Jeram Pasu jom!!!

ke KB sekali lagi.


dalam perjalanan atas lebuhraya masa pergi, tetiba sesak. polis kerah jadi laluan selorong. ingatkan ape hal. rupanya ni ha!


tapi bukan itu yang penting. yang pentingnya ialah masa di kelantan, tuan rumah, encik kodob mengajak melawat Jeram Pasu.

Jeram Pasu letak di Pasir Puteh, depan sikit je dari SBP sekolah sains pasir puteh. kalau dari pekan pasir puteh, jalan menghala ke Kota Bharu. lepas masjid padang pak amat, ada simpang. belok kiri. dalam 5km ke dalam jumpa cabang dua. amik yang ke kanan.

maka akan jumpa lah jeram dan kolam buatan untuk berendam2.


tapi aku pun x berendam sebab seluar kecik tak bawak. tangkap gambo je le. lenkali datang boleh berendam.

KLIK untuk peta dan koordinat ke Jeram Pasu.

encik kodob selepas sesi perbincangan yang kencang, lalu merenung masa depan..."kita mesti ada 'back-up plan'!"

terima kasih kepada encik kodob dan hajar dan keluarga.

terima kasih juga kepada USM atas bantuan dan khidmat. kita tak jumpa lagi dah kot. hahahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tetamu Putih 4

kat Lin Seng Tong dan Kek Lok Tong. konon2 la refleksologi


26 dan 27 feb, sekali lagi aku terima tetamu putih. kali ni Dominik dan Pola, pasangan dari Poland.

petang diorang ni sampai, kalut dah aku. dah la sampai waktu petang. lepas tu aku tunggu kat stesen medan gopeng, tak nampak muka pulak. sekali aku cek emel, diorang kata diorang kat tengah pekan. dekat 'central market'!

WADDAHEL??!!

sejak bila ipoh ada 'central market'? diorang sesat ke KL ke?

rupa2nya, aku yang salah bagi no fon. sabit drpd tu diorang cari cyber-cafe kat pekan. dan orang pejabat pelancongan tu suruh diorang tunggu aku kat pasar besar. hohoho. aku ingat diorang dah sesat ke KL.

sekali lagi aku bawak diorang berjalan2, sambil aku mengisi masa lapang menganggur di ipoh. kitorang gi ke Perak Tong, Sam Poh Tong dan Kek Lok Tong. ni je le benda ada kat ipoh ni. xda pulak aku nak bawak diorang gi berkelah mcm dulu2 tu. lagi pula, diorg ni jurugambar dan kerja dengan majalah. yang paling diorang suka tengok ialah bangunan2 antik yang macam nak runtuh kat pekan lama yang ada di ipoh. apa yang lawanya pun entah, aku tengok huduh je. hahaha.

masa naik Perak Tong. Pola dah semput kat bawah. air pulak tinggal dalam kereta

malam2 pulak aku ronda dengan diorang n kawan aku, Epoi, gi gerbang malam, stesen keretapi dan kawasan Ocean. apa ada kat Ocean? gi la tengok sendiri, kalau rajin. hahahaha

sedikit fakta:
  1. Kuil Buddha Perak Tong ni, ada tangga tinggi. 450 lebih anak tangga. naik sampai atas boleh tengok hampir seluruh kawasan Ipoh. naik guna tangga ok? diulangi, TANGGA. 450 lebih ANAK TANGGA!
  2. ikutkan pengalaman Pola melancong di India, ada sekumpulan 'scam' yang menipu pelancong. pihak ni akan bekerjasama dengan pemandu teksi. pemandu teksi ni akan paksa pelancong naik teksi dia, lepas tu mintak cas mahal dan bawak pegi hotel mahal. kalau pelancong nak tukar hotel atau buat aduan kat pejabat pelancongan, nanti dia bawa ke tempat jauh terpencil dan tiba2 ada pejabat kecik, konon2 boleh buat aduan situ. kemudian dia aturkan dengan hotel 'konon2', yang akhirnya sama mahal jugak. sila berhati2 melancong di India.
  3. buku Lonely Planet kata tempat2 pelancongan di Ipoh ni boleh pegi naik bas. tak ada bilanye!
  4. untuk lebih maklumat Perak Tong dan tempat untuk dilancong di Ipoh, boleh klik SINI

bab ni kelakar. mamat ni tengok ramai orang amik tempoyak. aku pun amik jugak, tapi sejemput je. dia ni ingat tempoyak tu mcm mayonis, cicah2. terus amik 2 senduk. sekali letak dlm mulut...terus membazir dua senduk tempoyak. hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Ulasan INTERLOK - bhgn 1


"Dalam kapal ini dia tidak susah, sebab sebahagian besar daripada penumpang-penumpang dek yang bersama-sama dengannya itu dapat bercakap dalam satu bahasa sahaja, bahasa Tamil. ... Satu perkara besar yang membuat mereka senang bergaul ialah mereka itu tergolong dalam satu kasta Paria. Mereka tidak takut mengotori sesiapa kalau bersentuhan dan mereka bebas lepas bergaul. Tempat dalam kapal itu tidak teratur, mereka ditempatkan sahaja berasak-asak seperti kambing."
-Interlok m/s 251*

wallao wei! sebab perenggan ni saja, terlompat-lompat puak2 ni buat protes. perkauman la, rasis la, apa la. satu Malaysia nak kecoh.

meh sini nak bitau sikit.

yang buat protes tu baca habis tak novel ni? apa? tak habis baca? ke tak baca langsung?

tu la. lain kali, belajar bahasa kebangsaan betul-betul. bila belajar bahasa Malaysia, maknanya mesti boleh faham, betul tak? bila boleh faham, baca la novel ni sampai habis.

kalau baca sampai habis, mesti la akan baca perenggan ni.

"Maniam sekarang sudah dapat menyesuaikan dirinya dengan kehidupan di Pulau Pinang. Dia berasa senang hidup di negeri ini, kerana untuk pertama kali dalam hidupnya dia berasa dia juga seorang manusia seperti orang lain. ... dia juga tidak takut dengan pantang larang yangbiasa berlaku di negerinya... Di negeri ini tidak ada itu semua. Dia kenal orang itu daripada keturunan kasta tinggi, kasta Brahman... Tetapi dia tidak takut menyentuh orang itu... Memang negeri baru ini sesuai dengannya..."
-Interlok m/s 261*

perenggan pertama atas tu tak bersifat rasis langsung. ia bersifat fakta bagi sesetengah pihak. dah kalau benar tok nenek india tu dulu datang naik kapal bersesak2 macam kambing, nak kata macam mana lagi? nak kata naik kapal kelas pertama ke? dan orang India selatan datang naik kapal murah, macam tu la layanan kapal murah. tak caya, tengok cerita Titanic. nak selesa, bayar la mahal. benda ni fakta. sasterawan negara, Abdullah Hussain tulis menurut kajian, pengalaman dan latar zaman beliau. lagipun buku ni ditulis sepuluh tahun selepas merdeka. orang India di Malaysia zaman tu memang ramai lagi yang diam di estet dan kerja buruh kasar. konteksnya, di atas kapal tu watak Maniam masih ada mentaliti berkasta.

perenggan kedua tu kan menunjukkan betapa Malaya ni negeri bertuah. tiada amalan kasta macam tanah besar India. amalan tu tak dibawa bersama, ditinggalkan di sana. Maniam rasa bersyukur dan mentalitinya sudah berubah.

kedua-dua perenggan ni haruslah dibaca bersama. bila belajar, belajar sampai habis. bila baca novel, baca sampai habis. jangan petik2 ikut suka. lari maksudnya. lari konteksnya. hilang pengajarannya.

kalau orang baca novel ni, sepatutnya orang Melayu dan Cina pun kena buat protes sebab banyak lagi penghinaan demi penghinaan perkauman dalam novel ni. tapi itu semua persepsi dan fakta. takde faedah nak menentang fakta, melainkan ada fakta yang lebih kuat.

kesimpulannya, tok moyang yang berhijrah dulu tu yang Paria. tutup cerita dia, buka buku baru. anak cucu India warga Malaysia sekarang ni tiada yang Paria. semua ialah warganegara Malaysia yang berdaulat dan punya hak yang terpelihara oleh Perlembagaan Malaysia.

p/s: panjang lagi nak ulas pasal novel ni, kita tunggu bahagian 2 [kalau aku rajin nak tambah]
p/s2: nanad, kalau abah u rajin, suruh dia jawab dalam Dewan Rakyat. biar diam sikit puak2 ni. tak sedar dek untung!

*novel INTERLOK edisi khas sasterawan negara terbitan DBP, 1996

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

cinta karipap

dah lama aku tak baca novel berkaitan cinta. memang bukan genre kegemaran sangat pun. tapi aku dah lama perhati novel yang ni.

'KARIPAP-KARIPAP CINTA'

aku perhati sejak diam di KB. tapi masa tu kewangan terhad. namun aku tetap berazam untuk membacanya.

akhirnya, dapat jugak baca. pinjam kawan punya.

faktor yang menarik aku baca novel ni ialah novel ni novel kom-rom [komedi-romantik. org holiwud kata rom-com] yang jarang orang boleh buat. nak tulis novel komedi bagi orang gelak bukan senang. novel jiwang air mata meleleh merata je ada. lagi pula 'label'nya sangat merendah diri [Novel BESTSELLER bila 1 Malaysia sudi membelinya], tanpa perlu berpura-pura dan promosi-promosi yang terlalu tapi akhirnya mengecewakan.

gambar model wanita dia pun punya senyuman anggun dan comel dan sangat ceria berpakaian merah jambu!

isinya sebuah kisah cinta di kota metropolitan yang kompleks, berbelit antara konflik kejujuran, kerjaya dan peristiwa-peristiwa kebetulan yang kelakar.

untuk lebih nikmat membaca novel ini, seseorang itu haruslah kaki baca blog seperti DUNIA VOVINSKA, SEMBANG KENCANG [cuma menyebut beberapa nama] dan yang seangkatan dengannya supaya tahu gaya bahasa yang digunakan.

karipap-karipap cinta - bukan cinta biasa!

gambar dari blog MANIFESTASI MIMPI. model sebenar kulit tu ke? teringin pulak nak jumpa bertentang mata

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Pagi YB!




fuiii!!!

kali ni sekali lagi aku buat benda yang jarang orang buat. oleh sebab dapat pelawaan khas dari seorang kenalan, emaknya mengajak aku menyaksikan upacara adat istiadat perasmian sidang dewan rakyat penggal 2011.

tersangatlah terujanya aku dapat masuk benda ni. nak2 pulak dapat masuk sekali dgn VIP, duduk barisan depan. ni kira macam setaraf tengok F1 dengan tiket VIP.

atau petronas filharmoni dengan tiket VIP. atau broadway dengan tiket VIP. atau apa2 saja dengan tiket VIP.

bersiap2la aku dari ipoh, membawa kelengkapan sepersalinan lengkap berkot, sepatu dan stokin hitam, tali leher dan kemeja [dan sependa]. baju merah jambu tie merah lagi. jgn memain.

esoknya, seawal 7am, dah memakai mematut, dapatla aku naik kereta mewah [merc yg ada TV kecik kat belakang] meluncur laju ke bangunan parlimen, badan tertinggi negaraku tercinta ini, badan menggubal undang2 dan akta demi memastikan kelancaran perjalanan negara.

tepat 10am, DYMM YDP Agong pun berangkat tiba disambut dengan tiupan trompet, lalu lagu kebangsaan pun dimainkanlah oleh pancaragan tentera darat. di latar belakang kedengaran meriam dibedil 21 das.

sejurus tamat lagu, baginda pun memeriksa barisan dan melangkah masuk dewan rakyat. aku pun ikut sama mengekor YB2, isteri2 YB, wartawan2, jurukamera2 dan segala jenis manusia. masuk ke dewan rakyat dan duduk di galeri awam. aku duduk belakang sikit je dari kehormat2 luar negara yang turut menyaksikan istiadat ni.

sebelum baginda masuk dan bersemayam, loceng istiadat berdering dan YB semua mengambil tempat. titah diraja pun disampaikan oleh YB PM.

tamat je titah perasmian YDP agong, tibalah masa makan. masa ni la yang best gile. makan mewah gile siot. pulak tu duduk2 bersama YB, sembang2 mcm aku pun YB jugak. padahal kalau ikutkan, aku la yg paling haprak kat situ. mana tak hapraknye, org lain pakai sikit punya kelas ke. aku? kot pusaka abah, kasut beli kat giant, baju beli 2nd hand kat ukren [UKREN???], seluar beli kat tesco KB. tapi peduli hape aku. yg penting dapat masuk. mana ada org tanya pun 'berapa mahal baju ko?'

soalan: apa persamaan dua gambar di atas?
jawapan: kedua-duanya ialah djambu di parlimen. haha! [ok, tak lawak]

lps makan, ada sesi bertemu mesra dgn YDP Agong Sultan Mizan al-wathiqu billah, dan memanda menteri. beratur le ramai2 nak berjabat dgn baginda. aku pun mengekor, dapat la sembah salam dgn tuanku, PM, TPM, speaker dewan, timbalan speaker dewan dan akhir sekali menteri JPM, dato nazri aziz.

fuiii!!!

memang peluang yg tak akan datang lagi dah kot. dapat la aku tgkap gambo dgn YB2 yg selama ni nampak dalam TV/akhbar je. hou yeah!

mcm tangkap gambar dgn selebriti pulak hari tu, contohnye:
  1. YB Rembau
  2. YB Parit Buntar
  3. YB Lipis
  4. YB Shah Alam
  5. YB Bukit Gantang
  6. YB Kuala Terengganu
  7. YB Pasir Mas
  8. Menteri Kesihatan
terima kasih sekali lagi kepada Datin Tazimah. kalo Datin x jemput, x merasa la saya ni...
terima kasih juga kepada Kak Ya sebab memandu, menangkap gambar, meneman, membelanja, memain boling dan macam2 'me' lagi. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...