Memaparkan catatan dengan label pilihanraya. Papar semua catatan
- E-Curve, Damansara
- Subang Parade
- Amcorp Mall

rasanya masih belum terlambat.
saje nk kongsi pasal satu cite ni sbb aku prnah terbaca dlm Malaysiatoday, katany, skrg ni terkena gas pemedih mata tu satu prkra yg dibanggakn.
masa kempen hari tu, mak n abah pun pegi ke tempat nizar bertanding. kempen. semangat nak mautnye...pulak tu, mak n abah ada kat tempat kes gas pemedih mata tu. kat air kuning ke kat mana tah.
wlpn mak n abah xda la kena gas tu, tp aku tumpang bangga la jugak. paling tidak, mak n abah dah mengalami dan ada memori dan mengambil bahagian dlm perjalanan sejarah negara.
p/s: abah, mane gambonye...hehe
dan ni
cukup cun, cukup tampan, cukup hensem! hahaha
entah la...tgk je la nanti...

AZIZAN: Saya bukan macam orang lain, nak berebut. (Saya fikirkan) kalau ada orang lain lebih layak, bagi kepada orang lain. Cumanya saya Pesuruhjaya Pas negeri dan tua sikit, maka saya dipilih menjadi Menteri Besar. Tetapi kalau saya tak mampu, tukarlah orang lain. Alhamdulillah sehingga kini sokongan orang-orang lain adalah baik.
aku meluahkan setinggi2 rasa hormat dan kagum aku kpd orang ini.
kenapa? klik SINI. bab ni tuan guru nik aziz pun xleh lawan. keh3...apa kata org kelantan?
aku rasa org cina pun xbuleh bertutur kata mcm org ni.
bijak DYMM sultan dan pemangku baginda.

DYMM Sultan negeri Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, dan anakanda baginda, DYTM Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
DAULAT TUANKU!
DAULAT TUANKU!
kain baju aku penuh sebaldi...kandungannye termasukla t-shirt, lab-coat, boxer, seluar 3segi, dan seluar pjg...tajuk2 berita utusan ruangan dlm negeri hr ni la yg paling busuk dan loya aku penah baca, setakat ni. sambil2 tu, aku banding plak dgn bharian dan harakah.
jom kita tgk apa yg ada dlm utusan, berita harian dan harakah hr ni (10mac 2008) ye...
Tajol Rosli kunci pintu dan menangis
Hasrat pihak media untuk mendapatkan reaksi dan ulasan mengenai kejayaan pembangkang juga terbantut apabila beliau tetap mengurung diri di dalam rumah tersebut.
Polis sedia bekerjasama dengan kerajaan baru 4 negeri
Mengulas kemungkinan polis dipersalahkan atas kebangkitan parti-parti pembangkang dalam pilihan raya umum kali ini, beliau menjelaskan:
"Saya rasa polis telah bertindak adil menguatkuasakan undang-undang, ini selari dengan nasihat saya kepada semua pegawai bahawa dalam apa keadaan sekalipun kita perlu bertindak tegas, adil dan berhemah."
Musa minta rakyat bertenang
Beliau juga menegaskan, tiada sebarang perubahan jawatan ketua polis negeri dilakukan setakat ini walaupun negeri terbabit bertukar kerajaan kerana ia tiada kaitan dengan institusi keselamatan itu.
"Tiada keperluan ke arah itu kerana polis bukan parti politik, kami hanya institusi keselamatan dan tanggungjawab kami jelas iaitu menjaga ketenteraman awam," katanya.
komen aku: wartawan bengap [baca:xprofesional] mane yang tanya soalan bodo macam ni? ada ke patut tanya kemungkinan polis yg bersalah pasal kebangkitan parti pembangkang? parti pembangkang naik sbb rakyat yg pilih...artikel bharian lagi sedap dibaca sbb tak menampakkan soalan wartawan2 yg sengal. baca tajuk artikel utusan je dah cukup menunjukkan yg kalo pembangkang jadi pemerintah, seolah2 polis boleh/berhak utk xbekerjasama utk xmenjalankan tugas. masa PAS buat kempen 'kondem' polis [sesetengahnye, bukan semua...ada je ramai polis baik], buleh plak puak2 ni ckp macam2. ni yg tanya soalan2 menghina kredibiliti polis, xda rasa ape2 ke?
Pas arah Tabika dikosongkan
Beberapa guru Tabika Kemas yang ditemui mengakui mereka didatangi pihak tertentu sejak semalam yang mengarahkan bangunan itu dikosongkan secepat mungkin bagi membolehkan diambil alih kerajaan Pas.
Seorang guru Tabika Kemas di Merbok yang ditemui berkata, beliau terkejut apabila didatangi individu yang mendakwa mewakili kerajaan baru Pas yang meminta kami mengosongkan premis dengan segera.
ALOR STAR, 10 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak mengarahkan semua Tadika Kemas di negeri ini mengekalkan premis masing-masing tanpa perlu berpindah, mengeluarkan barang sebaliknya meneruskan pengajian seperti biasa.
Beliau berkata, beliau sendiri atau pihak PAS tidak pernah mengeluarkan arahan sedemikian rupa sebaliknya akan memikirkan beberapa langkah untuk memantapkan lagi pusat pengajian pra sekolah tersebut.
komen aku: sila baca dgn teliti artikel bharian, korg akan dapati yg org2 yg dtg jumpa cikgu2 tabika tu MENDAKWA je mewakili kerajaan PAS. apsal cikgu2 xmintak dokumen ke ape ke? pastu kecoh2 masuk akhbar. ustaz azizan xsuruh pun tutup...
PM tak letak jawatan -- * Angkat sumpah pukul 11 pagi ini * Saya akan teruskan perjuangan
Koh sedia letak jawatan Pemangku Presiden Gerakan
tu je ulasan akhbar hari ni. pesanan aku, sila la banyakkan bahan bacaan demi mendapat sudut pandangan yg lebih luas dan maklumat yg lebih tepat. ada je lg benda nk ckp, tp cukup a yg ni je utk hari ni...
mula je sesi pengiraan undi, aku log on internet, pastu aku klik ke link yg cik nad bg thru YM [tq nad :)].
gile ah, excitement nye mcm org tgk bola. huhuhu...nak2 masa baca calon2 pembangkang tgh leading. mcm ada 'surge of energy'.
update demi update, refresh demi refresh, maka setiap kejayaan atau kekalahan pembangkang/BN disambut sorakan gembira dan kecewa kitorg kat sini. huhu
tambah mengejutkan bila menteri2 yg dah established, kalah kat kwsn mereka. takziah a kpd dato' samy, zam, datuk shahrizat dan lain2. dah xda la muka diorg dlm parlimen kali ni.
bila dapat berita yg satu demi satu negeri BN kalah, sekali lagi suntikan tenaga berlaku. memula kelantan, pulau pinang, kedah, selangor dan perak.
sape sangka perak dapat kat pembangkang? lepas ni BN plak jd pembangkang kat perak. baru merase kome!
mari kita lihat bgmana pihak yg baru menang ni mentadbir negeri masing2. calon MB perak baru ialah Ir nizar, wakil PAS pasir panjang [menurut harakahdaily].
adakah bila perak jd negeri pembangkang mcm kelantan, akan dihadkan peruntukan mcm kelantan? adakah perak akan jd miskin [perak bukan kaya sgt pun...]? apekah masa depan kawasan ipoh yg dimenangi oleh DAP?
kita tunggu dan lihat :)
aku berharap yg pengundi malaysia kali ni akan buat satu perubahan yg positif memandangkan kali ni, pengundi2 nampaknya lebih bijak dan media alternatif lebih berperanan menyampaikan maklumat2 yg xda dlm TV kerajaan [cthny blog2].
sepanjang musim PRU kali ni, aku byk gak baca utusan, berita harian, harakah, laman marhaen, tranungkite, youtube dan sumber2 lain termasuklah blog2 DSAI, yb husam, sampaila aku tersesat ke blog datin marina mahathir. huhu. masing2 riuh dgn manifesto, dakyah, kritikan, kempen, fitnah, penjelasan dan propaganda.
tapi yg paling best skali kalo baca berita pasal malaysia kat yahoo news. yg ni sah2 xda bias, edit dan filter pny. bila baca liputan agensi berita luar, buleh timbul rasa kelakar dan malu pada masa yg sama. sbb pe? sbb wlpn kita dok disajikan dgn ketelusan, kecekapan dan keneutralan SPR oleh media tempatan, media antarabangsa tgh mengetawakan kita sbb kecelaruan, kekeliruan dan ketidakcekapan SPR. kalo le tetiba da ukren tny aku pasal SPR kat mesia, aku xtau nk jwb pe. nk kutuk negara sendiri, xsanggup; nk menafi, benda tu nampak sangat...
mula2 dulu heboh pasal perhimpunan 100,000 rakyat, pastu pasal tuntutan semak semula senarai pengundi utk buang nama2 pengundi yg dah meninggal dunia, pasal dakwat celup [yg skrg dah batal], pasal undi pos, pasal org yg daftar tempat lain tapi undi tempat lain, lanjutan umur bersara pengerusi SPR, pasal setem duti dsb.
huh...dan xlupa. selamat hari wanita sedunia esok :)
kata menteri besar NS, dlm berita minggu 2 mac 2008.
dalam artikel yg sama, dia cakap lagi:
abis tu, yg kenapa xjadi pindah kubur cina dan naiktaraf pasar besar bukan sebab ada 'check and balance' dari DAP ke? kalau xda suara DAP kat situ, sah2 kubur cina dan pasar besar kena pindah...
tgk org cina. pandai. sebab kepandaian dia, dia dapat manfaat.
kepada org melayu, kenapa xnak bereksperimen? bukan ke org2 cerdik pandai, saintis2 semua dalam dunia ni bereksperimen utk mengesahkan sesuatu teori? menjalankan ekseprimen ni ciri2 org bijak.
adoi...
kejap kata Negara Kebajikan buleh jadi bangkrap negara la, kejap SPR xnak layan bantahan la. pastu ada calon muflis la. lagi best, kes nenek nak jadi wakil rakyat...
huhu...penat xabes nak cite benda2 ni...
tapi dalam keletihan memenuhkan kepala otak dgn cerita2 mcm tu, aku ada jumpa byk blog org [kawan2 lama aku] yg dah lama aku xkontek. masing2 tgh giat bercerita ttg pendirian politik masing2...
ada manfaat lain rupanye...menyambung ukhwah yg terputus :)
Antara isi kandungan modul Bahasa Arab Untuk Ahli Politik
- Bagaimana menyebut istilah Arab dengan betul?
- Bagaimana menyampaikan khutbah dengan berkesan?
- Teknik kelihatan arif tentang agama Islam.
- Teknik menarik perhatian orang ramai menerusi penampilan beragama.
- Ayat al-Quran dan hadis tentang siasah dan politik.
- Doa-doa yang perlu diamalkan oleh ahli politik.
- Tip memberi kenyataan politik dengan tepat.
- Perbandingan antara siasah nabi, khalifah dengan politik Barat.
- Bagaimana membuat perjanjian perniagaan dengan orang Arab.
dipetik dari Utusan Malaysia, ruangan Bicara Agama, artikel bertajuk Bahasa Arab Untuk Ahli Politik, 23 feb 2008.
xda nak komen ape. nak ulas satu poin je.
ada ke patut belajar bahasa arab untuk kelihatan arif tentang agama islam? sepatutnya belajar bahasa arab untuk betul2 arif tentang agama islam.
adoi...mcm2 hal...
2. Memperkasakan amalan ‘Pemisahan Kuasa’ Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.
3. Menyegerakan kelulusan ’Rang Undang-Undang Hak Mendapatkan Maklumat’ bagi memperkasakan rakyat bermaklumat dan berpengetahuan.
4. Memperkasakan amalan ‘Pemisahan Kuasa’ Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.
5. Memperkukuh agensi-agensi (Watchdog) ’Pemantau’ seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
6. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta mengatasi konflik perundangan.
7. Meminda dan/atau menghapuskan Akta-Akta Zalim yang menyekat Hak dan Kebebasan Rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.
8. Menjamin sistem Pilihanraya yang Bebas, Adil dan Bersih dengan reformasi sistem dan proses Pilihanraya secara menyeluruh seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)
9. Meningkat amalan urus-tadbir kerajaan berpandukan amalan terbaik (Best Practice) di jabatan-jabatan awam, agensi-agensi serta syarikat yang berkaitan kerajaan serta mengamalkan tender terbuka khususnya dalam projek mega dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah kuasa Parlimen.
10. Meletakkan PETRONAS di bawah seliaan Parlimen (dan bukan lagi di bawah Perdana Menteri) seperti 'trend' terkini di beberapa buah negara atas perkiraan ketelusan dan pertanggungjawaban.
11. Menumpukan kekayaan hasil minyak untuk pembangunan potensi insan serta penyelidikan dan pembangunan R&D termasuk sumber tenaga alternatif.
12. Menekankan pembangunan seimbang mengikut prioriti serta yang menjana pekerjaan dan faedah kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang berterusan. (sustainable).
13. Menubuhkan segera dan memperkasakan Suruhanjaya Bebas Salah-Laku Polis dan Komplain–IPCMC serta menolak Rang Undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) yang membelakangi 125 cadangan-cadangan Suruhanjaya Pembaikan Polis.
14. Menjadikan PDRM sebuah Pasukan Keselamatan yang profesional, mesra-rakyat, bebas dari pengaruh politik serta meningkatkan kemampuan membenteras jenayah dan mengembalikan keselamatan kepada rakyat.
15. Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab melantik Hakim-Hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambahbaik pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan institusi Kehakiman dengan menguatkuasakan etika kehakiman yang saksama.
16. Memastikan Masjid dimakmurkankan oleh masyarakat tempatan dan tempat-tempat ibadat tidak boleh dimusnahkan tanpa perundingan dan kelulusan masyarakat setempat.
17. Memperkasa perlaksanaan etika media massa di kalangan khalayak media, 'stake holder' pemilik media dan rakyat.
18. Mengarus-perdanakan konsep ketelusan media amalan dan operasi media massa untuk meningkatkan kebijaksanaan rakyat bagi mengamalkan serta membudayakan politik berteraskan pengetahuan.
19. Menjamin penubuhan sebuah Majlis Perundingan penganut agama-agama (selain Islam) oleh Kerajaan bagi mempastikan hak-hak setiap kelompok penganut agama untuk melaksanakan tuntutan upacara ibadat dan budaya masing-masing.
20. Merangka dasar perpaduan yang diperkukuhkan dengan sikap saling hormat-menghormati atas dasar saling mengetahui tuntutan agama terhadap penganut agama masing-masing.
21. Mencadangkan penubuhan satu Majlis Dailog ke arah memperkukuhkan permuafakatan dan perpaduan nasional merentasi semua kaum.
22. Melindungi ‘Pendemokrasian Pendidikan’ dengan kewujudan pilihan sekolah-sekolah termasuk pendidikan Islam (SAR), serta bahasa ibunda (Cina dan Tamil).
23. Mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda masing-masing. Memberi sejumlah peruntukan kepada SAR dan sekolah swasta jenis Cina berdasarkan jumlah pelajar.
24. Menjana iklim akademik di ‘menara gading’ bagi menghasilkan ciri-ciri graduan: ‘berdaya saing’ dan berdikari -competitively enterprising’, ‘bermoral-bersahsiah mulia’- ‘morally-spiritually vibrant’ dan berintelek tinggi-‘intellectually superior’.
25. Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik.
26. Menghapuskan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan menggantikannya dengan suatu sistem baru yang dipersetujui bersama dengan Kesatuan Sekerja.
27. Memastikan kakitangan kerajaan boleh mengikuti perkembangan politik termasuk menjadi ahli mana-mana parti politik pilihannya tanpa kongkongan selagi mana kualiti kerja tidak terjejas.
28. Menghapuskan Akujanji di kalangan kakitangan kerajaan.
29. Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang memelihara ‘Kemerdekaan dan Keselamatan Negara’ supaya tidak terdedah dan terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan ‘kartel’ atau pakatan konglomerat besar tempatan dan antarabangsa.
30. Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai aspek urus-tadbir pemerintahan dalam negara.
31. Meneliti kembali pemberian Permit Impot (AP) bagi barangan makanan (foodstuffs) utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna dengan pelbagai kaedah manipulasi seperti penyorokan, pengedaran, pengangkutan kepada peruncit.
32. Menghapuskan Tol dan kerajaan mengambilalih lebuh raya-lebuh raya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara
Teraju Utama
- djambu puadovich
- ipoh, perak, Malaysia
- nationalism, socialism, colonialism, communism, embolism, aneurysm, azizulism...sarcasm...
Senarai Blog Saya
-
Video:The Dawn of A New Malaysia8 tahun yang lalu
-
Nothing can stop you9 tahun yang lalu
-
[JUALAN] JUBAH WANITA, JORDAN -BAHAGIAN C-14 tahun yang lalu
-
KESIMPULAN PENULISAN15 tahun yang lalu
-
-
-
Krew
Halaman
Palestin Merdeka
Senarai Impian 2012
- Hidup yang lebih baik
- Kerja
- Lesen B(penuh/full)
- Bangku untuk angkat besi
- Rezeki terpijak =)
- Kawin [OK, yang ni macam melampau sangat pulak]
- PSP untuk menghilangkan bosan [masih xdpt lagi...]
Facebook Badge
Categories
- 4th hostel (1)
- 500UAH (1)
- 7km (1)
- ar-raid (1)
- bahasa (26)
- bas (1)
- belgorod (1)
- besday aku (3)
- bowling (1)
- broga (2)
- buku (18)
- centre (5)
- copet (1)
- couchsurfing (8)
- cuti (19)
- documentary (10)
- english (28)
- fatwa (1)
- fixi (1)
- flymasmobi (1)
- funny pics (19)
- gerudi (1)
- gorsad (1)
- grechka (1)
- H1N1 (1)
- hobi (1)
- holi (1)
- iftar (2)
- institut (4)
- interlok (1)
- ipoh (9)
- islam (19)
- kaherah (10)
- katakom (1)
- KB (7)
- keluarga (18)
- kembara (32)
- kenduri kahwin (2)
- khidmat masyarakat (22)
- kiev (8)
- kiriman (3)
- KISAS (2)
- krismas ortodoks (2)
- KT (2)
- kuih (1)
- links (2)
- melayu (50)
- michael moore (2)
- moskow (3)
- movie (18)
- ms natalya (1)
- nostalgia (12)
- octtwtfest (1)
- park shevchenko (2)
- parlimen (1)
- perubatan (20)
- pilihanraya (21)
- poco-poco (1)
- prospek shevchenko (2)
- racism (8)
- raya haji (9)
- raya puasa (6)
- review (44)
- ribut salji (2)
- rotiboy (2)
- russia (21)
- silat dan beladiri (38)
- skating (2)
- snegurochka (1)
- tag-mentag (19)
- talcok (1)
- the mouse hunt (3)
- trolibas (1)
- ukraine (132)
- vaisakhi (1)
- valentine (1)
- video (33)
- WWII (4)
- yumorina (1)
- zaiton sameon (1)
- zarapizzara (1)








+copy.jpg)

+copy.jpg)