semalam aku habis baca novel ni.

novel tentang pejuang gerila selatan thai yang menuntut kemerdekaan wilayah patani.

kisah bermula dengan seorang juruterbang jet pejuang TUDM yang terhempas di rimba dalam wilayah patani. walaubagaimanapun, dengan takdir Allah, kapten Raziman terselamat dan berjumpa dengan anggota-anggota Tentera Pembebasan Patani (TPP).

beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk menyertai pasukan TPP untuk membalas budi dan juga kerana sentimen keturunan beliau. kapten Raziman berdarah kerabat diraja Patani.

macam-macam kembara dan suka-duka kapten Raziman dalam menentang tentera Thai dan dalam masa yang sama merebut pengaruh kawasan dengan PKM di selatan Thai.

oppsss! tak boleh cerita lebih2 sinopsis dia kat sini. nanti org yg bagi buku ni marah. aku kene cerita kat dia dulu. hehehe :P

secara amnya, kisah fiksyen ni bolehla dikatakan menarik. cuma jalan ceritanya mendatar. banyak perkara yang orang kebanyakan tak tahu tentang kerabat diraja Patani dan orang2 melayu selatan thai. tetapi mungkin disebabkan penulis - Lukman Iskandar - ni bukanla seorang penulis yang profesional, maka cerita dia jadi begitu. ditulis pula masa dalam tahanan ISA. dan malangnya, penulis tak sempat nak mengasah bakat lagi. penulis dah arwah pun. [mungkin jugak sebab aku lagi suka baca bahasa2 melayu klasik dan tak biasa baca novel aksi]

sayang sekali, kalau pengalaman2 arwah lukman ni ditulis dalam bentuk memoir, mungkin lebih terkesan kepada pembaca. mcm memoir abdullah CD, shamsiah fakeh dan syed husin ali.

apapun, terima kasih marlyne bagi djambu buku ni. ada ubi ada batas la ye? ;)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati