Apapun silat aku pelajari
Manfaat amalan hingga sebati
Aku bersilat hingga ku nafi
Buah, bunga, tapak dan tari

Baru silatku menjadi murni
Berjuang aku ke titis muktamad
Bergantungku hanya pada Illahi
Syahidku moga diredhai Al-Ahad

Walau dicerca, walau dibenci,
Tetapkan iman, kuatkan hati,
Aku melalui lorong berduri,
Untuk kembara menuju firdausi.

Walau tiada lagi pengikut,
Aku teruskan berjalan jua,
Tidak ku sunyi, tidak ku takut
Kerana Allah ada bersama.

Kaulah Kekasih, Kaulah Teman,
Aku sangat cinta padaMu,
Kan kuhancur segala kebatilan,
Demi menegak kebenaran yang satu.

Para pesilat saudari-saudara,
Marilah kita bersama-sama,
merasai agungnya hikayat cinta
Yang pasti kekal selama-lama

Cetusan Hati :Pok Nik yang hina disisiNya

bersumber dari silat-melayu.blogspot.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati