kenapa pakar jantung kaya...

Dr. Chekanov hr tu buat kelakar dlm kelas Urologi/Sakit Salur Kencing, dia ckp gini:

kalo sorg pakar salur kencing yg xdapat korek keluar $10 dari jubur pesakit, maknanya dia x cukup pakar...

Kami xpaham, tapi kami gelak je la. gelak kesian. 

Dia perasan kami x paham. dia sambung lagi:

kalo pakar sakit puan xdapat korek $20 dari p*ki pesakit, pakar sakit puan tu pun x cukup handal.

kami bertambah2 la x paham. ape ke hal doc ni buat kelakar keluar tajuk ni? ni bukan jabatan sakit puan.

"Korang x paham ke? adoi... ok la, biar saya terangkan...


untuk pemeriksaan salur kencing, pakar kene cari prostat. lepas pemeriksaan sejari, dapat la duit $10. 

untuk sakit puan, pakar guna dua jari. dapat la $20.

sbb tu, dlm dunia ni, pakar jantung yang paling kaya. tiap2 kali pun kene guna semua jari, dapat $100." 

[korang xpaham ke? sila rujuk rajah untuk kefahaman lanjut]

gambar2 dari enasco.com, mededsys.com & nucleusinc.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dr. SOHAIL IQBAL


yeah! petang tadi bungkusan aku dari malaysia dah sampai. 2 minggu tepat dari tarikh hantar.

kandungannya ialah:

  • 2 tin serikaya/sekaya/kaya 'ASLI' [lain org, lain gelarnye...tgk! siapa kata aku xnk kaya?] haha
  • bunjut sup
  • ovaltine [gile ah. wujud lagi ovaltine ni. aku igt dah mati ditelan zaman td...]
  • kopi pra-campur
  • sambal ikan dan serunding daging pujaan-abadi/all-time favourite buatan mak! muahaha. org lain xleh pau yg ni. semua aku punya!
  • sup krim
  • dan yg paling utama:- getah untuk menjerat tikus. kat sini xda jual.
kepada encik tikus, sila la bersedia bertemu ajal...

ada isu di sebalik kiriman kali ni. smlm dah dpt not drpd почта/pochta/pejabat pos, suruh aku amik bungkusan kat sana. tp bila aku pegi, dia tunjuk bungkusan utk satu budak india ni. sohail iqbal mane ntah. bungkusan isi buku teks. aku tanya la, "xda ke bungkusan lain, kot2 salah ke?" makcik tu bengong ckp, "xda, hari ni ada 4 ketul je sampai. kalo bukan nama ko, bukan ko punya la."

aku pun balas balik, "tapi ni nama aku ni, nampak?" aku pun tunjuk nama AZIZUL ISMIE. "oh, ni kami salah tulis. tgk alamat, ni bilik org lain ni. no. 511/3," balas makcik tadi dgn tanpa rasa bersalah.

huk aloh! buleh pulak salah nombor bilik. punya la jauh beza nama aku dgn SOHAIL IQBAL. tu pun buleh silap.

lagi bagus, makcik tu ckp, "aa, nanti balik hostel, bagi la kertas tu kat si sohail tu. suh dia amik buku2 ni."

aku pun balik dgn hanginnye dan terus aku gi bilik 511/3, aku selit je not pos tu kat pintu [xda org kat bilik, aku dah ketuk pintu dah]

pagi tadi, masa turun gi kelas, aku tgk ada not pos nama SOHAIL IQBAL, tp kali ni, no bilik dia dah tukar. 707/3. yg ni sure aku punya. haha. aku rasa si sohail tu pun mesti kena sama kes dgn aku. hahaha. nasib kita la sohail. kene main dgn ukren... penatttt!!!

p/s: 2 mel aku x sampai. mel dari zue n sefia...huhuhu
p/s2: kat sini, kalo ada org hantar bungkusan, pjbt pos anto nota ke asrama, suruh kutip bungkusan kat pjbt pos. kne 'alert' selalu dgn kertas bodoh ni, sbb org ukren tulis nama kdg2 xjelas n xtau siapa penerima...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jejaka


haha. tajuk bunyi mcm 'flirtatious' gile babi. skali lagi, hahaha!

xda ah. sebenarnye hari ni ialah hari Tentera Soviet. zaman2 soviet dulu, sume org lelaki pun masuk khidmat negara [ala2 PLKN, tapi yg BETUL2 gaya-tentera. bukan acah2 pny], so secara umumnye, hari tentera menjadi hari lelaki la. sambutan hari wanita pulak pada 8 mac. hari wanita disambut serentak di seluruh dunia.

aku masa kat sini baru aku betul2 terasa jasa2 lelaki dikenang. selama kat malaysia, xpernah pun sambut hari tentera. yg aku tau, kalo ada hari tentera, sekolah2 buat kutipan derma. sayu je dgr, tentera yang menggadai nyawa dulu tu, skrg kne mintak duit kat org.

patut kat malaysia kene ada budaya camni. baru la org patriotik sket. baru la kaum lelaki pun terasa dihargai. hehehe

Selamat Hari Lelaki Seluruh Soviet!

p/s: untuk lebih maklumat tentang hari tentera soviet, klik sini

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pendekar tangan bisa


smlm exam ObGyn aku. alhamdulillah, pass. pass je cukup. xlarat nk baca byk2. haha. dah la satu hal, aku prep jwpn lain, doc tu pulak gi putar soalan lain yg xda kne mengena dgn soalan atas kertas.
ok ah, tutup kisah tu. yang penting pass.

kali ni aku nak sambung komen aku pasal drama bersiri 'puaka niyang rapik'. hr tu aku dah janji aku nk komen, so kali ni aku komen. exam dah abes, boleh a entry panjang2.

drama tu menampilkan watak sorg anak tok imam yg pandai bersilat. di samping bersilat, dia pun pandai berlawan dgn makhluk2 halus [bukan semut, tungau dsb] sampai buleh terbit api dari tanah. jampi2 pun reti gak sket2.

pada pengamatan aku yang xreti bersilat ni, unsur2 mcm ni x membantu kepada perkembangan dan penyebaran ilmu silat. bagi menjahanam lagi ada. ok, mmg la perkara2 mistik ni adakalanya berlaku. tapi itu bukan la silat yang arus perdana/mainstream. benda2 mistik tu hanya untuk org2 yang 'mencari' saje.

aku pernah la saje 'cucuk'2 kwn2 aku 2-3 org pasal silat ni. bukan nak tunjuk tere, [sbb mmg xtere pun] tp nk tny pendapat diorg dan ape yg diorg tau pasal silat. antara jwpn yg paling popular aku dpt ialah "malas ah. belajar silat nanti boleh sesat/rosak akidah", "silat ada ilmu hitam", "silat ada 'baca'2", "bapak aku xbagi. nanti aku kene rasuk". tu belum masuk "bunga banyak sgt la", "boleh pakai ke bunga silat ni kalo org nak pau?" dsb.

dari situ kita nampak bahawa, faktor penghalang org2 muda dan moden zaman skrg ni dari belajar silat ialah imej silat yang berlapis dgn elemen mistik. penyumbangnya? tu ha, drama mcm niyang rapik tu.

zaman skrg ni, masyarakat dah lain. zaman dulu boleh a nak promosi silat mcm ni, 'silat siapa ada bela jin/hantu raya, silat dia yg handal'. ada silat yg seru semangat hang tuah la, roh wali songo la, jin afrit la ape la. zaman skrg org tgk lain. zaman skrg, org tgk silat yang praktikal, yang boleh guna di jalanan, yang buleh buat teknik senaman, yang boleh latih disiplin ke ape ke. silat yg macam tu yg boleh maju.

pasal boleh terbitkan api dari tanah tu, aku xtau dari mana pengarah tu dpt idea nk buat gitu. satu perkara, dlm drama tu, anak tok imam tu umur ada la dlm lingkungan 25-30 tahun. boleh kata muda lagi la. pada hemat aku yg x seberapa ni, org kalo nk sampai tahap tangan boleh berapi2 ni, menuntut bertahun2, berguru beratus2 baru boleh sajak nk buat tgn berapi. [setakat ni, aku xpenah a pulak dgr tok guru mana2 kat mesia tu boleh percikkan api dr tgn dia. senang a nk isap rokok kalo gitu. xda lighter, hentak je tanah skali, keluar api] bukan nak kutuk siapa2, tp imej yg sebegitu xberapa nak laris zaman skrg ni. yang aku penah dgr, tangan 'bisa'/'panas' mcm api ada. tu pun xleh bakar rokok. pasal tangan bisa ni, lenkali aku cite. kalo ada permintaan la.

sepatutnya, drama2 atau filem2 malaysia yg nk letak unsur2 mistik ni, letak la dlm filem epik mcm Puteri Gunung Ledang ke ape ke. kalo cerita berlatar zaman moden ni, sisip la elemen2 lain, selain mistik2, khurafat ni. elemen tempur tanpa senjata yg efektif ke, remaja berdisiplin ke, masyarakat sihat ke ape ke. baru a seni beladiri melayu/malaysia ni boleh berkembang secara sihat dan setanding dgn seni2 dunia yang lain.

sekian, terima kasih :)

p/s: aku kalo boleh, nak je menuntut sampai ada tgn bisa ke, ilmu gerak sejenak ke ape ke. tp bukan skrg a. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

NeXT RounD!!!

now, my question to you:
1. where is this taken?
2. what or who is on the other side of the door?
3. where normally you can find 'that' type of light?

tick tock tick tock...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...