Archives

Kerja

gambar dari theseoulite.com

maaf, lama tak ada cerita baru. tak ada masa kebelakangan ni, sejak masuk keje kat rotiboy.

ye, aku keje kat rotiboy sebagai pekerja kuli.

macam2 skop keje kuli rotiboy ni. antaranya:
  1. bungkus roti
  2. susun roti kat peragaan/display
  3. lap peti ais
  4. lap peti wap
  5. lap ketuhar
  6. buat bungkus kertas
  7. susun doh beku
  8. kacau krim
  9. lap peragaan/display
  10. lap kaunter
  11. jaga mesin tunai/juruwang
  12. cuci kipas
  13. cuci ekzos
  14. sapu lantai
  15. mop lantai
  16. cuci tong sampah
  17. buang sampah
  18. cuci kain lap
  19. susun roti mentah dalam peti ais
  20. susun krim
  21. cuci peti ais
  22. kira stok
  23. paiping topping
yang terbaru kerja paiping tu. lepas 2 minggu baru dia [tokey] bagi pegang beg paiping tu. pastu nak kena belajar teknik plak tu. tangan dah la pengkor. huhuhu

keje plak tak tentu masa, tak tentu jadual. kadang2 masuk kul 10, kadang masuk kul 11. balik kul 8, kul 10. cuti plak sehari je seminggu. mampus aku...gaji memang la ciput. aku buat pun semata2 taknak duduk rumah bosan2...

tapi dun wori. insya allah aku keje sampai hujung bulan 2 jek. lepas ni nak buat benda lain plak. harap bersabar la ye...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

album duit besi


yeah! jumaat lepas barang yang dipesan ikut eBay dah sampai. album syiling untuk aku letak syiling yang aku kumpul sepanjang perjalanan aku keliling dunia. bukan le keliling sangat pun. tapi banyak la jugak.

sekarang tugas aku ialah mengilatkan syiling2 tersebut dan menyusun ke dalam album.

sekali ada banyak pulak lebih. sape2 rasa nak bertukar2 syiling dgn aku, sila la hubungi ye. ikut FB boleh, ikut emel pun boleh. kalo nak beli pun boleh. kira bayar upah aku cuci syiling dan wang pos la ye.

kalo nak bertukar2 suka sama suka, sila nyatakan syiling apa yang anda ada. kalo nak beli, nanti aku bagitau apa yang aku ada. kalo takde dalam stok, mintak maaf siap2 la.

dan aku dah letak shelfari kat sebelah ni. bebila masa lapang, aku tambah koleksi buku yg aku ada. sape2 berminat, boleh la baca buku yg aku syor tu. sayang sket buku bahasa melayu tak banyak ada dalam database shelfari.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bangsa membaca?



dulu ada slogan 'kepimpinan melalui teladan'. maknanya pemimpin tunjuk teladan baik, baru rakyat ikut.

tapi, kempen membaca ni, setakat ni tak pernah keluar media pun pemimpin tunjuk teladan tabiat membaca.

patutnya, kena la ada iklan tayang PM tgh baca buku ke MB tgh baca novel ke, buku bantu-diri ke ape ke. baru la rakyat boleh ikut. ataupun sekali sekala ada wawancara dlm akhbar, tanya penulis kegemaran pemimpin tu siapa, karya siapa yang paling disukai.

lagi bagus kalau pemimpin2 ada tulis buku dan idea2 sendiri. baru la negara ada ideologi. bukan setakat slogan je...setakat slogan, lepas tu buat propaganda lemau dalam TV...gila bosan...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...