Memaparkan catatan dengan label ribut salji. Papar semua catatan
Posted by djambu puadovich

...mestilah ada tinggalannya.
mula2, salji mmg putih bersih. tapi bila dah lama, dia jadi lumpur la. sama macam banjir di malaysia. bercampur ais dengan tanah. tambah pulak dengan sistem longkang yang hancus. bergenang2 kolam di mana2...
aku tak tau mcm mana orang2 negara eropah yang maju bersihkan ais tepi jalan. tapi orang sini, pekerja bandaran akan cedok ais kat kaki lima, lps tu humban ke tengah jalan. nanti biar kena gilis dengan kereta jadi butir2 kecik. senang cair...bila dah cair, x mengalir ke mana2 pulak dah. balik jadi kolam...
ni baru sikit. kat privoz, bukit ais tinggi bas, tapi disebabkan benda tu tak ganggu trafik, xada sape pun yang alih. tunggu cair sendiri kot...
p/s: dah nak hujung2 ni la lubang kat tapak but ais aku tu makin besar...nak beli baru kang, xberapa bulan je pakai...
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
Posted by djambu puadovich

Tuuut~ TUUUUTTT! pukul 4 petang. inilah berita disampaikan oleh Zool Ismi dari Stesen Radio Odessa.
sepanjang hari ini, salji telah turun dengan lebatnya hingga menyebabkan kesesakan lalulintas, kemalangan dan beberapa khidmat pengangkutan awam digantung.
salji turun dengan diiringi angin kencang berhalaju 40km/j bermula lewat pagi tadi. jarak penglihatan terhad kepada 200m dan menyebabkan para pemandu memandu dengan perlahan dan berhati-hati. akibatnya, jalanraya menjadi sesak dengan kenderaan.
keadaan cuaca buruk seperti ini kali terakhir dilaporkan berlaku pada tahun 2005 di mana salji turun pada bulan disember. untuk rekod, 2-3 tahun sebelum ini salji hanya turun dengan lebat pada lewat januari.
akibat daripada cuaca buruk, kedai-kedai terpaksa tutup lebih awal. para penumpang kenderaan awam juga kelihatan turun meninggalkan bas dan lebih rela berjalan kaki untuk sampai ke tempat tujuan masing-masing. ada juga peniaga yang beroleh rezeki iaitu peniaga penyodok salji.
berkemungkinan besar, cuaca buruk akan berpanjangan hingga ke hari sabtu.
p/s: aku pun kena turun bas dan menapak sampai asrama. ingatkan lyudmila bagi balik awal, boleh sampai awal. lagi lambat ada la...siap kena tolak bas lagi [bas sangkut dalam salji]. oh ye, esok dapat cuti. cuaca buruk...
--> pelajar2 akademi pelaut pun kena tolak lori tersangkut depan asrama diorang
--> tram yang tersadai
These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.