petang semalam ada perjumpaan CouchSurfing kat odessa. perjumpaan ni bawah inisiatif Language Exchange Club. sambil2 tu, ada jugak pelancong2 yang menumpang nak melepak2 sesama ahli CouchSurfing.

ramai gak yg dtg semalam. yg bukan org tempatan/ukren antaranya aku, ushop, kevin [US], patrick [portugis], misha [rusia], francois [belgium, penganjur perjumpaan], satu mamat perancis dan satu pakcik swiss ni.

diorg ni ada yg melancong, ada yg belajar, ada yang meniaga. org tempatan pulak kebanyakannya pelajar lagi. mcm aku.

maka, ptg semlm penuh terisi dengan sembang2 dan bertukar-tukar cerita masing2 semasa berkelana ke negara orang. tapi kebanyakannya berkisar cerita di eropah.

meh berkongsi sikit:
  1. portugal mempunyai ruang udara terbesar di eropah jika dibanding dengan saiz daratnya. sebab portugal ada pulau-pulau azores yg letak di tengah2 atlantik. mcm mana org portugal boleh smpi situ, aku pun xtau.

  2. switzerland walaupun antara terkaya di eropah, bukan negara ahli Kesatuan Eropah. sebab kalo diorg jadi ahli, risau jadi miskin dan rakyat pun x suka.
  3. ada negara nama liechtenstein. juga bukan ahli Kesatuan Eropah. negara ni lagi best. tentera udara dia ada 1 kapal terbang je. bila aku cek kat wikipedia, tertulis yang negara ni tak ada tentera pun. negara ni ada polis je. tu pun 100 orang lebih sket.

  4. sepanyol walaupun luas, tapi banyak gurun. menyebabkan orang tak suka memandu merentas sepanyol untuk ke portugal. nak naik kapal terbang mcm mahal...huhu
  5. switzerland ada 4 bahasa utama. bahasa itali, perancis, jerman dan romansh [yg x penah dengar]. belgium pulak ada 3 iaitu bahasa perancis, jerman dan belanda.
  6. menurut pakcik swiss tu, bahasa jerman di switzerland ada mcm dialek, tak sama mcm di Jerman. orang swiss boleh paham jerman, tapi orang jerman susah nak paham orang swiss.
begitula sedikit sebanyak benda2 yang disembangkan semalam. walaupun jumpa kejap je tapi seronok sebab dapat berkenal2 sesama manusia dalam dunia ni.

p/s: kawan baru aku nama andrei gorbenko [bukan shevchenko yg main bola tu] amik kursus perhubungan antarabangsa dan handal gila cakap arab. berbelit aku nak lawan cakap dengan dia. adoiiii~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati