Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan

jampi serapah


pergh!

semalam aku gi one utama, tengok 2 cerita. cerita despicable me dgn cerita mantra. tenkiu baiya sebab belanja aku tgk wyg, wlpn aku masuk lewat. lalulintas kat damansara ni mmg cip-bai betol. punya la macet. lepas tu, nak carik parkir kat bawah tu pun satu hal lagi.

nak cerita pasal filem MANTRA sebenarnya. filem melayu ni filem seram melayu yang paling menjadi setakat ni.

yang menyebabkan filem ni nampak tulen:
  1. mantera dia pakai bahasa yg tak difahami. ada mantera jawa, siam dan bahasa2 apa ntah tak tau.

  2. peralatan dan ritual yang masuk akal. pakai kain hitam, tulang2, bangkai kucing, tali kain kapan dan benda2 merapu lagi. tak tipikal kepada kain kuning dan keris antik je. tu belum masuk kes makan mayat la, bukak tali kapan pakai gigi dan lain2.

  3. penggunaan simbol2 mistik. yg ni ada nampak macam kyuubi naruto jugak. tapi lagi seram!

  4. hantu2 dia jenis tak ada nama. cuma warna hitam dan berbulu2. tak ada hantu2 tipikal pontianak, toyol, penanggal ke apa ke.

  5. kesan2 khas dia cantik. tak nampak plastik sgt.

lepas tu yang bagusnya cerita ni, dia tunjuk yg tok2 bomoh ni walaupun pandai bersilat, tapi tak menyalahguna silat dia untuk sihir ilmu hitam. dan pelakon2 filem ni pun pandai menggerak bunga2 tari. nampak cantik la. mungkin sebab dapat tunjuk ajar dari En. Ruzaidi, yg bawak watak Embah, tu kot.

p/s: tasik pauh janggi tu tempat dongeng dalam hikayat2 melayu, menunjukkan tempat yang jauh dan tak tercapai. dalam hikayat sang gedembai aku baca masa kecik2 dulu, akhir sekali sang gedembai lari ke tasik pauh janggi, yang jauh dari manusia. cari la kat mana pun, tak akan sampai tempat nama kg. tasik pauh janggi.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ip Man 2

Leung: Guru, mampukah guru menentang 10 orang serentak?
Ip Man: Yang paling bagus ialah tak perlu bergaduh...
Leung: Kalau diorang bawak senjata?
Ip Man: Lari.

bila tengok poster ni, aku agak semua orang tahu pasal cerita apa.

smlm aku tgk cerita ni [padahal dekat2 nak periksa, tapi enak je nonton filem. hohoho].

seronok jugak. aksinya mendebarkan, lancar dan realistik.

sambil2 tu, banyak nilai yang positif diselitkan. contohnya nilai sayangkan budaya bangsa, hormat budaya orang lain, hubungan guru-murid; kasih-sayang suami isteri, anak beranak, adik beradik; setiakawan dan bencikan rasuah.

tapi satu dalam filem ni, orang2 china/hong kong selamba je buat babak wing chun lawan kungfu2 lain. tak ada pulak dengar riuh kungfu2 lain kata wing chun berlagak la, sombong la, menghina sesama kungfu ke ape ke. mungkin sebab penghujung filem ni, watak jahat utamanya ialah orang putih kot. mcm Ip Man yg dulu tu, watak jahat dia orang jepun.

cuba kalau filem melayu buat mcm ni. teringin jugak nak menonton filem tajuk "Hanafi" ke, "Meor Rahman" ke, "Yahya Said" ke, "Kiyai Salleh Selendang Merah" ke ape ke. tapi dengan syarat kena ada watak orang jahat yang selain melayu la. dan jangan la lepas tayangan filem, ada yang cabar-mencabar sampai terbunuh2 pulak. ahaha

dan kalau nak buat filem tu, boleh la buat dlm rangkaian 2-3 filem mcm Ip Man ni. takda la sesak semua nak tangkap muat dalam satu filem. nanti cerita ke mana, aksi ke mana, plot ke mana, ape ke mana.

kalau ada yang buat filem ni, aku rasa mesti untung. persatuan2 silat ni punya ahli berapa ratus ribu orang. silap2 boleh buat dalam VCD, dan jual kpd ahli jugak. hohoho

tapi tu semua anganan aku je...[sila kembali ke dunia sebenar dan sambung belajar]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

muallaf

beberapa hari lepas salikin al-walit dapat filem ni. pastu kitorg pun tonton ramai2 [4 org je dlm bilik tu. xda la ramai mana pun...]

dah lama aku tunggu nak tgk cerita ni. slps menonton talentime yg agak kecewa, aku harap cerita ni berbaloi la dengan penge'ban'an dan penangguhannye.

komen aku:
cerita ni boleh kata 'berat dalam ringan'. isu yg dibawa dlm cerita ni berkisar agama, moral dan nilai hubungan keluarga dan masyarakat.

tapi satu la benda yg allahyarham yasmin suka bawak dalam filem dia yang aku rasa [aku la rasa, korang rasa ke tak, aku xtau la] mcm suatu sikap menentang adat. kadang2 benda ni ada wujud dalam masyarakat, tapi yasmin memberi penekanan macam benda tu mmg norma yang sepatutnya atau mmg nilai tu yg dia nak tunjuk kepada penonton dia.

contoh mcm watak Datuk yg minum arak tapi tak sanggup nak pegang anjing. ataupun watak Ani yang hafal ayat2 dlm alquran tapi tak pakai tudung. ataupun watak Ana yang tak suka dengan ayahnya kaki minum tapi dia sendiri kerja kat pub. yang lagi bagusnye, Ana ni sembahyang waktu cukup pulak tu.

kdg2 mcm mengelirukan pun ada jugak.

ataupun mmg niat yasmin nak mengaburkan garis sempadan salah/betul, menduga mental penonton, dosa-pahala belakang kira. entahlah. ataupun nak menunjukkan yang manusia ni memang mudah terjerumus dalam kesilapan.

tak boleh nak komen banyak sangat, karang menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri...

apa2 pun, filem ni mengubat rindu aku kepada pekan ipoh tercinta. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

capitalism: a love story


The profit motive.

kata2 hikmat dalam doktrin kapitalism. maknanya apa?

senang cerita, maknanya, nak cari untung. apa2 tujuanpun, mesti hujungnya nak cari untung. kalau tak untung, bukan kapitalism namanya.

sebab tu, fahaman tu bernama kapitalism. 'capital' bermakna modal. siapa ada modal, boleh berniaga. bila berniaga, mesti mau untung. kalau tak untung, bukan berniaga namanya, namanya bersedekah. haha.

dokumentari 'capitalism: a love story' memaparkan insiden2 yang berlaku serata amerika yang diselidik oleh mike moore, sehingga membawa kepada kejatuhan G. W. Bush dan kebangkitan Obama; rentetan peristiwa sebelum merudum ekonomi dunia dan penderitaan golongan miskin di A.S.; serta momokan sosialism.

bila orang sebut A.S, terbayang negara kuasa dunia yang hebat dan maju, dan tak pernah terbayang yang negara maju pun ada golongan fakir miskin. ada yang miskin ni, sebelumnya golongan pertengahan, tapi bila golongan kapitalis berleluasa, golongan berpendapatan sederhana ditindas dan diperlakukan sesuka hati, sehingga jatuh miskin demi menyelamatkan golongan kaya.

golongan jutawan di A.S mempunyai harta terkumpul melebihi daripada 90% harta penduduk A.S keseluruhannya. tapi mereka terlupa yang kuasa mengundi mereka tinggal beberapa peratus saja. akibat dasar2 berkebajikan obama, orang2 berpendapatan rendah yang mempunyai bilangan undi lebih tinggi bertindak memilih obama.

dalam kempen politik menentang obama, ramai yang melabelkan obama sebagai seorang sosialis. perkataan yang cukup pantang dan menghampiri kepada komunis. malangnya, makin disebut obama sosialis, makin ramai generasi yang mengkaji dasar sosialis dan kesedaran terhadap sosialism semakin tinggi. mcm kes islamofobia pasca 9/11.

komen aku: satu tontonan yang meluaskan ufuk minda dalam memahami dasar2 membina negara. yang ni berat sikit berbanding 'sicko' dan 'fahrenheit 9/11'. kita semua perlukan secubit sosialism dalam kehidupan...

p/s: eh, dah 300 entry aku rupanya? yeay!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Membicarakan Tuhan


apabila manusia ditimpa bala, macam2 perkara boleh timbul di kepala.

masing2 mencari logik, hikmah, punca dan akibat bala yang menimpa. itulah perkara yang ingin diolah dalam drama God On Trial.

berlatar tempat dan masa kem tahanan Auschwitz zaman Perang Dunia II, sekumpulan yahudi mempersoalkan kenapa mereka ditangkap dan diseksa oleh rejim Nazi. mereka menyalahkan Tuhan dan menganggap Tuhan telah melanggar janji-Nya. janji untuk diberikan tanah dan diselamatkan oleh al-Masih.

suasana seolah2 dalam mahkamah dengan hakim, peguambela, peguamcara, saksi dan pendakwa. dokumen bukti - kitab Taurat - terpaksa diganti dgn seorang tahanan yang hafal kandungan kitab tersebut.

pelbagai hujah diutarakan. pelbagai kisah dibentang. ada yang berkata Tuhan telah melupakan kaum Yahudi, ada yang menidakkan kewujudan-Nya, ada yang mengatakan ini ialah proses penyucian kaum Yahudi...

mmg tontonan yang memeluhkan...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sekilas bijak

poster dari wikipedia

ni kisah pencipta pengelap cermin kereta, robert kearns. dan perjuangan dia menuntut hak pengiktirafan kpd ciptaannya.

akibat kecederaan matanya, dia menghadapi masalah penglihatan. pada satu hari, hujan turun dan dari dalam keretanya dia terfikir mengapa pengelap cermin tak berfungsi seperti mata yang berkelip dalam sela masa yang tetap.

maka diapun mencipta alat tersebut dan bercadang untuk menjual ideanya kepada syarikat automotif ford.

syarikat ford kemudian bertindak memasarkan pengelap cermin tanpa memberi iktiraf kepada penciptanya, robert kearns. maka bermulalah perjuangan kearns menuntut supaya namanya dikenali dan ford tidak sewenang2 mencuri ciptaannya.

cerita ni mmg la memaparkan kesukaran dan kegigihan robert menuntut hak. sampai masuk taman bahagia dan bercerai dgn isterinya. mula2 guna peguam. akhirnya terpaksa mewakili diri sendiri. sebab peguam yang ada tak sanggup nak turut cakap dia.

walaupun orang kata dia ni biol - dan mmg jadi biol pun - tapi dia tetap pendirian. tak ramai orang boleh mcm tu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sepak bola


antara perkara-perkara yang boleh menyatukan orang dlm dunia ni ialah sukan bola sepak. bola sepak boleh menyebabkan orang lupa makan, tido, awek dan pelbagai kesusahan hidup.

bola sepak juga boleh menjadi mangkin pengubah hidup seseorang.

dari situ, timbul idea dari ... [aku dah lupa nama pengasas projek ni. dalam dokumentari ni ada sebut] untuk menganjurkan liga bola sepak untuk perempat-perempat seluruh dunia demi mengubah hidup dan masa depan mereka dan juga untuk melegakan hidup mereka dari kesengsaraan hidup merempat.

dokumentari ni memaparkan kehidupan beberapa manusia yang berhidup malang akibat dadah, perang, kepapaan, krisis rumah tangga yang meletakkan mereka dalam situasi mereka sekarang.

apabila kita dapat tengok orang hidup susah, barulah kita tahu syukur dan mendalami erti kehidupan. barulah kita dapat harga dan nilai hidup bahagia.

banyak bahagian yang menyentuh hati tapi ada satu bahagian yang menyentuh sensitiviti. bahagian si najib, peserta dari afghanistan, yang baru keluar dari negara dan teruja dengan suasana pergaulan bebas. seolah2 nak menunjukkan yang taliban dulu tu salah. ye, tak semua yang taliban buat tu betul tapi pergaulan bebas tetap salah.

well, nobody's perfect. including me.

sape2 yg nak terasa syahdu2 menengok org2 kurang bernasib baik mewakili negara diorg main bola Piala Dunia Golongan Perempat, boleh la muatturun dan tonton. cari kat seventorrents.com...

website asal: Kicking It
website Piala Dunia Golongan Perempat: Homeless World Cup

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

jilat - lekat - pos

Justify Fullmengumpul setem = hobi

mencuri setem = jahat

memalsukan setem yang bernilai berjuta USD = keji

menonton wayang SETEM = sbb aku peminat afdlin shauki

hehe

ni cereka samun/'heist movie' yang aku rasa tak berapa kompleks/ringan tapi cukup untuk meresahkan para penonton. komedi dan unsur kelakar yang tak bodoh. plot cerita yang berbilang sepertinya berbilang bangsa kat Malaysia ni. cerita ni boleh kira adil la, sbb semua org dlm Malaysia ni ada perangai jahat. kecuali si cacat. kalo cacat pun jahat, xtau la ape pny negara ni. huhuhu

p/s: ni tip percuma. kalo tgk movie ni dgn awek, boleh melonjakkan markah dlm kursus Romantik 101...hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

buta mata...buta hati


bagaimanakah rasanye menjadi buta? 
adakah sama rasanya, buta dalam gelap dan buta dalam terang?
adakah sama rasanya kegelapan dan kecerahan?
adakah manusia mampu bertindak rasional dan dalam batas-batas kewarasan apabila deria mata itu hilang?

itulah yang cuba disampaikan dalam filem 'Blindness'. dlm filem cereka ini, ditunjukkan fenomena penyakit buta yang berjangkit dan merebak ke seluruh negara, tanpa diketahui apakah punca, agen ataupun faktornya. yang lagi pelik bin aneh bin ajaib, pesakit buta ini melihat putih seolah-olah 'menyelam dalam lautan susu'. 

aku rasa, apa yang cuba nak disampaikan dlm cerita ini ialah, penulis cereka menggambarkan keadaan manusia zaman semasa/contemporary dalam dunia sekarang yang bertindak sesuka hati membuat onar di muka bumi, jenayah, peperangan, pembunuhan, perkosaan, peras ugut, perompakan dan mcm2 per- lagi walaupun manusia dah berkembang dari zaman kegelapan dan kejahilan. ibarat buta di dalam terang.

manusia yang jahil akan melakukan apa saja untuk memastikan kemandirian sendiri sehingga mengetepikan hak-hak manusia lain, memijak2 nilai moral dan kemanusiaan.

p/s: sarah, ni ada satu lagi cereka yg 'masyuk' untuk ditonton. tp ada part2 yg kne censored a sket. huhu~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

maraton wayang, bukan untuk membakar kalori






xda reviu wayang kali ni. cuma syor2 untuk kaki2 wayang yg penah tersinggah kat blog ni. ni ialah filem2 yg aku tonton 2-3 minggu kebelakangan ni dan aku anjurkan korg pun tgk.

filem 'Gandhi' tentang penentangan Mahatma Gandhi kat india tahun 1947 dulu. filem sejarah yg panjang, smpi kene ada intermission. ada martin sheen masa muda2 [ke charlie sheen, aku pun konfius].

'7 Pounds' pasal Will Smith yang mencari gadis lemah jantung, operator telefon yg buta dan pendatang Mexico. sepanjang2 cerita ni, korg tgk muka Will tsangatlah serabut, mata lebam dan xbermaya. sebab ape? xleh btau, kang spoil terus cite ni.

'Gran Torino' pulak pasal satu atuk veteran perang korea yg xpuas ati dgn pendatang2 kat US. afro-amerika, vietnam, cina, india hatta kereta Honda pun sume dia bantai. tapi last2 anak dia sendiri yg buang dia, nk anto dia gi rumah warga emas...nasib baik dia x gi.

'Wayang' cite malaysia yang tersangat la syahdunye. ni x tipu. filem yg berkualiti sbb skrip dia yg best. selalu kalo filem sedih ada 1-2 klimaks sedih. filem ni, sedih dia bertimpa2, sampai xterkira aku. ada a jugak part2 romantik-kelakar. tp lakonan eman manan, ida nerina, zulhuzaimy dan awek sengau tu mmg menjadi. pak cik lebai sorg yg ati busuk tu sekor lagi. rasa nk hentak je kepala dia. haha. lagi satu sbb cite ni ada babak silat kot. silat utk org buta. ni kes ke-2 aku tgk org buta belajar silat...

'Budak Kelantan' ialah cite yg terlalu simple. tp tunjuk kehidupan yg xramai org tau kat KL tu. ok la kot, 6/10 bintang sbb simple dan pendek sgt. xsempat nk saspen dah abes dah...

'Slumdog Millionaire' ialah cite yg paling best aku tgk. ckp byk pun xguna. 10/10 bintang!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

i'm not taken


tan lijie: okok
tan lijie: back to the movie!!!

phantom2r: how abt i use rainbow colour?

tan lijie: I feel men so lustful la

phantom2r: hahaha

tan lijie: why do they need sex??

phantom2r: ????
tan lijie: no need la

tan lijie: or get married la n do the wife enuf

tan lijie: so teruk!!!!
phantom2r: ok

tan lijie: haih...

phantom2r: spill it out
phantom2r: more
phantom2r: more

phantom2r: :-P

tan lijie: I feel the worse seen is the part in the construction site

tan lijie: wher the girls were all drugged n sit behind dirty curtains

tan lijie: u rememebr tat scene?

phantom2r: yeah

tan lijie: so disgusting

phantom2r: i remember d fightg scene dlm tu also

phantom2r: hehe
phantom2r: ok

tan lijie: n the men just come one after another in just 'insert' shoot n leave

phantom2r: more2

tan lijie: haih

phantom2r: shoot? wow!
tan lijie: hahaha

tan lijie: haiya

tan lijie: ejaculate

phantom2r: bang2! or squirt2?

tan lijie: shorter to type ma

tan lijie: hahahah

tan lijie: depends on the men's libido la

phantom2r: :))

tan lijie: but the movie also a lil fake la

phantom2r: like when?

tan lijie: I feel the dad too powerful dy

phantom2r: hey

tan lijie: how can every guy he fight also die?
phantom2r: dad is american superagent

tan lijie: stillll....

phantom2r: never underestimate US spies

tan lijie: shud get injured more la

tan lijie: too fake dy
phantom2r: he did get injured

phantom2r: masa terjun atas kapal tu
phantom2r: sakit lutut

phantom2r: haha

tan lijie: n also the last part...how he come back to US?

phantom2r: limping?

phantom2r: by plane?

tan lijie: like the France gov never tahan him?

phantom2r: :-|

tan lijie: haiya

phantom2r: tu la

phantom2r: audience nowadays...too pandai

phantom2r: alwys tnya2

phantom2r: hahaha

tan lijie: hahhaa

tan lijie: true ma...

tan lijie: if he injured more n patah2 better la

phantom2r: if patah2 then no more US superagent la
tan lijie: n also the daughter so lucky la
tan lijie: she's so good, til safe the best for last

phantom2r: i wish my dad is a superagent

tan lijie: hahaha

phantom2r: hahaha

phantom2r: [d daughter] so hot also

tan lijie: a 'preventer'

phantom2r: [d daughter also] very pure

tan lijie: eee...
tan lijie: yea...

tan lijie: [the dad] knows french, etc

tan lijie: haih...

phantom2r: pure as in virgin
tan lijie: stillll

phantom2r: hahaha

tan lijie: I know la

tan lijie: haiya
phantom2r: [d daughter] knows little french

phantom2r: hahaha

tan lijie: haha
tan lijie: u shud write a review in ur blog

tan lijie: n tell all females to watch

tan lijie: cannot be so blur n guillable

phantom2r: u watched dis one 'trade'?
tan lijie: which one ar?

phantom2r: 'trade'
tan lijie: u mean a movie?
tan lijie: no le
phantom2r: it was earlier dis year la kot

tan lijie: ooo

tan lijie: nice?

phantom2r: wait

tan lijie: okok

phantom2r: http://penatxabes.blogspot.com/2008/03/jual-orang.html
tan lijie: heyI'll be back?

tan lijie: gotta mandi 1st

phantom2r: ok ok

our reviews about the movie TAKEN. some more, i feel it hard to believe that there are girls trafficked and auctioned in the black markets. and old, rich fat buyers too! arabs even! WTH???!!! what i meant with 'hard to believe' is there are heartless people like them. they should be shot in the nuts. haha!

people should watch this movie and gain more awareness about this issue.

p/s: names have been altered to protect privacy
p/s2: contents also have been altered. also to protect privacy. hehe :-P

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

MAKHHH


"suatu hari, semua orang dalam dunia akan bertutur bahasa Mongol..."

korang kenal Temujin?

korang kenal Genghis Khan?

kalo x, maknenye korang dah terlepas pandang salah seorang tokoh terkenal dalam sejarah ketamadunan manusia atas muka bumi nih.

Genghis Khan ialah maharaja mongol yang bertanggungjawab menyatupadukan seluruh bangsa mongol dan membolehkan mereka menewaskan tamadun China, tamadun Islam dan tamadun Eropah. gempak x gempak mamat ni?

dari kecik, kehidupan yg gasar di tengah2 steppe mongolia, kehidupan Temujin diwarnai dgn pelbagai tragedi yang mematangkannya. dia ni anak ketua puak dia. satu hari tu, abah dia kena racun pastu mati. Temujin ni pulak hampir2 kena bunuh dgn satu pakcik ni sbb pakcik ni nak jadi ketua.

sampai satu ketika, Temujin kena tangkap dan dijual sbg hamba kat china. akhirnya dia mintak satu sami buddha ni sampaikan mesej kat isteri dia [yang gigih tunggu dia wlpn dah berapa lama si Temujin ni x balik] dan isteri dia ni datang dan bebaskan dia.

filem ni menunjukkan keadaan zaman yang betul2 barbaric, dgn kostum2 yg realistik.

ingat pesan Genghis Khan untuk mencari pasangan:
  1. cari isteri yang matanya sepet, supaya semangat jahat susah nak masuk dan merasuknya
  2. muka yang cantik ialah muka yang rata [hidung xmau yg mancung2!]
  3. kakinya mesti kuat, untuk kebahagiaan rumah tangga...[aku pun xpaham bab ni...org mongol je yg paham kot...]
kalo nak download, cari yg ada subtitle sebab cerita ni dlm bahasa mongol. best cakap lu! sikit lagi nak sama mcm lord of the rings...

*makh tu daging dlm bahasa mongol...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hurrah! hurrah! hurrah!


sudah bosan dgn filem tentera ala amerika? asyik2 amerika saja yg menang dlm filem hollywood? [dah filem diorg, diorg la yg menang...]

maka, carilah filem 9th Company [9 rota dlm ruski] kat dlm internet, download dan tonton. download dgn sarikata ye. kalo x, xphm plak nanti.

9th company bukan filem hollywood. ia satu filem terbitan russia dan mendapat kerjasama kementerian kebudayaan ukraine. ia menceritakan kehidupan sekumpulan pemuda yg mendaftar sebagai tentera soviet untuk menghadapi perang afghanistan tahun 1987-1989.

watak2 utama termasukla vorobey, chugun, stas, pinochet, ryaba dan kapten dygalo.

cerita bermula daripada masa diorg mendaftar di siberia dan dihantar ke uzbekistan untuk menjalani latihan ketenteraan. cerita dlm kem, biasa la, latihan menembak, tempur tanpa senjata, lari berhalangan, taktikal dan taklimat2.

lepas tu, diorg kene hantar ke afghanistan 'untuk membebaskan saudara2 afghan mereka dr cengkaman penjajah imperialis'. kepala hotak korg, korg la penjajah, bongok!

part yg aku paling suka dlm filem ni ialah masa taklimat sebelum diorg dihantar menyeberang sempadan. ada satu jeneral ni cakap lebih kurang gini, "islam eta ne tolka drugaya religia. eta sovsem drugoi mir. u islama svoi otnoshenie k zhizniu i smertiu..." maknanye, islam bukan semata2 agama. ia dunia yg lain. dlm islam terdapat pendapat yg khusus kepada kehidupan dan kematian...pjg lagi ucapan dia. ucapan ni memberi kesan kpd aku sbb wlpn cerita ni cerita org soviet yg tewas perang, tp dlm filem diorg, diorg x menipu.

oh ye, seperti dlm penerbitan ruski yg tipikal, elemen lucah tak dpt lari, so berhati2 masa menonton filem ni. bab2 yg sensitif, boleh fast forward, x jejas jln cerita pun.

yg boleh nampak dlm filem ni,
1. kepelbagaian bangsa dalam tanah jajahan soviet, etnik ukren, uzbek, chechen dsb.
2. tanah jajahan soviet sgt la luas sampai diorg buleh rujuk kepada zon2 masa yg berlainan. ada waktu moskow, waktu vladivostok, waktu siberia dll.
3. tentera soviet ni miskin sbb diorg terpaksa guna semula senjata askar2 yg dah mati. lps tu, kalo korg teliti pakaian askar dia, boleh nampak askar tu pakai kasut sukan je utk pegi perang. weii, xda but ke? haha
4. skor lagu latar dia berulang byk kali...bosan la pulak

memetik kata ketua kompeni 9, khokhol, "selamat datang ke kompeni 9 yg gagah berani"!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

rempit sebenua


semua org dlm dunia ni, kalo berpeluang dan peka [ada org byk peluang dan petunjuk tp xsedar itu ialah titik perubahan nya. ada yg menanti2 masa yg sesuai utk berubah, tapi x kunjung tiba], akan mempunyai satu titik perubahan dalam hidup dia. satu titik penentuan di mana dia akan memilih satu jalan untuk dia meneruskan hidupnya. filem 'diarios de motocicleta'/'the motorcycle diaries' memaparkan titik perubahan dalam hidup ikon pemberontak sedunia, ernesto 'fuser' guevara de la serna bersama kawannya, alberto 'che' [sebut 'chey' bukan 'cik' dlm BM] granado.

bermula sebagai seorang pelajar perubatan tahun ke 5, fuser dan che, seorang ahli biokimia, merancang untuk menghabiskan cuti musim panas tahun 1952, merempit ke seluruh benua amerika selatan. berbekalkan motosikal norton 500 model '39, mereka merentasi argentina, chile, venezuela, peru, dan beberapa negara lain dgn harapan untuk selamat tiba ke argentina dgn motosikal tu jugak.

dalam perjalanan, diorg ni dilanda pelbagai mehnah dan tribulasi. motor rosak, duit habis, fuser kene demam dan diserang asma, cuaca buruk dan macam2 kes lagi lah. tapi itu semua x merencatkan keazaman mereka berdua.

tambahan pula, mereka bertemu dgn bermacam2 golongan dan lapisan masyarakat. kaya, miskin, sihat, sakit, cantik dan hodoh. ini yg menjadi titik perubahan dalam hidup fuser yg menyedarkan dia dan mencetuskan ilham untuk memperelok keadaan sosial masyarakat amerika selatan ketika itu.

keseluruhannya, cerita ni menginsafkan terutama bahagian fuser beramah mesra dgn pesakit2 kusta di koloni pesakit kusta di pedalaman amazon. pandai dia amik hati pesakit2 tu. bila fuser bertemu dgn org2 sakit dlm perjalanan, dia membantu sepenuh daya dan dia menghormati dan belajar budaya org tempatan [kecuali bab dia mabuk pastu kene goda dgn makcik kat chile ni. sapa suh mabuk...].


sebelum terlupa, skrg ni fuser lebih dikenali sbg ernesto 'che' guevara de la serna...sape2 pemuda2 yg dok puja gambar/poster dia ni tapi xtahu menahu ttg cerita dia, baik la cari maklumat serba sedikit, baca novel, ensiklopedia atau apa2 sejarah pasal dia.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Budak Neraka 2


kelakar x?

dulu kecoh pasal nama 'Hellboy' sbb ada kalimah 'hell'. penat nak tukar jadi 'Super Sapiens'. sekarang rilek je pakai 'Hellboy'...

bukan aku nak suruh pakai nama 'Super Sapiens' plak. tapi hakikatnye, kalo dulu pun pakai 'Hellboy', xada apa mudaratnya... org tau yg bendalah dalam muvi tu mmg fantasi dan xkan ada siapa yg percaya makhluk2 tu berasal dr neraka...

ataupun, org yg kene kutuk sbb bg cadangan nama 'Super Sapiens' tu dah serik kene kutuk sbb nama 'Super Sapiens' tu 'lame' gile, kali ni dia malas nak suruh tukar...hehehe

satu segi, nampak yang Malaysia ni lemah dari sudut penguatkuasaan.
dua, penguatkuasaan lemah kerana dasar penguatkuasaan tu lemah [nak tukar nama semata2 ada nama 'hell'. kalo ada nama Allah ke ape ke, tu lain kira aa]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

JUal OrANg

mgu lepas aku tgk cite TRADE. cite org jual org. scene cite ni kat mexico. movie ni stail mcm 3 cerita dlm satu la jugak [makin byk plak director wat filem stail camni. buleh jual kot...]. satu cite sorg abg bernama jorge mencari adik pompuannya yg diculik utk dijual, satu cite pompuan poland, weronika, yg nk dtg ke US thru mexico tp in d end kene jual dan satu cite polis cari anak dia yg terpisah 10 tahun dulu sbb kene jual.

menarik x?
dan yang paling xbest skali tu, puak2 org jual org ni ialah org russia. los russos ckp spanish. adoi...punya jauh diorg ni dtg nk buat bisnes jual org. gile punya celaka la russian ni.

memula skali adik pompuan ni kene culik. masa dlm tahanan, dia jumpa pompuan poland ni. dia kene tipu oleh agensi pekerjaan kat poland, kononnya buleh bwk dia masuk US utk keje. bila jorge ni tau adik dia kena culik, dia track down penculik2 ni sampai la dia terserempak dgn polis ni pastu dia folo polis ni ke US dan dpt balik adik dia kat US.

filem ni membuka mata org ttg industri org jual org ni. mcm2 helah diorg guna, laman web dgn password rahsia, dokumen yg mcm2 [nak cari waris utk jd bahan ugut], suntikan heroin utk melemahkan mangsa2 dan lain2.

apa yg seram lagi ialah org putih yg sakit mental-tapi-kaya ni, sanggup bayar berjuta2 utk dptkn 'virgin pu**y'. gile haram x haram punya perangai.

ada antara mangsa tu pulak, sorg budak laki, dibawa/diculik khas dari thailand utk dijual kat US. percaya x? isk3...doa2 la yg anak2 malaysia yg kene culik tu xda terlibat dgn kes2 camni. nauzubillahi min zalik!

sila lah jaga anak2 anda sume baik2 untuk mengelakkan kes mcm ni jadi pada ahli keluarga anda

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

layang2 terbang tinggi


The Kite Runner
the kite runner ialah kisah persahabatan amir dan hassan. diorg selalu main layang2 sama2 dan pegi ke mana2 pn berdua. si hassan ialah anak org gaji si amir tapi hubungan diorg mcm adik beradik. beza dua org ni, si hassan ni jenis yg berani, tp si amir ni 'kecut' sket. apa2 hal, si hassan ni yg akan bela si amir ni. nak jadi cerita, afghanistan kene serang dgn kesatuan soviet.amir dan abahnye terpaksa jadi pelarian dan meninggalkan afghanistan. diorg lari pegi amerika. beberapa lama diorg dok kat amerika, si amir pun dewasa, kahwin dan ayah dia pun dah meninggal dunia. satu hari si amir dpt tpon dr pakistan, pakcik dia tpon, suh balik afghanistan, ada hal. rupa2 nya, pakcik si amir tadi suruh amir cross sempadan pegi afghanistan dan selamatkan sohrab, anak si hassan. pakcik ni pn ceritakan hal sebenar yg dirahsiakan oleh abah si amir. si hassan dan amir ialah adik beradik. maka, si amir pun pegi la cari si sohrab yg merupakan anak buah dia. si sohrab ni pulak ada disimpan dek puak2 taliban, dijadikan bahan hiburan taliban2 ni. lepas beberapa percubaan dan peristiwa yg menyebabkan si amir ni hampir mati, diorg pun berjaya lepas dan amir pun bawak sohrab balik amerika.dlm cerita ni kita buleh tgk keadaan bandar kabul sebelum zaman perang afghanistan. xla cantik sgt, tp buleh a nampak suasana aman, org2 yg hidup berpendapatan sederhana dan kaya. sume tersenyum dalam keadaan yg gembira sekali. tapi keadaan ni dimusnahkan oleh perpecahan dan semangat berpuak2 [pashtun, hazara dan puak2 lain lagi] dan kesempatan ni diambil oleh puak komunis utk dtg menjajah. masyarakat dia pulak, ada yg alim dan beragama tapi xberilmu [si hassan xreti baca, tp jenis budak yg sembahyang]. ada yang berilmu dan berkuasa tapi minum arak pulak [bapak si amir]. amat menyedihkan melihat umat islam jd macam ni. di hujung2 cerita, ada tunjuk zaman pemerintahan taliban. aku xtau la keadaan sebenar macam mane tapi yg dipaparkan dlm ni, taliban mmg autoriti yg berkuasa mutlak dalam pelaksanaan hukum syariah. janggut wajib ada utk lelaki, ada hukuman rejam utk penzina. tapi yg peliknya, puak2 taliban ni jugak yg ditunjukkan mcm jenis 'kaum sejenis', makan rasuah dan menghambakan wanita [mcm propaganda AS je?]. lagi best, bile nak masuk sempadan pakistan, pengawal sempadan tu amik duit suap pulak...habis sume label zalim, kejam, hina dan keji dipalit kat muka kat umat islam. propaganda AS sungguh! tapi, ape2 pun, cerita ni masih menarik dan berpengajaran utk ditonton. maknenye, kita sbg umat islam kena la bertindak sekarang utk menidakkan tuduhan org bukan islam terhadap kita...an eight and half star out of ten.

fakta:
  1. penjajahan Soviet di Afghanistan bermula dari tahun 1979 sampai 1989
  2. sebelum perang, Afghanistan ialah satu kerajaan monarki lalu dijatuhkan melalui Revolusi Saur
  3. kekalahan Soviet di Afghanistan dianggap sama mcm kes kekalahan Amerika di Vietnam

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sejarah sket!!!


taegukgi, brotherhood of war.

cerita ni mengisahkan 2 beradik yg mengharungi zaman perang korea dan suka-duka mereka mengharungi peperangan.
betapa sukar dan kompleksnya perang tu, menyebabkan si abang yg mulanya di pihak korea selatan dan akhirnya menjadi komunis.
si adik pula, pada mulanya keberatan nak ikut perang tapi xsanggup nak tinggalkan abangnya seorangan di medan tempur.
si abang yg berjuang menunjukkan kesetiaan pada bendera korea selatan, hampir membunuh kawan sekampung yang berperang di pihak korea utara.
si adik, walaupun giat menentang askar komunis, tetap nak melindungi kawan sekampung diorg tu.
aku suka cerita ni bila twist dia nak tunjuk si abang berpaling tadah. si abang ni berdendam dgn pihak korea selatan sbb askar korea selatan ni nak bunuh tunang dia. tunang dia ni dituduh jadi komunis sbb ikut ceramah2 propaganda komunis. padahalnya, tunang dia xcukup makan, sape2 nak makan, pegi la ceramah, dpt makanan percuma.
si adik ni pulak, ditangkap masa adik beradik ni cuba nak selamatkan tunang abang td. pun dia disyaki komunis.
lagi la kuat alasan si abang nk berpaling tadah.
in the end, si adik cuba cari si abang dan nk bawak balik, tapi niat murninya xkesampaian....isk3
cerita ni penuh dgn babak2 aksi perang yg realistik [kecuali part serangan udara, fake gile k.tbg dia], part2 sedih dan touching dan nilai2 kekeluargaan. tak kurang jugak cerita ni buleh menerapkan nilai patriotisme [kalo korg org korea la...]
cerita ni jugak memaparkan sejarah yg kurang popular kat malaysia [siapa yg tau pasal perang korea? perang tanah malaya pn xsume khatam, tmasuk la aku]
aku rekemen korg tgk cite ni, sbb cite ni berjaya buat aku hampir nak nangis...isk3 [wlpn cite ni diterbitkan tahun 2004]

fakta:


  1. taegukgi ialah nama bendera korea asal [bendera korea selatan sekarang]
  2. korea utara dan selatan dipisahkan oleh garis sempadan 38. xda sempadan semulajadi, cuma garis tu kat 38 darjah utara dr khatulistiwa [lihat sini]
  3. korea utara dan selatan masih dalam keadaan perang, xpenah berlaku perjanjian gencatan senjata atau damai

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...