Archives

hati, limpa dan paru


selamat hari lahir Dr. uShop!

dan sebagai sambutan hari lahir uShop, kita raikan bersama2 di bilik mayat jabatan siasatan kematian wilayah odessa :)

ni ialah serius, aku xbuat kelakar :| kitorg mmg meraikan hari lahir usop kat bilik ayat jabatan siasatan kematian wilayah odessa.

ok la, xda la semata2 hari lahir usop, kitorg pegi sana. hr ni hari 1st cycle forensics medicine. so, kalo dah nama forensik, mmg la xbuleh lari dr bilik mayat. bilik mayat ni kat belakang dewan anatomi universiti. sebelum ni penah la singgah sbb ada sembahyang jenazah kat sini tapi baru semalam aku masuk bilik mayat dia.

gamba industrial accident yg kelakar

bila sebut pasal forensik, org akan terbayang mayat, mayat dan mayat. sebenarnye tak. ada la bhgn yg bersangkut-paut dgn mayat tapi bidang forensik ni luas. ia termasuk la mayat, bedah siasat, punca kematian, siasatan toksik, siasatan mangsa yg hidup dan pecahan undang2 yg berkaitan.

lps profesor tu bg taklimat serba ringkas mengenai jabatan ni, dia pun bwk kami pusing2 ke makmal toksikologi, makmal sisa organik/biologikal dan bilik mayat. [perkataan mayat ialah perkataan pilihan hari ini]

kami x jangka pun hari pertama dah singgah kat bilik mayat. masa masuk tu menonong je jalan. xsedar pun yg bilik yg kami masuk tu ada mayat bergelimpang, semua tgh tunggu giliran nak dibedah. ada mayat gantung diri, mayat eksiden dan beberapa mayat yg dah keras kejung.

contoh benda2 yg boleh dilihat di bilik mayat. aku bg tgk gamba buku teks je, yg sebenarnye jauh lebih ngeri dgn mata yg berdarah, kulit yg lebam dan...

ok lah, esok2 aku sambung lagi. jumpa anda di bilik mayat!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

rakan COP


Cop = Polis

MYCOP? adakah sama dgn MY POLICE? POLICE AKU? POLIS dot MY ke [polis malaysia]?

apsal ada tulisan 'cop' kat sini? vandalism ke? org gatal tgn conteng ke? ada org dah 'chup [my chup]' ke?


hehehe

bacanya ialah 'mu-sor'

'musor' dlm bhs rusia ialah 'sampah'

sekian saja entri sampah aku hari ni. entri bile xda idea. sori la sumorg...kui3

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

lagi gambar


amcm, comel x?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

judo-ist

sit-up/качание пресс [ka-cha-ni-yeh press] huhu, masa training dulu, puluh-ratus tu rilek jek, sebab kene paksa. haha! kelihatan dima tgh perati kolya buat teknik. chiban sbg pembantu jurulatih

punching-bag pun dah gantung kat rantai lain, yg kekal. dulu kalo nk pasang punching-bag je, kene panjat tali yg kat belakang tu, nk pasang rantai kat bumbung. punching-bag ni pun penah menjadi mangsa aku. hehe

pumping/упор ложе запринять [oo-por lo-zhe za-priniat]

"ой! привет мои братья Малайзцы! [oh! hai, saudara2 ku org malaysia!]"

kata2 pertama dari dima, selepas berapa bulan aku n ushop xdtg dewan latihan. peeeerghh! terharu gile dgr. bukan selalu org ukren ni nak panggil kita ni sedara. nak2 pulak dr org yg lebih senior drpd kita. sasha n chiban pun sama. masing2 muka suke gile tgk kitorg.

lama a jugak aku n ushop x turun sama2 dgn diorg ni. lepas dpt belt oren februari lepas, terus xdtg dah. igtkn nk quit je sbb hr tu nk save2 duit nk jln2 europe n skrg ni nk jimat2 sbb nk psg braces. malas pun ada gak sket. penat woo join kelab RB ni. kene lari2, akrobatik, guling2, tumbuk2, tendang2, tadah penumbuk, tadah penendang dan mcm2 penyeksaan tubuh badan lg.

yg aku turun ni sbb nk jumpa master igor sebenarnye. nk bincang sama ada nk terus atau nk quit. kalo nk terus, yuran nk bayar tu mahal. dan master igor pun paham situasi kewangan kitorg.

tup2, baru la kitorg dpt tau yg master igor dah dilantik utk jadi jurulatih rasmi utk pasukan judo universiti. dah latihan utk pasukan judo universiti [yg semestinya terdiri dr pelajar universiti spt aku] ialah PERCUMA!!!

muahahaha!

so, mula bulan 11, kembali ke gym, mari kita belajar teknik gusti pulak. Борьба!!! [gomol!!!]

fyi, aku masa 2nd yr dulu join team judo-sambo universiti jugak tp aku x masuk competition. aku join sbb nk belajar jek, tapi coach masa tu xbest. org tua apa ntah nama dia pastu mcm x komited sgt. banding dgn master igor ni, mmg mcm langit dgn bumi ah. hopefully, dpt a belajar teknik2 yg best drpd master igor.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

perkara tertera

entry ringkas sblm gi kelas.

tgk buletin utama semalam 22 oktober 2008, ada beberapa perkara yg aku perasan, korg perasan ke x, xkesah la.

masa tv3 temuramah tun musa hitam, tun musa hitam ada cerita pasal UMNO dan masalah persepsi rakyat.

lps tu tv3 tunjuk slaid dan menyatakan masalah UMNO ialah 'perkara tertera'.
saje je diorg xnk baca :
  • RASUAH
  • SALAH GUNA KUASA
  • AKAUNTABILITI
xnk bg aib kot...hehe

pastu pasal cadangan wakil PKR dlm Dewan Rakyat pasal kerahan tenaga. tu satu cadangan yg baik dan perlu dibincangkan secara lanjut. pelaksanaan pun kene la mcm negara2 yg betul2 serius buat benda ni. mcm korea, singapura dan taiwan. yg aku pernah baca, kerahan2 tenaga kat negara2 ni x melibatkan pelajar perempuan. lps tu, kwn aku plak ckp, kat korea selatan, xda wujud masalah lelaki lembut2 ni. semua dah kene 'basuh' dlm kem kot. hahaha. kalo kwn aku tipu, maka tipu lah aku.

dan pasal cadangan datuk zahid hamidi menubuhkan bahagian sokongan keluarga. cadangan yg bernas untuk membantu golongan yg xbernasib baik, ibu2 tunggal khususnya. [datuk zahid hamidi bekas pelajar sekolah izzuddin shah ipoh, sekolah aku jugak. kui3]

ape2 pun, selamat berjaya kpd pasukan bolasepak negara menentang myanmar!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bunuh diri


ni ialah balang shisha/kalyan klasik. diperbuat dr tembaga, dibawa khas dr israel. perhatikan badan balang yg kusam, menandakan ia selalu digunakan. muncung hisapan juga dr bahan buluh.



tembakau letak dalam pasu warna coklat tu. arang letak atas kerajang aluminium


boleh juga dinikmati bersama coklat mahal


asap shisha 30 kali lebih merbahaya daripada asap rokok. jauhi amalan menghisap benda xberfaedah ni. membazir. hehehe

disclaimer: benda ni bukan kitorg punya. ini bukan amalan kitorg

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

piracetam overdose

td hr last aku utk cycle clinical pharmacology. ada 2 lecturer ajar kitorg utk cycle ni. sorg laki, sorg pompuan...

yg pompuan tu sempat ajar sehari jek. selebihnye doc laki tu yg amik kelas. [sepatutnye grup dibahagi dua, satu sub-grup doc pompuan amik satu lg doc laki tu ajar]. time dgn doc pompuan tu, kitorg pgi wat curation, jumpa patient.

abaikan kisah kitorg jumpa patient. aku nk cite pasal doc laki ni. nama dia sergei borisovich [xsilap aku la]. dia ni cakap english bagus. tp kdg2 bila dia nk cerita dgn penuh emosi, dia pakai ruski.

sekali dia ckp, ibarat angin ribut melanda taiwan. punya la laju!

dan kelajuan syarahan dia tu, diisi penuh dgn ilmu maklumat farmakologi.

mau pening la jugak masa mula2 kelas dgn doc ni.

tu baru bab dia ckp dgn kelajuan tinggi. belum lg bab pengetahuan dan kecekapan dia dlm farmakologi. mmg mcm haram...

sekali dia start pasal antibiotik, semua2 pasal antibiotik dia buleh petik. penisilin, cefalosporin, macrolide, aminoglycoside, imidazole derivatives dsb lengkap dgn sub-group, classification, mechanism of action, dosage, side-effect.

lepas tu kelas NSAID, dia wat perangai mcm tu jugak.

lepas tu kelas ubat2 penyakit jantung. pun dia ulas semua ubat dalam senarai yg ada dan penerangan yg teliti dan laju.

nama saya sergei borisovich. hobi saya menghafal ubat dan mencuba ubat
[aku petik gamba guna hset secara curi]

kdg2, mula syarahan dia dgn semangat nk menyalin nota. last2, letak pen, dgr je sbb xlarat nk salin dgn kelajuan tinggi [ada sekali tu aku berjaya menyiapkan sudoku] hahaha...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

uuummmmcaaakkk!!!


owh...bolehhhh...dak kolis pny pasal, Pak Wan x kesah...

ok, jgn sape2 pun kecoh ckp aku nak gedik2 tayang anak buah ke, nk bg korg jeles ke ape ke. haha. aku cuma menjadi Pak Wan yg penyayang. kwangggg3...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

angka dua...

korang penah tgk filem pendekar bujang lapok x?

tipu la kalo korg xpenah tgk...sape xpenah tgk angkat tgn...haha...aku rasa ni la filem melayu interaktif pertama dlm sejarah. igt x babak Mak Enche'/bini Wak Mustar sembang dgn Eni pasal boyfren dia Ibrahim?

tapi skrg aku xnk ckp pasal Eni dgn Mak Enche'. aku nak sembang pasal masa beruk bujang lapok 2 ekor tu pegi sekolah. sekolah umum buta huruf.

'alif mim nun wau' [UMNO] alif tendang wau, sarkis daaa...
kepala hotak kao sarkis, tak nampak ni semua org2 tua?! sekolah, budak2 kecik!
sarkis la, ni malam belajar dgn rimau. tengok rumah mcm kandang...

kat dlm kelas advance, belajar tulisan rumi.
dlm kelas intermediate/pertengahan belajar perkataan2 jawi.
dlm kelas awal, belajar mengenal huruf.

korang perasan x, dlm kelas pertengahan, pelajar2 eja rama-rama camni.

're alif mim angka dua = rama-rama'

tu kisah dulu. dlm filem p. ramlee.

mari kita ke alam realiti, zaman sekarang.

sekarang, kita semua belajar kat sekolah, nk eja rama2, R A M A-R A M A.











hakikatnya, kita dah balik ke zaman p. ramlee...jangan nak bohong la. cuba la bukak blog2 remaja/belia zaman sekarang. blog aku pun sama.

kita semua eja 'R A M A angka dua = rama2'. hehehe. kelakar kan?

lebih mudah begitu. cuma, kalo korang buat dlm SPM, sah2 [tgk, aku pakai angka 2] la korang kantoi bergaya. kalo jawab kertas BM dlm jawi xpe...

bukan ape, saja suka baca utusan malaysia hr ni, ada cerita pasal plaza tol PLUS pakai tulisan jawi. jenuh org2 dewan bahasa tegur pasal tulisan jawi nak pupus, rupa2nya kita perlukan teresa kok je, baru sedar tulisan jawi dah nak pupus... ;-)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

rempit sebenua


semua org dlm dunia ni, kalo berpeluang dan peka [ada org byk peluang dan petunjuk tp xsedar itu ialah titik perubahan nya. ada yg menanti2 masa yg sesuai utk berubah, tapi x kunjung tiba], akan mempunyai satu titik perubahan dalam hidup dia. satu titik penentuan di mana dia akan memilih satu jalan untuk dia meneruskan hidupnya. filem 'diarios de motocicleta'/'the motorcycle diaries' memaparkan titik perubahan dalam hidup ikon pemberontak sedunia, ernesto 'fuser' guevara de la serna bersama kawannya, alberto 'che' [sebut 'chey' bukan 'cik' dlm BM] granado.

bermula sebagai seorang pelajar perubatan tahun ke 5, fuser dan che, seorang ahli biokimia, merancang untuk menghabiskan cuti musim panas tahun 1952, merempit ke seluruh benua amerika selatan. berbekalkan motosikal norton 500 model '39, mereka merentasi argentina, chile, venezuela, peru, dan beberapa negara lain dgn harapan untuk selamat tiba ke argentina dgn motosikal tu jugak.

dalam perjalanan, diorg ni dilanda pelbagai mehnah dan tribulasi. motor rosak, duit habis, fuser kene demam dan diserang asma, cuaca buruk dan macam2 kes lagi lah. tapi itu semua x merencatkan keazaman mereka berdua.

tambahan pula, mereka bertemu dgn bermacam2 golongan dan lapisan masyarakat. kaya, miskin, sihat, sakit, cantik dan hodoh. ini yg menjadi titik perubahan dalam hidup fuser yg menyedarkan dia dan mencetuskan ilham untuk memperelok keadaan sosial masyarakat amerika selatan ketika itu.

keseluruhannya, cerita ni menginsafkan terutama bahagian fuser beramah mesra dgn pesakit2 kusta di koloni pesakit kusta di pedalaman amazon. pandai dia amik hati pesakit2 tu. bila fuser bertemu dgn org2 sakit dlm perjalanan, dia membantu sepenuh daya dan dia menghormati dan belajar budaya org tempatan [kecuali bab dia mabuk pastu kene goda dgn makcik kat chile ni. sapa suh mabuk...].


sebelum terlupa, skrg ni fuser lebih dikenali sbg ernesto 'che' guevara de la serna...sape2 pemuda2 yg dok puja gambar/poster dia ni tapi xtahu menahu ttg cerita dia, baik la cari maklumat serba sedikit, baca novel, ensiklopedia atau apa2 sejarah pasal dia.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kelakar tapi insaf

aku baru jumpa video ni. ni video berita masa ramadan hari tu, tapi masa bulan puasa hr tu aku x tgk web ni sgt. aku tgk web lain. hehe.

ni ialah link ke web tu. kalo xda media player untuk pengguna Firefox, sila download dulu. kalo x download, rugi la. haha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

there will be blood



ni hasil aku dtg kelas hari ni. aku xtau la benda yg aku wat ni beretika atau x. tapi atas dasar dokumentasi, buleh je kot. lgpun xnampak muka pesakit dan x mencemar maruah sape2 pun, aku rasa la...

jadi, hasilnya ialah video tonsilektomi. pembedahan buang tonsil, gaya ukren. yg aku tgkp ni, pembuangan tonsil belah kiri. yg belah kanan aku xsempat nk tgkp, excited sgt nk tgk. hehe

mmg berdarah2 gile haram pny byk. pesakit ni mula2 konfiden jek nk dibedah. sembang baik jek. sekali doktor [prof. head of dept] dah cabut tonsil kanan dia, terus diam, pucat lesi. ouch!!! yg kami semua xtau, tangan pesakit ni dah diikat kat kerusi. xnak bagi dia meronta2. seram x?

pada saat ke 12, doktor tu suntik bius. bius yg digunakan ialah lidocaine 2% dan adrenalin untuk mengurangkan pendarahan. ni darah dah kurang, melimpah2 camni. korg bygkn kalo xda adrenalin. muahahaha!

pada saat ke 36, insisi kecil dibuat dan tonsil dipisahkan secara tumpul [blunt separation] guna buntut skalpel.

pada saat ke 55, tonsil berjaya dicabut keluar. gambar ketulan tonsil, ada kat usop. nanti aku mintak kat dia.

masa kelas hari tu, ada doktor lain cakap, yg bius suntik kat tonsil tu temberang je. sebabnye, doktor xnk pesakit tu kebas betul2. kalo kebas nanti xleh nk batuk dan ludah keluarkan darah. jadi, doktor suntik sikit je dan selebihnya, kesan psikologi terhadap pesakit. dia percaya dia dah kene bius, maka kurang la rasa sakitnya.

man, i love this field :D

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ayah dan ibu

dah hampir 5tahun aku dok kat oversea ni. ada org tny, x bosan ke? x rindu ke? xda rasa nak balik ke? xda rasa nak jumpa mak bapak ke?

jwpn aku: xda pun. dah biasa dah. kan ada telefon. lagipun, kalo nk jumpa mak, pegi kedai je. sana ada jual mak...

aiiikkk???

betul, aku x tipu. kedai sini ada jual mak. x caya tgk ni...

tgk tu. mak tgh lepak celah2 rempah...

hahaha...ni la sebab org ukren ni x syg kat warga tua n mak diorg. mak diorg pun diorg tengking2 sbb mak ada jual kat kedai. kalo x suke, buleh beli lain. haha


'mak' ialah biji popi/kas2 yg dah diharamkan penggunaannya dlm kari kat kedai mamak.

p/s: ni buat kelakar je. aku syg kat mak aku, jgn kata aku ganti mak aku dgn mak yg beli kat kedai ni. hahaha. ingat, sayangi ibu bapa anda. tanpa mereka, siapalah anda...[lepas ni aku nk cari kot2 diorg ada jual abah/bapak kat kedai plak]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Eid Mubarak 1429 hijriyah

hidangan raya yg disediakan oleh dak2 ni. baik sungguh diorg, sampai x tido2 malam. jgn kata aku x wat keje. aku buat inti karipap, so aku buleh tido awal. karipap pun dah selamat ditelan sblm gi smyg raya. sunat makan sblm smyg raya. kui3 :P

sambal dan kuah kacang kelolaan linda dan irma. air teh bancuhan salihin.


rendang, aswad [tukang masak] kata terlebih masin. aku makan ok jek


nasi kepit. nasi impit sumbangan mereka2 yg balik rumah hari tu. versi aswad: masak nasi dlm beg plastik. ada yg ok, ada yg berderai2 sbb x padat. adoiii...


kek pisang hasil usop yg giat berlatih membuat kek


kuah londeh lodeh bhaiya

yg ni plak gambar jamuan kat masjid [raya 1st]. xda pe yg best sgt, so aku petik beberapa keping je...



sila percaya, bahawa pisang ialah buah-buahan kategori mewah/eksotik kat sini. sepanjang ramadan hari tu pun, lepas iftar mesti dapat pisang dan pisang mesti habis xda baki. banding dgn buah anggur dan epal, selalunya akan bersepah2 xluak. org2 arab dgn ukren ni xsior dgn anggur dan epal. alhasil, aku la yg dok penuhkan poket aku dgn anggur tanpa biji tu.

so, sempena raya, dapatla kami makan buah eksotik yg layak letak kat masjid tiap2 hari jumaat kalo kat masjid kat tambun tu. belakang rumah aku pun byk...selain pisang yg separuh hijau, ada aneka biskut dan manisan. air kotak jgn dilupa.

lepas semayang raya dan makan, kami pegi kelas. beraya dalam kelas...adoii...

selamat hari raya aidulfitri...salam sayang dari odessa...macho x? hahaha

p/s: sambil2 beraya, aku bloghopping, pastu aku smpai kat blog datin seri fatimah taat, isteri YAB Ir. Nizar, MB negeri perak. pastu aku jumpa gambo ni dan nampak 3 susuk tubuh yg aku kenal sangat.
mak, abah dan faiz sekeluarga pegi beraya kat umah MB. MB PAS le katakan...hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

selamat hari raya

this is to wish all of my readers and fellow friends, also my fellow Malaysians, a happy and blessed Aidulfitri.

xleh byk2, nk raya. updates lepas raya ok? tq

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...