pheww!!! minggu lps mmg minggu yg memenatkan. byk gile buat benda, sampai x terlarat nk blog semua. bwk kereta gi Damansara, ronda2 Damansara n TTDI, sungai gabai, FRIM, senaman tua, bowling kat E @ Curve, bwk kereta gi melaka [hehe, bukan selalu bleh pandu Camry tu], balik Damansara balik, pastu bwk kereta balik ipoh [panduan waktu malam. sangat mencabar tumpuan minda].

dan yg aku xleh kemaskini blog tu sbb umah akak aku xda net [aku tumpang tido dan makan dan minum dan mandi dan berak kat umah kakcik sbb free!]. klo ada net pun, xleh nk upload gambo2 aktiviti2 aku sbb xda komp nk edit gambo. maka nti klo rajin aku cite la sini.

ni pun esok ni nk gi melaka sbb ada kenduri kawan best aku kawin. kenduri dia minggu lepas sebenonye, tapi kat penang. aku plak ada kat KL. ni yg aku pegi kat belah melaka plak. masa kat damansara hari tu, aku gi umah encik abd malik. ni pun kawan best aku gak, sejak kat kolej lagi. dah kawin dah pun. dgn kwn satu skola plak tu... haih...

ok ah, tu je kemaskini setakat ni. lenkali sambung lagi eh?

nota2 kaki:
  1. pusat bowling kat 1Utama tak best. lorong dia x licin, bola asik meleret ke tepi dan masuk longkang, pastu bola dia buruk2. yang kat curve tu best. bola sume baru jek. baru la boleh dapat balingan berkualiti. hehehe
  2. walaupun papan tanda kata air terjun sungai gabai dah dekat, sebenonye jauuuuuuuuh lagi...lps tu nk kne panjat tangga lagi nak sampai jeram dia
  3. aku tak layan harry potter, tapi yg baru2 ni best plak sbb dumbledore mati huhuhu
  4. kat FRIM xda khidmat sewa basikal. kalo nk berbasikal, bawak sendiri punya! dan basikal xleh bawak naik kanopi
  5. selain kematian bateri, kereta juga boleh mati kalo 'alternator' mati. pastikan mati di luar jalan yg sesak dan bateri telefon bimbit anda plak tak mati. bleh telefon abg ipar anda yg tinggal berdekatan dan sape2 yg tinggal berdekatan jugak, bleh tumpang rumah dia
  6. kita sepatutnya tgk jugak cite The Proposal hari tu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati