perimetri ialah sukatan kepekaan pembezaan cahaya yang bersistem dalam medan penglihatan dengan mengesan kehadiran sasaran uji pada latarbelakang tertentu. ujian medan penglihatan boleh dilakukan secara klinikal dengan menguji secara berdepan-depan dengan mengekalkan renungan subjek tertancap sementara menayangkan objek di pelbagai tempat dalam medan pandangan mereka. secara amnya, ini bertujuan untuk meneroka seluas mana medan penglihatan subjek. hasil-hasil pemerhatian direkod menggunakan grid Amsler. kekurangan atau kecacatan dalam medan penglihatan termasuklah skotoma, kehilangan penglihatan periferi dan kehilangan penglihatan yang lebih halus.

untuk lebih lanjut, rujuk wikipedia. artikel 'perimetry'.

ni ialah alat perimeter moden bersama grid Amsler


ni ialah tok moyang kepada alat perimetri yang moden zaman sekarang ni. ada lagi simpan kat jabatan oftalmologi/kajimata OSMU.

antik x? hehehe

palang separuh bulat tu boleh diputar 180 darjah pada paksi di tengahnya dan titik2 yang mana penglihatan hilang akan direkod dgn tangan [manually] pada grid.

klik sini untuk ke laman web institut mata filatov. kuliah oftalmologi dan muzium filatov ada kat sini. boleh tgk meja kerja dia, lukisan2 dia [dia pandai lukis] dan baju makmal dia. pada dinding ada jam yang menunjukkan waktu dia mati.

klik sini untuk mengenali siapa filatov. tp dlm bhs rusia la. boleh terjemah guna google translator :P

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati