teduh di bawah betik


sepanjang bulan lepas aku baca satu novel karangan faisal tehrani. buku pinjam drpd uShop bertajuk 'tunggu teduh dulu'.

novel ni tentang suka-duka seorang wanita bernama Salsabila Fahim yang mempunyai ladang betik. dia juga mempunyai sahabat zaman kanak2 bernama Kamil dan Lam. sambil2 dia berniaga betik dgn kwnnya, Teh Sofia, macam2 perkara berlaku dalam kehidupannya. dgn adik tirinya, Shahruzzaman, yang bermasalah cuba mensabotaj ladangnya, dan mak tirinya yang sakit kanser, Salsabila mengharungi dugaan dengan tabah.

lps tu ada pulak kisah cinta 3 segi antara 3 sahabat zaman kanak2 ni, sampailah Salsabila bertemu jodoh di tanah suci.

novel ni pada aku sangat lah panjangnya, tapi x jemu dibaca. ceritanya penuh teladan tapi tak berat membacanya. ada jugak bab2 romantik, tak rinci tapi memberi kesan kepada imaginasi...

siapa2 yg nak mencari inspirasi dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni, boleh la baca novel ni. baru la tahu yang nikmat yg Tuhan bagi tu banyak rupanye...hari tak selamanya cerah. bila hujan datang, tunggulah teduh dulu. hujan pun satu nikmat jugak...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

troli ke bas?


gambar sebelah ni gambar satu bentuk pengangkutan awam kat sini. kat belah2 eropah byk, kat malaysia je xda.

namanya trolibas. english eja 'trolleybus'. ruski kata троллейбус/trol-lei-boos. benda ni jalan guna letrik. xda guna petrol ke diesel, xda.

masa mula2 jumpa agak 'praaq' jugak. wlpn xda la lawa sgt rupanya. buruk lagi ada. yg kat atas tu, versi panjang. ada la lebih kurg mcm treler angkut kereta. siap ada bhgn penyambung tu. yg kat bawah tu, versi pendek. mcm bas biasa je. tp guna letrik.




sejak ukren dapat hak menganjur bersama piala EURO 2012 ni, ada la pembaharuan sket. diorg dah mula ganti trolibas ni dgn yg baru. baru tak baru la jugak. tp 2nd hand amik dari rusia. tau sbb pada bas tu ada pelekat iklan lama, tulih '.ru'. maknanye dr rusia la tu. mcm canggih sket.

rupa pun nampak baru, xda la seram sgt nak naik.

lupa nak cakap, trolibas ni pun tambang murah jugak. mcm naik trem. tp satu je, sebab dia guna letrik, dia lalu jalan2 utama jek dan kalo terkeluar sket je dr trek dia, kabel letrik kat atas tu terlucut, pastu terpaksa la drebar dia turun, bega balik bagi lekat kat wayar letrik.

kalo aku ckp pemandu trolibas ni byk drpd wanita korg percaya x? selalu gak tjumpa akak2 ni bwk trolibas ada tanda L [tapi kat sini pakai huruf 'У', maknanya 'uchioba'/belajar] dan trolibas dia warna belang merah putih. tak dapat de kat mesia org pompuan bawak bas...

p/s: bas baru lebih mesra OKU
p/s2: siapakah orang bertanda anak panah? hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

murka


bas untuk raja ukren masa tengah bengang...

entry ni dan beberapa entry sebelum ni diterbitkan secara automatik. bilik xda net lagi...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bunga2 berguguran...


gamba ni kabur2 sket. tapi nak tunjuk satu fenomena kat sini. sekarang ni musim bunga musim panas. ada satu pokok kat sini keluar bunga mcm bunga lalang. berhabuk2 terbang2 dan lemas gile nengokkan...dah a banyak pulak pokok tu kat sepanjang jalan aku ke hospital kat tenistaya tu. dari politekh sampaila ke hujung prospekt shevchenko...cukup sebulan, sesak peparu aku dgn bunga nih...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

my new toy


ni mainan baru aku. baru beli sabtu lepas (30 mei 2009). nama macam x konfiden je kn? haha. xkesah la. yg penting, benda ni berfungsi dan aku boleh guna kat mane2. dan harganya murah :D beli yg mahal pun guna sama jugak...

kalo orang selalu pegi klinik gi periksa tekanan darah, guna benda ni la. tapi kat klinik tu guna raksa/merkuri. yg ni pakai udara. sama je, xda beza sangat. menurut prof shandra yg ajar aku fisiologi dulu, yg bezanya, kepekaan alat yang guna udara ni +/-5mmHg. klo alat raksa tu, kepekaan dia +/-1mmHg.

mekanisme penggunaan alat ni ialah seperti berikut.

bila gelang pelampung tu dililit kat lengan, dan udara pun dipam masuk, nanti aliran darah akan terhenti. pada masa tu, doktor akan letak stetoskop dia kat pelipat siku. kat pelipat siku tu, ada arteri nama ... . kemudian doktor akan lepaskan udara tu perlahan2 dalam kadar 5mmHg per saat. sambil tu, doktor dengar bunyi darah menderu dalam arteri yang terhimpit tadi.

disebabkan darah yg mula2 lalu tu akan berolak2, bunyinya akan kedengaran ikut stetoskop tadi. sambil mendengar bunyi, doktor pun membaca nilai kat meter tekanan darah. bunyi pertama tu menandakan nilai tekanan darah sistol. pastu doktor pun tgk bacaan sambil mendengar sampai bunyi tadi sayup2 dan hilang. bila hilang, bacaan pun diambil sekali lagi. ni pulak nilai tekanan darah diastol.

maka dapatla nilai yg selalu kita tgk dalam klinik tu mcm ni = 120/80.

tu bukan la 120/80 nilai pecahan sama dgn 3/2.

tekanan sistol tu tekanan darah semasa jantung mengecut. tekanan diastol pulak masa jantung mengendur.

satu lagi yg silap orang melayu ni, bila ada penyakit tekanan darah tinggi, selalu kata sakit 'darah tinggi'. tak betul tu. tinggi mana sgt darah tu boleh naik. habis tinggi pun kat kepala jek. sebutla betul2. 'tekanan darah tinggi'.

sekian terima kasih :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...