asal usul seni mengurut.
dia timbulkan perbahasan, siapa yg lebih awal mengurut? tamadun china atau tamadun india? masing2 ada hujah masing2.
sebenanye, urutan tu sendiri bermula apabila manusia pertama sakit [akibat terhantuk/tersepak/terpijak sesuatu] memicit2 anggota yg sakit utk melegakan kesakitan. yg digaduhkan oleh china dan india td tu ialah siapa yg lebih awal menyusun ilmu mengurut secara sistematik dan berdokumen.
apabila sakit terhantuk/tersepak/terpijak, urutan sebenarnye melegakan sakit dgn menambah luas permukaan yg menerima impuls. luas permukaan yg terjejas tadi kecik je, tapi bila kita urut, luas permukaan yg dirangsang bertambah luas dan menghilangkan tumpuan kita terhadap sakit tadi.
lepas tu, ilmu mengurut berevolusi seiring dgn akal manusia.
timbul pulak, mengurut dgn ubat2 herba tertentu, minyak, batu panas, urut refleksi, urut lembut, urut keras dsb.
urut refleksi, katanya, dijumpai apabila manusia mendapati apabila dia sakit di sesuatu bhgn badan [cthnya di telinga] bhgn lain turut sakit [cthny jari tgn]. maka dia buat kesimpulan, 'mesti jari dan telinga aku ni ada kaitan'. bila sihat jari dia lepas diurut, telinga dia pun sihat.
urutan jugak, katanya lagi, buleh meyihatkan badan dgn menentang jangkitan virus.bagaimana?
bila badan diserang virus, suhu badan akan naik sbg tindak balas jangkitan. suhu badan yg meningkat [38' C] akan mengaktifkan sistem imun badan dan merangsang sel darah putih T utk menghasilkan interferon utk menentang virus.
sama juga, bila badan diurut, suhu badan akan meningkat [ni urut yg serius la. bukan main2 punya] sedangkan gosok tgn lama2 pun panas, inikan pulak urut 30 minit. seolah2 kita menipu badan kita dgn menaikkan suhu, sistem imun akan bertindak sama spt kes tadi. ini lebih baik utk menentang virus sbb tidakan begini lebih alami/natural berbanding menyuntik interferon asing utk melawan jangkitan.
cikgu tu pun ada cakap, xelok sgt sebenanye kalo asik makan ubat terus. tgu suhu lebih 38'C dulu, baru makan ubat. suhu 38' tu mmg suhu badan nak lwn penyakit.
teknik mengurut ada mcm2. ada urut superficial, urut dalam, urut gaya sweden, gaya finland, gaya rom purba dsb.
penutup syarahan cikgu tadi, dia menyentuh pasal pusat2 spa dan resort2 spa. dia kata spa2 yg ada khidmat urut ni, sume temberang je. urutan kat pusat2 spa ni xsume merawat. mmg menenangkan dan mengistirehatkan tapi yg lebih utama ialah menimbulkan 'dominan' dlm minda. bila dah timbul 'dominan' dlm kepala, lain kali bila ada stress, dtg lagi buat rawatan. bila dtg lagi, byr lagi, untung lg. urutan yg merawat sebenanye, ada yg selesa, ada yg perit. adakalanya, yg perit itu lagi baik utk kesembuhan.

memetik kata2 hippocrates,'awal merawat itu, dgn tumbuh2an, kemudian urutan, kemudian pisau [membedah]'

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati