Memaparkan catatan dengan label KISAS. Papar semua catatan

bilik ELS


sekali lagi aku ternostalgia. kali ni sebab kwn skola aku memuatnaik gambar sekolah aku kat klang dulu. gambar bangunan baru. masa aku daftar masuk sekolah ni dulu, bangunan ni baru siap. sisa papan pun x habis buang lagi. cat pun belum lagi. sekarang dah lawa dah. warna-warni pun.

dulu segala gerakerja persatuan ELS buat kat sini. ada bilik khas utk ELS. masa bangunan ni belum siap, bilik ELS kecik ciput je. besar sikit dari jamban. tapi bilik ELS baru, mcm bilik darjah. siap ada meja2 pendek untuk budak2 belajar atas lantai sambil duduk bersila.

pelajar2 boleh guna secara bergilir2. selang2 malam pelajar putera dgn pelajar puteri. datang boleh belajar, pinjam kamus, main 'scrabble', 'boggle', baca majalah TIME dan mcm2 lagi.

tapi yang terbaiknya bilik ni ada hawadingin.

puak2 aku, yakni puak2 ELS [yang diamanahkan memegang kunci bilik ni], lagi la seronok sebab boleh 'prep' kat sini bila2 masa kami nak. [sebenarnya nak tido dalam hawadingin. haha! kadang2 kalo petang2 boleh curi2 tgk VCD. bilik ni ada pemain VCD dan TV]

puak2 aku dulu antara lain Mezang [dak ganung, dah jadi doktor gigi], Syafiq [asal JB, ada kat RCSI], Afif [asal PD, grad kejuruteraan UIA], Heikal [tapi dia ni lari masuk kelab UNESCO, sbb klo dok ELS, jd bendahari, dok UNESCO jd presiden], Intan [asal kangar, skrg kat CUCMS], Nat [kwn skola dgn intan, jadi cikgu kimia skrg ni], Sarikha [asal tganu. mcm cute2 tp suara serak2 dulu ada hati gak dgn dia ni tp xpenah try pun], Anem [yg kawin dgn napie hr tu], pastu Ammar [tuan punya gambar ni yg aku copet kat facebook dia].

Ammar, aku amik gambar dari album FB ko eh? terima kasih!!! :D

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mat-tam

bila tgk gamba ni, teringat masa sekolah2 dulu. ni ko la ni effy, gi 'upload' gamba ni. kan aku dah ternostalgia...



antara nostalgia termengesan [ada ke istilah ni? yang paling memberi kesan = termengesan] kat aku ialah insiden dalam kelas met-tam [org lain kata add-maths atau matematik tambahan].

masa tu, cikgu mariah tgh mengajar kat depan. tajuk pembezaan ke persamaan serentak. yg ada lukis2 graf garis lurus pastu kene lorek rantau kat bawah garis tu. ye aku tak belajar PPSMI, nk wat camne. istilah aku lain...kui3

cikgu mariah mmg le tgh mengajar kat depan. aku kat belakang tgh dok belek2 jari aku. aku tgh ada dlm dunia aku sendiri sbb masa tu aku sepatah haram tak paham ape cikgu mariah dok bersyarah kat depan.

sekali tu...

"awak, yang tengah main2 dgn kuku tu. mari sini!"

bedebab! aku jatuh balik ke dunia nyata.

"ambil kerusi awak dan duduk kat tepi pintu tu. daniel, awak pun sama. pergi duduk sana!"

maka hari tu, aku dan daniel duduk jadi pak jaga kelas 401 sampai habis kelas met-tam. nasib baik zaman tu kelas lelaki n pompuan asing2. xda la segan sgt. yang malangnya, ada pulak cikgu melintas2 sambil jeling2. adoiyaiii...

"buku kamu mari sini. lepas sekolah, datang jumpa saya kat bilik guru."

lps habis sesi sekolah hari tu, aku pun senyap2 gi bilik guru, amik balik buku dri cikgu mariah sambil mendapat ceramah motivasi percuma. menitik gak air mata kena. huhuhu

aku pun insaf.

haih...zaman remaja mmg terindah!

p/s: aku tetap gagal 2 kali ujian met-tam lps insiden ni. tp periksa akhir tahun aku lulus. wlpn markah aku 42 je. aku mmg lemau bab2 matematik ni...
p/s2: naik tingkatan 5, cikgu lain pulak ngajar aku. cikgu saadiah ada metod lain untuk memaksa budak2 malas mcm aku ni belajar. iaitu dgn gabung kelas dgn kelas budak perempuan...maka, tak dapat tidak, terpaksa la kami memperpandaikan diri demi menunjuk hero. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...