Memaparkan catatan dengan label russia. Papar semua catatan
berapa tinggi menara gading moskow ni. akademi ni punya pustaka, antara terbesar dalam dunia
hari pertama moskow.
mencari jalan
sebenarnya kami ke moskow ada hajat. nak ke kedutaan emiriah arab untuk dapatkan cop pada diplom. konon2 nak kerja kat sana lps jadi doktor nanti. nampak gayanya, sekarang ni yang ke moskow mmg dah takkan ke dubai lah jawabnya. yg hantar wakil lagi cerah untuk ke dubai. x kesah la tu. kisahnya skrg ni, kami pergi moskow.
wlpun sesat2 sikit naik troleybus moskow yg aku tak berapa paham sistemnya ni, akhirnya sampai dan selesai juga urusan. kami pun terus la meronda2 kota moskow.
dari kedutaan tu kami menapak ikut peta ke akademi kebangsaan moskow bersempena lomonosov. fesyen diorg mcm ni. kalau ada cendekiawan/intelek dia yang terkenal, universiti tu akan dinamakan sempena tokoh tu. cuti musim panas. tak ada pelajar kat kampus. akademi ni atas bukit. puncak tertinggi sekali di kota moskow ni bangunan ni lah. dari atas ni, boleh tgk seluruh kotaraya moskow yg saujana mata memandang. masalahnya, puncak dia ni pun luas, dan tak dapat nak tengok pemandangan yg terlindung. boleh tgk sikit2 je.
dari situ, terus ke taman burung, Vorobyovy Gory, sambil menurun bukit nak amik metro. bayangkan di tengah2 kota metropolitan moskow ni, masih ada diorang peruntukkan bukit untuk buat taman burung. khas untuk wargakota melepas lelah, berpiknik2 ditemani mergastua. ecewah
dari sana, kami amik metro dan terus cari taman yang dipopularkan dalam lagi kumpulan scorpions. taman gorky. atau dalam nama rusia, park gorkova. dalam inggeris, gorky park. taman ni bersempena nama penulis terkenal rusia, maksym gorky. dulu dia selalu lepak taman ni kot, aku pun x tahu. kami ingatkan taman ni macam ada tugu2 ke apa ke. rupanya taman ni macam funfair. ada roller-coaster, merry-go-round, ferris wheel, rumah hantu, tangkap gambar dgn binatang2 semua la. terus la kami pun kempunan sbb nak naik benda2 tu, tak datang moskow pun ada. (sebenarnya duit xda) hahaha. bajet lari nanti!
tumpang amik gambar bawah pelangi
tak lengkap datang ke moskow kalau tak ke jalan arbat. seperti kebiasaan di tanah soviet, setiap pekan tu ada jalan utamanya. odessa ada jalan deribasovskaya, kiev ada khreshchatyk, moskow ada arbat. di jalan arbat ni ada orang busking, menari2, buat lukisan, jual cenderamata, jual tubuh dan juga ada rumah penulis ternama bergelar pushkin. [semua pun ternama, tapi yg kenal aku je sbb diorg ni semua ternama dalam tanah soviet je. luar soviet/rusia, sorang pun x kenal]. pushkin ni pernah tinggal di odessa. lps tu sbb bini dia ada skandal dengan satu orang ni, dia cabar bertembak dgn mamat yg mengorat bini dia tu. org2 sini selesai masalah pakai tembak2 je. sejak dulu lagi. last2 dia yang mati pun. nampak sangat bersalah. hahaha
jalan arbat ialah destinasi kami yg terakhir buat hari itu. malam pun nak menjelang. esoknya kami jalan lagi.
p/s: kami cadang nak jalan dgn awek topi koboi dan akaknya. nombor telefon semua dah ambil dah. tunggu nak janji jumpa di mana je. malangnya, nombor malaysia aku dan nombor serbia dia tak ngam. xboleh bersambung, mesej x sampai. terbantutlah niat murni kami nak berjalan dgn awek omputih di kota moskow...jumpa di rumah je la malam tu, sambil bertukar2 cerita. rupanya, diorang pun cuba nak hubungi kami, tapi x dapat. mesti diorg pun kempunan nak jalan dgn 3 org malaysia yg bergaya di kota moskow. hahahaha
lama tak menulis pasal cerita kembara aku.
dekat setahun...
sambung balik lps cubaan aku yg gagal untuk mengayat veronika.
al-kisahnya, ada beberapa kali lagi keretapi berhenti melepas lelah, menurun dan mengambil penumpang. ada sekali tu, chin beli anak patung [anjing ke beruang, aku pun tak ingat dah], konon2 nak bagi kat veronika. fullamak, jiwang karat brader sorang ni!
ada berapa belas jam lagi nak sampai, dan kami pun melintas sempadan keretapi ukren-rusia di konotop-suzemka-zernove. di sini, pemeriksaan yg dilakukan agak ketat dan mengambil masa yang lama. pasport diambil dan ada beberapa soal siasat. dalam masa yang sama, pegawai imigresen tu telefon pejabat konsul rusia di odessa, untuk mengesahkan daftar perjalanan kami. ada dekat sejam kot. sebab bukan selalu orang malaysia lintas sempadan dengan keretapi. ada 3 orang bujang tak ada kerja ni je. hahaha
kami sampai di moskow dah petang. masa nampak tulisan moskow di luar keretapi, rasa dah teruja dah. tapi sayangnya, nak tangkap gambar di stesen adalah dilarang. biasa la tu. stesen yang dimaksudkan ialah stesen kievsky di moskow.
sebelum melangkah keluar keretapi, dengan sayunya chin pun menyerahkan anak patung tadi kepada veronika. veronika pun menyambutnya sambil tersipu2 dan dijeling cemburu oleh mamat dalam biliknya tadi. hahaha. cayalah chin! ko je yg berani!
kitorg dengan segala bagasi pun bergegas menuju ke rumah marina dan aidan di pinggiran bandaraya kosmopolitan moskow ni. turun je ke stesen metro, kami ikut arahan yg diberi oleh marina. tak la sesat sebab kami paham russki. cumanya, russki org rusia ni pekat semacam telornya, banding dgn russki org ukren.
di stesen hampir dengan rumah marina, kami disambut dengan melihat dua orang polis baru lepas belasah satu pencopet ni sampai lebam berdarah2. adoi...apa la nasib kitorang kat moskow dua hari ni...

kesimpulannya:
jarak perjalanan odessa-moskow: +- 1300km lebih sikit.
tempoh: 28 jam lebih kurang
harga tiket: dah lupa
pengalaman: tak ternilai...
jarak perjalanan odessa-moskow: +- 1300km lebih sikit.
tempoh: 28 jam lebih kurang
harga tiket: dah lupa
pengalaman: tak ternilai...
satu ketika Wawad dan Chin tido, aku ke hujung gerabak, seorang diri...
aku nampak Veronika di hujung sana. pun seorang diri...
lalu aku beranikan diri.
"hai."
"hai"
"sape nama?" [padahal dah tau, sebab dia pakai tag nama]
"Veronika"
"saya Zool" [aku rasa mesti dia cakap "tak tanya pun..."]
"dah lama ke kerja keretapi ni?"
"ni musim panas yang kedua"
"oh, dah dua kali dah ke. memang tiap2 hari ke ulang-alik odessa-moskow?"
"ya."
"belajar lagi ke? kat mana?"
"aah. tahun 2. belajar kat institut senibina."
"belajar apa?"
"senibina la. saya belajar bahagian jalan dan pengangkutan ni. jadi kena la buat praktikal dengan keretapi ni."
"asal odessa ke?"
"tak, saya orang donetsk."
"mak aii, jauhnya. asal donetsk, praktikal kat odessa. keje ulang-alik ke moskow pulak tu."
"nak buat macam mana..."
lepas tu ada la lagi sembang2 kecil. dan dia pun balik ke bilik dia dlm gerabak tu.
aku pun balik ke tempat aku. aku lintas bilik Veronika, aku nampak ada mamat baring2 lepak dgn Veronika.
"cisss...celaka...cuba lagi lain kali..."
sah2 tak akan ada lain kali sebab aku pun tak akan jumpa Veronika lagi dah sampai bila2...Wawad dan Chin masih lagi tido dan aku meneruskan perjalananan sambil duduk sorang2...
p/s: perbualan tadi semuanya dalam bahasa rusia. aku ejas sket2 bagi korang paham.
huiii...dok umah ni mmg xda benda nk cerita kat dlm blog. nampak gaya cerita2 kembara aku pun nak abes dah. sebabnya, tujuan aku tulis bendalah blog ni nak kongsi cerita2 aku kat luar negara. oklah. ni kira episod2 terakhir luar negara aku. insya allah ada rezeki aku melancong ke mana2, aku cite la dlm ni. setakat ni, xda lagi nampaknya cite aku ke luar negara...
baik, jom kita sorot balik hari-hari sebelum keluar dari ukren tempohari.
6 hb julai, kami ramai2 bergerak meninggalkan tanah ukren. kumpulan ushop, kodok dan awek2, naik kapal terbang pagi. pukul 5am diorg ambil van ke lapangan terbang. aku, wawad n chin ambil keretapi petang ke Moskow. keretapi 5pm dijadual sampai 9pm keesokannya. 29 jam atas keretapi beb! kejang jugak masa memula dengar tu. tapi, nak ke Moskow dengan cita2 murni punya pasal, redah jugak la.
disebabkan bagasi banyak, kami tempah van. dan cadangnya, nak ambil van yang sama utk perjalanan petang tu ke stesen keretapi.
malangnya...
aku rasa pakcik tu mengantuk, pagi2, tak sedar yg aku dah tempah van utk petang. tunggu punya tunggu, tak datang2. bila telefon balik, selamba je pakcik tu cakap, "eh, kenapa tak bitau awal2?" kepala otak ko tak btau. aku btau awal pagi tadi, tak cukup awal ke? hujungnya, kami ambil teksi lain. pada masa yang sama, pakcik tu punya tempahan aku tak batalkan. lantak la ko tunggu kat hostel. bukan aku nak jumpa ko lagi dah. hahaha~
dalam keadaan separa kelam-kabut, kami pun sampai di stesen keretapi. memang kelam-kabut. sampaikan aku rasa ada barang tertinggal atas meja la, duit x cukup la, paspot cicir la, x sempat makan la, apa la. kat stesen, tukar duit ukren ke dolar, beli air minum, buang air sume. terus ke gerabak dan disambut oleh Veronika [ada sambungan cerita Veronika ni].
perjalanan 29 jam dalam keretapi penuh dengan cerita, gosip, umpat-mengumpat, kutuk-mengutuk, kupasan rahsia dan macam2 kelakar lagi. sampai la kami tiba di Moskow keesokannya.
sehingga itu, jom tengok gambar!
p/s: terima kasih kepada Chin yang petik gamba
Хороший врач негодного полезней -
Причину не поймешь ты сгоряча.
Ведь если не спасет он от болезней
Спасет хотя бы от... негодного врача.
::Pantun rusia untuk para tabib, terjemah ke melayu::
Tabib yang bagus membantu si cacat,
Menanggap punca janganlah gopoh;
Bukanlah si tabib menambah mudarat,
Meski gagal menjadi penyembuh...
gambar sebelah ni gambar satu bentuk pengangkutan awam kat sini. kat belah2 eropah byk, kat malaysia je xda.namanya trolibas. english eja 'trolleybus'. ruski kata троллейбус/trol-lei-boos. benda ni jalan guna letrik. xda guna petrol ke diesel, xda.
masa mula2 jumpa agak 'praaq' jugak. wlpn xda la lawa sgt rupanya. buruk lagi ada. yg kat atas tu, versi panjang. ada la lebih kurg mcm treler angkut kereta. siap ada bhgn penyambung tu. yg kat bawah tu, versi pendek. mcm bas biasa je. tp guna letrik.
sejak ukren dapat hak menganjur bersama piala EURO 2012 ni, ada la pembaharuan sket. diorg dah mula ganti trolibas ni dgn yg baru. baru tak baru la jugak. tp 2nd hand amik dari rusia. tau sbb pada bas tu ada pelekat iklan lama, tulih '.ru'. maknanye dr rusia la tu. mcm canggih sket.rupa pun nampak baru, xda la seram sgt nak naik.
lupa nak cakap, trolibas ni pun tambang murah jugak. mcm naik trem. tp satu je, sebab dia guna letrik, dia lalu jalan2 utama jek dan kalo terkeluar sket je dr trek dia, kabel letrik kat atas tu terlucut, pastu terpaksa la drebar dia turun, bega balik bagi lekat kat wayar letrik.
kalo aku ckp pemandu trolibas ni byk drpd wanita korg percaya x? selalu gak tjumpa akak2 ni bwk trolibas ada tanda L [tapi kat sini pakai huruf 'У', maknanya 'uchioba'/belajar] dan trolibas dia warna belang merah putih. tak dapat de kat mesia org pompuan bawak bas...
p/s: bas baru lebih mesra OKU
p/s2: siapakah orang bertanda anak panah? hehehe
perimetri ialah sukatan kepekaan pembezaan cahaya yang bersistem dalam medan penglihatan dengan mengesan kehadiran sasaran uji pada latarbelakang tertentu. ujian medan penglihatan boleh dilakukan secara klinikal dengan menguji secara berdepan-depan dengan mengekalkan renungan subjek tertancap sementara menayangkan objek di pelbagai tempat dalam medan pandangan mereka. secara amnya, ini bertujuan untuk meneroka seluas mana medan penglihatan subjek. hasil-hasil pemerhatian direkod menggunakan grid Amsler. kekurangan atau kecacatan dalam medan penglihatan termasuklah skotoma, kehilangan penglihatan periferi dan kehilangan penglihatan yang lebih halus.
untuk lebih lanjut, rujuk wikipedia. artikel 'perimetry'.
ni ialah alat perimeter moden bersama grid Amsler
ni ialah tok moyang kepada alat perimetri yang moden zaman sekarang ni. ada lagi simpan kat jabatan oftalmologi/kajimata OSMU. palang separuh bulat tu boleh diputar 180 darjah pada paksi di tengahnya dan titik2 yang mana penglihatan hilang akan direkod dgn tangan [manually] pada grid.
klik sini untuk ke laman web institut mata filatov. kuliah oftalmologi dan muzium filatov ada kat sini. boleh tgk meja kerja dia, lukisan2 dia [dia pandai lukis] dan baju makmal dia. pada dinding ada jam yang menunjukkan waktu dia mati.
klik sini untuk mengenali siapa filatov. tp dlm bhs rusia la. boleh terjemah guna google translator :P

haha. tajuk bunyi mcm 'flirtatious' gile babi. skali lagi, hahaha!
xda ah. sebenarnye hari ni ialah hari Tentera Soviet. zaman2 soviet dulu, sume org lelaki pun masuk khidmat negara [ala2 PLKN, tapi yg BETUL2 gaya-tentera. bukan acah2 pny], so secara umumnye, hari tentera menjadi hari lelaki la. sambutan hari wanita pulak pada 8 mac. hari wanita disambut serentak di seluruh dunia.
aku masa kat sini baru aku betul2 terasa jasa2 lelaki dikenang. selama kat malaysia, xpernah pun sambut hari tentera. yg aku tau, kalo ada hari tentera, sekolah2 buat kutipan derma. sayu je dgr, tentera yang menggadai nyawa dulu tu, skrg kne mintak duit kat org.
patut kat malaysia kene ada budaya camni. baru la org patriotik sket. baru la kaum lelaki pun terasa dihargai. hehehe
p/s: untuk lebih maklumat tentang hari tentera soviet, klik sini

Selamat Hari Lelaki Seluruh Soviet!
p/s: untuk lebih maklumat tentang hari tentera soviet, klik sini
sudah bosan dgn filem tentera ala amerika? asyik2 amerika saja yg menang dlm filem hollywood? [dah filem diorg, diorg la yg menang...]
maka, carilah filem 9th Company [9 rota dlm ruski] kat dlm internet, download dan tonton. download dgn sarikata ye. kalo x, xphm plak nanti.
9th company bukan filem hollywood. ia satu filem terbitan russia dan mendapat kerjasama kementerian kebudayaan ukraine. ia menceritakan kehidupan sekumpulan pemuda yg mendaftar sebagai tentera soviet untuk menghadapi perang afghanistan tahun 1987-1989.
watak2 utama termasukla vorobey, chugun, stas, pinochet, ryaba dan kapten dygalo.
cerita bermula daripada masa diorg mendaftar di siberia dan dihantar ke uzbekistan untuk menjalani latihan ketenteraan. cerita dlm kem, biasa la, latihan menembak, tempur tanpa senjata, lari berhalangan, taktikal dan taklimat2.
lepas tu, diorg kene hantar ke afghanistan 'untuk membebaskan saudara2 afghan mereka dr cengkaman penjajah imperialis'. kepala hotak korg, korg la penjajah, bongok!
part yg aku paling suka dlm filem ni ialah masa taklimat sebelum diorg dihantar menyeberang sempadan. ada satu jeneral ni cakap lebih kurang gini, "islam eta ne tolka drugaya religia. eta sovsem drugoi mir. u islama svoi otnoshenie k zhizniu i smertiu..." maknanye, islam bukan semata2 agama. ia dunia yg lain. dlm islam terdapat pendapat yg khusus kepada kehidupan dan kematian...pjg lagi ucapan dia. ucapan ni memberi kesan kpd aku sbb wlpn cerita ni cerita org soviet yg tewas perang, tp dlm filem diorg, diorg x menipu.
oh ye, seperti dlm penerbitan ruski yg tipikal, elemen lucah tak dpt lari, so berhati2 masa menonton filem ni. bab2 yg sensitif, boleh fast forward, x jejas jln cerita pun.
yg boleh nampak dlm filem ni,
1. kepelbagaian bangsa dalam tanah jajahan soviet, etnik ukren, uzbek, chechen dsb.
2. tanah jajahan soviet sgt la luas sampai diorg buleh rujuk kepada zon2 masa yg berlainan. ada waktu moskow, waktu vladivostok, waktu siberia dll.
3. tentera soviet ni miskin sbb diorg terpaksa guna semula senjata askar2 yg dah mati. lps tu, kalo korg teliti pakaian askar dia, boleh nampak askar tu pakai kasut sukan je utk pegi perang. weii, xda but ke? haha
4. skor lagu latar dia berulang byk kali...bosan la pulak
memetik kata ketua kompeni 9, khokhol, "selamat datang ke kompeni 9 yg gagah berani"!

selamat hari kemenangan.
hari ni seluruh jajahan takluk kesatuan soviet menyambut ulangtahun kemenangan sosialisme ke atas fasisme.
pada hari bersejarah ini, majoriti veteran perang [yg masih hidup] akan pakai 'crest'2 diorg dgn bangga kerana pada hari ini 63 tahun dulu, kuasa tentera kesatuan soviet berjaya mengatasi kekuatan penjajah fasis jerman. sila rujuk sejarah kat SINI
bangunan2 pun akan kibarkan bendera kebangsaan. satu yg bagus org ukren ni diorg masih menghargai sejarah diorg.
maka seperti biasa lepas latihan semalam, master igor akan suruh kitorg berdiri dlm barisan dan dia akan bagi pesanan2 sebelum bersurai. pesanan dia berkisar ttg rasa hormat, emosi dan semangat berpasukan.
igor viktorovich berkata,
"saudara2, saya minta satu perkara. emosi, sila tinggalkan di jalanan. simpan emosi masing2 utk penjahat, penyangak dan perampok yg dtg menceroboh. tak perlu amarah dlm arena sparring. dlm gelanggang, kita ada peraturan. apa2 perkara, kita adu kpd pengadil, mintak dia hentikan perlawanan. kita minta secara terhormat.
tak perlu nak tunjuk emosi dgn campak2 boxing glove, tarik muka dan marah2. kalau dlm pertandingan kita buat begini, ini dianggap menghina perlawanan, pengadil dan lawan.
pd saya, saya xperlu dihormati. xperlu kamu hormati saya, kenang jasa saya. saya cuma dtg, bagi latihan kpd kamu kemudian habis kerja saya. sila hormati diri sendiri. hormati kawan2 kita.
skrg, kita sdg berlatih. utk menyihatkan badan, menguatkan jasmani. kita berlatih dgn kawan2 kita. kawan2 inilah yg akan ikut kita dlm pertandingan2, yg kita harap akan sokong kita apabila kita bertarung dgn pasukan lain. apa perasaan kamu kalau kamu dgr kawan kamu ckp,'ha! pukul! bagi kuat sikit!' kpd lawan kamu?
saya harap lps ni jgn ada emosi2 lagi dlm gelanggang latihan."
[ucapan ni rentetan si yura dgn sasha bertumbuk sampai si sasha naik angin. bila stop perlawanan, si sasha campak glove atas lantai. aku xperasan sgt sbb pe, tp smpi lps habis sesi, siap salin baju dan mandi, sasha masih tarik muka. mmg angin betul mamat ni!]
p/s> ucapan ni ape yg aku sempat tgkp dan faham. aku xphm 100% pun russian master igor ni.
pp/s> yura ialah singkatan nama юрий/yuri dan sasha/саша ialah singkatan nama alexander. alexander juga buleh dipendekkan kpd sanya, aleosha dan alex

mgu lepas aku tgk cite TRADE. cite org jual org. scene cite ni kat mexico. movie ni stail mcm 3 cerita dlm satu la jugak [makin byk plak director wat filem stail camni. buleh jual kot...]. satu cite sorg abg bernama jorge mencari adik pompuannya yg diculik utk dijual, satu cite pompuan poland, weronika, yg nk dtg ke US thru mexico tp in d end kene jual dan satu cite polis cari anak dia yg terpisah 10 tahun dulu sbb kene jual.
menarik x?

dan yang paling xbest skali tu, puak2 org jual org ni ialah org russia. los russos ckp spanish. adoi...punya jauh diorg ni dtg nk buat bisnes jual org. gile punya celaka la russian ni.
memula skali adik pompuan ni kene culik. masa dlm tahanan, dia jumpa pompuan poland ni. dia kene tipu oleh agensi pekerjaan kat poland, kononnya buleh bwk dia masuk US utk keje. bila jorge ni tau adik dia kena culik, dia track down penculik2 ni sampai la dia terserempak dgn polis ni pastu dia folo polis ni ke US dan dpt balik adik dia kat US.
filem ni membuka mata org ttg industri org jual org ni. mcm2 helah diorg guna, laman web dgn password rahsia, dokumen yg mcm2 [nak cari waris utk jd bahan ugut], suntikan heroin utk melemahkan mangsa2 dan lain2.
apa yg seram lagi ialah org putih yg sakit mental-tapi-kaya ni, sanggup bayar berjuta2 utk dptkn 'virgin pu**y'. gile haram x haram punya perangai.
ada antara mangsa tu pulak, sorg budak laki, dibawa/diculik khas dari thailand utk dijual kat US. percaya x? isk3...doa2 la yg anak2 malaysia yg kene culik tu xda terlibat dgn kes2 camni. nauzubillahi min zalik!
sila lah jaga anak2 anda sume baik2 untuk mengelakkan kes mcm ni jadi pada ahli keluarga anda

The Kite Runner
the kite runner ialah kisah persahabatan amir dan hassan. diorg selalu main layang2 sama2 dan pegi ke mana2 pn berdua. si hassan ialah anak org gaji si amir tapi hubungan diorg mcm adik beradik. beza dua org ni, si hassan ni jenis yg berani, tp si amir ni 'kecut' sket. apa2 hal, si hassan ni yg akan bela si amir ni. nak jadi cerita, afghanistan kene serang dgn kesatuan soviet.amir dan abahnye terpaksa jadi pelarian dan meninggalkan afghanistan. diorg lari pegi amerika. beberapa lama diorg dok kat amerika, si amir pun dewasa, kahwin dan ayah dia pun dah meninggal dunia. satu hari si amir dpt tpon dr pakistan, pakcik dia tpon, suh balik afghanistan, ada hal. rupa2 nya, pakcik si amir tadi suruh amir cross sempadan pegi afghanistan dan selamatkan sohrab, anak si hassan. pakcik ni pn ceritakan hal sebenar yg dirahsiakan oleh abah si amir. si hassan dan amir ialah adik beradik. maka, si amir pun pegi la cari si sohrab yg merupakan anak buah dia. si sohrab ni pulak ada disimpan dek puak2 taliban, dijadikan bahan hiburan taliban2 ni. lepas beberapa percubaan dan peristiwa yg menyebabkan si amir ni hampir mati, diorg pun berjaya lepas dan amir pun bawak sohrab balik amerika.dlm cerita ni kita buleh tgk keadaan bandar kabul sebelum zaman perang afghanistan. xla cantik sgt, tp buleh a nampak suasana aman, org2 yg hidup berpendapatan sederhana dan kaya. sume tersenyum dalam keadaan yg gembira sekali. tapi keadaan ni dimusnahkan oleh perpecahan dan semangat berpuak2 [pashtun, hazara dan puak2 lain lagi] dan kesempatan ni diambil oleh puak komunis utk dtg menjajah. masyarakat dia pulak, ada yg alim dan beragama tapi xberilmu [si hassan xreti baca, tp jenis budak yg sembahyang]. ada yang berilmu dan berkuasa tapi minum arak pulak [bapak si amir]. amat menyedihkan melihat umat islam jd macam ni. di hujung2 cerita, ada tunjuk zaman pemerintahan taliban. aku xtau la keadaan sebenar macam mane tapi yg dipaparkan dlm ni, taliban mmg autoriti yg berkuasa mutlak dalam pelaksanaan hukum syariah. janggut wajib ada utk lelaki, ada hukuman rejam utk penzina. tapi yg peliknya, puak2 taliban ni jugak yg ditunjukkan mcm jenis 'kaum sejenis', makan rasuah dan menghambakan wanita [mcm propaganda AS je?]. lagi best, bile nak masuk sempadan pakistan, pengawal sempadan tu amik duit suap pulak...habis sume label zalim, kejam, hina dan keji dipalit kat muka kat umat islam. propaganda AS sungguh! tapi, ape2 pun, cerita ni masih menarik dan berpengajaran utk ditonton. maknenye, kita sbg umat islam kena la bertindak sekarang utk menidakkan tuduhan org bukan islam terhadap kita...an eight and half star out of ten.
fakta:
- penjajahan Soviet di Afghanistan bermula dari tahun 1979 sampai 1989
- sebelum perang, Afghanistan ialah satu kerajaan monarki lalu dijatuhkan melalui Revolusi Saur
- kekalahan Soviet di Afghanistan dianggap sama mcm kes kekalahan Amerika di Vietnam
ni bukan cerita aku...tapi aku link dari blog kawan aku kat russia...sila la baca kat SINI
hari tu, masa kelas pendidikan sukan dan kesihatan [sports medicine], ada subjek bertajuk 'massage'/urut.so, kami ramai2 pun dgr kuliah ttg urut mengurut ni.
cikgu yg mengajar nama dia igor ivanovich.
dia mula bersyarah ttg asal usul seni mengurut.
dia timbulkan perbahasan, siapa yg lebih awal mengurut? tamadun china atau tamadun india? masing2 ada hujah masing2.
sebenanye, urutan tu sendiri bermula apabila manusia pertama sakit [akibat terhantuk/tersepak/terpijak sesuatu] memicit2 anggota yg sakit utk melegakan kesakitan. yg digaduhkan oleh china dan india td tu ialah siapa yg lebih awal menyusun ilmu mengurut secara sistematik dan berdokumen.
apabila sakit terhantuk/tersepak/terpijak, urutan sebenarnye melegakan sakit dgn menambah luas permukaan yg menerima impuls. luas permukaan yg terjejas tadi kecik je, tapi bila kita urut, luas permukaan yg dirangsang bertambah luas dan menghilangkan tumpuan kita terhadap sakit tadi.
lepas tu, ilmu mengurut berevolusi seiring dgn akal manusia.
timbul pulak, mengurut dgn ubat2 herba tertentu, minyak, batu panas, urut refleksi, urut lembut, urut keras dsb.
urut refleksi, katanya, dijumpai apabila manusia mendapati apabila dia sakit di sesuatu bhgn badan [cthnya di telinga] bhgn lain turut sakit [cthny jari tgn]. maka dia buat kesimpulan, 'mesti jari dan telinga aku ni ada kaitan'. bila sihat jari dia lepas diurut, telinga dia pun sihat.
urutan jugak, katanya lagi, buleh meyihatkan badan dgn menentang jangkitan virus.bagaimana?
bila badan diserang virus, suhu badan akan naik sbg tindak balas jangkitan. suhu badan yg meningkat [38' C] akan mengaktifkan sistem imun badan dan merangsang sel darah putih T utk menghasilkan interferon utk menentang virus.
sama juga, bila badan diurut, suhu badan akan meningkat [ni urut yg serius la. bukan main2 punya] sedangkan gosok tgn lama2 pun panas, inikan pulak urut 30 minit. seolah2 kita menipu badan kita dgn menaikkan suhu, sistem imun akan bertindak sama spt kes tadi. ini lebih baik utk menentang virus sbb tidakan begini lebih alami/natural berbanding menyuntik interferon asing utk melawan jangkitan.
cikgu tu pun ada cakap, xelok sgt sebenanye kalo asik makan ubat terus. tgu suhu lebih 38'C dulu, baru makan ubat. suhu 38' tu mmg suhu badan nak lwn penyakit.
teknik mengurut ada mcm2. ada urut superficial, urut dalam, urut gaya sweden, gaya finland, gaya rom purba dsb.
penutup syarahan cikgu tadi, dia menyentuh pasal pusat2 spa dan resort2 spa. dia kata spa2 yg ada khidmat urut ni, sume temberang je. urutan kat pusat2 spa ni xsume merawat. mmg menenangkan dan mengistirehatkan tapi yg lebih utama ialah menimbulkan 'dominan' dlm minda. bila dah timbul 'dominan' dlm kepala, lain kali bila ada stress, dtg lagi buat rawatan. bila dtg lagi, byr lagi, untung lg. urutan yg merawat sebenanye, ada yg selesa, ada yg perit. adakalanya, yg perit itu lagi baik utk kesembuhan.
memetik kata2 hippocrates,'awal merawat itu, dgn tumbuh2an, kemudian urutan, kemudian pisau [membedah]'
mak: apa nama yg kamu tulih dlm web tuh?
aku: djambu puadovich. apsal?
mak: pelik benor, nak sebut pun susah. apa maknenye?
aku: ala, djambu. buah jambu la. puadovich tu, maknenye, alaa...susah nak ckp. nanti wan tulis dlm blog, suruh faiz bukak. wan cite dlm tu...
mak: pelik benor, nak sebut pun susah. apa maknenye?
aku: ala, djambu. buah jambu la. puadovich tu, maknenye, alaa...susah nak ckp. nanti wan tulis dlm blog, suruh faiz bukak. wan cite dlm tu...
so, mom, here's for u...
djambu. asal-usulnya ialah buah jambu. buah jambu sedap dimakan. buah jambu ada 3 jenis. jambu batu yg ijau2 dan rangup. jambu air, kaler merah jambu [leeerr...dah jambu, kaler merah jambu le, xkn merah hati pulak...] dan pokoknye ada kerengga mcm kat umah wan nyah kat manjoi tu (tp skg dah xda, kene tebang). jambu susu, warna putih, xpenah makan, xtau camna rasanya.
tapi ada 1 lg jambu yg x ramai org tau. jambu ni budak2 muda je tau. jambu ni merujuk kpd muka yg cute/lawa/hensem. slanga ni pn wan jumpa masa kat skola *tuuut* dlu. faiz xpenah cakap ke mak? maknenya faiz xjambu/xda jambu le tu. kehkehkeh. dan bila ada muka cute, ada la abang2 senior yg nk ambik buat adik angkat. sbb pe? sbb muka adik tu 'jambu'. dun wori la mak. wan dulu xterlibat dgn aktiviti2 'jambu-berjambu' ni. wan start 'djambu' ni kat ukren ni. walaupun pa'a nak tiru dgn nama 'chechomel' dia, tp xmenjadi. djambu jugak menjadi pilihan. pa'a, sila jgn marah. kui3
gamba kozak rusiapuadovich. asal-usulnya ialah 'bin puad'. utk setiap budaya, ada cara memberi nama tersendiri. utk org2 rusia/ukren, nama diberi begini: nama, nama abah dia, nama keluarga. cthnye, peter [nama sendiri], borisovich [nama abah dia boris, 'ovich' tu menunjukkan 'abah dia', antonov [nama keluarga]. maknenye, peter anak boris dr keluarga anton. dlm arab, nama dia akan jd camni: peter ibnu boris al-antoniyah.
jadinye, nama 'djambu puadovich' maknenye 'Hensem bin Puad'. kita xda nama keluarga la mak...kalo ada, wan dah letak dah...
*[ye, kat rumah org panggil aku wan. aku pn xtau sbb pe, dah 23 tahun org panggil aku wan. spjg 23 tahun ni, aku xtau dr mana asal usulnye wan ni...nk kene wat kajian kot]
*[wan nyah. mak cik aku, kakak abah]
menurut saksi utama, Mohd Salihin, 22, kejadian disebabkan oleh kain buruk yang tersentuh dengan logam pemanas dapur elektrik buatan Kharkov milik penghuni bilik tersebut. kain tersebut yang berbara telah diletakkan ke dalam sebuah bekas plastik yang kemudiannya bertindak balas lalu menyala.
saksi kedua, Azizul Ismie, 22, pula berkata,"saya tercium bau hangit yang menusuk hidung. saya mendapati alat pemanas hawa tidak pula terlebih panas tetapi bau hangit semakin lama semakin kuat. saya pergi ke dapur dan mendapati api telah marak dan sedang giat meleburkan bekas plastik."
dalam kekalutan itu, Mohd Salihin sempat mencapai bekas plastik yang semakin cair itu dan mengalihkannya ke atas talam kuning dan melemparkannya ke koridor. Azizul Ismie pula bertindak pantas mencedok air dari dalam baldi dan memadamkan kebakaran tersebut.
saksi kedua, Azizul Ismie, 22, pula berkata,"saya tercium bau hangit yang menusuk hidung. saya mendapati alat pemanas hawa tidak pula terlebih panas tetapi bau hangit semakin lama semakin kuat. saya pergi ke dapur dan mendapati api telah marak dan sedang giat meleburkan bekas plastik."
oleh kerana saksi-saksi bertindak pantas dan berani, tiada kemalangan jiwa dilaporkan oleh pihak berkuasa. kerosakan harta benda berjaya dibendung dari melibatkan almari, peti ais, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik dan pembakar roti. kerugian dianggarkan bernilai 14UAH.
Lubang kelihatan pada talam kuning yang terjejas akibat kebakaran
tahun baru?
tahun baru aku gile bosan nak maut nye...
nk tau sbb pe?
sbb aku stuck sorg2 kat bilik.
dak2 ni gi mane?
aswad=kiev
bhaiya=kiev
usop=budapest, warsaw dan prague
irma=prague, warsaw dan budapest
kodok=warsaw, prague dan budapest
linda=budapest, prague dan warsaw
salihin=ada kat bilik bhaiya, download Bleach [anime Jepun]
bila dah sorg2, ni la keje aku:
bukan surf internet...
tapi mengerjakan kamera aku sambil pinjam tripod salihin...
sebelum tido, gosok gigi...selamat malam...
selamat Tahun Baru 2008...
Teraju Utama
- djambu puadovich
- ipoh, perak, Malaysia
- nationalism, socialism, colonialism, communism, embolism, aneurysm, azizulism...sarcasm...
Senarai Blog Saya
-
Video:The Dawn of A New Malaysia8 tahun yang lalu
-
Nothing can stop you9 tahun yang lalu
-
[JUALAN] JUBAH WANITA, JORDAN -BAHAGIAN C-14 tahun yang lalu
-
KESIMPULAN PENULISAN15 tahun yang lalu
-
-
-
Krew
Halaman
Palestin Merdeka
Senarai Impian 2012
- Hidup yang lebih baik
- Kerja
- Lesen B(penuh/full)
- Bangku untuk angkat besi
- Rezeki terpijak =)
- Kawin [OK, yang ni macam melampau sangat pulak]
- PSP untuk menghilangkan bosan [masih xdpt lagi...]
Facebook Badge
Categories
- 4th hostel (1)
- 500UAH (1)
- 7km (1)
- ar-raid (1)
- bahasa (26)
- bas (1)
- belgorod (1)
- besday aku (3)
- bowling (1)
- broga (2)
- buku (18)
- centre (5)
- copet (1)
- couchsurfing (8)
- cuti (19)
- documentary (10)
- english (28)
- fatwa (1)
- fixi (1)
- flymasmobi (1)
- funny pics (19)
- gerudi (1)
- gorsad (1)
- grechka (1)
- H1N1 (1)
- hobi (1)
- holi (1)
- iftar (2)
- institut (4)
- interlok (1)
- ipoh (9)
- islam (19)
- kaherah (10)
- katakom (1)
- KB (7)
- keluarga (18)
- kembara (32)
- kenduri kahwin (2)
- khidmat masyarakat (22)
- kiev (8)
- kiriman (3)
- KISAS (2)
- krismas ortodoks (2)
- KT (2)
- kuih (1)
- links (2)
- melayu (50)
- michael moore (2)
- moskow (3)
- movie (18)
- ms natalya (1)
- nostalgia (12)
- octtwtfest (1)
- park shevchenko (2)
- parlimen (1)
- perubatan (20)
- pilihanraya (21)
- poco-poco (1)
- prospek shevchenko (2)
- racism (8)
- raya haji (9)
- raya puasa (6)
- review (44)
- ribut salji (2)
- rotiboy (2)
- russia (21)
- silat dan beladiri (38)
- skating (2)
- snegurochka (1)
- tag-mentag (19)
- talcok (1)
- the mouse hunt (3)
- trolibas (1)
- ukraine (132)
- vaisakhi (1)
- valentine (1)
- video (33)
- WWII (4)
- yumorina (1)
- zaiton sameon (1)
- zarapizzara (1)