The profit motive.

kata2 hikmat dalam doktrin kapitalism. maknanya apa?

senang cerita, maknanya, nak cari untung. apa2 tujuanpun, mesti hujungnya nak cari untung. kalau tak untung, bukan kapitalism namanya.

sebab tu, fahaman tu bernama kapitalism. 'capital' bermakna modal. siapa ada modal, boleh berniaga. bila berniaga, mesti mau untung. kalau tak untung, bukan berniaga namanya, namanya bersedekah. haha.

dokumentari 'capitalism: a love story' memaparkan insiden2 yang berlaku serata amerika yang diselidik oleh mike moore, sehingga membawa kepada kejatuhan G. W. Bush dan kebangkitan Obama; rentetan peristiwa sebelum merudum ekonomi dunia dan penderitaan golongan miskin di A.S.; serta momokan sosialism.

bila orang sebut A.S, terbayang negara kuasa dunia yang hebat dan maju, dan tak pernah terbayang yang negara maju pun ada golongan fakir miskin. ada yang miskin ni, sebelumnya golongan pertengahan, tapi bila golongan kapitalis berleluasa, golongan berpendapatan sederhana ditindas dan diperlakukan sesuka hati, sehingga jatuh miskin demi menyelamatkan golongan kaya.

golongan jutawan di A.S mempunyai harta terkumpul melebihi daripada 90% harta penduduk A.S keseluruhannya. tapi mereka terlupa yang kuasa mengundi mereka tinggal beberapa peratus saja. akibat dasar2 berkebajikan obama, orang2 berpendapatan rendah yang mempunyai bilangan undi lebih tinggi bertindak memilih obama.

dalam kempen politik menentang obama, ramai yang melabelkan obama sebagai seorang sosialis. perkataan yang cukup pantang dan menghampiri kepada komunis. malangnya, makin disebut obama sosialis, makin ramai generasi yang mengkaji dasar sosialis dan kesedaran terhadap sosialism semakin tinggi. mcm kes islamofobia pasca 9/11.

komen aku: satu tontonan yang meluaskan ufuk minda dalam memahami dasar2 membina negara. yang ni berat sikit berbanding 'sicko' dan 'fahrenheit 9/11'. kita semua perlukan secubit sosialism dalam kehidupan...

p/s: eh, dah 300 entry aku rupanya? yeay!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati