Memaparkan catatan dengan label centre. Papar semua catatan

Hari Eropah 2010 - Pt 2


*ye tuan2 dan puan2, kita sambung kembali di mana kita tertinggal hari tu. hari ini kita bicara hal masak-memasak. pembantu saya akan memberi contoh masakan apa yg dihidangkan hari ni*
-chef gerai hidangan jerman-czech-

  1. makanan turki, manisan baklava dengan kuih ape tah, mcm vadai makcik india selalu jual tu
  2. pizza italiano, dgn salami
  3. hidangan gruzia/georgia. mcm roti capati, pastu lauk dia tak tau, mcm daging kisar kepal2 pastu rebus kot
  4. salad. terlupa nak notakan dari gerai mana
  5. hidangan israel. ada ayam goreng dgn sira merah, kutlet ayam dgn serbuk roti pastu ada ikan. inti ikan gaul dgn roti, penyek2 pastu kukus balik dalam kulit ikan tadi. rasa mcm pelik. ni je yg aku try sbb dia ikan.
  6. manisan azerbaijan. gerai yang lemau sbb hidangan dia satu talam ni je. huhuhu

akhir sekali terimalah nyanyian "Shalom Aleyke" pakcik Yahudi sorang ni. "shalom aleyke"-"shalom aleyke" jugak pakcik. sedara2 pakcik kat Israel tu bunuh orang atas kapal. takde maknenye "shalom aleyke" tu...

p/s: serius aku kagum dgn ikan tu. sbb igtkn ikan tu ada tulang mcm ikan biasa, sekali akak tu potong, dalam tak ada tulang. tukang masak tu dah pisahkan isi drpd tulang dan kulit ikan, padahal tebal mana je kulit ikan. lepas tu dia susun atur balik mcm sediakala. maklumat lanjut lauk ni, klik sini. ikan gefilte namanya.

p/s2: siapa handal, cari awek dalam gambar chef atas tu ;)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hari Eropah 2010 - Pt 1

bila kita cerita pasal eropah, mesti orang terbayang masyarakat moden, canggih, bangunan tinggi-tinggi, bandar bersih, jalanraya bagus, kereta kuasa tinggi, orang pandai2, awek mata biru dsb.

tapi pernah ke kita terpikir, adat kebudayaan diorg mcm mana? diorg ada makanan tradisional ke mcm kita? lauk rendang dgn nasi lemak ke? baju kurung ke? ada tengkolok ke? mcm dalam wayang tu ke?

jumaat hari tu ada sambutan Hari Eropah kat sini. maka, aku pun berlegar2 sambil memetik gambar. mari2 kita tengok gambar!

ni gerai Georgia/Gruzia. ralit sangat jaga gerai, xsempat nak senyum...

yg tengah tu pasangan Greece. diapit oleh Jerman...

yg ni awek Republik Czech...ayu2 sambil telefon gitu~

ok, ni bukan baju tradisi Azerbaijan. yang jaga gerai diorg pun x seberapa. gerai diorg ada manisan je setalam...bosan!!!

Itali dan pizza, tak boleh dipisahkan. kemudian nanti aku letak gamba pizza...

model2 Jerman. tapi anak patung je la. model betul mcm Claudia Schiffer tu x sempat nk datang. ahaha!

buat merosak je makcik pakai topi tu melintas. dah nampak hiasan kepala jek! ni pakaian Rusia.

awek Turki yang anggun, gaya2 muslimah sejati...

hiasan pintu Turki. benda ni asalnya tangkal tolak bala, tapi dah jadi hiasan kaca yang unik kat Turki.

akhir sekali, anak2 dara Ukraine, mendengar nasihat nenek...hehehe

Kesimpulannya, Eropah dulu pun 'darat' jugak macam semua orang dalam dunia ni...hehe. sayangilah budaya kita!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

figure skating!


All good things must come to an end.

Semua perkara yg baik2 dan bagus2 akan habis juga akhirnya.

tapi, dlm kes aku ni, perkara yg bagus2 tiba di penghabisan. dah tahun akhir kat sini, baru la merasa bendalah luncur ais ni.

minggu lepas dia on benda ni. kalau main tengah minggu 35grv utk 45 minit waktu pagi. lepas tghri, 40grv. hujung minggu 40grv. kalau sesi malam, 70grv main dari kul 12 smpi 3 pagi. lanyak la ko benda ni sampai lebam!

dah tahun akhir la baru nak pasang paip air panas [musim sejuk nak habis pulak tu. awal2 xnak pulak dia pasang!]

dah tahun akhir ni baru nak pasang talian internet ke bilik2 asrama.

bengong betul!

bagus ke tak bagus ke, yang paling bagus sekali ialah tahun ni aku balik Malaysia. habis cerita!

aku takda mood nak tangkap gamba benda ni banyak2. sebab banyak habiskan masa kat tepi2 je. penat nak berdiri pun tak habis. kui3~

p/s: org tak reti main kasut roda, tetiba nak tibai luncur air plak. mmg la hancus! terima kasih kepada irma, mengajar aku yg bebal ni. hahaha~
p/s2: dalam keluarga aku, kakcik sorang je yg reti main kasut roda. jom kakcik, kita try kat mines ke, sunway pyramid ke nanti? :D

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sepetang di gorsad


musim2 panas ni, petang2 mmg akan ada orkes main. selalunya budak2 akademi muzik Nezhdanovoi. sambil2 tu ada pakcik-makcik menari2, terkenang nostalgia zaman muda-mudi. hehe. lagu hari ni dendangan trup Transbunker [tak tau dari mana. tetibe mari main]

entri ditujukan khas kpd nadia dan khai. korg mmg minat orkes2 ni kn?

p/s: gorsad = gorodsky sad/городский сад/taman bandaran
p/s2: nama akademi muzik sempena Antonina Nezhdanova

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hayun mangkuk/bowling!!!

hey2! sori ah, lama x update. ada org rindu x? :P


ni ialah update semalam.

setelah 3 tahun menjauhi, smlm aku kembali...

kembali ke pusat bowling 7 stars. untuk menunaikan hajat main bowling setelah beberapa tahun aku xmain bowling...

terakhir aku dtg sini ialah masa aku 2nd year. masa tu aku gi dgn azlin [ko ingat lagi x, met?] n sape je lagi ntah. tapi masa tu, ada technical error, xda elektrik. so xdapat la main.

akibatnya, aku merajuk...selama 3 tahun...

slps 3 tahun, aku pun kembali slps diajak oleh baiya n kodok.

pusat bowling ni kecik je. ada 8 lorong. tapi memandangkan yuran main agak la mahalnye (150 grv sejam) dan mungkin sbb smlm cuti 1 mei dan org sume lepak rumah, orang x ramai dan tempat tu pun lengang. maka kami berlapan pun bermain dgn girangnya. yehu!!!


cube teka, siapa yg beginner? hehehe

oh ye, kos permainan ditampung oleh kad pelajar ISIC dan duit kelab pelajar separuhnya :D terima kasih kepada pemegang2 kad (irma, linda, baiya, usop dan fatin)


bakat2 pemain yang xdapat dinafikan lagi.

aku tgh mendahului

cuba dicabar oleh kodok!!!

aku sebagai bekas pemain boling sekolah, xakan mengaku kalah!




keputusannya, frame pertama aku menang dgn kutipan mata 126 jatuhan pin diikuti rapat oleh kodok dgn 124 jatuhan pin. muahaha!!!


malangnya, frame kedua tak sempat dihabiskan sebab dah tamat tempoh sejam bermain. frame kedua ni xleh nk kata siapa menang siapa kalah sbb mata x cukup. tapi setakat balingan ke 6, kodok leading dgn 100 lebih mata...prestasi aku menurun sebab tekanan stres untuk menang mengganggu tumpuan aku. hahaha! baiya pulak baru nak dpt rentak permainan, dah abis masa. tahniah sbb berjaya melakukan strike untuk balingan terakhir...slps berkali2 mencuci 'longkang'. bersih a jugak longkang hari tu. hahahaha~~


wlpn xpuas ati sbb xdpt habiskan frame kedua, kami tetap balik ke masjid slobodka dan solat jumaat... :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...