broga episod 2

ni ialah video yang sempat dirakam masa panjat broga hari tu.

kedengaran nafas mencungap sepanjang pendakian. juga akibat ada orang merokok di tepi-tepi. dah la tengah hipoksik tak cukup oksigen, ada boleh bantai hisap rokok. kalo sedut tong oksigen tak pe la jugak...


ape pun, tanggung jawab jangan dilupa.


ni bukan gambar batu sujud ke, pokok sujud ke ape ke. ni orang, atas bukit broga...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Apa yang cikgu korang tak bitau?


banyak je.

tentang senjata keris, simbolism2nya dan peranannya dalam masyarakat dulukala.

tentang karya epic jawa klasik, yang bila dilihat dari sudut pandang lain, nampak macam karya homoseks,

tentang asal-usul pembahagian kaum2 di malaysia dan apa akibatnya pada masa sekarang.

tentang peribadi dan peranan Dr. burhanuddin helmy pada zaman pra-merdeka

tentang sisi lain hang tuah, dan kisah kembaranya ke benua keling dan benua cina. hang tuah bukan setakat bunuh jebat je.

dalam banyak2 ni, aku paling suka bab Dr. burhanuddin dan petikan2 pidato beliau.

ni satu contohnya:

"Kemenangan Jepun - Adapula orang yang berfikiran singkat turut suka dengan kemenangan Jepun itu. Tetapi itu bukan kemenangan kita. Itu bukan kemenangan bangsa Melayu. Kebangsaan Melayu telah mendapat penandangan dan pelajaran."

beliau berpendapat penjajahan itu sama saja, tak kira dari timur atau barat. yang penting umat yang terjajah itu harus belajar dan bangkit untuk membela nasib sendiri.

menurut Ahmad Boestamam:

"Sebuah negara merdeka memerlukan suatu bangsa negara. ini suatu kemestian. Dan mendiang Dr. Burhanuddin, sejak mula berjuang lagi sehinggalah kepada saat beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, masih tetap mengingini 'bangsa negara' itu dinamakan 'Melayu'...Siapa saja yang mengaku taat setia kepada negeri ini yang tidak berbelah bagi, asal bersedia mengaku dirinya 'Melayu', boleh diterima menjadi rakyat 'Malaya Merdeka' yang beliau ingini. Tidak ada perhitungan 'darah' diberikan sedikit padanya..."

lagi ucap Dr Burhanuddin:

"Kita dari angkatan PAS akan melancarkan bahtera perjuangan kita menuju pelabuhan cita-cita Islam yang sangat jauh pelayarannya. Kita sama-sama bertolak beriringan aliran-aliran lain dan walaupun nasionalisme dan sosialisme telah sampai, tetapi Islamisme akan belayar terus, menuju pelabuhan kita: Baldatun Taiyyibatun wa Rabbun Ghafur..."

yang mendengar pasti akan rasa bersemangat dan berkobar2. sekarang ni nak cari pemidato hebat, punya la payah. balik2 kempen, berucap, tapi yang berucap tu pun terpalit isu2 jenayah la, rasuah la, salahlaku seks la apa la. lepas tu janji nak bagi duit la, janji bagi jalan la, bagi jambatan la. masa tak kempen pilihanraya, tak ada pulak nak bagi...

maka, siapa yang rajin nak tahu benda2 yang tak ada dalam buku teks sekolah dan aliran perdana, boleh la cari buku ni.

buku ni himpunan syarahan Farish M. Noor. terbitan Matahari books. harga aku beli RM40.

p/s: kalaula tok nenek kita dulu ikut cakap Dr. Burhanuddin ni, tak timbul masalah interlok ke, pariah ke, keling ke, apa ke. tak payah nak 1Malaysia-1Malaysia ni. entah la...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

panduan beli/jual roti


petua beli roti untuk pembeli:
  1. waktu membeli roti yang sesuai ialah lewat pagi, hampir nak ke tengahari.
  2. adapun apabila sampai ke kedai roti, tanyalah jurujual, yang mana roti yang baru/sedap.
  3. jika jawapan tak memuaskan, silalah pilih ikut kehendak sendiri.
  4. roti selalunya ada diperagakan di rak2 kaca. sekiranya berhajat kepada sesuatu roti, lebih baik ambil sendiri. jangan suruh jurujual yang ambil. menyesal nanti.
  5. pilih roti yang ada di tengah2 rak. jangan ambil roti yang dekat dengan pintu rak.
  6. kalau boleh, masa membelek roti tu, picit sikit. roti baru akan menganjal ke rupa asal dengan cepat.
  7. pilih roti yang kembung dan bulat. roti kemik, selalunya roti lama [maknanya dah ada orang picit semalam]
  8. selamat membeli, baca bismillah dan ngap!

petua jual roti untuk jurujual/pekedai:
  1. adapun apabila pembeli tanya, mana roti yang baru/sedap, jawablah semua roti pun baru/sedap. walaupun ada roti semalam. [roti semalam pun baru jugak, baru semalam]. walaupun ada roti tak sedap [sedap atau tak, perkara subjektif. sedap pada kita, pada orang lain x sedap, dan akasnya]
  2. jika pembeli berpuas hati, dia akan terus pilih dan beli.
  3. jika pembeli minta roti, ambil roti yang lama dan jual roti lama dulu. roti yang segar, kemudiankan. habiskan stok yang lama.
  4. sekiranya ada rak kaca, susun roti lama di bahagian tepi dan letak hampir dengan pintu rak. pembeli selalunya malas nak susah2 dan akan ambil yang dekat. ini juga memudahkan pekedai menghabiskan roti lama.
  5. kalau bungkus roti, pastikan ada gelembung udara yang dibungkus sekali dan pastikan kedap udara. supaya pembeli susah nak picit roti.
  6. roti yang dijual, jual roti yang hodoh dulu. roti hodoh ni termasukla roti kempis, roti bantat, roti tobek, roti sikit lagi nak hangit dan roti tak berapa nak jadi bulat [cthnya roti bulat tapi salah uli jadi bersegi2]
  7. roti yang tak habis hari ini, jangan buang semua. pilih dahulu untuk dijual esok pagi.
  8. selamat menjual roti!
ni baru sikit. ada lagi petua2 berguna, panduan membeli/menjual roti.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ranger vs komando


satu benda je.

askar US masuk unit Ranger, kena titik sampai muntah mcm nak mati, selambe je dia rakam buat dokumentari* dan propaganda**. lepas tu, satu dunia tahu askar US tahan lasak.

askar Malaysia masuk latihan komando kena sepak2, lepas tu ada rakaman yang terlepas masuk berita***. lepas tu, satu dunia tahu askar Malaysia ... [isi tempat kosong]

persepsi tu penting. media pulak buat taik. ahli politik amik kesempatan.

p/s: *merujuk dokumentari 'surviving the cut' di discovery channel. **propaganda la, menayang kekuatan kuasa ketenteraan. ***berita buletin utama beberapa tahun lepas

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

buragas di broga

sabtu, 12 feb 2011. 6:00am


terdengar lagu rasmi akademi fantasia 'menuju puncak' memecah kesunyian pagi, mengganggu keheningan dan ketenangan margasatwa. semuanya demi mengobarkan semangat untuk menawan puncak broga.

ok la, takde la sunyi sepi pun. masa tu dah ramai manusia beratur mendaki bukit broga. dah bising riuh-rendah. semata-mata nak mengelak panahan mentari dan untuk merebut peluang menyaksikan fajar di puncak.

bertolak dari bangi pukul 4:30am, kami menuju tanpa ragu ke semenyih dan mengikut papan tanda uni Nottingham [wow! nottingham di semenyih? betul ke broga? bukan notting hill? haha]. teruslah menyusuri jalan itu sampai jumpa ladang arnab 'funland'. sebelah kiri itu ladang sawit merangkap parkir merangkap kaki bukit broga. [sebenarnya aku tido sepanjang jalan. tau2 je dah sampai. maklumat ni aku amik kat internet] selepas meletak kereta kitorang terus memulakan pendakian. gerai ah so jual lampu suluh menyambut pendaki2 dengan lampu suluh berharga rm10-rm20.

emmet sebagai pendaki berpengalaman, mengetuai barisan. denai tanah dan pasir yang tak berbelas dan kecerunan tak sekata mencabar minda dan jasad. terutama yang tak cukup stamina. alangkan ketua barisan pun pancit 3 kali. kui3...tergendala sebentar.

baju basah. peluh yang asli ye. bukan tipu2

nak jadi cerita, botol air aku pulak tergolek2, jatuh dari beg, melungsur ke bawah, dalam kegelapan dinihari. pasrah saje aku mendengar keceh-keceh-keceh, botol plastik bergeser dengan pasir, lantas senyap. memang pasrah...

dalam pukul 6:15am, kitorang pun dah hampir sampai ke puncak. tapi hajat nak ke puncak tak sampai. sebab ramai orang yang dah sampai, tak turun2. semua pakat nak tengok fajar menyinsing. tengok2, tak dapat sebab pagi tu mendung dan berkabus. hahaha. padan muka korang.

orang ramai tak reti2 nak turun, padahal dah siang dah...matahari dah terbit lama dah

bila dah terang tanah, kitorang pun bukak bekal tapau dan berpiknik sarap makan mihun dan roti dan biskut dan air saki baki yang ada. air baiya pulak tiris membasahi beg. buat penat je angkut botol ye?

dalam seluar aku ada lampu suluh ye...tapi betul ke lampu suluh tu?

umat manusia mengerumuni puncak broga

penurunan lebih mudah tapi masih perlu berhati2. supaya tak tergelungsur dan mengoyakkan kulit2 punggung yang halus. seluar koyak tak ape...warga yang turun pula disambut oleh ah so yang sama, cuma kali ni dia jual air botol, air kelapa dan aiskrim. pandai cina ni ye...

pesanan akhir dari aku...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...