hr ni aku bukak utusan.com.my. tiap2 hari pun aku bukak utusan sbb nak baca berita dr negara aku. lepas tu, aku bukak berita harian pulak. last sekali, aku mesti bukak harakahdaily.net [supaya ada pandangan seimbang]. kalau ada masa lepas tu aku bukak silat-melayu blog plak...

tajuk2 berita utusan ruangan dlm negeri hr ni la yg paling busuk dan loya aku penah baca, setakat ni. sambil2 tu, aku banding plak dgn bharian dan harakah.

jom kita tgk apa yg ada dlm utusan, berita harian dan harakah hr ni (10mac 2008) ye...

Tajol Rosli kunci pintu dan menangis

Berita kekalahan demi kekalahan calon BN juga membuatkan beliau terkedu hingga enggan menemui orang ramai dan pihak media yang berkumpul di kediaman rasminya sejak pukul 8 malam.

Hasrat pihak media untuk mendapatkan reaksi dan ulasan mengenai kejayaan pembangkang juga terbantut apabila beliau tetap mengurung diri di dalam rumah tersebut.

komen aku: aii, pakcik YB, dah jd ketua pembangkang, buat la cara ketua pembangkang. ketua pembangkang bukan rumahnye di kediaman rasmi MB. sila la pindah keluar. cari rumah sewa lain kat ipoh tu

Polis sedia bekerjasama dengan kerajaan baru 4 negeri

Mengulas kemungkinan polis dipersalahkan atas kebangkitan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini, beliau menjelaskan:

"Saya rasa polis telah bertindak adil menguatkuasakan undang-undang, ini selari dengan nasihat saya kepada semua pegawai bahawa dalam apa keadaan sekalipun kita perlu bertindak tegas, adil dan berhemah."

Musa minta rakyat bertenang

"Jangan bergaduh, terima keputusan itu dengan hati yang terbuka. Kita semua rakyat Malaysia dan perlu bekerjasama untuk negara ini. Saya tak nampak ada sebab untuk menimbulkan ketegangan.

Beliau juga menegaskan, tiada sebarang perubahan jawatan ketua polis negeri dilakukan setakat ini walaupun negeri terbabit bertukar kerajaan kerana ia tiada kaitan dengan institusi keselamatan itu.

"Tiada keperluan ke arah itu kerana polis bukan parti politik, kami hanya institusi keselamatan dan tanggungjawab kami jelas iaitu menjaga ketenteraman awam," katanya.

komen aku: wartawan bengap [baca:xprofesional] mane yang tanya soalan bodo macam ni? ada ke patut tanya kemungkinan polis yg bersalah pasal kebangkitan parti pembangkang? parti pembangkang naik sbb rakyat yg pilih...artikel bharian lagi sedap dibaca sbb tak menampakkan soalan wartawan2 yg sengal. baca tajuk artikel utusan je dah cukup menunjukkan yg kalo pembangkang jadi pemerintah, seolah2 polis boleh/berhak utk xbekerjasama utk xmenjalankan tugas. masa PAS buat kempen 'kondem' polis [sesetengahnye, bukan semua...ada je ramai polis baik], buleh plak puak2 ni ckp macam2. ni yg tanya soalan2 menghina kredibiliti polis, xda rasa ape2 ke?

Pas arah Tabika dikosongkan

SUNGAI PETANI: Baru sehari pakatan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai Kedah, mereka sudah mengambil tindakan mengarahkan Tabika Kemas di beberapa kawasan negeri ini dikosongkan serta-merta sejak pagi semalam.

Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.

Di Parlimen Merbok, 57 Tabika dikatakan terbabit dengan arahan itu.

Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.

Teruskan Tadika Kemas, kami tidak pernah arah tutup - MB Kedah

ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.

Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.

komen aku: sila baca dgn teliti artikel bharian, korg akan dapati yg org2 yg dtg jumpa cikgu2 tabika tu MENDAKWA je mewakili kerajaan PAS. apsal cikgu2 xmintak dokumen ke ape ke? pastu kecoh2 masuk akhbar. ustaz azizan xsuruh pun tutup...

PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan

Berucap di hadapan penyokong-penyokong BN di Dewan Banquet, Kompleks Seri Perdana di sini malam ini, Abdullah dalam nada tegas berkata: “Saya akan teruskan perjuangan dan saya tidak akan meletakkan jawatan!”

Koh sedia letak jawatan Pemangku Presiden Gerakan

"Saya memikul tanggungjawab sepenuhnya. Ini juga bermakna pilihan saya sendiri ialah menawarkan diri untuk meletak jawatan," katanya pada sedia media terakhir di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini, semalam.

komen aku: ada beza x ucapan 2 orang ni? mungkin masing2 ada alasan masing2...tapi yg sorg tu, org suruh turun tapi xnk. katanya xda tekanan suruh turun. yg sorg lagi sedia je nak turun, tp tunggu keputusan mesyuarat dulu.

tu je ulasan akhbar hari ni. pesanan aku, sila la banyakkan bahan bacaan demi mendapat sudut pandangan yg lebih luas dan maklumat yg lebih tepat. ada je lg benda nk ckp, tp cukup a yg ni je utk hari ni...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati