seperti biasa, kalau ada lawatan yang aku malas nak bagi penerangan lanjut, aku hidangkan gambar je. marilah tengok!

kali ni, kitorg meronda2 di bukit yg ada patung besar kat kiev. nama patung ni Мать Родины/Mat Rodina. Datin panggil nama patung ni Mak Rodin je [macam nama kampung je. ahaha]. Mat Rodina maknanya Ibu Pertiwi. kat kaki patung ni ada muzium peringatan perang dunia II. kat belah2 sini, perang dunia II dikenang sebagai perang patriotik agung (the great patriotic war). perang ni diagungkan sebab tanda kemenangan sosialisme ke atas fasisme Nazi. perang ni mengorbankan berapa puluh juta [ke ratus juta? entah, x ingat] tentera soviet. 3/4 dari seluruh tenaga tentera tewas. ko bayangkan je la askar dia yang mati tuh ada berapa ratus juta, ada lagi suku je tinggal, berapa punya besar angkatan bersenjata dia...setakat negeri kecik2, sekali lalu je dia boleh sapu. cuma dia bukan negara kolonial je. tapi pada masa sama, dia sebarkan ideologi komunis. hehehe

tugu untuk satria2 yg tewas di medan perang...

artileri! tembak!!!

mara menggempur musuh...

pingat untuk bandar2 perwira. yg ni kiev. odessa pun ada, st. petersburg pun ada, minsk pun ada, moscow pun ada.

seni kreatif!

pesawat terbang Yak dan MiG

Mak Rodin @ Mat Rodini @ Ibu Pertiwi

nanti kita sambung lagi episod 4~ harap bersabar!

p/s: gambar dipetik oleh kodobovich n gilleco

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati