Memaparkan catatan dengan label WWII. Papar semua catatan

Terowong sesat!



sebelum meninggalkan bumi odessa ni, sempat lagi aku ke satu tempat yg unik dan bersejarah kat sini. kitorg beramai2 dgn cik natalya melawat terowong2 bawah tanah atau dikenali sebagai katakom. katakom yg kitorg pergi ni letaknya di kawasan kampung Nerubayske.

katakom ni dulu lombong batu kapur. batu kapur digunakan untuk pembinaan seluruh bandar odessa. tak ada gunung sekitar odessa, maka sumber batunya ialah batu kapur dilombong dari bawah tanah. terowong katakom ni, disukat2 panjangnya mencecah 2500km dan berkedalaman sehingga 80m tapi tak semuanya telah dipetakan.

masa Perang Patriotik Agung/Perang Dunia ke-2, katakom ni digunakan sebagai tempat persembunyian tentera dan pejuang Soviet. waktu odessa ditawan oleh Nazi Jerman, orang2 odessa melancarkan perang gerila. siang2 duduk dalam katakom, malam2 keluar bunuh Jerman, culik Jerman atau sabotaj Jerman. ada la dekat setahun lebih puak2 ni duduk dalam lubang gelap pekat, sampai ramai yg hampir buta. bukan setakat askar je, wanita dan kanak2 pun duduk dalam katakom. siap ada bilik untuk wanita dan kelas untuk kanak2.

tidur alas rumput je...

oleh sebab katakom ni dikorek dari batu kapur yang berliang, maka bunyi tak bergema. macam duduk dalam studio jamming atau bilik karaoke, luar tak dengar apa. siapa2 sesat dalam tu, alamat mati keras je la. jerit la mintak tolong, siapa pun tak akan dengar. dah la gelap. pulak tu, ada tempat yg digali telaga. silap haribulan, terjebus la dalam telaga tu.

klik gambar untuk besarkan. yg tulis tu maknanya "darah dibalas darah, maut dibalas maut"

di hujung pintu keluar terowong katakom tu, ada muzium kecik, mengenang perjuangan askar menentang Jerman. satu yg aku cukup kagum dengan Soviet komunis ni, pelukis2 diorg memang pandai buat poster propaganda yang menaikkan semangat juang. siapa2 tengok tapi tak sebak, memang le...xdapek den nak nolong'an...hehehe

  1. Tentera Merah - Selamatkan Kami!
  2. Demi maruah wanita, demi nyawa anak2, demi kesejahteraan nusa, demi ladang dan lembah kita - Bunuh Musuh yang Menakluk!
  3. Ayah - bunuhlah Jerman!
  4. Aku menanti kamu - pejuang pembebasan!

seperti biasa, sebelum balik, tangkap gambar!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kiev Musim Panas - ep. 3

seperti biasa, kalau ada lawatan yang aku malas nak bagi penerangan lanjut, aku hidangkan gambar je. marilah tengok!

kali ni, kitorg meronda2 di bukit yg ada patung besar kat kiev. nama patung ni Мать Родины/Mat Rodina. Datin panggil nama patung ni Mak Rodin je [macam nama kampung je. ahaha]. Mat Rodina maknanya Ibu Pertiwi. kat kaki patung ni ada muzium peringatan perang dunia II. kat belah2 sini, perang dunia II dikenang sebagai perang patriotik agung (the great patriotic war). perang ni diagungkan sebab tanda kemenangan sosialisme ke atas fasisme Nazi. perang ni mengorbankan berapa puluh juta [ke ratus juta? entah, x ingat] tentera soviet. 3/4 dari seluruh tenaga tentera tewas. ko bayangkan je la askar dia yang mati tuh ada berapa ratus juta, ada lagi suku je tinggal, berapa punya besar angkatan bersenjata dia...setakat negeri kecik2, sekali lalu je dia boleh sapu. cuma dia bukan negara kolonial je. tapi pada masa sama, dia sebarkan ideologi komunis. hehehe

tugu untuk satria2 yg tewas di medan perang...

artileri! tembak!!!

mara menggempur musuh...

pingat untuk bandar2 perwira. yg ni kiev. odessa pun ada, st. petersburg pun ada, minsk pun ada, moscow pun ada.

seni kreatif!

pesawat terbang Yak dan MiG

Mak Rodin @ Mat Rodini @ Ibu Pertiwi

nanti kita sambung lagi episod 4~ harap bersabar!

p/s: gambar dipetik oleh kodobovich n gilleco

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Perbarisan Hari Kemenangan



Video ni amik masa 9 Mei hari tu. kat Odessa ni buat kecil-kecilan je. nak yg lagi seronok, tengok yang kat Moscow. siap semua peluru berpandu, kereta kebal, jet pejuang semua keluar. pastu ada kawat tentera bekas Soviet, US, Perancis dan UK.


di tembok tu terpahat kata-kata:

"свое бессмертие вам родина вручила
и не забыты ваши имена"

"Tanahair menganugerahkan keabadian
dan namamu takkan dilupakan"

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hari Pembebasan Ukren


ni cerita dah terlepas tarikh. tapi aku nk cerita jugak.

gambar2 ni dipetik masa 28 oktober hari tu.

  • slogan atas: 'Sejahteralah Soviet Ukren yang Merdeka!'
  • Komsomolskaya Pravda dengan seruan, 'Proletariat Seluruh Negara, Bersatulah!'
  • tarikh 15 oktober 1944, hari ahad
28 oktober dirai sebagai hari pembebasan seluruh ukren dari cengkaman Nazi Jerman. maka, sebagai merayakan kejayaan itu, bendera kebangsaan ukren pun dikibar di seluruh negara. sebagai kenang-kenangan, satu edisi cenderamata Komsomolskaya Pravda pun diedar. lengkap dengan tarikh 15 oktober 1944, hari ahad.

gambar poster zaman perang dengan panggilan, "Pejuang, Ukren Menanti Kamu!"

N/B: Komsomolskaya Pravda ialah lidah rasmi Liga Pemuda Komunis. maklumat lanjut, klik SINI dan SINI
N/B2: ni bukan propaganda komunis. komunis ialah tak best untuk zaman kurun ke-21 ni. ni ialah nk kongsi pengalaman kat ukren je


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...