imej dari ujanailmu.com.my

tp ada org kata 'hanya jefri kenal maniam'. ntah. kdg2 aku pun keliru. hahaha

beberapa minggu lepas, aku berjaya habiskan novel 'Manikam Kalbu'. x, cerita ni xda kena mengena dgn aksi tikam menikam, tikam belakang, kuih lompat tikam ataupun main tikam-menang dapat rm10. novel ni cerita pasal dunia fesyen tradisional, falsafah pakaian dan pemakaian dan jihad jurufesyen.

tapi kisahnya disampaikan dgn cara yg unik, iaitu melalui watak remaja lelaki tunggal [yg tulen] dalam kelas ekonomi rumahtangga dan penceritaan orang ketiga [kucing, bukan orang pun]. bab2 dlm novel ni berselang2, modenkala dan purbakala. memula baca tu, berasap gak nak pahamkan. kejap2 melompat zaman. huhu

remaja lelaki tu bernama ziryab, ada nenek yg mengidap alzheimer, berjiran dgn sepasang doktor, mempunyai kawan2 perempuan yg jaki dgn bakatnya dan berguru dgn cikgu yg cun. kucing purbakala tu pulak, diberi izin Allah untuk berkomunikasi dgn manusia dan bersikap manja2 gitu~~, bersama tuannya - Manikam Kalbu - dalam setiap saat susah senang menuntut ilmu busana di seluruh kepulauan Melayu.

walaupun buku ni berkisar isu2 fesyen dan asyik menyebut istilah2 jahitan, nama2 kain, teknik2 yg aku pun xtau, tapi itu lebih menunjukkan bahawa orang2 Nusantara juga mempunyai ilmu2 bernilai tinggi. rugilah kalau ilmu2 itu ditinggalkan, dibiar lesap dan tak dikembangmajukan.

pada aku, novel ni jugak membuka ufuk baru mcm filem 'Devil Wears Prada'.

tapi aku musykil, kenapa sdr Faisal Tehrani cukup suka dgn isu lelaki muda kahwin dgn perempuan yg lebih tua? sama mcm 'Bedar Sukma Bisu' dan 'Tunggu Teduh Dulu'.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati