Memaparkan catatan dengan label KB. Papar semua catatan

Jeram Pasu jom!!!

ke KB sekali lagi.


dalam perjalanan atas lebuhraya masa pergi, tetiba sesak. polis kerah jadi laluan selorong. ingatkan ape hal. rupanya ni ha!


tapi bukan itu yang penting. yang pentingnya ialah masa di kelantan, tuan rumah, encik kodob mengajak melawat Jeram Pasu.

Jeram Pasu letak di Pasir Puteh, depan sikit je dari SBP sekolah sains pasir puteh. kalau dari pekan pasir puteh, jalan menghala ke Kota Bharu. lepas masjid padang pak amat, ada simpang. belok kiri. dalam 5km ke dalam jumpa cabang dua. amik yang ke kanan.

maka akan jumpa lah jeram dan kolam buatan untuk berendam2.


tapi aku pun x berendam sebab seluar kecik tak bawak. tangkap gambo je le. lenkali datang boleh berendam.

KLIK untuk peta dan koordinat ke Jeram Pasu.

encik kodob selepas sesi perbincangan yang kencang, lalu merenung masa depan..."kita mesti ada 'back-up plan'!"

terima kasih kepada encik kodob dan hajar dan keluarga.

terima kasih juga kepada USM atas bantuan dan khidmat. kita tak jumpa lagi dah kot. hahahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

stadium sultan muhammad IV

fuiii~ ni la pertama kali aku merasa suasana bola perlawanan akhir piala malaysia, walaupun dah 25 tahun hidup kat malaysia ni.

penuh dengan sorakan gegak gempita penyokong2 mati-keras red warriors. disebabkan malam tu tak ada orang kat rumah, dan wen sheng pun gi makan2 kat umah kwn dia, aku pun gi la tgk bola kat stadium sultan muhammad IV dgn chief. kat sana diorg pasang layar besar, tayang guna projektor. fuiii skali lagi~

tapi yang kelakar tu, ada kedai pasang TV1, ada kedai pasang astro. bila gol, jadi 2 kali sorak. astro terlambat beberapa saat.

punya la ramai orang, sampai order makan pun tak sampai2 [tukang masak lupa atau tak menang tangan kot].


gini la suasananya. aku pun, pakat sokong kelantan la. pakai baju putih pun. konon2 sokong. hahaha. masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang red warriors, 'gomo kelate gomo' la!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

wat pothivihan

seperti yang dijanjikan, cerita melawat-lawat buddha yang tidur.

selepas ujian, kitorg pun mengisi masa pusing2 kelantan. tapi kali ni linda dgn chin tak ikut. chief masih merangkap pemandu pelancong dan wen sheng masih pemandu kenderaan rasmi. jurugambar kali ni ialah koler.


buddha yang tidur ni letaknya di wat pothivihan, kampung jambu. kalo tak silap la. dulu masa kat bangkok dulu, ada jugak aku melawat buddha tengah tidur kat wat pho. tapi buddha kat bangkok tu bersalut emas. buddha ni bajet rendah sket kot. pakai cat biasa je.

tak pasti la apa signifikannya buddha yang mengiring macam ni, tapi rasanya ia menggambarkan detik2 akhir sebelum buddha mati kot. entah...

sepatutnya 'legend' je. bukan 'the legend'...

jalan nak ke wat pothivihan ni, dari KB seberang sungai kelantan ke menghala ke tumpat. bila sampai kat lampu isyarat [ye, ada satu je lampu isyarat, takkan sesat punya], belok kiri. dalam 2-3 km lepas tu, nampak le wat ni di sebelah kiri. masuk percuma. hehehe


wen sheng menderma sambil tabur makanan ikan, lalu berkata, "ko orang pun bagi la makan ikan. mungkin boleh pass exam..."

insaf kejap aku. sejak bila pulak brader ni pandai ambik berkat bagi makan ikan sambil menderma. kat rumah tak pernah tengok sembahyang pun. hahaha


agak2 dah lapar menengok buddha, chief pun ajak menyusur sungai golok sampai ke rantau panjang. ada restoran terbaik katanya. sepanjang perjalanan tu, terasa dekat sangat dengan negara jiran. melaung pun boleh dengar. tapi sempadan dan undang2 yang memisahkan.

punya la semangat waja nak makan tengahari kat restoran tomyam sedap, sanggup ke rantau panjang. takde la jauh dari KB. 40 km je [dekat la sangat]...sekali bantai dia punya tomyam, memang pukul habis la. kalah semua tomyam2 kat kafe hayaki KB tu. hahaha. harga makan pun pukul habis jugak. hidangan untuk 3 orang, rm60. nasib baik makan berempat. dapat diskaun sket. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pantai melawi



petang lepas exam hari tu, kitorg pegi ronda2 pantai melawi. pantai melawi letaknye dalam 30km dari bandar KB. di simpang di kubang kerian, ambil jalan ke bachok. dalam perjalanan tu ada la nampak sawah padi, pokok kelapa dan segala macam suasana desa aman terasa. setengah jam lepas tu sampai la ke pantai melawi. ada jugak pantai nama pantai irama. tapi chief kata pantai irama tak sedap mandi dan pantainya pun tak landai. bahaya kalau musim2 tengkujuh ni.

pantai melawi ni pulak, kisahnya, kena la masuk kampung2 orang. masa lalu jalan kampung tu, mata orang kampung semua pandang dgn ekor mata jek. agaknya memang orang tak berkelah masa2 ni kot. kami sampai pun, chalet banyak yang tutup. lagi satu halnya, pantai melawi ni macam tak bukak untuk khalayak. sebab tak ada gerai makan, tak ada pusat berkelah yang khas dan tak ada air paip untuk bilas2. siapa yang ada chalet je boleh mandi air paip kot.

maka hajat kami yang murni nak mandi laut ni pun terbantutlah...

terpaksa la kami berkelah tapi laut, makan cikedis dan menikmati keindahan pantai. konon2 nak tangkap gambar... sekali tu...

yang mana kami semua dah biasa kena. tu yang tangkap gambo pakai kamera telefon je ni. bendalah hitam kat atas tu buat hiasan je. hahahaha

ahli rombongan termasuklah linda, chief merangkap pemandu pelancong [walaupun kami ingat mcm dah tersesat barat], chin merangkap jurugambar separa profesional yang diberi cuti lantaran bateri tak bawak dan wen sheng merangkap pemandu kereta rasmi.

boleh nampak tak pulau perhentian di kejauhan? chief kata bachok ni memang dekat sangat dah dengan sempadan terengganu. ayah hajar pun cakap, nak ke pulau, naik bot laju 40 minit dah sampai.

maaf, ni pantai timur. maknanya matahari terbenam sebelah darat. kalau rasa nak beromantik2, sila tunggu pagi esok dan lihat matahari naik. hahaha

selamat berkelah di pantai melawi. salam sayang, djambu~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

cuti-cuti KB

fuuuiii...

dah habis pun kursus pendek kat HKB. periksa pun dah tamat. keputusan je tak keluar lagi. tapi rasanya dah tahu apa keputusannya. bersiap sedia la cari kerjaya lain. hahaha

ok la. bajet nak letak cerita jalan2 keliling KB, tp gambo ada dlm telefon kawan plak. tunggu kemaskini yg lain la ye?

sementara tu, ni je yg ada. hehehe

ni rupa pulau UK yg betul...

ni rupa pulau UK pada kemeja T yang jual kat pengkalan kubur...memang FAIL!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kuih mini


dok kat kelantan ni, jumpa mcm2 kuih. salah satunya kuih ni.

bancuhan dia mcm apam balik, tapi masak atas keping besi. inti dia sekaya. agak2 nak masak, tukang masak tu lipat dan cubit sikit bagi dia bertemu dan melekat. harga pun murah. 1 rial dapat 10 biji. saiz dia agak separuh jengkal.

apa agaknya nama bendalah ni ye? ke memang apam balik mini?

p/s: pastu ada jual kuih2 tersalah ejaan. contohnya 'martabat', 'sambusat' dan 'cara berlaut'. mak aiii...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

15 Dinar Emas

kenduri kawin ahlooqe dan nana, serta faris n naimah. kat kelantan.


maka terbangla aku ke KB dgn linda, irma, belle dan ushop.

...

...

...xda idea nk tulih, sbb pjg sgt citenye...i let d pics do d talking la eh?

  • naik ketapi ke KL. kul 0435 tu...gigih nk maut...
  • main jetski kat sg. kelantan. jue yg punya jetski
  • belle, penunggang jetski separa pro-separa amatur
  • aku? menumpang je sebab xleh pakai spek masa bwk jetski, takut spek jatuh dlm air
  • jue dan irma membelah olak2 sg. kelantan
  • BBQ di tepi sungai...
  • kodok dan ali dan lain2 membakar ayam
  • aku tukang makan...haha!
  • jue tuan rumah
  • majlis nikah ahlooqe/fazlur kat kuala krai
  • ahlooqe yg pucat, japgi dah tak bujang dah...haha~
  • kenduri faris pulak esok harinya kat kg. laut
  • faris dan naimah. naimah org melaka
  • malam tu pulak, main futsal...setelah TIGA TAHUN tak main bola. padang mahupun PS2
  • lepas agak2 tak larat, jadi penjaga gol. save 2...bolos , x terkira
  • ali sakit2 kaki sbb xcukup warm-up dan stretching
  • seluar skuad kebangsaan...ali yg punya
  • esoknya ke KT, jumpa cikgu Zurina. sambil2 tu gi masjid kristal dan beli keropok
  • masa balik ke ipoh, ada pakcik kirim barang ke anak sedara dia kat ipoh. aku dpt la rm10 sbb jadi kurier dia ni. rm 10 pun duit beb!
  • mcm nama orang kn? cikgu Zurina ckp, "who the h*ll is trash?" haha
  • x kelakar ke?
oh ye, 15 dinar emas tu maskahwin dan nilai duit hantaran ahlooqe kpd nana

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...