Leung: Guru, mampukah guru menentang 10 orang serentak?
Ip Man: Yang paling bagus ialah tak perlu bergaduh...
Leung: Kalau diorang bawak senjata?
Ip Man: Lari.

bila tengok poster ni, aku agak semua orang tahu pasal cerita apa.

smlm aku tgk cerita ni [padahal dekat2 nak periksa, tapi enak je nonton filem. hohoho].

seronok jugak. aksinya mendebarkan, lancar dan realistik.

sambil2 tu, banyak nilai yang positif diselitkan. contohnya nilai sayangkan budaya bangsa, hormat budaya orang lain, hubungan guru-murid; kasih-sayang suami isteri, anak beranak, adik beradik; setiakawan dan bencikan rasuah.

tapi satu dalam filem ni, orang2 china/hong kong selamba je buat babak wing chun lawan kungfu2 lain. tak ada pulak dengar riuh kungfu2 lain kata wing chun berlagak la, sombong la, menghina sesama kungfu ke ape ke. mungkin sebab penghujung filem ni, watak jahat utamanya ialah orang putih kot. mcm Ip Man yg dulu tu, watak jahat dia orang jepun.

cuba kalau filem melayu buat mcm ni. teringin jugak nak menonton filem tajuk "Hanafi" ke, "Meor Rahman" ke, "Yahya Said" ke, "Kiyai Salleh Selendang Merah" ke ape ke. tapi dengan syarat kena ada watak orang jahat yang selain melayu la. dan jangan la lepas tayangan filem, ada yang cabar-mencabar sampai terbunuh2 pulak. ahaha

dan kalau nak buat filem tu, boleh la buat dlm rangkaian 2-3 filem mcm Ip Man ni. takda la sesak semua nak tangkap muat dalam satu filem. nanti cerita ke mana, aksi ke mana, plot ke mana, ape ke mana.

kalau ada yang buat filem ni, aku rasa mesti untung. persatuan2 silat ni punya ahli berapa ratus ribu orang. silap2 boleh buat dalam VCD, dan jual kpd ahli jugak. hohoho

tapi tu semua anganan aku je...[sila kembali ke dunia sebenar dan sambung belajar]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati