selamat hari lahir Dr. uShop!

dan sebagai sambutan hari lahir uShop, kita raikan bersama2 di bilik mayat jabatan siasatan kematian wilayah odessa :)

ni ialah serius, aku xbuat kelakar :| kitorg mmg meraikan hari lahir usop kat bilik ayat jabatan siasatan kematian wilayah odessa.

ok la, xda la semata2 hari lahir usop, kitorg pegi sana. hr ni hari 1st cycle forensics medicine. so, kalo dah nama forensik, mmg la xbuleh lari dr bilik mayat. bilik mayat ni kat belakang dewan anatomi universiti. sebelum ni penah la singgah sbb ada sembahyang jenazah kat sini tapi baru semalam aku masuk bilik mayat dia.

gamba industrial accident yg kelakar

bila sebut pasal forensik, org akan terbayang mayat, mayat dan mayat. sebenarnye tak. ada la bhgn yg bersangkut-paut dgn mayat tapi bidang forensik ni luas. ia termasuk la mayat, bedah siasat, punca kematian, siasatan toksik, siasatan mangsa yg hidup dan pecahan undang2 yg berkaitan.

lps profesor tu bg taklimat serba ringkas mengenai jabatan ni, dia pun bwk kami pusing2 ke makmal toksikologi, makmal sisa organik/biologikal dan bilik mayat. [perkataan mayat ialah perkataan pilihan hari ini]

kami x jangka pun hari pertama dah singgah kat bilik mayat. masa masuk tu menonong je jalan. xsedar pun yg bilik yg kami masuk tu ada mayat bergelimpang, semua tgh tunggu giliran nak dibedah. ada mayat gantung diri, mayat eksiden dan beberapa mayat yg dah keras kejung.

contoh benda2 yg boleh dilihat di bilik mayat. aku bg tgk gamba buku teks je, yg sebenarnye jauh lebih ngeri dgn mata yg berdarah, kulit yg lebam dan...

ok lah, esok2 aku sambung lagi. jumpa anda di bilik mayat!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati