Archives

sepetang di gorsad

video

musim2 panas ni, petang2 mmg akan ada orkes main. selalunya budak2 akademi muzik Nezhdanovoi. sambil2 tu ada pakcik-makcik menari2, terkenang nostalgia zaman muda-mudi. hehe. lagu hari ni dendangan trup Transbunker [tak tau dari mana. tetibe mari main]

entri ditujukan khas kpd nadia dan khai. korg mmg minat orkes2 ni kn?

p/s: gorsad = gorodsky sad/городский сад/taman bandaran
p/s2: nama akademi muzik sempena Antonina Nezhdanova

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Tribute to Baiya n Khalis


hari ni Baiya meninggalkan kita. bila jam berdetik 11:20pm, Baiya akan keluar dari Odessa dan tak 'kan kembali lagi...

Baiya dah tamat pengajian. balik nanti akan meneruskan kehidupan.
5 tahun Baiya mengadap kami. 5 tahun kami mengadap Baiya.
macam2 cerita Baiya dgn kami, kami dgn Baiya, Baiya dgn aku, Baiya dgn Wawad, Baiya dgn Ushop, Baiya dgn Irma, Baiya dgn Linda, Baiya dgn Salihin, Baiya dgn Kodok, Baiya dgn Koler, Baiya dgn Kak Lela, Hajar, Mazhar, Mel, Prof n Suh Yu.
tu belum campur cerita Baiya dgn klasmet2 dia, Baiya dgn dekan, Baiya dgn komendan, Baiya dgn Polis, Baiya dgn Penyamun dan Baiya dgn Gejetnya.

Baiya, aku doa perjalanan ko selamat, balik ko selamat, diplom ko selamat, balik ko selamat, exam ko selamat dan 'game' PATAPON2 aku selamat. hehe. [ko jgn padam, tunggu aku beli PSP]


Maka, berlalulah Baiya dgn kereta bernombor plet BH 9762 AO, membelah malam menuju stesen keretapi...

*sambil membuat spirit fingers 6-jari. simbol apa? aku rasa Baiya tau kot...

*******

dalam pada itu,


Khalis bin Alias berumur satu tahun hari ini. sila tepuk tangan ramai2!!!

p/s: tu mak ko la yg buat rambut ko mcm tu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

7 kilometer

dulu masa jahil memula sampai dulu, kitorg ingat tempat ni gila besar smpi mencecah 7km persegi atau panjang/lebar tempat ni 7km. sbb punya la besar. padahal xda org penah sukat pun. akhirnya, masa gi belgorod hari tu [rujuk sini dan sini], baru la tau yg sebenarnya, nama tempat ni 7km sbb kedudukan dia kat kilometer 7 hala keluar bandar odessa ke belgorod. haha. kalo nak pikir balik, mmg xda siapa pun yg larat berjalan smpi 7 km. klo jalan ulang alik atau jalan setiap lorong kat tempat ni, mungkin la jugak cecah 7km. setakat ni, aku pun xpenah lalu semua lorong kat situ.

selamat datang ke Talcok. nama lainnya ialah pasar besar 7km. dlm bhs sini, sidmoy kilometr. ni ialah pusat dagangan terbesar kat sini yg aku boleh kata. orang kata, sini dulu tapak simpanan roket2/misil2 soviet. lps tu pulak, ada yang kata,sini pintu masuk barang2 'made in china' masuk ke Republik Soviet. ape2 je la...kat sini, kedai2 dia sume dalam bentuk kontena. kontena2 tu dah diubahsuai jadi kedai. ada rak, penyangkut baju, pendawaian letrik sume. peniaga2 kat sini pun berbilang bangsanye. ada org putih, org hitam, org arab, org turki, org afghan, org gipsi, org vietnam, org india, org pakistan. org melayu je xda. org melayu datang beli je. haha



kat sini sume pun ada jual. mainan budak, kasut, barang letrik, cat rumah, paip PVC, baju lawa, baju buruk, baju besar, baju 'kecik', minyak wangi, minyak busuk, beg kanvas, beg kulit, beg plastik, pasu bunga, jam dinding, jam tangan, cermin mata hitam, air tin, gula2. pendek kata sume pun ada jual sini. pompuan je x jual kot. ntah2 ada. aku yg xpenah jumpa. haha!

semalam aku, aswad, linda, ushop n salihin ronda kat sini. cari barang2 untuk bwk balik. kira mcm shopping last la nih. masing2 pun pakat gelap mata sbb klo jumpa brg yg murah, mmg murah betul. klo mahal tu, mcm beli kat butik. [padahal kualiti xseberapa pun...]

satu lagi kat sini, byk jual minyak wangi tiruan. harga murah a jugak. tp botol sebijik mcm ori. budak2 ni punya la borong. aku xpandai sgt bab beli membeli minyak wangi ni. bila dah balik hostel baru la menyesal sbb x borong jugak. hahaha! minyak wangi ni arab2 yg jual. bajet kalo bagi 'assalamualaikum' bleh a dpt diskaun. tp tinggal harapan je la...:-P

aku beli cap yg xda lidah. aku x pasti la benda ni topi tradisional ke ape ke, tapi aku tgk benda ni mcm org uzbek suka pakai. ntah la. nak kata kopiah pn xleh gak sbb bebudak muda pakai kat sini, dgn seluar pendek pun. haha. tp lawa a jugak. kira mcm versatile a jugak. nti kita tgk, menepati citarasa Imam Tambun ke x. :-P


ni bukan salah eja, betul la 'litel' eja mcm tu kn? kn? kn? hehehe

dan aku beli cap bulat ni. aku xtau sbb pe, tapi ada sesuatu dgn org Cuba ni yg menampakkan diorg ni mcm 'cara' sket. ntah, perasaan aku je kot.

p/s: siapakah org dlm gambo sebelah aku? jwpn betul xdpt hadiah la tapi...yg jwb salah pn xda hadiah gak. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bertahan!!!!

senarai semak barang2 untuk dibawa balik:
  • minyak zaitun extra-dara [extra-virgin laaa...]
  • buah zaitun dlm tin [saja nk bawak balik]
  • rempah shashlik 2 bungkus [nak try buat kat rumah. harapnya menjadi la]
  • seluar trek 2 helai, untuk dibaiki dan sehelai nak simpan terus kat umah
  • tabung kapal terbang, hadiah dr azlin 3 tahun lepas kot...ntah, dah lupa :P
  • cenderamata dari seluruh eropah untuk keluarga dan adik beradik [beg venice, pen kaca murrano, bingkai gambar, baju-T, magnet peti ais dsb]
  • seluar judo, pun nak kena baiki
  • buku2 teks yang dah xpakai [histo ross n satu lagi xtau ape nama, biologi, intro to pediatrics dan apa satu lagi ntah]
  • novel2 dan buku kecik yg lain
  • baju sejuk dan kot panjang [nak baiki jugak]
  • baju-T ukren [utk siapa yg berkenaan, sila claim kat airport. haha~~]
  • air lembu-merah tanpa gula 3 tin
  • suvnir utk cikgu yg baru start kerja
  • buku teks forensik, ada kwn order
  • beberapa baju dan seluar lain yg xkan dibawa pulang balik ke ukren
baju2 tu x bawak balik sini balik sbb nak kurangkan barang. nanti hujung tahun depan, xyah dah nak pos brg byk2. balik sini balik nanti, bwk brg makan je. hahaha! baru puas ati aku...

9 hari je lagi. bertahan! bertahan! bertahan!!!

bestnye, balik kali ni ada anak buah yg dah nak pandai berjalan, boleh puasa kat rumah, nak jumpa membe2 yg dah kawin, jumpa membe2 yg xkawin2...nk drive ke KL ;-)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

SpanBob Suarkotak



Are you ready kids?
Aye aye captain!
I can't hear you!!!
Aye aye captain!

Who lives in a pineapple under the sea?
Spongebob SquarePants!
Absorbent and yellow and porous is he
Spongebob Squarepants!
If nautical nonsence be something you wish
Spongebob Squarepants!
Then drop on the deck and flop like a fish
Spongebob Squarepants!

Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants
Spongebob squarepants!

::dedicated to all Spongebob fans who really wants to know the lyrics of the song::

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

teduh di bawah betik


sepanjang bulan lepas aku baca satu novel karangan faisal tehrani. buku pinjam drpd uShop bertajuk 'tunggu teduh dulu'.

novel ni tentang suka-duka seorang wanita bernama Salsabila Fahim yang mempunyai ladang betik. dia juga mempunyai sahabat zaman kanak2 bernama Kamil dan Lam. sambil2 dia berniaga betik dgn kwnnya, Teh Sofia, macam2 perkara berlaku dalam kehidupannya. dgn adik tirinya, Shahruzzaman, yang bermasalah cuba mensabotaj ladangnya, dan mak tirinya yang sakit kanser, Salsabila mengharungi dugaan dengan tabah.

lps tu ada pulak kisah cinta 3 segi antara 3 sahabat zaman kanak2 ni, sampailah Salsabila bertemu jodoh di tanah suci.

novel ni pada aku sangat lah panjangnya, tapi x jemu dibaca. ceritanya penuh teladan tapi tak berat membacanya. ada jugak bab2 romantik, tak rinci tapi memberi kesan kepada imaginasi...

siapa2 yg nak mencari inspirasi dalam kehidupan yang penuh pancaroba ni, boleh la baca novel ni. baru la tahu yang nikmat yg Tuhan bagi tu banyak rupanye...hari tak selamanya cerah. bila hujan datang, tunggulah teduh dulu. hujan pun satu nikmat jugak...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

troli ke bas?


gambar sebelah ni gambar satu bentuk pengangkutan awam kat sini. kat belah2 eropah byk, kat malaysia je xda.

namanya trolibas. english eja 'trolleybus'. ruski kata троллейбус/trol-lei-boos. benda ni jalan guna letrik. xda guna petrol ke diesel, xda.

masa mula2 jumpa agak 'praaq' jugak. wlpn xda la lawa sgt rupanya. buruk lagi ada. yg kat atas tu, versi panjang. ada la lebih kurg mcm treler angkut kereta. siap ada bhgn penyambung tu. yg kat bawah tu, versi pendek. mcm bas biasa je. tp guna letrik.




sejak ukren dapat hak menganjur bersama piala EURO 2012 ni, ada la pembaharuan sket. diorg dah mula ganti trolibas ni dgn yg baru. baru tak baru la jugak. tp 2nd hand amik dari rusia. tau sbb pada bas tu ada pelekat iklan lama, tulih '.ru'. maknanye dr rusia la tu. mcm canggih sket.

rupa pun nampak baru, xda la seram sgt nak naik.

lupa nak cakap, trolibas ni pun tambang murah jugak. mcm naik trem. tp satu je, sebab dia guna letrik, dia lalu jalan2 utama jek dan kalo terkeluar sket je dr trek dia, kabel letrik kat atas tu terlucut, pastu terpaksa la drebar dia turun, bega balik bagi lekat kat wayar letrik.

kalo aku ckp pemandu trolibas ni byk drpd wanita korg percaya x? selalu gak tjumpa akak2 ni bwk trolibas ada tanda L [tapi kat sini pakai huruf 'У', maknanya 'uchioba'/belajar] dan trolibas dia warna belang merah putih. tak dapat de kat mesia org pompuan bawak bas...

p/s: bas baru lebih mesra OKU
p/s2: siapakah orang bertanda anak panah? hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

murka


bas untuk raja ukren masa tengah bengang...

entry ni dan beberapa entry sebelum ni diterbitkan secara automatik. bilik xda net lagi...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bunga2 berguguran...


gamba ni kabur2 sket. tapi nak tunjuk satu fenomena kat sini. sekarang ni musim bunga musim panas. ada satu pokok kat sini keluar bunga mcm bunga lalang. berhabuk2 terbang2 dan lemas gile nengokkan...dah a banyak pulak pokok tu kat sepanjang jalan aku ke hospital kat tenistaya tu. dari politekh sampaila ke hujung prospekt shevchenko...cukup sebulan, sesak peparu aku dgn bunga nih...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

my new toy


ni mainan baru aku. baru beli sabtu lepas (30 mei 2009). nama macam x konfiden je kn? haha. xkesah la. yg penting, benda ni berfungsi dan aku boleh guna kat mane2. dan harganya murah :D beli yg mahal pun guna sama jugak...

kalo orang selalu pegi klinik gi periksa tekanan darah, guna benda ni la. tapi kat klinik tu guna raksa/merkuri. yg ni pakai udara. sama je, xda beza sangat. menurut prof shandra yg ajar aku fisiologi dulu, yg bezanya, kepekaan alat yang guna udara ni +/-5mmHg. klo alat raksa tu, kepekaan dia +/-1mmHg.

mekanisme penggunaan alat ni ialah seperti berikut.

bila gelang pelampung tu dililit kat lengan, dan udara pun dipam masuk, nanti aliran darah akan terhenti. pada masa tu, doktor akan letak stetoskop dia kat pelipat siku. kat pelipat siku tu, ada arteri nama ... . kemudian doktor akan lepaskan udara tu perlahan2 dalam kadar 5mmHg per saat. sambil tu, doktor dengar bunyi darah menderu dalam arteri yang terhimpit tadi.

disebabkan darah yg mula2 lalu tu akan berolak2, bunyinya akan kedengaran ikut stetoskop tadi. sambil mendengar bunyi, doktor pun membaca nilai kat meter tekanan darah. bunyi pertama tu menandakan nilai tekanan darah sistol. pastu doktor pun tgk bacaan sambil mendengar sampai bunyi tadi sayup2 dan hilang. bila hilang, bacaan pun diambil sekali lagi. ni pulak nilai tekanan darah diastol.

maka dapatla nilai yg selalu kita tgk dalam klinik tu mcm ni = 120/80.

tu bukan la 120/80 nilai pecahan sama dgn 3/2.

tekanan sistol tu tekanan darah semasa jantung mengecut. tekanan diastol pulak masa jantung mengendur.

satu lagi yg silap orang melayu ni, bila ada penyakit tekanan darah tinggi, selalu kata sakit 'darah tinggi'. tak betul tu. tinggi mana sgt darah tu boleh naik. habis tinggi pun kat kepala jek. sebutla betul2. 'tekanan darah tinggi'.

sekian terima kasih :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...