nisfu syaaban maknanya setengah syaaban. bulan syaaban. syaaban tu bukan kuih bulan tapi bulan perkiraan hari yg ada 12 dalam setahun tu...

tadi aku gi surau dan lepas maghrib ada baca yasin sempena nisfu syaaban. baca yasin nisfu syaaban tu 3 kali. untuk setiap kali, ada niatnya.
  1. yg pertama, niat untuk dipanjangkan hayat dalam kebajikan
  2. yg kedua, niat untuk dimurahkan rezeki untuk tahun yang mendatang
  3. yg ketiga, niat untuk dimatikan dalam keadaan beriman
ni kali pertama dlm seumur hidup aku 24 tahun ni, aku baca yasin mlm nisfu syaaban. mintak2 la yg kali pertama ni dimakbulkan terus hajat. insya Allah.

sempena nisfu syaaban esok, org2 muslim akan berpuasa sunat. tp aku x le, sbb esok aku musafir :P [baik xyah cakap ye x? adoii~~]

bermula esok pulak, buku amalan kita akan ditukar. bukak buku baru. buku yg lama, yg tahun lepas punya, dah tutup. xtau la pulak kot2 boleh semak semula ke ape ke. klo dgn manusia2 ni, boleh je kata 'rayuan atau surat menyurat tidak akan dilayan'. tp klo kita mintak kat Allah, dgn rahmat-Nya, boleh a rayu-merayu. selagi belum nak mati la...

p/s: mintak2 la lps baca yasin tadi, buku aku clear sblm bukak buku baru ni...Amin
p/s2: benda ni bidaah ke?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati