Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

pesta buku wei!

Buku-buku dibeli dengan harga RM40 saje!

Woot! Woot!!!

sebenarnya dapat baucar rm200 bantuan buku 1malaysia. diguna pula di pameran buku 1malaysia kat PWTC tempohari. terima kasih Dato' Najib. Lol~

harga semua tu dalam rm140. tapi pakai baucar rm100. ada lagi rm100 baucar tak tau nak guna kat mana. nak jual kat mudah la. haha!

sekarang ni, kat pesta buku, kedai buku ada banyak buku memoir atuk2 komunis PKM mcm buku rashid maidin, abdullah CD, shamsiah fakeh, chin peng dsb. buku mein kampf nukilan adolf hitler pun ada jual. yang bertambah anehnya, kat TV dok main yg kata pengganas komunis, pengganas komunis. jual buku pakcik komunis boleh pulak? buku nazi ada jugak?

jadi, apa kesimpulannya?

entah.

kesimpulannya pada aku, boleh la kita dengar cakap/hujah dua belah pihak dan adili sendiri. jangan tutup mata, tutup telinga, tak nak dengar cakap, malas nak baca buku sejarah negara ni. baru la berkembang minda...

buku seni silat tu dah habis baca, nak baca buku hikayat hang tuah pulak lps ni, lps tu buku komunis, buku bersih, buku pendeta zaaba dan buku ultrasound. hmmm...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ZOMBIJAYA


yg ni kalau baca, mmg x boleh letak bawah.

plot dia, lepas satu, satu, mengalir je.

cukup rasa lah, pendek cerita. thiller ada, comic ada, satira ada, cersai/sai-fai ada (cersai tu cereka sains, aku yg reka istilah ni),
seks ada, romantika ada.

cerita ni pada aku macam 9 1/2 weeks dgn resident evil digabung dengan latarbelakang dan citarasa malaysia. siapa2 produser yg ada modal, mintak tolong la filemkan cerita ni. lagi bagus dari filem2 tahyul khurafat yg tengah bersepah2 kat malaysia sekarang ni.

sinopsis:

5 sahabat baik (Nipis, Kamarul, Ana, Sofia dan Aliff) bergumbira pada malam sambutan tahun baru di lembah klang apabila tidak semena-mena seorang daripada mereka digigit anjing bervirus. virus zombi tersebut bukan sahaja menjangkiti salah seorang daripada 5 sahabat tadi, malah merebak dari punca yang tak diketahui. lama-kelamaan, virus tersebut merebak sampai ke sarawak dan ke seluruh malaysia. dalam keributan penularan wabak zombi, Nipis - seorang kaki teori konspirasi - mencadangkan mereka berpindah ke putrajaya di mana beliau percaya, kerajaan mempunyai kubu anti-serangan nuklear.

pelbagai aksi, babak suka-duka, persahabatan dan pengkhianatan mengisi novel ini, serta beberapa isu semasa seperti rancangan tv realiti, politikus homoseks juga dicuit.

selamat datang ke zombijaya!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kasino


judul novel FIXI ni KASINO.

tapi bukanlah berkisar pasal kaki judi di kasino semata-mata, atau mengajar cara untuk menang di kasino.

ia tentang seorang peniaga/niagawan yang berdepan risiko didakwa atas tuduhan rasuah di suatu negeri reka-rekaan di Malaysia selepas negeri tersebut jatuh ke tangan PR. untuk mengatasi kesempitan wangnya, dia terpaksa mencari sumber wang dari mana saja lubang yang dia ada. dan satu kepakarannya ialah bermain terup di kasino.

sambil2 tu dia ada minum2 sikit, main2 perempuan sikit (banyak, bukan sikit), tahajud2 sikit...dah macam cacamarba pulak aku tengok watak novel ni. minum wain mcm minum air, tapi smyg tak tinggal. macam ni punya orang pun ada.

tapi cerita ni pun cerita rekaan, ikut suka penulis dia la nak reka watak macam mana, ye x?

novel ni ditulis dalam latar tempat yang urban/bandar, diresapi dengan pengaruh2 jahat duit di mana, siapa ada duit, segala benda boleh buat. segala benda pun tak mustahil.

ni baru satu novel dari barisan judul dalam siri terbitan FIXI. aku ada baca dua lagi, Zombijaya dan Kougar...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

budaya X, bukan X-MEN

ni la dia rupanya buku Budaya X Budaya Y yang aku pernah sebut dulu. buku tulisan Dr Shaari Isa mengenai sikap orang melayu yang pernah cuba diubah sekitar pasca merdeka, tapi masih tak berubah2 sampai sekarang.

menurutnya, budaya yg melayu amalkan ni dah terbenam jauh ke dalam hati dan akal orang melayu akibat faktor geografi dan faktor sosioekonomi. apabila sesuatu amalan tu dah diamal beratus-ratus tahun, maka amatlah susah untuk mengubahnya melainkan setiap orang ada kesedaran.

amalan yang tidak berapa positif yg ada pada melayu dan dipupuk zaman berzaman itu termasuklah suka berhibur, tidak pentingkan masa depan, mengutamakan keuntungan jangka pendek, mentaliti kawanan/herd mentality dan terlalu mengutamakan penampilan berbanding isi.

beliau mengupas secara logik dan ilmiah juga secara profesional. tidak terlalu terikat kepada nas2 juga. nas itu benar tapi nukilan Dr Shaari lebih rapat kepada isu tempatan.

satu bacaan yang baik untuk siapa2 yang rasa nak kaum melayu ni berubah. bila kita tahu kelemahan, baru kita boleh usaha untuk ke arah yang lebih baik. boleh dibaca oleh orang UMNO dan juga orang PAS. demi kelangsungan masyarakat malaysia secara amnya.

1511 kombat? lain hari la ye?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan INTERLOK - bhgn 1


"Dalam kapal ini dia tidak susah, sebab sebahagian besar daripada penumpang-penumpang dek yang bersama-sama dengannya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. ... Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul ialah mereka itu tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak takut mengotori sesiapa kalau bersentuhan dan mereka bebas lepas bergaul. Tempat dalam kapal itu tidak teratur, mereka ditempatkan sahaja berasak-asak seperti kambing."
-Interlok m/s 251*

wallao wei! sebab perenggan ni saja, terlompat-lompat puak2 ni buat protes. perkauman la, rasis la, apa la. satu Malaysia nak kecoh.

meh sini nak bitau sikit.

yang buat protes tu baca habis tak novel ni? apa? tak habis baca? ke tak baca langsung?

tu la. lain kali, belajar bahasa kebangsaan betul-betul. bila belajar bahasa Malaysia, maknanya mesti boleh faham, betul tak? bila boleh faham, baca la novel ni sampai habis.

kalau baca sampai habis, mesti la akan baca perenggan ni.

"Maniam sekarang sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Pulau Pinang. Dia berasa senang hidup di negeri ini, kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dia juga seorang manusia seperti orang lain. ... dia juga tidak takut dengan pantang larang yangbiasa berlaku di negerinya... Di negeri ini tidak ada itu semua. Dia kenal orang itu daripada keturunan kasta tinggi, kasta Brahman... Tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu... Memang negeri baru ini sesuai dengannya..."
-Interlok m/s 261*

perenggan pertama atas tu tak bersifat rasis langsung. ia bersifat fakta bagi sesetengah pihak. dah kalau benar tok nenek india tu dulu datang naik kapal bersesak2 macam kambing, nak kata macam mana lagi? nak kata naik kapal kelas pertama ke? dan orang India selatan datang naik kapal murah, macam tu la layanan kapal murah. tak caya, tengok cerita Titanic. nak selesa, bayar la mahal. benda ni fakta. sasterawan negara, Abdullah Hussain tulis menurut kajian, pengalaman dan latar zaman beliau. lagipun buku ni ditulis sepuluh tahun selepas merdeka. orang India di Malaysia zaman tu memang ramai lagi yang diam di estet dan kerja buruh kasar. konteksnya, di atas kapal tu watak Maniam masih ada mentaliti berkasta.

perenggan kedua tu kan menunjukkan betapa Malaya ni negeri bertuah. tiada amalan kasta macam tanah besar India. amalan tu tak dibawa bersama, ditinggalkan di sana. Maniam rasa bersyukur dan mentalitinya sudah berubah.

kedua-dua perenggan ni haruslah dibaca bersama. bila belajar, belajar sampai habis. bila baca novel, baca sampai habis. jangan petik2 ikut suka. lari maksudnya. lari konteksnya. hilang pengajarannya.

kalau orang baca novel ni, sepatutnya orang Melayu dan Cina pun kena buat protes sebab banyak lagi penghinaan demi penghinaan perkauman dalam novel ni. tapi itu semua persepsi dan fakta. takde faedah nak menentang fakta, melainkan ada fakta yang lebih kuat.

kesimpulannya, tok moyang yang berhijrah dulu tu yang Paria. tutup cerita dia, buka buku baru. anak cucu India warga Malaysia sekarang ni tiada yang Paria. semua ialah warganegara Malaysia yang berdaulat dan punya hak yang terpelihara oleh Perlembagaan Malaysia.

p/s: panjang lagi nak ulas pasal novel ni, kita tunggu bahagian 2 [kalau aku rajin nak tambah]
p/s2: nanad, kalau abah u rajin, suruh dia jawab dalam Dewan Rakyat. biar diam sikit puak2 ni. tak sedar dek untung!

*novel INTERLOK edisi khas sasterawan negara terbitan DBP, 1996

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

cinta karipap

dah lama aku tak baca novel berkaitan cinta. memang bukan genre kegemaran sangat pun. tapi aku dah lama perhati novel yang ni.

'KARIPAP-KARIPAP CINTA'

aku perhati sejak diam di KB. tapi masa tu kewangan terhad. namun aku tetap berazam untuk membacanya.

akhirnya, dapat jugak baca. pinjam kawan punya.

faktor yang menarik aku baca novel ni ialah novel ni novel kom-rom [komedi-romantik. org holiwud kata rom-com] yang jarang orang boleh buat. nak tulis novel komedi bagi orang gelak bukan senang. novel jiwang air mata meleleh merata je ada. lagi pula 'label'nya sangat merendah diri [Novel BESTSELLER bila 1 Malaysia sudi membelinya], tanpa perlu berpura-pura dan promosi-promosi yang terlalu tapi akhirnya mengecewakan.

gambar model wanita dia pun punya senyuman anggun dan comel dan sangat ceria berpakaian merah jambu!

isinya sebuah kisah cinta di kota metropolitan yang kompleks, berbelit antara konflik kejujuran, kerjaya dan peristiwa-peristiwa kebetulan yang kelakar.

untuk lebih nikmat membaca novel ini, seseorang itu haruslah kaki baca blog seperti DUNIA VOVINSKA, SEMBANG KENCANG [cuma menyebut beberapa nama] dan yang seangkatan dengannya supaya tahu gaya bahasa yang digunakan.

karipap-karipap cinta - bukan cinta biasa!

gambar dari blog MANIFESTASI MIMPI. model sebenar kulit tu ke? teringin pulak nak jumpa bertentang mata

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Apa yang cikgu korang tak bitau?


banyak je.

tentang senjata keris, simbolism2nya dan peranannya dalam masyarakat dulukala.

tentang karya epic jawa klasik, yang bila dilihat dari sudut pandang lain, nampak macam karya homoseks,

tentang asal-usul pembahagian kaum2 di malaysia dan apa akibatnya pada masa sekarang.

tentang peribadi dan peranan Dr. burhanuddin helmy pada zaman pra-merdeka

tentang sisi lain hang tuah, dan kisah kembaranya ke benua keling dan benua cina. hang tuah bukan setakat bunuh jebat je.

dalam banyak2 ni, aku paling suka bab Dr. burhanuddin dan petikan2 pidato beliau.

ni satu contohnya:

"Kemenangan Jepun - Adapula orang yang berfikiran singkat turut suka dengan kemenangan Jepun itu. Tetapi itu bukan kemenangan kita. Itu bukan kemenangan bangsa Melayu. Kebangsaan Melayu telah mendapat penandangan dan pelajaran."

beliau berpendapat penjajahan itu sama saja, tak kira dari timur atau barat. yang penting umat yang terjajah itu harus belajar dan bangkit untuk membela nasib sendiri.

menurut Ahmad Boestamam:

"Sebuah negara merdeka memerlukan suatu bangsa negara. ini suatu kemestian. Dan mendiang Dr. Burhanuddin, sejak mula berjuang lagi sehinggalah kepada saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, masih tetap mengingini 'bangsa negara' itu dinamakan 'Melayu'...Siapa saja yang mengaku taat setia kepada negeri ini yang tidak berbelah bagi, asal bersedia mengaku dirinya 'Melayu', boleh diterima menjadi rakyat 'Malaya Merdeka' yang beliau ingini. Tidak ada perhitungan 'darah' diberikan sedikit padanya..."

lagi ucap Dr Burhanuddin:

"Kita dari angkatan PAS akan melancarkan bahtera perjuangan kita menuju pelabuhan cita-cita Islam yang sangat jauh pelayarannya. Kita sama-sama bertolak beriringan aliran-aliran lain dan walaupun nasionalisme dan sosialisme telah sampai, tetapi Islamisme akan belayar terus, menuju pelabuhan kita: Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur..."

yang mendengar pasti akan rasa bersemangat dan berkobar2. sekarang ni nak cari pemidato hebat, punya la payah. balik2 kempen, berucap, tapi yang berucap tu pun terpalit isu2 jenayah la, rasuah la, salahlaku seks la apa la. lepas tu janji nak bagi duit la, janji bagi jalan la, bagi jambatan la. masa tak kempen pilihanraya, tak ada pulak nak bagi...

maka, siapa yang rajin nak tahu benda2 yang tak ada dalam buku teks sekolah dan aliran perdana, boleh la cari buku ni.

buku ni himpunan syarahan Farish M. Noor. terbitan Matahari books. harga aku beli RM40.

p/s: kalaula tok nenek kita dulu ikut cakap Dr. Burhanuddin ni, tak timbul masalah interlok ke, pariah ke, keling ke, apa ke. tak payah nak 1Malaysia-1Malaysia ni. entah la...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bangsa membaca?



dulu ada slogan 'kepimpinan melalui teladan'. maknanya pemimpin tunjuk teladan baik, baru rakyat ikut.

tapi, kempen membaca ni, setakat ni tak pernah keluar media pun pemimpin tunjuk teladan tabiat membaca.

patutnya, kena la ada iklan tayang PM tgh baca buku ke MB tgh baca novel ke, buku bantu-diri ke ape ke. baru la rakyat boleh ikut. ataupun sekali sekala ada wawancara dlm akhbar, tanya penulis kegemaran pemimpin tu siapa, karya siapa yang paling disukai.

lagi bagus kalau pemimpin2 ada tulis buku dan idea2 sendiri. baru la negara ada ideologi. bukan setakat slogan je...setakat slogan, lepas tu buat propaganda lemau dalam TV...gila bosan...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

La Ilaha Illallah


beberapa minggu lepas aku beli buku No god but God, karangan Reza Aslan. tak pernah2 aku beli buku yang jenis mcm ni. tapi bila aku tgk tajuknya mcm bagus dan reviu2 yang menarik, terus aku beli.

penulisnya, Reza Aslan seorang warga Amerika keturunan Iran. beliau juga merupakan seorang ahli akademik yang banyak menulis buku, artikel dan menyampaikan ceramah di seluruh dunia.

buku ni berkenaan sejarah permulaan islam, perkembangan islam zaman nabi, zaman sahabat, aspek2 syiah dan sufi dalam islam dan cabaran islam zaman moden.

dalam buku ni, banyak dibentang kisah2 yang kita tak tahu mengenai sejarah awal nabi Muhammad SAW, masyarakat jahiliah, dan kisah2 zaman pra-islam. ada juga diselit2 kisah2 sirah dan beberapa punca dan bibit perpecahan umat islam sejak zaman nabi Muhammad lagi. kebanyakan kuliah maghrib yang ada di kejiranan kita ni, sumber dan konteks isinya adalah tradisional dan tak banyak sudut pandang lain. tapi buku ni ada beri sudut pandang lain tapi masih berlandaskan adab2 beza pendapat dalam islam la [pada pendapat aku]. bukannya dia bagi pendapat radikal macam sesetengah orientalis.

sebagai contoh dia ada bagi sejarah ringkas kenapa Saidina Ali tak ngam dgn Aishah, kenapa ada konflik ahlulbait dengan bani umayyah, siapa dia muhammad abdul wahab dan ada lagi la isu2 lain.

buku ni satu bahan bacaan yang baik tapi apa2 pun, cara menuntut ilmu dengan berguru tetap yang terbaik.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

gerila - BUKAN GORILA

semalam aku habis baca novel ni.

novel tentang pejuang gerila selatan thai yang menuntut kemerdekaan wilayah patani.

kisah bermula dengan seorang juruterbang jet pejuang TUDM yang terhempas di rimba dalam wilayah patani. walaubagaimanapun, dengan takdir Allah, kapten Raziman terselamat dan berjumpa dengan anggota-anggota Tentera Pembebasan Patani (TPP).

beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk menyertai pasukan TPP untuk membalas budi dan juga kerana sentimen keturunan beliau. kapten Raziman berdarah kerabat diraja Patani.

macam-macam kembara dan suka-duka kapten Raziman dalam menentang tentera Thai dan dalam masa yang sama merebut pengaruh kawasan dengan PKM di selatan Thai.

oppsss! tak boleh cerita lebih2 sinopsis dia kat sini. nanti org yg bagi buku ni marah. aku kene cerita kat dia dulu. hehehe :P

secara amnya, kisah fiksyen ni bolehla dikatakan menarik. cuma jalan ceritanya mendatar. banyak perkara yang orang kebanyakan tak tahu tentang kerabat diraja Patani dan orang2 melayu selatan thai. tetapi mungkin disebabkan penulis - Lukman Iskandar - ni bukanla seorang penulis yang profesional, maka cerita dia jadi begitu. ditulis pula masa dalam tahanan ISA. dan malangnya, penulis tak sempat nak mengasah bakat lagi. penulis dah arwah pun. [mungkin jugak sebab aku lagi suka baca bahasa2 melayu klasik dan tak biasa baca novel aksi]

sayang sekali, kalau pengalaman2 arwah lukman ni ditulis dalam bentuk memoir, mungkin lebih terkesan kepada pembaca. mcm memoir abdullah CD, shamsiah fakeh dan syed husin ali.

apapun, terima kasih marlyne bagi djambu buku ni. ada ubi ada batas la ye? ;)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kenapa eh?


tajuknya saja dah macam kontroversi. tapi bukan niat buku ni nak menghina sesiapa. bahkan ia cuba merungkai beberapa misteri alam berkaitan lelaki dan wanita serta membantu pembaca mengenal diri dan pasangan masing-masing.

ini ialah buku bantu-diri/self-help pertama yang aku baca dan buku ini sangat menarik. penerangan2 yang diberi disampaikan dalam bahasa yang mudah difahami dan masuk akal. ada beberapa bab yang pembaca dah lebih maklum pun, cuma ia berada di tahap bawah-sedar/subconcious. apabila membaca buku ini, maka perkara2 itu nampak lebih jelas dan lebih bermakna.

buku ini cuba membentangkan beberapa aspek kelebihan lelaki dan wanita serta kekurangan2 mereka. secara saintifik, penulis Allan dan Barbara Pease memberitahu mengapa lelaki lebih gemar bidang fizik dan matematik dan mengapa wanita lebih gemar bergosip. lelaki juga sukar mencari barang yang hilang dan wanita kerap membazir membeli-belah.

ada juga diterangkan mengapa ada lelaki dan wanita menjadi golongan homoseks serta makna cinta dan seks kepada golongan lelaki dan golongan wanita.

cuma seperkara, yang menjadi asas kepada sains konvensional, tajuk2 dibincangkan berasas kepada teori evolusi.

p/s: aku baca yang versi PDF. teringin nak beli bukunya yang sebenar. atau ada siapa2 nak belikan utk aku? kat amazon baru $1 lebih sket. hehehe :P

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hanya jauhari kenal manikam

imej dari ujanailmu.com.my

tp ada org kata 'hanya jefri kenal maniam'. ntah. kdg2 aku pun keliru. hahaha

beberapa minggu lepas, aku berjaya habiskan novel 'Manikam Kalbu'. x, cerita ni xda kena mengena dgn aksi tikam menikam, tikam belakang, kuih lompat tikam ataupun main tikam-menang dapat rm10. novel ni cerita pasal dunia fesyen tradisional, falsafah pakaian dan pemakaian dan jihad jurufesyen.

tapi kisahnya disampaikan dgn cara yg unik, iaitu melalui watak remaja lelaki tunggal [yg tulen] dalam kelas ekonomi rumahtangga dan penceritaan orang ketiga [kucing, bukan orang pun]. bab2 dlm novel ni berselang2, modenkala dan purbakala. memula baca tu, berasap gak nak pahamkan. kejap2 melompat zaman. huhu

remaja lelaki tu bernama ziryab, ada nenek yg mengidap alzheimer, berjiran dgn sepasang doktor, mempunyai kawan2 perempuan yg jaki dgn bakatnya dan berguru dgn cikgu yg cun. kucing purbakala tu pulak, diberi izin Allah untuk berkomunikasi dgn manusia dan bersikap manja2 gitu~~, bersama tuannya - Manikam Kalbu - dalam setiap saat susah senang menuntut ilmu busana di seluruh kepulauan Melayu.

walaupun buku ni berkisar isu2 fesyen dan asyik menyebut istilah2 jahitan, nama2 kain, teknik2 yg aku pun xtau, tapi itu lebih menunjukkan bahawa orang2 Nusantara juga mempunyai ilmu2 bernilai tinggi. rugilah kalau ilmu2 itu ditinggalkan, dibiar lesap dan tak dikembangmajukan.

pada aku, novel ni jugak membuka ufuk baru mcm filem 'Devil Wears Prada'.

tapi aku musykil, kenapa sdr Faisal Tehrani cukup suka dgn isu lelaki muda kahwin dgn perempuan yg lebih tua? sama mcm 'Bedar Sukma Bisu' dan 'Tunggu Teduh Dulu'.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

teduh di bawah betik


sepanjang bulan lepas aku baca satu novel karangan faisal tehrani. buku pinjam drpd uShop bertajuk 'tunggu teduh dulu'.

novel ni tentang suka-duka seorang wanita bernama Salsabila Fahim yang mempunyai ladang betik. dia juga mempunyai sahabat zaman kanak2 bernama Kamil dan Lam. sambil2 dia berniaga betik dgn kwnnya, Teh Sofia, macam2 perkara berlaku dalam kehidupannya. dgn adik tirinya, Shahruzzaman, yang bermasalah cuba mensabotaj ladangnya, dan mak tirinya yang sakit kanser, Salsabila mengharungi dugaan dengan tabah.

lps tu ada pulak kisah cinta 3 segi antara 3 sahabat zaman kanak2 ni, sampailah Salsabila bertemu jodoh di tanah suci.

novel ni pada aku sangat lah panjangnya, tapi x jemu dibaca. ceritanya penuh teladan tapi tak berat membacanya. ada jugak bab2 romantik, tak rinci tapi memberi kesan kepada imaginasi...

siapa2 yg nak mencari inspirasi dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni, boleh la baca novel ni. baru la tahu yang nikmat yg Tuhan bagi tu banyak rupanye...hari tak selamanya cerah. bila hujan datang, tunggulah teduh dulu. hujan pun satu nikmat jugak...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mereka pulang!!!

pagi tadi budak2 yg pegi UK dah balik dah. aswad, kodok dan irma pulang dgn keadaan selamat tanpa cacat cela...irma sakit tekak. datang kembali dgn gamba2, pengalaman, kenangan dan yg paling penting, buku2 yg aku oder hari tu ikut amazon.co.uk. hureiiii!!! :D

ada 2 buku, Gynaecology by Ten Teachers dan 200+ Ways the Quran Corrects The Bible. yg satu tu buku teks, satu lagi saja buku agama. ni buku kedua buku perbandingan agama yg aku beli selepas buku ahmad deedat yg aku beli kat kinokuniya 5 tahun dulu.

yg bestnye yg aku nk cite kat sini ialah pasal harga buku. memandangkan keadaan aku sbg student yg dpt biaya penuh dr mak bapak, maka aku pun mencari alternatif buku2 yg murah utk dibeli. buku2 yg aku beli ni, aku beli onlain. harga nye tersangat la murah [kalo pos dalam UK la]. utk buku gynae tu, harga dia 1pence jek. iye, £0.01 jek. harga upah penghantaran dia lagi mahal iaitu £2.75. jadinye, jumlah harga buku tu £2.76 je. korang convert la sendiri. yg buku 200+ Ways tu, mahal sket. £9.50. jumlah dlm £10 lebih sikit.

maknenye skrg ni ada 1 lagi buku utk aku baca selain buku teks aku dan jugak 1 e-buku dlm format pdf. yg tu tajuknye History of God, karangan Karen Armstrong. buku ni kalo silap2 bace, mau tersengal otak jugak wooo!!!


marilah kuatkan semangat membaca!!!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kelepak kelepung bunyi gendang

aku dapat tau ttg novel ni lepas baca entry dari che lin@nadzrin. masa tu, dia kata nak buat reviu lepas baca [rujuk sini] dan postkan kat blog dia. tp tunggu punya tunggu punya tunggu, reviu xtimbul2. maka, aku pun beli saja dan baca. [aku mintak akak aku beli secara online dan poskan sekali dgn 'bekalan'2 aku yg mak dah sediakan]. che lin, aku tau ko busy. nah, sikit sumbangan dr aku. :)


novel cereka ni mengisahkan Fatimah, anak Pak Teh Mat Khir [alamak, lupa la pulak nama pakcik ni. xdpt nk rujuk sbb ada org pinjam novel. isk3] seorang usahanita yg menjalankan perniagaan membuat dan menjual gendang tradisional Melayu. Fatimah ni juga pandai bermain gendang dan mempunyai minat yg mendalam sejak kecil lagi dlm seni gendang ni. malah, dia seorang sahaja dr kalangan adik-beradiknya yg berminat dan berjaya mewarisi ilmu seni gendang dr ayahnya. dalam mengharungi dunia perniagaan dan seni gendang, pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dihadapi.

pada aku novel ni sangat menarik dari segi kandungan ceritanya. banyak ilmu, seni dan kemahiran orang Melayu yg aku sangat yakin dah xada orang tahu. sbg contoh, ilmu cara menghasilkan gendang, seni muzik tradisi Melayu [yang setiap kali dengar pun, xpernah gagal untuk menaikkan 'semangat'], ilmu menjejak dlm hutan, ilmu menenung [mcm Pak Belalang cerita P.Ramlee], ilmu santau dan macam2 ilmu lagi. bukan la pulak aku nk suruh sume org kembali hidup dlm zaman dulukala, tp tiada ilmu yg xberguna. bila dah hilang, kan rugi?

dalam novel ni jugak, penulis a.k.a Serunai Faqir sempat menyatakan kekecewaannya terhadap anak2 Melayu yg melupakan seni budaya bangsa spt seni silat,muzik tradisi dan bahasa mereka sendiri. apatah lagi, rejimen askar Melayu diraja pun main muzik guna 'bagpipe' Scotland masa perbarisan! mana ke 'melayu'nye...juga kepada sikap sesetengah org Melayu yg xhabis2 dgn dengki sesama Melayu.

pun begitu, ada beberapa cela/'flaw' dlm novel ni. yang aku nampak ada tiga.

satu, masalah dlm perniagaan gendang Pn. Fatimah ni timbul sbb ada org kata bahan yg digunakan x halal [guna alkohol] dan menyebabkan tender beliau dikaji semula oleh pihak Kementerian. pada aku [tapi aku mungkin salah], isu ni x wujud langsung. sbb apa? sbb semua org tau pelarut yg nak larutkan varnis/lekar utk disapu kat kayu ialah spirit/alkohol. dah berzaman2 org larutkan varnis/lekar pakai spirit, xda sapa komplen pun. lagi pulak, skrg ni, alkohol sintetik dah buleh bawak dlm solat pun. fatwa dah keluar. so, xkan timbul masalah utk disapu pada kayu. lain la kalo guna berus bulu babi ke, kulit gendang tu kulit babi ke, kulit org perempuan mati bersalin ke, ada jampi serapah yg syirik ke ape ke.

dua, cara penyusunan plot dan peristiwa ada kelam kabut sikit. aku pun xberapa mahir dlm ilmu penulisan novel, tapi bila dibaca, kdg2 rasa 'sesat'. cerita kdg2 mcm tergantung. mungkin juga cara penulis novel ni nak buat elemen saspens atau nk pastikan pembaca terus membaca. boleh diperbaiki di situ.

tiga, banyak sangat perkataan yg baru/asing kepada pembaca. cthnya, perkataan 'astagina'. mmg la niat meletakkan perkataan baru ni baik utk memperkaya perbendaharaan kata tapi lagi baik kalau pihak penerbit buku letakkan ruangan glosari kat belakang.

kesimpulannya, x rugi siapa2 yg nk mengetahui sikit drpd lautan khazanah ilmu Melayu membeli novel ni. tapi ingat, adat dan adab ilmu Melayu mesti berguru. kalau ada apa2 yg xjelas ttg petua2 dlm novel ni, sila la cari org2 yg tahu dan bertanya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bila Manusia menjadi Tuhan

gambar dr www.ujanailmu.com.my

"Andai kota itu peradaban , rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama."
-ayat yg membuka setiap bab dlm novel bertajuk Tuhan Manusia ni.

setelah menunggu beberapa lama, sampai jugak novel ni melalui pos ke tanah ukren ni. risau dah aku, takut2 hilang di tgh jln ke, pos xsampai ke ape ke. ni salah satu buku yg aku suruh kakcik beli thru ujanailmu.com.my pastu mintak mak pos sekali dgn milo, nescafe, sekaya dlm tin, kiub ayam dan perencah nasi goreng.

novel karangan sdr. Faisal Tehrani ni mengisahkan perihal Ali Taqi yg mempunyai abang yg murtad. kemurtadan abgnya menyebabkan dia giat mencari ilmu, mendalami bidang falsafah, berdebat mengenai pluralisme, liberalisme yang akhirnya membawa kepada penubuhan FASEH, satu pertubuhan pendidikan remaja untuk menangani kemelut akidah remaja.

aku ambil masa 4-5 hari jugak nak habis baca novel ni. isu2 yg diutarakan berat sungguh. ditambah pulak dgn faham2 falsafah, istilah2, nas2 al-Quran yg pelbagai. apabila dibaca, terasa otak menjadi penat utk mencerna maklumat2. tu yg makan sampai 4-5 hari tu. satu lagi sbb ialah aku xnak buku ni cepat sgt habis. nanti dah cuti, bosan pulak xda benda nak buat.

gaya penulisan sdr. Faisal Tehrani mudah difahami dan utk menyampaikan mesej anti-pluralisme, kaedah ni penting. dlm novel ni, setiap mukasurat yg ada bagaikan pukulan maut bertubi2 kpd faham pluralisme. mmg penulis ni xbagi peluang langsung. mungkin kerana rasa sedih dan tanggungjawab sdr. Faisal melihat keadaan generasi sekarang. mungkin sbb marah. mungkin sbb benci.

walau apapun, novel ni tetap menyebabkan otak pembaca berfikir sebab apa keislaman dirinya.

satu yg musykil sket ialah, wlpn abg si Ali Taqi tu murtad, tak diketahui sebab ape kemurtadannya. adakah sebab kawin lari ke, sebab tekanan jiwa ke, sebab nak hidup bebas ke. mungkin aku terlepas pandang, tapi kalo sdr. Faisal Tehrani bagi sikit penerangan sbb-musabab Talha murtad, mungkin lebih menarik.

syabas kpd sdr. Faisal Tehrani atas penulisannya ini.

p/s: dari gaya pengolahan latar sekolah Ali Taqi ni, terasa mcm kat Kolej Islam je. ye ke sdr. Faisal? hehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Did I do tHat?

i've read this book by sidney sheldon, titled 'tell me your dreams'.


it's the first novel by sidney sheldon i've read albeit i've heard that the name is quite a famous writer. and believe me, i always thought of him as a 'her'. this is bcoz i saw his novels on my sis's shelf and i thought that my sister reads female stuffs from female writers. huhu...how wrong i was.

it's a story about a lady with 'multiple-personality-disorder'. she didn't know she had d problem until her other 'selfs' started killing guys around her. she was terrified and thought of a stalker spying on her activities and her relationships. it became a police case and the police had no idea that it was her bcoz she was the one reporting abt all d incidences.

the story goes to the court cases with her lawyer trying to prove her case telling that she is innocent because she is sick and needed medical/psychiatrical attention. also some stories about the lawyer owing some gratitude to the lady's father. the lady's father was a doctor who saved the lawyer's mother's life a few years back.

the story is quite simple with a few technical terms of medicine and court. i managed to finish the book in one whole day. the book is supposed to be exciting and thrilling due to the 'multiple-personality' thing trying to make the lady look innocent inspite of the gory murders, but my friends' 'kindness' by telling me the ending, took out the suspense. huuu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ayat2 aku xcukup power lagi...


dah lama aku xmembaca novel. last novel yg aku baca...hmm...ntah, aku xigt dah. selalunya aku baca novel yg ada filem. sama ada filem jd novel, atau novel jd filem. dan 3-4 tahun dulu, aku byk baca antologi je. malas nak baca novel. lambat sangat nak habis. hehe...dan bahan2 bacaan aku yg lain kebiasaannya ialah akhbar, majalah, rencana, internet dan iklan. novel, bukan pilihan utama. apatah lagi novel cinta.

yang tambah memalaskan aku baca novel ni sbb byk novel bahasa melayu, sume nye bertemakan cinta. kalo x cinta, rindu. kalo x rindu, kasih. kalo x kasih, sayang. jarang sekali ada novel yg bertemakan selain tema2 jiwang2 ni.

tapi 2mgu lps ada la membe aku sorg ni, promot aku baca novel 'Ayat-ayat Cinta'. karya Habiburrahman el-Syirazi.

memandangkan reputasi yg teramat bagusnya yg aku dgr pasal novel ni, aku pun mula la baca. nothing to lose pun. tambahan pulak, aku ada terbaca komen sasterawan A. Samad Said pasal novel ni. bagus dan revolusioner...[or sumtg like dat]

membaca novel ni mengingatkan aku ttg perjalanan aku mesir xberapa lama dulu. seolah2 aku dapat mengecap kembali suasana dlm metro, jalan2 kota cairo dan bunyi ombak di alexandria. cewah!

novel ni sedap dibaca wlpn ada beberapa kalimah indon yg xdimengertikan. mostly, [sekitar 95%] perkataan buleh difahami.

novel ni, to some extent, menginsafkan sbb ada kisah2 flashback si fahri [watak utama] yg miskin pd zaman kanak2nya dan hidup sederhana, serta kegigihannya nak survive hidup di kota kaherah.

satu yg aku xpuas hati baca novel ni, ialah, kenapa la org yg baik dan beramal soleh dan xpenah sembang dgn pompuan mcm fahri tu, sampai 4 org gadis buleh syok kat dia pada masa yg sama??? pulak tu, dia x sedar pun yg sume org syok kat dia. adakah dia terlalu naif nak sedar benda tu? [aku yg asyik flirting2 ni, xda sorg pun sangkut...]

kalo aku la [tu la sbb aku ni bukan fahri...] aku kawin je dgn ramai2 tu. dah a kawin dgn aisha yg kaya, buleh je buat modal nak kawin dgn nurul si indon, maria si qibti dan noura anak bahador bermuka dingin...muahahah...puas ati aku...apakan daya, tu sume cereka semata2. dalam realiti, aku sangsi kalau benda tu benar2 kejadian. [cewah, aku pn nak mengayat2 cinta jugak ke ni?]

satu lagi yg aku gelihati nak baca ialah ayat2 seperti 'kami beribadah bersama', dan cara fahri nak beromantis2 dgn isterinya aisha di malam pertama...adoi mak...romantik bukan main...aku xbersedia nk jadi romantik camtu...hahaha

kalo sape2 ada filem dia, sila bitau aku camne nak download...tq

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...