"Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) negeri, Superintendan Nordin Mustapa, berkata mangsa yang bekerja sendiri berada di ruang tamu rumah ketika itu manakala rakannya di dalam bilik, apabila didatangi lelaki itu dalam keadaan khayal dipercayai mengambil ganja."
-Wanita dakwa kena cabul selepas beri jiran makan, Berita Harian Online, 1 April 2009

saje aku nak petik pasal perkataan 'khayal' ni.

khayal ada macam2 maksud. tapi yang paling boleh difahami maknanya ialah, 'minda membayangkan sesuatu yang tak nyata'.

macam2 situasi boleh dikatakan khayal. berangan-angan, bermimpi-mimpi, berharap, bercita-cita, mabuk, angau hatta ramalan soalan peperiksaan pun boleh dikatakan khayal. semua bergantung kepada konteks.

masalahnya, bila perkataan 'khayal' itu digunakan, pembaca perlu membaca lebih lanjut untuk mengetahui konteks. mcm dlm berita yang aku petik tadi. pembaca berita kena baca sampai habis, baru tahu yang orang tersyak/suspek baru habis menghisap ganja, dan boleh mengaitkan perkataan 'khayal' dengan ganja.

'ooo...mamat tu 'high' rupenye...igtkn khayal sbb pe td...'

aku ada cadangan yang lebih baik.

hr tu aku ada tgk filem 'Budak Kelantan' arahan Ahmad Puad Onah ke sape ntah. tapi filem ni dari mula sampai habis dialek kelantan. nasib baik kwn aku download dr astro, ada sarikata BM piawai. hehe [sori la warga kelantan semua, aku orang luar...]

dalam filem tu, aku ada dengar perkataan 'kacik'. yang membawa makna 'high'.

sepengetahuan aku, orang kelantan guna perkataan khayal sbg 'koya' dan 'koya' x membawa makna yang sama dgn 'kacik'.

lebih sesuai perkataan 'kacik' tu digunakan dlm berita tersebut. terus sampai makna dan konteks pun bertepatan. kan ke dah bertambah kosa kata BM kita satu perkataan lagi?

*dialek kelantan pun BM jugak, xda salahnya untuk digunakan dlm berita kan?
**ada sesiapa boleh bagi sebab kenapa 'high'/'tinggi' boleh membawa makna 'khayal'/'kacik'?
***org kelantan ada terjemahan untuk perkataan 'stoned' x? hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati