bila tgk gamba ni, teringat masa sekolah2 dulu. ni ko la ni effy, gi 'upload' gamba ni. kan aku dah ternostalgia...



antara nostalgia termengesan [ada ke istilah ni? yang paling memberi kesan = termengesan] kat aku ialah insiden dalam kelas met-tam [org lain kata add-maths atau matematik tambahan].

masa tu, cikgu mariah tgh mengajar kat depan. tajuk pembezaan ke persamaan serentak. yg ada lukis2 graf garis lurus pastu kene lorek rantau kat bawah garis tu. ye aku tak belajar PPSMI, nk wat camne. istilah aku lain...kui3

cikgu mariah mmg le tgh mengajar kat depan. aku kat belakang tgh dok belek2 jari aku. aku tgh ada dlm dunia aku sendiri sbb masa tu aku sepatah haram tak paham ape cikgu mariah dok bersyarah kat depan.

sekali tu...

"awak, yang tengah main2 dgn kuku tu. mari sini!"

bedebab! aku jatuh balik ke dunia nyata.

"ambil kerusi awak dan duduk kat tepi pintu tu. daniel, awak pun sama. pergi duduk sana!"

maka hari tu, aku dan daniel duduk jadi pak jaga kelas 401 sampai habis kelas met-tam. nasib baik zaman tu kelas lelaki n pompuan asing2. xda la segan sgt. yang malangnya, ada pulak cikgu melintas2 sambil jeling2. adoiyaiii...

"buku kamu mari sini. lepas sekolah, datang jumpa saya kat bilik guru."

lps habis sesi sekolah hari tu, aku pun senyap2 gi bilik guru, amik balik buku dri cikgu mariah sambil mendapat ceramah motivasi percuma. menitik gak air mata kena. huhuhu

aku pun insaf.

haih...zaman remaja mmg terindah!

p/s: aku tetap gagal 2 kali ujian met-tam lps insiden ni. tp periksa akhir tahun aku lulus. wlpn markah aku 42 je. aku mmg lemau bab2 matematik ni...
p/s2: naik tingkatan 5, cikgu lain pulak ngajar aku. cikgu saadiah ada metod lain untuk memaksa budak2 malas mcm aku ni belajar. iaitu dgn gabung kelas dgn kelas budak perempuan...maka, tak dapat tidak, terpaksa la kami memperpandaikan diri demi menunjuk hero. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati