'aku nak pelimau tubuh badanku...'

tulisan ni bukan nak mewakili mana2 pertubuhan, cuma apa yg aku nk sampaikan ni ialah salah tanggapan umum yg selalunya org tanya. takde la selalu, tapi ada la org yg tanya. soalannya berbunyi begini:

"kenapa kalau org belajar silat, kena ada mandi limau la, mandi bunga la, apa la. pastu ada amalan2 yang tak tentu asal usulnya. kalau belajar saja2 xboleh ke?"

pastu jenuhla nak kene terangkan satu-satu. aku terangkan ikut pengetahuan aku je la. kalo nk tanya lebih2, aku sendiri pun akan tanya org lain dulu. pastu baru aku terangkan sendiri.

kesimpulannya, terdapat dalam entri blog Sepak Minang yang ni. minta izin diterbitkan semula eh?

"Kita juga perlu terima bahawa Silat Cekak tidak dapat dipisahkan dengan ‘ilmu dalam’. Petua-petua dan amalan biasa boleh dikaitkan dengan disiplin ilmu yang menyentuh soal dalaman. Petua-petua yang tidak disertai dengan kesungguhan tidak akan memberi makna kepada si penerima. Bagilah apa jenis petuapun. Bukan mudah untuk menguasainya tanpa meletakkan keyakinan yang bersungguh-sungguh. Itu sebabnya setiap penuntut itu akan diuji terlebih dahulu. Bagi guru, kesungguhan penuntutnya adalah menjadi penguji utama sebelum menurunkan sebarang petua. Terdapat banyak aspek dalam SC yang membolehkan guru melihat dan mengkaji kesungguhan anak muridnya. Amalan tidur atas kain putih adalah salah satu cara untuk menguji kesungguhan penuntut. Walaupun jangka masanya pendek, tapi mendatangkan bebanan kepada mereka yang tidak bersungguh. Di situ kita boleh buat tapisan. Mereka yang engkar melakukan arahan, tidak perlu meneruskan pelajaran. Kalau dalam jangka masa tiga malampun tidak menunjukkan kesungguhan, macam mana menjalani hari-hari berikutnya belajar pelajaran SC. Pasti kecundang sekerat jalan."

tu le dia kesimpulannya. kesungguhan. siapa2 yg bersungguh2, akan dapat bahagian dia. kalo tak bersungguh2, rentikan la. hehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati