siapa folo drama seram bersiri Puaka Niyang Rapik kat TV3? siapa2 yg folo sila angkat tgn. 1...2...3...hmmm, ramai gak yg folo rupenye ek? aku igtkn aku je yg folo cite ni. so, xda a malu sgt. hehehe

nanti! jgn kata aku bercitarasa rendah sbb tgk cite seram xmenjadi ni. aku folo bukan sbb nk tgk hantu sgt. aku folo sbb nk tgk kot2 ada babak2 anak tok imam tu bersilat. tp kecewa sbb babak silat nye sikit sgt. ada la sikit, episod 1januari, si riezman khuzaimi berlawan dgn 2 mamat yg dirasuk. lg satu, aku folo sbb siri ni lebih kpd siri kelakar drpd seram.

ni adalah antara perkara2 yg aku dapati kelakar:
  1. minah2 kampung yg pakai kain batik buat tudung. padahal byk je makcik2 yg lg tua pakai tudung yg proper
  2. frasa 'tahun baru islam'
  3. perkataan 'herba'
  4. jampi serapah yg berbunyi 'moden'
  5. hantu yg muncul siang2 hari, dalam suasana yg cerah dan xseram
  6. muzik latar yg memula nk jadi seram, tapi dibatalkan dgn nada 'Jeng2!'...bunyi 'Jeng2!' tu bunyi surprise kat filem kelakar...bukan seram
  7. tok dalik cari lembu kat tepi hutan, lps tu lembu tu pandai pulak menyahut...tu belum campur bunyi lembu yg mcm ringtone
  8. ustaz amirul yg dlm episod 2, bila kena sergah dgn hantu tok dalik, menggelupur mcm kne sawan, tp kebelakangan ni handal pulak melawan
  9. hantu yg pandai teriak 'AAAAAAA!!!!' jek.
  10. kelas agama kat surau yg ustaz amirul tu handle, masa belajar tajwid, budak lelaki perempuan duduk selang2. kalo kelas tadika, boleh consider lagi...
  11. tok dalik asik pakai tasbih biji besar2 24/7 keliling tengkuk
  12. tok dalik menurun x real, nampak tgn mcm nk bersilat, tp x solid
  13. anak tok dalik kene suruh tanam janin kat bwh pokok blkg rumah, tp lubang x dalam langsung
  14. dlm montaj, anak tok imam bersilat boleh keluar lingkaran api
aku xnk la dikatakan kondem tanpa memberi komen membina. so aku cdgkan beberapa perkara kalo ada org yg nk amik tindakan. cthnye produser drama ke filem ke. kalo xda pun, aku nk bitau jugak.
  1. xyah la keterlaluan sgt nk pakai kain batik tu buat tudung. org buat tudung dgn kain batik tu lps keluar bilik air jek. pakai tudung biasa je sudah. kalo nk jugak pakai kain batik, biar semua org pakai kain batik.
  2. jarang dipakai frasa 'tahun baru islam'. org selalu ckp 'awal muharram' tak pun 'maal hijrah'.
  3. 'herba' boleh la digantikan dgn perkataan 'daun'. setakat aku hidup 23 tahun ni, xpenah aku dgr org yg lebih tua dr mak aku pakai perkataan 'herba'. terutamanya warga tua yg x tgk tv inggeris atau baca buku inggeris
  4. kalo nak jampi serapah, sila la cari tok2 dukun, pawang2 org asli ke mane2 ke dan mintak. selalunya jampi serapah ni org xbuleh faham makna dan biji butir perkataannye. kalo org buleh faham...xmistik dah aaa
  5. bab ni aku rasa, kene pandai main teknik pencahayaan la kot. nk bagi gelap ke ape ke. lps tu, hantu muncul xleh lama2. hilang seram dia. dlm real life pun, org jumpa hantu kejap2 je. bila kelih skali lagi, dah hilang...kalo rujuk filem 'pocong 2' buatan indonesia tu bagus. seram mcm nak mati...haha
  6. cari lagu latar lain, xpun pakai instrumen2 yg bunyi seram mcm serunai ke ape ke.
  7. buleh je ganti dgn cara nujum pak belalang, tilik dlm semangkuk air. tanpa bunyi lembu yg mcm ringtone. kalo dapat pinjam lembu orang kampung lg bagus
  8. setahu aku, ustaz2 yg balik oversea xterlibat dgn exorcism2 ni. tambah2 pulak yg belajar ilmu usuluddin ke ape ke. ustaz2 yg terer bab2 ni, ustaz2 pondok ke, maahad tahfiz ke darussyifa' ke. aku tak rasa hantu arab ganas mcm hantu nusantara. hehehe
  9. hantu juga pandai buat bunyi2 spt, mengilai [heeeee....heeeeee....heeee], menangis teresak [huuu...huuu...huuu. yg ni aku penah kena, kat skolah dulu] dan gelak2 mcm kanak2...
  10. ustaz, sila asingkan pelajar lelaki dan perempuan...ustaz dulu belajar kat surau, duduk mcm mane?
  11. tok dalik pun manusia biasa jugak. kita yg menonton ni rimas menengok. serasa aku, tasbih tu kalo buat pakai upacara je ok la kot. xda bilanye aku rasa org berjalan keliling kampung dgn tasbih keliling tengkuk. bomoh VIP pun aku rasa kalo hari2 biasa, dia tanggal tasbih dia tu
  12. fathi anak tok imam tu kan pandai bersilat. mintak a dia ajar sket...
  13. pelakon xpandai buat kerja kampung kot...aku pun xpandai sgt, tp jgn a nampak sgt xpandai.
  14. yang ni aku komen lain kali...
harapnye kalo2 la director ahmad idham terbaca, aku mintak ampun siap2 la. cite ni ok jek, mesej suh org bertaubat tu ok. tp bab seram tu ada yg x menjadi. bab seram dia yg menjadi, mmg terperanjat betul.
ok ah, cukup sekadar ini. lenkali kalo ada bab kelakar lg, aku tulis lagi. majulah industri drama Malaysia!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati