Menurut Microsoft Encarta Dictionary, perkataan 'Pedophile' bererti 'an adult who has sexual desire for children or who has committed the crime of sex with a child..' yang bermaksud 'seorang dewasa yang mempunyai keinginan seksual terhadap kanak-kanak ataupun mereka yang melakukan jenayah seksual terhadap kanak-kanak.'

Musuh-musuh Islam pada hari ini cuba untuk mengelirukan serta memperdaya umat Islam dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Nabi merupakan seorang 'pedophile', berdasarkan fakta bahawa Nabi mengahwini isterinya Aisyah r.a. ketika beliau berumur 6 tahun (tetapi hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun..)

Ye ke?

Walaupun terdapat sesetengah pihak yang berusaha membuktikan bahawa umur Aisyah ketika itu bukanlah 6 tahun seperti yang digembar-gemburkan dengan membawa bukti beberapa peristiwa sejarah dan beberapa hadith yang lain, namun kita cuba untuk memberikan jawapan yang memuaskan hati semua pihak.

Anda boleh membaca tentang perbahasan umur Aisyah r.a. di sini

Fadel Soliman, pengasas Bridges Foundation, sebuah pertubuhan yang diasaskan di Mesir bertujuan memberi penerangan tentang Islam kepada masyarakat dunia, terutamanya masyarakat barat, sewaktu mengadakan sebuah bengkel di Setiawangsa, Kuala Lumpur, pernah memberikan sedikit panduan untuk menjawab persoalan seperti ini jika dikemukakan.

Macam mana nak jawab?

1) Children Marriage, secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis, jenis pertama yang lebih biasa dipraktikkan, iaitu mengahwinkan kanak-kanak perempuan kepada seorang lelaki dewasa, dan kedua, iaitu mengahwinkan 2 orang kanak-kanak sejak kecil, tetapi diasingkan sehinggalah mereka mencapai umur yang sesuai untuk hidup sebagai suami isteri.

2) Perkahwinan jenis pertama dahulunya diamalkan secara meluas di serata dunia, namun ianya semakin berkurangan akibat manusia telah menjalani proses tamadun yang kebanyakannya menekankan hak-hak manusia dan hak-hak kanak-kanak.

3) Di zaman Nabi s.a.w, perkahwinan antara seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan merupakan satu kebiasaan dan telah menjadi adat masyarakat Arab ketika itu. Oleh itu, perkahwinan Nabi s.a.w. dengan Aisyah r.a. ketika beliau masih dalam umur kanak-kanak merupakan perkara biasa ketika itu.. Kebiasaan yang tidak mendatangkan sebarang keaiban mahupun merendahkan martabat Nabi s.a.w. Ianya hanya menjadi janggal jika ianya dilihat dari kaca mata masyarakat dunia hari ini.

4) Perkahwinan Nabi dengan Aisyah tidak melanggar sebarang undang-undang agama Islam, mahupun adat istiadat masyarakat Arab ketika itu. Ianya dijalankan dengan sah dan dengan kerelaaan daripada kedua-dua belah pihak.

5) Nabi dan Aisyah tidak terus hidup bersama sebaik sahaja berkahwin. Perkahwinan mereka berlangsung sebelum hijrah ketika Aisyah berumur 6 tahun, dan hanya duduk bersama Rasulullah setelah baginda berhijrah ke Madinah.. ketika itu, Aisyah berumur 9 tahun dan Nabi berumur 53 tahun

Apa buktinya?

Cuba kita perhatikan.. Musuh-musuh Islam ketikamana dakwah Nabi berlangsung di Mekah dan Madinah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.. Mereka berusaha sedaya upaya untuk menghina Nabi dan menghentikan dakwah Nabi dengan menyebarkan berita palsu bahawa Nabi merupakan seorang penyair, orang gila, ahli sihir, pembohong besar, inginkan pangkat dan harta dan sebagainya..

Namun pernahkah kita jumpa kisah di mana Abu Jahal dan Abu Lahab menggelarkan Nabi sebagai seorang Pedophile?

Hal ini jelas menggambarkan bahawa adat masyarakat Arab ketika itu tidak menganggap perkahwinan dengan kanak-kanak merupakan satu keaiban atau kejanggalan.. Jika tidak, sudah tentu hal ini menjadi point besar kepada mereka untuk menjatuhkan kredebiliti Nabi s.a.w.

Perkahwinan Kanak-kanak Masih Diamalkan Sehingga Hari Ini

Perkara ini tidak menjadi kehairanan dalam masyarakat Arab 1400 tahun dahulu.. Malah ianya masih lagi diamalkan oleh sebahagian masyarakat di dunia sehinggalah hari ini.

Contohnya menurut wikipedia.org, kira-kira 45% kanak-kanak perempuan di Bangladesh berkahwin sebelum mencapai umur 15 tahun.. Begitu juga di sebahagian kawasan di India dan Afrika.

Justeru, dakwaan ini merupakan dakwaan yang tidak berasas dan hanya berniat untuk mengelirukan umat Islam dan juga menjatuhkan imej Nabi s.a.w.

Sempena Maulidurrasul kali ini, marilah kita sama-sama memuliakan serta membersihkan nama Nabi kita di kalangan masyarakat dunia. Ini merupakan tanggung jawab serta kewajipan setiap individu muslim. Jangan hanya berkobar-kobar menyambut maulid, tetapi melupakan Nabi sebaik sahaja tamat sambutan..

Sebarkanlah artikel ini jika anda benar2 mencintai rasulullah s.a.w..

bersumber dari blog effysaiful@comparative religion studies

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati