salji lebat


Tuuut~ TUUUUTTT! pukul 4 petang. inilah berita disampaikan oleh Zool Ismi dari Stesen Radio Odessa.

sepanjang hari ini, salji telah turun dengan lebatnya hingga menyebabkan kesesakan lalulintas, kemalangan dan beberapa khidmat pengangkutan awam digantung.

salji turun dengan diiringi angin kencang berhalaju 40km/j bermula lewat pagi tadi. jarak penglihatan terhad kepada 200m dan menyebabkan para pemandu memandu dengan perlahan dan berhati-hati. akibatnya, jalanraya menjadi sesak dengan kenderaan.

keadaan cuaca buruk seperti ini kali terakhir dilaporkan berlaku pada tahun 2005 di mana salji turun pada bulan disember. untuk rekod, 2-3 tahun sebelum ini salji hanya turun dengan lebat pada lewat januari.

akibat daripada cuaca buruk, kedai-kedai terpaksa tutup lebih awal. para penumpang kenderaan awam juga kelihatan turun meninggalkan bas dan lebih rela berjalan kaki untuk sampai ke tempat tujuan masing-masing. ada juga peniaga yang beroleh rezeki iaitu peniaga penyodok salji.

berkemungkinan besar, cuaca buruk akan berpanjangan hingga ke hari sabtu.

p/s: aku pun kena turun bas dan menapak sampai asrama. ingatkan lyudmila bagi balik awal, boleh sampai awal. lagi lambat ada la...siap kena tolak bas lagi [bas sangkut dalam salji]. oh ye, esok dapat cuti. cuaca buruk...

--> pelajar2 akademi pelaut pun kena tolak lori tersangkut depan asrama diorang
--> tram yang tersadai


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

musim putih



seperti yang dikatakan, salji turun awal tahun ni. tahun lepas, salji mula penuh dalam bulan januari. tahun ni, pertengahan disember dah putih dah...

saja nak bagi kitorg main salji lama sikit kot tahun ni...

*teknik penggambaran gaya Izairi*

dalam kelas, kadang2 Lyudmila Anreevna tanya kami pasal suasana bidang kedoktoran dan sistem kesihatan kat Malaysia. semalam dia kompelin pasal sistem ukren yang makin merapu. caj perubatan dan khidmat yang mahal, gaji yang tak cukup. ubat pun mahal jugak.

kitorg pun galak la cakap. "oh, kami kat Malaysia semua percuma. yang bayar2 tu semua kat hospital swasta je. untuk MRI ke imbasan CT baru la kena beratur lama sket..."

Lyudmila Andreevna balas:

"korang kat Malaysia komunis ke? semua pun percuma..."

aku tak tau la org lain tapi aku rasa bercampur-baur. nak bangga ke, nak benci ke, nak ketawa ke.
.
.
.
.
kemudian ada org cakap:

"kami pakai sistem kesihatan cara sosialis/socialized medicine"

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

selamat


Walaupun keputusan silat ialah gaduh maka kita tidak semestinya mesti bergaduh. Ramai yang mempelajari SC hinga akhir hayatnya tidak pernah menikmati gaduh. Kebenaran tentang gerak silat kita akan kita ketahui sendiri. Jika kita sendiri boleh mengukur sejauh mana penguasaan kita dalam gerak yang ada maka kita sendiri boleh mengukur keputusan gerak yang ada pada diri kita.

Pergaduhan akan menerbitkan sifat dendam. Orang yang berdendam akan meneruskan usaha untuk melepaskan dendamnya. Ustaz pernah bercerita dengan saya tentang tabiat seorang yang dipukul kerana sesuatu sebab. Beliau tidak berpuas hati dan terus menerus berdendam. Setiap hari ditunggunya di persimpangan jalan. Apabila lalu musuhnya yang memukulnya, akan terus dilawannya balik. Kalah atau menang tidak dijadikan ukuran. Perbuatan tersebut dilakukan setiap hari untuk melepaskan perasaan dendamnya. Akhirnya manusia yang memulakan pergaduhan tersebut walaupun sentiasa menang tapi berada dalam keadaan yang tidak selamat dan tidak tenang. Beliau mengalah sebagai tanda menyerah kalah. Menyerah kalah bukan kerana kalah berlawan tapi menyerah kalah kerana jiwa tidak tenteram.

Oleh itu peranan ‘selamat’ amat besar maknanya dalam persilatan SC. Jika kita sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa selamat maka itulah kemenangan hakiki yang kita perolehi.


baca yang lengkap di blog Sepak Minang.

p/s: bukan semua yang belajar silat itu suka bergaduh. tapi semua orang suka 'menang' kan? menang dalam ertikata 'selamat' :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

sexy chick


kat malaysia, hujung2 minggu org layan china doll, bohsia, pondan siam, minah indo dan mcm2 lagi. aku kat sini lyn 'ayam' ukren...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jgn risau, yg ni halal punya. tak caya, bleh a tipon al-raid...kwang3~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

grechka

korg penah makan bendalah ni x? nama benda ni 'grechka'. ckp inggerisnye 'buckwheat'. tapi benda ni bukan gandum. malah, x masuk dlm kelompok bijirin pun. benda ni pseudocereal/bijirin menyamar. hehe

aku dok sini baru jumpa bendalah ni. memula makan masa kat kafe lyuda. kalo makan pukul 10am, kenyang boleh tahan smpi petang. tapi tak pernah beli masak sendiri. baru minggu lepas aku beli.

kalo masak, grechka ni hapak2 sket. kurang menyelerakan. warna pun lebam jek. tapi grechka kurang berkanji, berserat tinggi dan lambat basi. tak macam nasi. aku tgk kat internet, katanya sesuai utk org kencing manis.

nanad, xnk try ke? hehehe. kot2 mau kurus ke...:P

menu yg biasa org buat termasukla:

  1. grechka dgn telur goreng
  2. grechka dgn sosej
  3. grechka dgn kentang rebus
  4. grechka dgn salad
yg aku makan ni, grechka lauk ikan goreng cili [yg terlebih pedas sbb aku terlebih tuang serbuk cili smpi aku tercirit-birit ]

maklumat lanjut mengenai grechka, boleh baca sini

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...