tetamu putih 2

3-5 ogos hari tu, sekali lagi rumah aku diserbu oleh tetamu2 putih. kali ni org dari 'motherland' - Rusia. Kris dan Lena.

berbeza dgn Jon n Ania, diorg ni kaki tumpang a.k.a. hitch-hikers. nak sampai ke ipoh tu pun, diorg tumpang kereta dari pulau pinang. diorg tumpang kereta satu pakcik cina dgn anak kecik. sampai Tesco, pakcik tu tipon aku.

aku pun amik diorg dan terus la membuat aktiviti iaitu...

berkelah di sungai chepor!!!

  • Lena tgh melantak sanwic tuna sambil minum air kedondong
  • Kris dan djambu
  • semut Ipoh yg berbisa mcm racun Ipoh gak
  • Lena takjub dgn tembikai warna kuning, terus dia beli n makan sama2
aku agak yg diorg ni dari pagi tadi x mandi sbb org kembara2 ni xda masa nak mandi. dan satu lagi, diorg sure lapar sbb memula jumpa je dah tny psl makan. hoho. kesian diorg...terpaksa la aku trgkn yg brg mkn aku dah bwk, n kita nk gi mandi. aku dpt rasakn kelegaan dan keseronokan dlm hati diorg. hahaha

lps tu, kitorg balik ke umah tmn cempaka n lepak2 kejap smbil mkn tembikai. mcm2 cite kuar masa mkn tembikai. cite kenapa buah kat malaysia sedap la, alat muzik tradisional la [yg aku byk xtau sbb bukan bidang aku], demam denggi la, makan daging anjing la ape la.

masa aku bwk balik diorg ke umah tambun utk tido, mak terasa agak2 takut sbb rupa si Kris ni yg mcm jembalang tanah. haha. ditambah pulak dgn mata yg melilau2. aku memula jumpa pun seram. tp lps sembang lebih2 kurg, ok jek. tapi mak masih xleh sembuh dr 'trauma'. kui kui kui~~ [diorg ni mmg pendiam sket berbanding Jon & Ania hari tu. benteng bahasa kot...]

keesokan harinya, diorg gi cameron highland. tumpang kereta jugak dan naik cameron tu, tumpang lori bunga. adoi. sepjg hayat aku xpenah naik lori bunga. gile babi adventure tol diorg nih!

lps tido lagi satu mlm kat umah aku, diorg pun chow ke KL...dgn menumpang kereta gak...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

merunding serunding

ni ialah entri yg telah ditulis lebih awal; pada 5 ogos 2009

serunding bilis kegemaran semua


goreng bawang dgn 600g minyak. bila dah garing, angkat dan toskan.

lepas tu, masukkan bilis yg dah dikisar lumat dan campuran serbuk cili ke dalam minyak tadi.

agak2 nak kering, lambakkan gula, juga 600g.

godak sampai kering. maka jadilah serunding bilis atau nama lainnya serunding jambi. jambi tau, bukan djambi. hahaha

hari yang menarik menolong mak di dapur sambil hujan berlari2 mengejar mentua...

p/s: gamba yg dah siap belum amik lagi. ptg tadi aku gi tesco mencari gula. panik2!!! krisis gula!!!
p/s2: resepi lengkap terlupa nk tny...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hanya jauhari kenal manikam

imej dari ujanailmu.com.my

tp ada org kata 'hanya jefri kenal maniam'. ntah. kdg2 aku pun keliru. hahaha

beberapa minggu lepas, aku berjaya habiskan novel 'Manikam Kalbu'. x, cerita ni xda kena mengena dgn aksi tikam menikam, tikam belakang, kuih lompat tikam ataupun main tikam-menang dapat rm10. novel ni cerita pasal dunia fesyen tradisional, falsafah pakaian dan pemakaian dan jihad jurufesyen.

tapi kisahnya disampaikan dgn cara yg unik, iaitu melalui watak remaja lelaki tunggal [yg tulen] dalam kelas ekonomi rumahtangga dan penceritaan orang ketiga [kucing, bukan orang pun]. bab2 dlm novel ni berselang2, modenkala dan purbakala. memula baca tu, berasap gak nak pahamkan. kejap2 melompat zaman. huhu

remaja lelaki tu bernama ziryab, ada nenek yg mengidap alzheimer, berjiran dgn sepasang doktor, mempunyai kawan2 perempuan yg jaki dgn bakatnya dan berguru dgn cikgu yg cun. kucing purbakala tu pulak, diberi izin Allah untuk berkomunikasi dgn manusia dan bersikap manja2 gitu~~, bersama tuannya - Manikam Kalbu - dalam setiap saat susah senang menuntut ilmu busana di seluruh kepulauan Melayu.

walaupun buku ni berkisar isu2 fesyen dan asyik menyebut istilah2 jahitan, nama2 kain, teknik2 yg aku pun xtau, tapi itu lebih menunjukkan bahawa orang2 Nusantara juga mempunyai ilmu2 bernilai tinggi. rugilah kalau ilmu2 itu ditinggalkan, dibiar lesap dan tak dikembangmajukan.

pada aku, novel ni jugak membuka ufuk baru mcm filem 'Devil Wears Prada'.

tapi aku musykil, kenapa sdr Faisal Tehrani cukup suka dgn isu lelaki muda kahwin dgn perempuan yg lebih tua? sama mcm 'Bedar Sukma Bisu' dan 'Tunggu Teduh Dulu'.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ahmad nisfu?

nisfu syaaban maknanya setengah syaaban. bulan syaaban. syaaban tu bukan kuih bulan tapi bulan perkiraan hari yg ada 12 dalam setahun tu...

tadi aku gi surau dan lepas maghrib ada baca yasin sempena nisfu syaaban. baca yasin nisfu syaaban tu 3 kali. untuk setiap kali, ada niatnya.
  1. yg pertama, niat untuk dipanjangkan hayat dalam kebajikan
  2. yg kedua, niat untuk dimurahkan rezeki untuk tahun yang mendatang
  3. yg ketiga, niat untuk dimatikan dalam keadaan beriman
ni kali pertama dlm seumur hidup aku 24 tahun ni, aku baca yasin mlm nisfu syaaban. mintak2 la yg kali pertama ni dimakbulkan terus hajat. insya Allah.

sempena nisfu syaaban esok, org2 muslim akan berpuasa sunat. tp aku x le, sbb esok aku musafir :P [baik xyah cakap ye x? adoii~~]

bermula esok pulak, buku amalan kita akan ditukar. bukak buku baru. buku yg lama, yg tahun lepas punya, dah tutup. xtau la pulak kot2 boleh semak semula ke ape ke. klo dgn manusia2 ni, boleh je kata 'rayuan atau surat menyurat tidak akan dilayan'. tp klo kita mintak kat Allah, dgn rahmat-Nya, boleh a rayu-merayu. selagi belum nak mati la...

p/s: mintak2 la lps baca yasin tadi, buku aku clear sblm bukak buku baru ni...Amin
p/s2: benda ni bidaah ke?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

slmt pngantin baru kpd hanafee dan hanim


sikit punya pjg ke tajuk tu. ni la sebabnye aku turun melaka. nk menengok pasangan bahagia ni bersanding kat melaka. sanding yg memula tu kat penang, aku terlepas sbb aku pny janji dgn tuan nadzrin hari tu. kawan baik pny pasal, aku turun jugak.

aku rancang benda ni dah lama sebab hanim pun nak btau benda ni awal2. makanya, dapat la aku jumpa kawan baik aku kat UIA dulu merangkap kawan sekola si napie ni iaitu Dr. abd rahim. sambil2 tu dapat la jugak aku menumpang hostel manipal med uni.

ttg pasangan bahagia ni, aku sejak skola dulu mmg lagi byk berkomunikasi dgn si hanim ni. satu persatuan la katakan. hehe. ELS beb, persatuan yg disalaherti oleh byk pihak. dan byk lagi perkara2 yg xperlu dinyatakan di sini pulak tu, si aneem ni pulak antara kaki2 chatting batch kami yg terawal. zaman tu chat pakai mIRC, channel #wakafan. hehehe. mcm2 nama samaran ada. untung la sape yg pakai nama betul. cth nama samaran mcm nur^qalbi la, nanaza la, iQ^nur la, giantz la, tepet la, marjan la ape la. sape yg igt nick aku, aku bagi hadiah. hahaha

dgn napie plak, aku xda la rapat sgt dan xda pulak aku gaduh dgn dia. cuma dia bukan classmate aku n xpenah dok satu tingkat dgn dia. tapi kira kawan la jugak kan?

dan seperti biasa, klo ada kenduri kawin, kira mcm reunion kecil2an a jugak. yg ramai dtg rasanya masa kenduri kat pulau pinang, umah si aneem. yg dtg kat melaka, aku, shaffik, aufa, tin2, nailah [2 yg selalu dikonfiuskan. haha], aizu, huda dan ada 2-3 org yg aku xdpt cam [tp org cam aku. adakah aku dulu popular?] hahaha. lupa plak nk ckp. si abd rahim td tu, kwn skola si napie masa menengah rendah. punya la jauh berzaman2 pny jejak kasih ni.

habis kenduri, kami yg laki2 ni gi bantai cendol brunei kat depan d'mart. si rahim la yg ajak sbb katanye cendol ni mmg bereputasi kat masjid tanah ni. sape2 dtg masjid tanah xpekena cendol ni, xcukup syarat katanye. diperkuat lagi dgn permintaan mak si aufa, suh beli cendol bwk balik. aaa, lu pikir la sendiri berapa punya 'kow' cendol ni. aku tgk pun takut. bendalah hijau cendol dia, saiz XXL mcm laksa. bukan halus2 mcm berudu ke ape ke.

mlm tu, aku balik naik bas. ni satu lagi aku baru jumpa. kerusi bas ada mesin urut. xda kena masuk syiling. tekan punat jek, pastu nti dia bergetar2 mengurut badan sang musafir yg kesengalan. aku pun sepanjang mlm dok mengodek2 punat tu. hehehe. alang2 dah bayar tiket rm 35. bas dari ipoh sama harga tapi xda urut2 plak.

aku sampai ipoh kul 0130. kancil aku tersedia menanti kat parking, aku pandu smpi rumah...

I. sekolah izzuddin shah, ipoh
II. SMKA sultan muhammad, melaka
III. kolej islam sultan alam shah, klang
IV. melaka manipal
V. ex-UIA

sape bleh teka, mana satu nailah, mana satu fatinah? hehehe. ramai org konfius nih...aku pun kdg2 konfius. [tp lps kne acu penumbuk dgn tin2, terus aku x konfius. haha]

cendol bersaiz laksa...yg aku punya ada pulut. free je sbb Dr. abd rahim belanja. dia ni mmg baik...:P tiket bas aku pun sikit lagi dia nk belanja. haha!

kerusi urut dlm bas star smart. sape2 nk naik bas ada kerusi urut, try a syarikat ni. kat melaka sentral, kaunter dia nombor 2.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...