petua beli roti untuk pembeli:
  1. waktu membeli roti yang sesuai ialah lewat pagi, hampir nak ke tengahari.
  2. adapun apabila sampai ke kedai roti, tanyalah jurujual, yang mana roti yang baru/sedap.
  3. jika jawapan tak memuaskan, silalah pilih ikut kehendak sendiri.
  4. roti selalunya ada diperagakan di rak2 kaca. sekiranya berhajat kepada sesuatu roti, lebih baik ambil sendiri. jangan suruh jurujual yang ambil. menyesal nanti.
  5. pilih roti yang ada di tengah2 rak. jangan ambil roti yang dekat dengan pintu rak.
  6. kalau boleh, masa membelek roti tu, picit sikit. roti baru akan menganjal ke rupa asal dengan cepat.
  7. pilih roti yang kembung dan bulat. roti kemik, selalunya roti lama [maknanya dah ada orang picit semalam]
  8. selamat membeli, baca bismillah dan ngap!

petua jual roti untuk jurujual/pekedai:
  1. adapun apabila pembeli tanya, mana roti yang baru/sedap, jawablah semua roti pun baru/sedap. walaupun ada roti semalam. [roti semalam pun baru jugak, baru semalam]. walaupun ada roti tak sedap [sedap atau tak, perkara subjektif. sedap pada kita, pada orang lain x sedap, dan akasnya]
  2. jika pembeli berpuas hati, dia akan terus pilih dan beli.
  3. jika pembeli minta roti, ambil roti yang lama dan jual roti lama dulu. roti yang segar, kemudiankan. habiskan stok yang lama.
  4. sekiranya ada rak kaca, susun roti lama di bahagian tepi dan letak hampir dengan pintu rak. pembeli selalunya malas nak susah2 dan akan ambil yang dekat. ini juga memudahkan pekedai menghabiskan roti lama.
  5. kalau bungkus roti, pastikan ada gelembung udara yang dibungkus sekali dan pastikan kedap udara. supaya pembeli susah nak picit roti.
  6. roti yang dijual, jual roti yang hodoh dulu. roti hodoh ni termasukla roti kempis, roti bantat, roti tobek, roti sikit lagi nak hangit dan roti tak berapa nak jadi bulat [cthnya roti bulat tapi salah uli jadi bersegi2]
  7. roti yang tak habis hari ini, jangan buang semua. pilih dahulu untuk dijual esok pagi.
  8. selamat menjual roti!
ni baru sikit. ada lagi petua2 berguna, panduan membeli/menjual roti.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati