Memaparkan catatan dengan label nostalgia. Papar semua catatan

dah enam tahun


oh oh! dah enam tahun rupanya!

enam tahun dah aku duduk kat ukren...
enam tahun dah aku belajar nak jadi doktor...
enam tahun dah aku tak raya kat rumah dan kampung...
enam tahun dah ulang alik naik kapal terbang...

sepanjang enam tahun,
ada kawan jadi saudara,
ada kawan jadi lawan,
lepas lawan, terus putus hubungan.

lepas enam tahun,
banyak ilmu dikumpul...
banyak pengalaman dikaut...
banyak ragam orang dilihat...
banyak berubah sudut pandang dunia aku...

pernah aku kata:
"apalah diharapkan dengan keputusan remaja umur 19 tahun"
tapi abah kata:
"tak apa, apa yang dah mula, kena habiskan"
maka aku pun habiskan.

alhamdulillah, dah habis pun...jom balik!

[terima kasih mak dan abah dan kakcik dan faiz (faiz? kenapa faiz? ahahaha)]
[ukren bukanla negara eropah mcm perancis atau england atau jerman atau switzerland. maka, masyarakatnya tak sama]
[setakat ni, pada aku, siapa2 yang boleh tahan pancaroba mehnah dan tribulasi kat ukren ni, boleh hidup kat mana2 saja dalam dunia ni. atau aku tak pernah duduk kat afrika lagi kot?]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hukuman sebat

2-3 minggu kebelakangan ni, makin ramai pulak aku jumpa balik kwn2 SIS aku kat FB. salah sorgnya si A. A ni budak teluk intan. dengan si A ni, aku ada satu kenangan yang tak terlupakan. bukan dgn A je la, tapi geng2 bertugas sapu kelas 1K. kalau tny diorg ni, mesti diorg igt pastu gelak tak sudah. tak pun, menitis2 air mata syahdu. huhuhu...

ceritanya mcm ni...

ada satu malam tu, kat kelas 1K. kami tgh prep. sambil2 study, sambil2 borak. bebudak tingkatan 1, ape la benda nak di'study'kn sgt. melepak je la lebih. makin lama, makin bising. kadang2, kalau bising, abg2 tingkatan 5 akan turun dan sound, tp mlm tu tak ada pulak. mungkin bising tu boleh tolak ansur lagi la kot.

satu yang kami x tau, mlm tu, ustaz Mat warden bertugas. dia ronda pulak.

tetiba ustaz Mat terpacul kat pintu kelas.

"ni kenapa bising ni? orang suruh datang kelas, belajar, buat kerja sekolah. bukan suruh bersembang, berborak! tengok kelas ni. kotor, tak bersih, sampah merata2! siapa bertugas kemas kelas? buat kerja cepat!"

ustaz Mat membebel panjang lagi mlm tu, aku pun tak ingat. tapi isinye lebih kurg mcm tu la. kami yang tingkatan 1 ni, tak pernah kena dengan ustaz Mat. sekali dia sound, mmg terkedu habis la. nak2 pulak, selama ni kami kenal ustaz Mat mcm ala2 baik gitu. kdg2 bagi nasihat lembut jek [ustaz Mat org tabligh, so paham2 la ayat org tabligh mcmne].

habis je ustaz Mat bersyarah, dia pun beralih ke kelas sebelah. nak bersyarah kat situ plak. ustaz Mat pun hilang dari pandangan...

aku dgn A pun yakin la ustaz Mat dah blah. maka aku dengan niat sarkastik dan selambanya, angkat tgn tinggi2 dan buat tanda 'bagus' dgn ibu jari. nak padan-mukakan kelas aku yg bising dan kotor tu. A pun sama angkat tgn tunjuk 'bagus' gak.

sekali tu...

USTAZ MAT DATANG BALIK!!!

"hah, kamu! yang angkat tgn tadi tu! mari sini!" ustaz Mat jegil mata.

mati la! ustaz Mat nampak rupanya. nasib baik ustaz Mat pandang kat A...

"kamu la! jgn pandang org lain"

USTAZ MAT PANDANG AKU RUPANYA!!!

mati la sekali lagi! aku ingtkn ustaz Mat pandang kat A. A duduk belakang aku. jadinya, aku nampak mcm ustaz Mat tenung kat A, aku duduk dalam garis tenungan dia. kira mmg ustaz Mat pakai pandangan tembus. haha!

"ooo...kecik2 dah berani ya? angkat2 tangan? apa kamu tunjuk tadi? nak buat lawak ya? nak tunjuk hero?"

berderau darah aku. tergagap2 cuba nak menjawab. menjawab? nak mampus? dah la buat salah, nak menjawab pulak lagi? dok diam sudah. huhuhu. seram sejuk satu badan, darah mcm dah kering. nk telan air liur pun aku rasa air liur pun kering.

"ketua kelas mana? kelas bising, kotor. pegi ambik rotan saya dalam kereta."

si ketua kelas ni pun pegi la berlari amik rotan ustaz Mat. "celaka ko Z [Z tu ketua kelas]. cepat je ko pegi..."

"kamu berdiri sini. mengadap pintu. tangan letak sana, kaki bukak sikit."

aku pun buatla mcm yg disuruh. mengadap pintu, condong ke depan, tangan tahan ke pintu, kaki kangkang sket.

'PIAPPPPP!!!!'

"kamu pulak" giliran A pulak kena.

sedas lagi.

"yang bertugas malam ni siapa? mari sini sorang2!"

malam tu, lebih kurg 6 org kena libas dengan rotan ustaz Mat. ketua kelas pun kena sebab mlm tu dia pny giliran sapu sampah. haha!

rotan ustaz Mat bukan calang2 rotan. bukan kecik2 anak. panjang mcm tongkat, kalau tegak, mau cecah sampai pinggang. bukan halus mcm rotan budak2 mengaji, tapi ada la diameter mcm ibu jari. berdesup rotan tu makan punggung kitorg.

3 hari tak buang air, rotan ustaz Mat punya pasal. nak duduk tak senang. tidur pun meniarap. adoiii...ni semua kerana niat murni aku nak buat kelakar dengan ibu jari...

moral cerita: ustaz Mat ada deria ke-6. jangan cari pasal dgn dia. haha!

p/s: aku rasa, mak dgn abah tak tau cerita ni. ni baru pertama kali aku btau. cerita dah 12 tahun dulu...biasa la. macho. buat jahat pastu kantoi, pandai2 a simpan...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

dulu aku sendiri...

sebab asyima ckp pasal lagu ni semalam, terus aku cari kat youtube. terimalah...



lagu ni gile klasik zaman '80an. aku kecik2 dah hapal. yang lagi best tu, masa tu ada sambutan apa tah kat RTM ipoh, ada Bank Rakyat buat promosi [tahun 1990 kot, sebab masa tu tak masuk sekolah lagi], ada juruacara tu tanya "sape nak hadiah, mari naik atas nyanyi!!!"

terus aku dgn tanpa segan silunya angkat tangan dan ckp nak nyanyi lagu ni.

tak sampai dua rangkap kot, dah dia bagi hadiah. dia kesian tgk aku cuba menarik suara macam makcik zaiton ni kot. dapat la hadiah, dam nuri [burung nuri tu maskot bank rakyat]. macam dam ular la tapi mendidik jgn ponteng sekolah, simpan duit dalam bank, jangan rosakkan pokok2 kat taman dsb. gile seronok! seronok dapat dam, seronok dapat menyanyi, seronok tahap apebendantah! haha~~

sape2 tak percaya cerita ni, boleh tanya kat mak. walaupun mak akan tersipu2 segan, tapi mak akan mengaku jugak yg anak dia pernah menjadi penyanyi di zaman sebelum ada AF, Malaysian Idol, Audition, Jangan Lupa Lirik dan mcm2 lagi program yang merapu2 tu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

musim putih



seperti yang dikatakan, salji turun awal tahun ni. tahun lepas, salji mula penuh dalam bulan januari. tahun ni, pertengahan disember dah putih dah...

saja nak bagi kitorg main salji lama sikit kot tahun ni...

*teknik penggambaran gaya Izairi*

dalam kelas, kadang2 Lyudmila Anreevna tanya kami pasal suasana bidang kedoktoran dan sistem kesihatan kat Malaysia. semalam dia kompelin pasal sistem ukren yang makin merapu. caj perubatan dan khidmat yang mahal, gaji yang tak cukup. ubat pun mahal jugak.

kitorg pun galak la cakap. "oh, kami kat Malaysia semua percuma. yang bayar2 tu semua kat hospital swasta je. untuk MRI ke imbasan CT baru la kena beratur lama sket..."

Lyudmila Andreevna balas:

"korang kat Malaysia komunis ke? semua pun percuma..."

aku tak tau la org lain tapi aku rasa bercampur-baur. nak bangga ke, nak benci ke, nak ketawa ke.
.
.
.
.
kemudian ada org cakap:

"kami pakai sistem kesihatan cara sosialis/socialized medicine"

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bilik ELS


sekali lagi aku ternostalgia. kali ni sebab kwn skola aku memuatnaik gambar sekolah aku kat klang dulu. gambar bangunan baru. masa aku daftar masuk sekolah ni dulu, bangunan ni baru siap. sisa papan pun x habis buang lagi. cat pun belum lagi. sekarang dah lawa dah. warna-warni pun.

dulu segala gerakerja persatuan ELS buat kat sini. ada bilik khas utk ELS. masa bangunan ni belum siap, bilik ELS kecik ciput je. besar sikit dari jamban. tapi bilik ELS baru, mcm bilik darjah. siap ada meja2 pendek untuk budak2 belajar atas lantai sambil duduk bersila.

pelajar2 boleh guna secara bergilir2. selang2 malam pelajar putera dgn pelajar puteri. datang boleh belajar, pinjam kamus, main 'scrabble', 'boggle', baca majalah TIME dan mcm2 lagi.

tapi yang terbaiknya bilik ni ada hawadingin.

puak2 aku, yakni puak2 ELS [yang diamanahkan memegang kunci bilik ni], lagi la seronok sebab boleh 'prep' kat sini bila2 masa kami nak. [sebenarnya nak tido dalam hawadingin. haha! kadang2 kalo petang2 boleh curi2 tgk VCD. bilik ni ada pemain VCD dan TV]

puak2 aku dulu antara lain Mezang [dak ganung, dah jadi doktor gigi], Syafiq [asal JB, ada kat RCSI], Afif [asal PD, grad kejuruteraan UIA], Heikal [tapi dia ni lari masuk kelab UNESCO, sbb klo dok ELS, jd bendahari, dok UNESCO jd presiden], Intan [asal kangar, skrg kat CUCMS], Nat [kwn skola dgn intan, jadi cikgu kimia skrg ni], Sarikha [asal tganu. mcm cute2 tp suara serak2 dulu ada hati gak dgn dia ni tp xpenah try pun], Anem [yg kawin dgn napie hr tu], pastu Ammar [tuan punya gambar ni yg aku copet kat facebook dia].

Ammar, aku amik gambar dari album FB ko eh? terima kasih!!! :D

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Bleh bitau mcmne nak ke...



...Jln Bijan?

watak kegemaran aku, Elmo. sorg lagi yg aku suka ialah Ernie yg tinggal dlm apartmen dgn teman serumah, Burt.

Adam Sandler pun kegemaran aku gak.

selain Jln Bijan ni, masa kecik2 dulu aku suka tgk Square One TV. sbb kdg2 dia ada tunjuk watak2 Marvel Comics, mcm Spiderman, Hulk dgn Captain America.

dah ulang tahun ke-40 pun Jln Bijan ni. ntah2 dah ada watak pelakon dia yg dah mati pun. huhuhu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mat-tam

bila tgk gamba ni, teringat masa sekolah2 dulu. ni ko la ni effy, gi 'upload' gamba ni. kan aku dah ternostalgia...



antara nostalgia termengesan [ada ke istilah ni? yang paling memberi kesan = termengesan] kat aku ialah insiden dalam kelas met-tam [org lain kata add-maths atau matematik tambahan].

masa tu, cikgu mariah tgh mengajar kat depan. tajuk pembezaan ke persamaan serentak. yg ada lukis2 graf garis lurus pastu kene lorek rantau kat bawah garis tu. ye aku tak belajar PPSMI, nk wat camne. istilah aku lain...kui3

cikgu mariah mmg le tgh mengajar kat depan. aku kat belakang tgh dok belek2 jari aku. aku tgh ada dlm dunia aku sendiri sbb masa tu aku sepatah haram tak paham ape cikgu mariah dok bersyarah kat depan.

sekali tu...

"awak, yang tengah main2 dgn kuku tu. mari sini!"

bedebab! aku jatuh balik ke dunia nyata.

"ambil kerusi awak dan duduk kat tepi pintu tu. daniel, awak pun sama. pergi duduk sana!"

maka hari tu, aku dan daniel duduk jadi pak jaga kelas 401 sampai habis kelas met-tam. nasib baik zaman tu kelas lelaki n pompuan asing2. xda la segan sgt. yang malangnya, ada pulak cikgu melintas2 sambil jeling2. adoiyaiii...

"buku kamu mari sini. lepas sekolah, datang jumpa saya kat bilik guru."

lps habis sesi sekolah hari tu, aku pun senyap2 gi bilik guru, amik balik buku dri cikgu mariah sambil mendapat ceramah motivasi percuma. menitik gak air mata kena. huhuhu

aku pun insaf.

haih...zaman remaja mmg terindah!

p/s: aku tetap gagal 2 kali ujian met-tam lps insiden ni. tp periksa akhir tahun aku lulus. wlpn markah aku 42 je. aku mmg lemau bab2 matematik ni...
p/s2: naik tingkatan 5, cikgu lain pulak ngajar aku. cikgu saadiah ada metod lain untuk memaksa budak2 malas mcm aku ni belajar. iaitu dgn gabung kelas dgn kelas budak perempuan...maka, tak dapat tidak, terpaksa la kami memperpandaikan diri demi menunjuk hero. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

where to?

when things happen, it makes us wonder. it makes us think. it makes us stop for a while and ponder. it brought up points for us to consider...
  • where are we going? what is our destination?
  • how do we reach there? what drives us?
  • do we set a goal and try to achieve it? or we learn through our faults along the way?
  • we do realize that the journey is long and winding, right? and we have longer roads ahead of us?
  • people say change is a constant thing. do we have to change ourselves? one thing for sure, we must always change for the better
  • do we treat those changes as sacrificing our values? or as a way to understand and fit better with each other?
  • are we doing the right thing? if it's the right thing, are we doing it the right way?
  • we did wrong things, that's true. but then again, we are humans. and again, we must always try our best to do the right things. and we must help each other at that, don't you agree?
some of the things i did and said are unworthy of my convictions. for that, i seek apology and forgiveness from Allah and from you...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

slmt pngantin baru kpd hanafee dan hanim


sikit punya pjg ke tajuk tu. ni la sebabnye aku turun melaka. nk menengok pasangan bahagia ni bersanding kat melaka. sanding yg memula tu kat penang, aku terlepas sbb aku pny janji dgn tuan nadzrin hari tu. kawan baik pny pasal, aku turun jugak.

aku rancang benda ni dah lama sebab hanim pun nak btau benda ni awal2. makanya, dapat la aku jumpa kawan baik aku kat UIA dulu merangkap kawan sekola si napie ni iaitu Dr. abd rahim. sambil2 tu dapat la jugak aku menumpang hostel manipal med uni.

ttg pasangan bahagia ni, aku sejak skola dulu mmg lagi byk berkomunikasi dgn si hanim ni. satu persatuan la katakan. hehe. ELS beb, persatuan yg disalaherti oleh byk pihak. dan byk lagi perkara2 yg xperlu dinyatakan di sini pulak tu, si aneem ni pulak antara kaki2 chatting batch kami yg terawal. zaman tu chat pakai mIRC, channel #wakafan. hehehe. mcm2 nama samaran ada. untung la sape yg pakai nama betul. cth nama samaran mcm nur^qalbi la, nanaza la, iQ^nur la, giantz la, tepet la, marjan la ape la. sape yg igt nick aku, aku bagi hadiah. hahaha

dgn napie plak, aku xda la rapat sgt dan xda pulak aku gaduh dgn dia. cuma dia bukan classmate aku n xpenah dok satu tingkat dgn dia. tapi kira kawan la jugak kan?

dan seperti biasa, klo ada kenduri kawin, kira mcm reunion kecil2an a jugak. yg ramai dtg rasanya masa kenduri kat pulau pinang, umah si aneem. yg dtg kat melaka, aku, shaffik, aufa, tin2, nailah [2 yg selalu dikonfiuskan. haha], aizu, huda dan ada 2-3 org yg aku xdpt cam [tp org cam aku. adakah aku dulu popular?] hahaha. lupa plak nk ckp. si abd rahim td tu, kwn skola si napie masa menengah rendah. punya la jauh berzaman2 pny jejak kasih ni.

habis kenduri, kami yg laki2 ni gi bantai cendol brunei kat depan d'mart. si rahim la yg ajak sbb katanye cendol ni mmg bereputasi kat masjid tanah ni. sape2 dtg masjid tanah xpekena cendol ni, xcukup syarat katanye. diperkuat lagi dgn permintaan mak si aufa, suh beli cendol bwk balik. aaa, lu pikir la sendiri berapa punya 'kow' cendol ni. aku tgk pun takut. bendalah hijau cendol dia, saiz XXL mcm laksa. bukan halus2 mcm berudu ke ape ke.

mlm tu, aku balik naik bas. ni satu lagi aku baru jumpa. kerusi bas ada mesin urut. xda kena masuk syiling. tekan punat jek, pastu nti dia bergetar2 mengurut badan sang musafir yg kesengalan. aku pun sepanjang mlm dok mengodek2 punat tu. hehehe. alang2 dah bayar tiket rm 35. bas dari ipoh sama harga tapi xda urut2 plak.

aku sampai ipoh kul 0130. kancil aku tersedia menanti kat parking, aku pandu smpi rumah...

I. sekolah izzuddin shah, ipoh
II. SMKA sultan muhammad, melaka
III. kolej islam sultan alam shah, klang
IV. melaka manipal
V. ex-UIA

sape bleh teka, mana satu nailah, mana satu fatinah? hehehe. ramai org konfius nih...aku pun kdg2 konfius. [tp lps kne acu penumbuk dgn tin2, terus aku x konfius. haha]

cendol bersaiz laksa...yg aku punya ada pulut. free je sbb Dr. abd rahim belanja. dia ni mmg baik...:P tiket bas aku pun sikit lagi dia nk belanja. haha!

kerusi urut dlm bas star smart. sape2 nk naik bas ada kerusi urut, try a syarikat ni. kat melaka sentral, kaunter dia nombor 2.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

the nourishing mother: UPDATED

hr sabtu tu aku kembali ke alma mater aku. skola izzuddin shah. jadi wakil abah aku jumpa cikgu skola. hari yg sama gak ada hari kantin. maka dpt la aku isi hari aku dgn aktiviti menghilangkan bosan.


malas nk cite banyak, tgk gambo je dah la ek?

masa guru kelas adik aku jumpa aku, dia kata aku 'doktor beriman'...adoi...aku 'amin'kan aje...[gambo belakang ialah gerai budak2 sekolah taayah tingkatan 6. faiz, xda can la lu mat...] hahaha

lps tu plak aku gi kenduri umah che lin [a.k.a jedi master aku] kat bercham. hampir sesat la jugak nk cari umah mertua dia ni. padahal aku yg salah amik jalan. kui3. xda gambo, nanti aku mintak kat dia. ni ha gambo, dah mintak dah...


lps tu aku ronda lg dgn membe2 aku. jojo n jie [tukar nama atas alasan peribadi]. masing2 dah kerja n jie siap nk kawin dah. mcm kes nor kawin awal taun ni. hampeh tol... ape2 pun, aku doakan kesejahteraan rumahtangga je la. jojo je yg single mingle lg. jojo dah ada kereta myvi kaler merah. jie plak ada wira warna putih. huiiii...

kitorg lepak jusco n aku jumpa bendalah ni. gile canggih ah!


MILO FLOAT!!!

terus aku beli, tanpa berfikir panjang.

lps jusco, kitorg gi GM. tgk kedai binatang. jie tgh gila bela kelisa skrg ni. mcm2 selera org skrg.


btw, REd, ni hadiah utk REd. tp gambo je la. water dragon, bukan iguana mahupun boa penjerut. nk beli bebetul xda duit laa...haha. tgk harga sekor RM240.

p/s: ligat x aku jln sehari tu? dari tambun ke skola izzuddin, ke bercham, ke jusco, ke greentown, ke taman cempaka balik ke tambun
p/s2: faiz, abwan dah chop entry hari kantin. sape cepat dia dpt la. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tribute to Baiya n Khalis


hari ni Baiya meninggalkan kita. bila jam berdetik 11:20pm, Baiya akan keluar dari Odessa dan tak 'kan kembali lagi...

Baiya dah tamat pengajian. balik nanti akan meneruskan kehidupan.
5 tahun Baiya mengadap kami. 5 tahun kami mengadap Baiya.
macam2 cerita Baiya dgn kami, kami dgn Baiya, Baiya dgn aku, Baiya dgn Wawad, Baiya dgn Ushop, Baiya dgn Irma, Baiya dgn Linda, Baiya dgn Salihin, Baiya dgn Kodok, Baiya dgn Koler, Baiya dgn Kak Lela, Hajar, Mazhar, Mel, Prof n Suh Yu.
tu belum campur cerita Baiya dgn klasmet2 dia, Baiya dgn dekan, Baiya dgn komendan, Baiya dgn Polis, Baiya dgn Penyamun dan Baiya dgn Gejetnya.

Baiya, aku doa perjalanan ko selamat, balik ko selamat, diplom ko selamat, balik ko selamat, exam ko selamat dan 'game' PATAPON2 aku selamat. hehe. [ko jgn padam, tunggu aku beli PSP]


Maka, berlalulah Baiya dgn kereta bernombor plet BH 9762 AO, membelah malam menuju stesen keretapi...

*sambil membuat spirit fingers 6-jari. simbol apa? aku rasa Baiya tau kot...

*******

dalam pada itu,


Khalis bin Alias berumur satu tahun hari ini. sila tepuk tangan ramai2!!!

p/s: tu mak ko la yg buat rambut ko mcm tu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

cuci najis...

baru tadi aku meloncat2 ke blog2 dlm senarai aku. aku singgah kat blog abd malik. dia tgh cite pengalaman dia zaman skola2 dulu. best gak cite dia.

aku pun ada cite aku gak. cite zaman2 skola menengah dulu. meh aku nk cite sket. untung2 ada la manfaatnye kpd sape2 yg bace.

aku dulu skola menengah kat Sekolah Izzuddin Shah, ipoh. kat pekan ipoh tu, tu la satu2 nye skola agama. skola izzuddin ni skola asrama. maknenye, xboleh balik. belajar situ, main situ, tido situ, makan minum berak sume situ.

masa kat skola izzuddin ni, aku dok kat dorm form 1, rumah hijau. masa ni xda lg rumah gryffindor ke slytherin ke. ada rumar umar, ali, abu bakar dgn usman je. tiap2 rumah ada ketua pelajar. masa aku form 1, ketua pelajar aku ialah abg mohd hafizi shahari. budak bagan datoh. kulit gelap2, ada janggut nipis. ada je ketua pelajar lain mcm abg luqmanul hakim, abg amiruddin dan beberapa org lagi aku x igt.

abg fizi ni mmg la sgt waraknya. ckp dgn kami, jarang gile naik suara. tapi ape saje yg dia ckp, kami xpenah bantah. ni kalo nk banding dgn KP rumah2 lain la. sbb budak2 lain ada je yg xpuas ati dgn KP diorg. kalo ada budak demam ke sakit ke, gigih la dia ni ke hulu ke hilir cari panadol la, cari warden la. misal kata ada perjumpaan dorm, dia yg selalu berucap. sambil ucapan bersulam ayat quran dan hadis bernas. kelakar, xkelakar sgt. dia pun jarang buat kelakar melampau2. gelak sikit2 jek.

satu hari tu, dorm kami kotor. dan kalo kotor, mmg kne buat gotong royong cuci mencuci la. maka sebelum mencuci tu, ada la taklimat pembahagian tugas. sekali lagi, abg fizi bg kata2 perangsang supaya kami yg pemalas ni buat kerja.

antara ayat dia yg aku ingat sampai sekarang di pagi yg hening tu ialah:

"kita buat kerja biar ikhlas. biar bersungguh-sungguh. sambil kita cuci najis kat mangkuk tandas tu, jangan lupa kita berdoa dlm hati, 'ya Allah, sebagaimana bersih aku cuci mangkuk tandas ni, Kau bersihkanlah hati aku.' insya-Allah, Allah akan terima doa kita..."

sampai sekarang aku xda jumpa org yg boleh berfalsafah begitu sekali...

p/s: harapnye adik aku pun ada la keluar ayat2 menyentuh hati camni. jgn dok keluar ayat biasa jek. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...