Memaparkan catatan dengan label perubatan. Papar semua catatan

tabib yang bagus


Хороший врач негодного полезней -
Причину не поймешь ты сгоряча.
Ведь если не спасет он от болезней
Спасет хотя бы от... негодного врача.

::Pantun rusia untuk para tabib, terjemah ke melayu::

Tabib yang bagus membantu si cacat,
Menanggap punca janganlah gopoh;
Bukanlah si tabib menambah mudarat,
Meski gagal menjadi penyembuh...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

my new toy


ni mainan baru aku. baru beli sabtu lepas (30 mei 2009). nama macam x konfiden je kn? haha. xkesah la. yg penting, benda ni berfungsi dan aku boleh guna kat mane2. dan harganya murah :D beli yg mahal pun guna sama jugak...

kalo orang selalu pegi klinik gi periksa tekanan darah, guna benda ni la. tapi kat klinik tu guna raksa/merkuri. yg ni pakai udara. sama je, xda beza sangat. menurut prof shandra yg ajar aku fisiologi dulu, yg bezanya, kepekaan alat yang guna udara ni +/-5mmHg. klo alat raksa tu, kepekaan dia +/-1mmHg.

mekanisme penggunaan alat ni ialah seperti berikut.

bila gelang pelampung tu dililit kat lengan, dan udara pun dipam masuk, nanti aliran darah akan terhenti. pada masa tu, doktor akan letak stetoskop dia kat pelipat siku. kat pelipat siku tu, ada arteri nama ... . kemudian doktor akan lepaskan udara tu perlahan2 dalam kadar 5mmHg per saat. sambil tu, doktor dengar bunyi darah menderu dalam arteri yang terhimpit tadi.

disebabkan darah yg mula2 lalu tu akan berolak2, bunyinya akan kedengaran ikut stetoskop tadi. sambil mendengar bunyi, doktor pun membaca nilai kat meter tekanan darah. bunyi pertama tu menandakan nilai tekanan darah sistol. pastu doktor pun tgk bacaan sambil mendengar sampai bunyi tadi sayup2 dan hilang. bila hilang, bacaan pun diambil sekali lagi. ni pulak nilai tekanan darah diastol.

maka dapatla nilai yg selalu kita tgk dalam klinik tu mcm ni = 120/80.

tu bukan la 120/80 nilai pecahan sama dgn 3/2.

tekanan sistol tu tekanan darah semasa jantung mengecut. tekanan diastol pulak masa jantung mengendur.

satu lagi yg silap orang melayu ni, bila ada penyakit tekanan darah tinggi, selalu kata sakit 'darah tinggi'. tak betul tu. tinggi mana sgt darah tu boleh naik. habis tinggi pun kat kepala jek. sebutla betul2. 'tekanan darah tinggi'.

sekian terima kasih :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

institut mata filatov

perimetri ialah sukatan kepekaan pembezaan cahaya yang bersistem dalam medan penglihatan dengan mengesan kehadiran sasaran uji pada latarbelakang tertentu. ujian medan penglihatan boleh dilakukan secara klinikal dengan menguji secara berdepan-depan dengan mengekalkan renungan subjek tertancap sementara menayangkan objek di pelbagai tempat dalam medan pandangan mereka. secara amnya, ini bertujuan untuk meneroka seluas mana medan penglihatan subjek. hasil-hasil pemerhatian direkod menggunakan grid Amsler. kekurangan atau kecacatan dalam medan penglihatan termasuklah skotoma, kehilangan penglihatan periferi dan kehilangan penglihatan yang lebih halus.

untuk lebih lanjut, rujuk wikipedia. artikel 'perimetry'.

ni ialah alat perimeter moden bersama grid Amsler


ni ialah tok moyang kepada alat perimetri yang moden zaman sekarang ni. ada lagi simpan kat jabatan oftalmologi/kajimata OSMU.

antik x? hehehe

palang separuh bulat tu boleh diputar 180 darjah pada paksi di tengahnya dan titik2 yang mana penglihatan hilang akan direkod dgn tangan [manually] pada grid.

klik sini untuk ke laman web institut mata filatov. kuliah oftalmologi dan muzium filatov ada kat sini. boleh tgk meja kerja dia, lukisan2 dia [dia pandai lukis] dan baju makmal dia. pada dinding ada jam yang menunjukkan waktu dia mati.

klik sini untuk mengenali siapa filatov. tp dlm bhs rusia la. boleh terjemah guna google translator :P

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

'action' patients


one day in the ophthalmology clinic...

A: hey B, u see people here so 'action' one?

B: 'action' ke? why ah?

A: ya la. even indoors also don't take off their sunglass...

B: u stupid ke? they all have red-eye. for sure cannot take off sunglass le...

A: hehehe

the next day, in the ophthalmology clinic...

B: hey A, u noticed the clinic so dark one?

A: here is ukren la. no money to pay electric bill kot...

B: but i think a, this one is deliberately dark la.

A: why u say like that?

B: not everyone can buy sunglass n 'action' la...hahaha!

A: (+_+)"

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

epal yg sedap

imej dari www.homestead-farm..net

PPSMI mengatakan, 'an apple a day, keeps the doctor away'.

beberapa minggu lalu masa cycle sakit puan, aku ada sembang dgn kak yong [yg dah menutup blognya drpd khalayak, pastu x invite aku...adoiii] pasal khasiat jus epal. dan melalui pembacaan aku, jus epal boleh membantu menstabilkan hormon wanita lantas mengurangkan kes fibroid rahim. kalo x caya, sila cari kat internet. hehe

p/s: aku berhajat nk mkn 2 epal hari ni. aku suke epal merah dan keras rangup...malangnye, x rajin nak pegi beli pulak...epal hijau pun ok gak. tp epal hijau masam2...sape nk belanja? hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kelas sakit tuan


kemaskini tentang 'cycle' sakit tuan dan salur kencing.


gambar 1:  pintu masuk ke jabatan sakit tuan/andrologi
gambar 2: model kelenjar prostat dengan pelbagai patologi
gambar 3: alat bantu mengajar untuk prosedur kateter pundi kencing
gambar 4:  irma meraba prostat sambil menyenaraikan ciri-ciri prostat taksihat. kelihatan sungguh nikmat sekali. hahaha!

oh ye, gambar ni diambil masa hari lahir irma, 5 mac 2009. 

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kenapa pakar jantung kaya...

Dr. Chekanov hr tu buat kelakar dlm kelas Urologi/Sakit Salur Kencing, dia ckp gini:

kalo sorg pakar salur kencing yg xdapat korek keluar $10 dari jubur pesakit, maknanya dia x cukup pakar...

Kami xpaham, tapi kami gelak je la. gelak kesian. 

Dia perasan kami x paham. dia sambung lagi:

kalo pakar sakit puan xdapat korek $20 dari p*ki pesakit, pakar sakit puan tu pun x cukup handal.

kami bertambah2 la x paham. ape ke hal doc ni buat kelakar keluar tajuk ni? ni bukan jabatan sakit puan.

"Korang x paham ke? adoi... ok la, biar saya terangkan...


untuk pemeriksaan salur kencing, pakar kene cari prostat. lepas pemeriksaan sejari, dapat la duit $10. 

untuk sakit puan, pakar guna dua jari. dapat la $20.

sbb tu, dlm dunia ni, pakar jantung yang paling kaya. tiap2 kali pun kene guna semua jari, dapat $100." 

[korang xpaham ke? sila rujuk rajah untuk kefahaman lanjut]

gambar2 dari enasco.com, mededsys.com & nucleusinc.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

BraCEs MAndiBlE

gambar aku curi2 ketik dgn K550i aku. kat blkg tu dr. Gulfam baru masuk.

set braces mandibel/rahang bawah baru dipasang semalam. pagi tadi aku terjaga sebab aku tertolak bendalah besi yg melekat kat gigi kacip/incisor bawah aku. nasib x terjerit je tgh2 pagi tu...terus aku smyg subuh lps tu. hehehe [saje je nk bitau aku smyg subuh awal pgi ni...kui3]

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

dalam mulut aku


ni ialah pemandangan dlm rongga mulut aku. lihat, betapa bersih dan bersinar. haha!

hari isnin hr tu aku gi jumpa doktor gigi aku, iaitu dr. tamara brunich. doktor wanita yg menyebabkan aku berdebar2 setiap kali aku ke klinik. tapi debaran aku akan tamat sebaik saje aku tgk dr. gulfam [lelaki, dari india] berdiri di sisi aku dan menenangkan aku. hahahaha. [bukan tenang, tp 'turned off'] :-P
  1. gigi taring bawah kanan aku yang xselari dan perlu diperbetul
  2. gigi geraham kecil kedua aku yang sdg berdenyut2. ARRRRGGHH!!!!
  3. getah2 separator/penjarak untuk menyediakan ruang untuk 'band' logam
gigi tu rasa berdenyut2 sbb dia tgh 'dikalihkan' secara perlahan2 dgn tolakan dari getah penjarak tu. sblm ni, utk rahang atas, dr. tamara gune penjarak logam sbb gigi atas aku rapat sampai getah tu putus ketika cuba dimasukkan. getah ni jugak menyebabkan aku terasa mcm ada daging terselit celah gigi wlpn aku xmkn daging.

akibatnya memakai getah ni, aku xbuleh mengunyah dgn betul. kunyah mcm kunyah olok2 je. pastu telan je makanan yg kunyah xbetul tu. huhuhu. adoiyaii...tensen tol!!! tp mak aku ckp, "sendiri yg nak kan...tahan je la..."

org kata, "beauty is pain". tp dlm kes aku "kawaii is pain". haha

p/s: sebelum azlin ckp gigi aku kuning x gosok ke ape ke, biar aku btau siap2. aku dah gosok gigi sblm sesi penggambaran. dan gigi kekal normal ialah berwarna putih dan kuning air. gigi aku masih kira normal, bukan kuning x gosok gigi ye...harap maklum

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

beng! beng!

lubang keluar

kelas forensik, isnin 3 oktober 2008.

hari ni belajar tentang kecederaan akibat senjata api dan ciri2 senjata api. senjata api ada laras panjang (senapang dan raifal), laras pendek (pistol dan revolver, automatik/separa automatik) dan senjata api atipikal (buatan sendiri). peluru pulak ada peluru mata tajam, mata tumpul, penabur (shot), peluru sukan, peluru memburu, peluru perang dan peluru kapur. setiap peluru menghasilkan kesan kecederaan yg unik.

kecederaan akibat senjata api pulak, boleh dikelaskan kepada tembakan tembus, tembakan tak tembus dan kontusi [peluru terpantul, konon2 kebal la. haha]. jika ada tembakan tembus, jurubedahsiasat kena pastikan lubang mana peluru masuk (entry wound) dan lubang mana peluru keluar (exit wound). selalunya pada lubang masuk ada tisu hilang (minus tissue), kesan lelas, lebam, lecur dan saki baki jelaga (soot) dan serbuk peledak (gunpowder residues).

mengenai kesan tembakan peluru penabur, jurubedahsiasat boleh anggar jarak tembakan melalui corak kecederaan pada badan mangsa. jarak tembakan juga boleh dianggar jika ada kesan 'stanzmark'. kesan 'stanzmark' menandakan tembakan sentuh iaitu tembakan dengan senjata api menyentuh tubuh. tembakan sentuh juga selalunya tiada kesan lecur dan saki baki serbuk peledak. darah boleh dikesan di dalam muncung senjata api jika senjata api dijumpai.

balang kiri, kesan peluru penabur jarak 3-5 meter. balang kanan, kesan tembakan pistol, lubang masuk

hari ni, xpegi bilik mayat sebab xda orang mati ditembak semalam. balik2 bunuh diri, balik2 bunuh diri...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hati, limpa dan paru


selamat hari lahir Dr. uShop!

dan sebagai sambutan hari lahir uShop, kita raikan bersama2 di bilik mayat jabatan siasatan kematian wilayah odessa :)

ni ialah serius, aku xbuat kelakar :| kitorg mmg meraikan hari lahir usop kat bilik ayat jabatan siasatan kematian wilayah odessa.

ok la, xda la semata2 hari lahir usop, kitorg pegi sana. hr ni hari 1st cycle forensics medicine. so, kalo dah nama forensik, mmg la xbuleh lari dr bilik mayat. bilik mayat ni kat belakang dewan anatomi universiti. sebelum ni penah la singgah sbb ada sembahyang jenazah kat sini tapi baru semalam aku masuk bilik mayat dia.

gamba industrial accident yg kelakar

bila sebut pasal forensik, org akan terbayang mayat, mayat dan mayat. sebenarnye tak. ada la bhgn yg bersangkut-paut dgn mayat tapi bidang forensik ni luas. ia termasuk la mayat, bedah siasat, punca kematian, siasatan toksik, siasatan mangsa yg hidup dan pecahan undang2 yg berkaitan.

lps profesor tu bg taklimat serba ringkas mengenai jabatan ni, dia pun bwk kami pusing2 ke makmal toksikologi, makmal sisa organik/biologikal dan bilik mayat. [perkataan mayat ialah perkataan pilihan hari ini]

kami x jangka pun hari pertama dah singgah kat bilik mayat. masa masuk tu menonong je jalan. xsedar pun yg bilik yg kami masuk tu ada mayat bergelimpang, semua tgh tunggu giliran nak dibedah. ada mayat gantung diri, mayat eksiden dan beberapa mayat yg dah keras kejung.

contoh benda2 yg boleh dilihat di bilik mayat. aku bg tgk gamba buku teks je, yg sebenarnye jauh lebih ngeri dgn mata yg berdarah, kulit yg lebam dan...

ok lah, esok2 aku sambung lagi. jumpa anda di bilik mayat!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

bunuh diri


ni ialah balang shisha/kalyan klasik. diperbuat dr tembaga, dibawa khas dr israel. perhatikan badan balang yg kusam, menandakan ia selalu digunakan. muncung hisapan juga dr bahan buluh.



tembakau letak dalam pasu warna coklat tu. arang letak atas kerajang aluminium


boleh juga dinikmati bersama coklat mahal


asap shisha 30 kali lebih merbahaya daripada asap rokok. jauhi amalan menghisap benda xberfaedah ni. membazir. hehehe

disclaimer: benda ni bukan kitorg punya. ini bukan amalan kitorg

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

piracetam overdose

td hr last aku utk cycle clinical pharmacology. ada 2 lecturer ajar kitorg utk cycle ni. sorg laki, sorg pompuan...

yg pompuan tu sempat ajar sehari jek. selebihnye doc laki tu yg amik kelas. [sepatutnye grup dibahagi dua, satu sub-grup doc pompuan amik satu lg doc laki tu ajar]. time dgn doc pompuan tu, kitorg pgi wat curation, jumpa patient.

abaikan kisah kitorg jumpa patient. aku nk cite pasal doc laki ni. nama dia sergei borisovich [xsilap aku la]. dia ni cakap english bagus. tp kdg2 bila dia nk cerita dgn penuh emosi, dia pakai ruski.

sekali dia ckp, ibarat angin ribut melanda taiwan. punya la laju!

dan kelajuan syarahan dia tu, diisi penuh dgn ilmu maklumat farmakologi.

mau pening la jugak masa mula2 kelas dgn doc ni.

tu baru bab dia ckp dgn kelajuan tinggi. belum lg bab pengetahuan dan kecekapan dia dlm farmakologi. mmg mcm haram...

sekali dia start pasal antibiotik, semua2 pasal antibiotik dia buleh petik. penisilin, cefalosporin, macrolide, aminoglycoside, imidazole derivatives dsb lengkap dgn sub-group, classification, mechanism of action, dosage, side-effect.

lepas tu kelas NSAID, dia wat perangai mcm tu jugak.

lepas tu kelas ubat2 penyakit jantung. pun dia ulas semua ubat dalam senarai yg ada dan penerangan yg teliti dan laju.

nama saya sergei borisovich. hobi saya menghafal ubat dan mencuba ubat
[aku petik gamba guna hset secara curi]

kdg2, mula syarahan dia dgn semangat nk menyalin nota. last2, letak pen, dgr je sbb xlarat nk salin dgn kelajuan tinggi [ada sekali tu aku berjaya menyiapkan sudoku] hahaha...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

there will be blood



ni hasil aku dtg kelas hari ni. aku xtau la benda yg aku wat ni beretika atau x. tapi atas dasar dokumentasi, buleh je kot. lgpun xnampak muka pesakit dan x mencemar maruah sape2 pun, aku rasa la...

jadi, hasilnya ialah video tonsilektomi. pembedahan buang tonsil, gaya ukren. yg aku tgkp ni, pembuangan tonsil belah kiri. yg belah kanan aku xsempat nk tgkp, excited sgt nk tgk. hehe

mmg berdarah2 gile haram pny byk. pesakit ni mula2 konfiden jek nk dibedah. sembang baik jek. sekali doktor [prof. head of dept] dah cabut tonsil kanan dia, terus diam, pucat lesi. ouch!!! yg kami semua xtau, tangan pesakit ni dah diikat kat kerusi. xnak bagi dia meronta2. seram x?

pada saat ke 12, doktor tu suntik bius. bius yg digunakan ialah lidocaine 2% dan adrenalin untuk mengurangkan pendarahan. ni darah dah kurang, melimpah2 camni. korg bygkn kalo xda adrenalin. muahahaha!

pada saat ke 36, insisi kecil dibuat dan tonsil dipisahkan secara tumpul [blunt separation] guna buntut skalpel.

pada saat ke 55, tonsil berjaya dicabut keluar. gambar ketulan tonsil, ada kat usop. nanti aku mintak kat dia.

masa kelas hari tu, ada doktor lain cakap, yg bius suntik kat tonsil tu temberang je. sebabnye, doktor xnk pesakit tu kebas betul2. kalo kebas nanti xleh nk batuk dan ludah keluarkan darah. jadi, doktor suntik sikit je dan selebihnya, kesan psikologi terhadap pesakit. dia percaya dia dah kene bius, maka kurang la rasa sakitnya.

man, i love this field :D

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

alhamdulillahilladzi razaqana hadza

gamba xda kene mengena dgn entry kali ni. candid oleh salihin

gamba2 hasil ketikan henfon baru.

tempat: masjid al-masar
masa: maghrib semalam
acara: berbuka puasa beramai2
hidangan: juadah afghani/uzbek sumbangan org2 afghan dan uzbek kat komuniti odessa

lauk terung berempah. pedas dan berperisa, cicah dgn krim masam

gulai tradisi asia tengah dgn bebola daging. x cukup semangkuk kerana sedap


nasi plov rekaan Ibnu Sina [serius, ni ialah fakta yg diberitahu oleh org Uzbek sendiri kpd aku , aswad n baiya. nama dia Abdullah. kalo aku jumpa dia, aku ketik gambo dia]

pencuci mulut xsempat diketik gambarnya sbb dah kenyang sampai terbalik pusat...tapi jeli beras beraroma buah pelaga, kayu manis dan direnjis dgn kekacang di atasnya. nyam2!

juga buah anggur dan epal. xperlu gamba...anggur dan epal pun x kenal ke? huhuhu

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tabik, hormat!!!

pelajaran kat sanatorium салют/salute td sungguh menginsafkan.


wlpn terlambat dtg, [hehe. utusan mesia pny pasal, melayan zue lagi] kitorg sempat sampai dan xda kene mark dgn vladimir leonidovich.

sanatorium salute ialah satu prasarana kerajaan ukren utk veteran2 perang mereka. nak pegi sanatori ni, amik маршрутка/marsyrutka no 198 kat simpang детская больница/detskaya bolnitsa, pastu turun kat площадь 10-я апрелья/ploshad 10 apreliya. belakang megapura сады победы/sady pobedy.

ni kali kedua kelas kitorg kat sini. mgu lepas ada jugak, tp mgu lepas pelajaran pasal sistem makanannya. hr ni, pasal sistem fisioterapi dan kesihatannya.
setelah dpt taklimat awal dan vladimir pun balik [tanpa amik attendance. huh!!!], kitorg naik ke tingkat 7 utk sesi penerangan di gym.

utk gym warga emas, kelengkapan2 kat sini pun ber'usia emas' jugak. same je mcm gym kat спортзал/sportzal institut. antik!!! tapi x seantik sanatorium lermontova hr tu.

memula ada sesi penerangan oleh atuk yg jaga registration. dia pun mula ceramah serba banyak ttg prosedur dan aktiviti warga2 emas kat gym tu. pastu dia tunjuk/demo fungsi alat2 dan cara guna alat kelengkapan gym. kuat kederat atuk ni. alat2 yg dia demokan, dia kerjakan dgn sepenuh kemampuan dan dgn jangkauan sendi yg sstgh org muda pun xlarat! mmg fit, tabik sama atuk!
atuk td abis taklimat dekat pukul 1030am, ada sesi senaman utk penghuni yg ada sakit kardiovaskular. ni gamba2 yg sempat usop ketik.

7, 8, 8 lagi...

tgk crest nenek tu...nenek aku pun xda crest camtu

nenek yg konduk aerobik

tok lihin mencelah ;)

mmg bagus program2 mcm ni. demi kesihatan warga emas, dan sbg tanda mengenang jasa dan pengorbanan veteran2 soviet ni. malangnya, xsemua berpeluang merasa keistimewaan ni. ramai warga tua lain kat luar yg melarat sakit xda rawatan...isk3

ziarah kitorg selanjutnya pergi melawat ke bhgn lain pusat sanatorium tu. sama je mcm sanatorium chkalova, ada terapi lumpur, air panas, ultra sound, elektromagnet dsb. pastu ada bilik psikoterapi [bilik gelap ada audio bunyi burung berkicau2 dan air mengalir] utk rawatan insomnia. juruterapi tu ckp atuk-nenek ni kena isnomnia mungkin sbb pengalaman lama diorg. fuih! perang dah lama abes dah tok! [penangan perang, trauma kekal bertahun2...]. ada jugak helioterapi. terapi berjemur. pastu ada ionised air therapy. alat dia mcm pasang tudung saji terbalik dgn elektrod berjarum2. bila pasang elektrik, udara akan terion sbg rawatan mcm2 penyakit. [sori, xda gamba. xigt nak suh usop petik. sila peras daya imaginasi anda]

koktel! koktel! sape nak koktel!!

yg paling unik aku xpenah jumpa sblm ni dlm idup aku ialah, кислородьный коктейл/kislorodniy koktel, koktel oksigen.
aku xtau dia buat pakai apa [obviously ada oksigen] campur tah pape ntah, rasa mcm makan buih manis2. pekena sesudu, tersedak aku. haha

buih semata2

byk teknologi puak2 soviet ni. tapi satu la masalah diorg ni. diorg dah sampai satu tahap kemajuan dan kekal di situ. padahal dunia seluruhnya makin maju dan maju dan maju. diorg masih igt diorg ialah soviet yg gemilang pada zaman 50-60an dulu. silap a korg...
bila aku renung balik muka atuk2 dan nenek2 ni, insaf aku [sekejap]. macam mane la keadaan aku nanti dah tua, dah kendur, kederat xda, penyakit bertimbun...isk3...insaf...

glossari:
спортзал - sports hall, dewan sukan

маршрутка - bas mini

детская больница - hospital kanak2
площадь 10-я апрелья - medan 10 april [sila cari sendiri apa signifikan 10 april ni]

сады победы - taman kemenangan

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

why the needless pain?

"what doesn't kill you, makes you stronger"

a common saying we can find in motivational talks, notebooks of students in their exam period, on the mirror of a girl on diet, on a sick patient's desk or in a politician's diary. it's an expression, basically meaning 'some obstacles will challenge your progress, but if you succeed, you will emerge a better person'.


i was enlightened to write this note to explain some common misconceptions towards martial arts and their practitioners. i've encountered some people asking, belittling and some went to the extent of discouraging the practice of martial arts. so, i hope these pieces of my mind would answer their enquiry and make things clear for them why some people are keen in learning these self-defense arts.

first of all, the questions went somewhat like this:
  • why do you learn it in the first place?
  • it is painful, right, doing all those acrobats?
  • what else do you get other than bruises and broken bones?
  • if i knew my brother/son/cousin is involved in such self-torturing acts, i would have stopped him...
i would like to draw the attention first to the psychology of the human mind. the human mind has the components called 'drive', 'instinct', 'need' and 'desire'. to explain all of this would require quite a long page. let's just keep this short. these components are essential to the human being's existence as they keep the human race in a constant struggle to survive and maintain their species. also, using these components, the human mind is able to set a 'goal' to achieve and bear the hardships of reaching that particular 'goal'.

now, let us take the similitude of a girl on a diet program. she has the 'desire' to look good or maybe she has the 'need' to attract a boy. this is a normal 'instinct' for a human being [as to maintain the human species, i might say]. and to look good, she is 'driven' to exclude some of her favourite food from her menu. this is the point of a diet program. to not to eat according to your heart's wishes and thus obtaining the ideal weight and measurements. to say the least, enduring appetite restraints and to some point, hunger, is a part and parcel of a diet program. a question like 'why does she stop eating such and such?' would be considered stupid because we all know what is required in a diet program.

same goes to learning martial arts. i don't think i need to re-explain the components of the mind again, rather i would explain why the obstacles are endured.

the self-torture acts [as some might see it] are the parts and parcels of learning martial arts/self-defense. you can't expect to learn these arts without experiencing some bit of pain. now it comes to 'what doesn't kill you, makes you stronger'. a sprained ankle, dislocated shoulder, cut knee, back pain [which i am experiencing now] is just part of the learning process. better to get hurt in the gelanggang/gym/dojo/ring and learn something than get hurt on the streets and be sorry.*

i remembered a point given to me from my silat trainers. the saying goes like this:
"biar rasa sakit masa belajar, supaya kita tahu bagaimana rasanya dan tak buat sesuka hati pada orang...**"
meaning "bear some pain during training so that we can know the feeling and not apply it ignorantly on undeserving people..."

now that is a lesson of humility inculcated in silat. i think all other martial artists will agree.

i think my answers are enough to satisfy the questions above.

p.s: *quote taken from ushop during coming home from RB practice. **quote from SCH training in UIAPJ, can't remember whether it's bro atuk or bro hafiz...missed those guys

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

buang nafas, bukan lepas nafas...

sebulan lepas, aku ada cycle sports and health medicine. cycle ni meliputi pengetahuan2 kesihatan sukan, senaman dan rehabilitasi [rehabilitation].

jadi, sedikit info yg aku nk kongsi kat sini ialah berkenaan fisiologi pernafasan. basically, sume org tau bernafas. yg org tak ramai tau, proses yg terlibat dlm pernafasan. yg lagi ramai org xtau, ialah teknik mengawal pernafasan.

bila manusia bernafas, otot diafragma akan mengecut dan mendatar. otot interkostal luar pun akan mengecut dan menggerakkan sangkar rusuk ke atas. ini akan menambah isipadu sangkar rusuk dan udara dari luar akan masuk ke paru2 [prinsip fizik mengenai isipadu dan tekanan. bukak buku fizik masing2 ye...]

bila manusia menghembus nafas, sebenarnye ini ialah proses pasif yg mana kita hanya merehatkan otot diafragma. justeru, sifat elastik otot dan ligamen sangkar rusuk yg akan mengembalikan bentuk dan posisi asalnya yg memaksa udara keluar dari peparu.

kembali ke cycle sports medicine td, mdm olga gennadievna ada mengajar cara pernafasan utk penghidap2 asthma. utk golongan ni, ada cara khas utk bernafas dan meringankan bebanan semput.

FYI, org semput/asthma, mengalami 'expiratory dyspnea'. susah bernafas keluar. rintangan dlm peparu menyebabkan udara berkumpul di dlm peparu. bile semput, pesakit makin sedut nafas sbb rasa xcukup nafas. makin sedut, makin berkumpul. makin berkumpul, makin sesak nafas. ni org kata 'vicious cycle'/kitaran jahat.

sebagai langkah pemulihan, pesakit diajar menghembus nafas guna otot perut. otot perut cukup kuat utk mengeluarkan udara dlm peparu kalau kena gayanye. otot2 perut termasukla 'rectus', 'transversus' dan 'obliquus abdominis'.

tetiba plak, teringat aku kat pesan sahabat pendekar aku, che lin. masa aku menuntut ilmu senaman tua dgn dia dulu, dia ada ajar teknik ni. teknik pendekar2 melayu zaman silam yg ilmunye setanding dgn umat russia/ukraine ni. cumenya, org2 RU/UA ni kaji mendalam dan apply dlm ilmu perubatan diorg. org melayu, sebut silat je, terus buang jauh2. khurafat la, ketinggalan zaman la, bidaah la.

banyak rupanya khazanah ilmu bangsa melayu ni. bangsa yg pernah berdagang ke seluruh penjuru alam. bangsa yg bersopan-santun beradat-budaya. bangsa yg sekarang ni mengkhianati asalnya dan meninggalkan nilai2 nya...

p/s: nak belajar senaman tua, sila cari jurulatih bertauliah/kelas2 berhampiran. nanti boleh dpt sijil. hehe. cube la belajar dulu, try amik ape2 yg berfaedah.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kemurungan/depression


adakah anda berasa xbersemangat?

adakah apabila anda bangun tidur, ada rasa xbermotivasi?

adakah anda rasa sedih yg xberpenghujung?

jika ya, anda mungkin mengalami beberapa simtom kemurungan/depression.

kemurungan ialah satu masalah jiwa yg memerlukan perhatian segera. ini penting untuk mengelakkan komplikasi2 yg lebih teruk pada masa hadapan.

antara simtom2 kemurungan yg lain ialah:-
  1. perasaan sedih yg berpanjangan

  2. tidak bersemangat melakukan aktiviti

  3. mula kurang bercakap/berinteraksi dgn kawan2

  4. berfikiran pesimistik [gelas itu sebenarnya separuh kosong]

  5. banyak tidur tetapi masih xberasa segar

  6. cepat terasa hati

  7. ketumpulan emosi [peringkat teruk]

kemurungan boleh dielakkan dan dirawat. jangan malu untuk berjumpa dgn pakar rawatan jiwa/doktor psikiatri. rawatan awal boleh mengelakkan anda dari terjerumus ke penyakit gila.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

rahsia КГБ terbesar!!!

yuri gagarin, angkasawan pertama

"makcik umur 69 tahun. makcik kerja pengarah 'House of Science and Culture' kat odessa ni. ayah makcik idup lagi, umur 92 tahun. mak makcik pun ada lagi. umur 91 tahun. ayah makcik kerja komposer kat teater, mak makcik penari balet. tok nenek makcik pun ada lagi, umur 120 tahun. kerja sapu sampah. diorg ada dok kat flet diorg.

"makcik ni isteri yuri gagarin. ala, angkasawan pertama tu. xkenal ke? kdg2 dia ada msj makcik, pakai komputer. mesej rahsia. tapi makcik xbuleh nk bukak, kat sini xda komputer...


[hah? betul ke makcik ni? yuri kan dah mati?]

fakta mengenai yuri, klik sini

"dgn yuri, makcik ada 2500 anak. lelaki dan perempuan. tapi sume dah mati dah...anak2 lelaki sume makcik namakan yuri. anak perempuan yg rambut 'blonde' nama natalia. yg rambut gelap, nama anna.

"org sume igt dia dah mati, kemalangan udara tapi x sebenanye. dia idup je lagi. keje dgn KGB cwgn odessa. jd KGB kene la idup sembunyi2. kdg2 makcik ada nampak dia dlm TV, jd pelakon tp dlm TV tu dia pakai mekap, rambut warna lain, gaya rambut pun lain. anak sulung makcik pun skrg ni ada kerja dgn yuri, jd KGB gak..."

[ah sudah makcik nii...]

makcik ni mmg mental sebenarnya. sume benda yg dia ckp tu ialah ciri2 'pseudohallucination' dia. makcik ni penghuni hospital mental kat slobodka nih.

pintu depan kelas psikiatri aku...mental kn?

skg ni aku tgh cycle psikiatri/ilmu rawatan jiwa, so, dapat la aku tgk org2 yg mental cam makcik ni. mcm2 cerita buleh dgr. kisah benar la, pembunuh bersiri la, fantasi la, fantasi seks la dan macam2 lagi. kompleks hospital mental ni jugak mengandungi tempat pemulihan alkoholik/tahi arak, serenti dan psikiatri forensik/penjenayah2 psiko. gerun x? muahahaha!!!

prison/mental break
padang utk mental convicts...dan tumbuh pokok pun

kat hosp mental ni aku belajar istilah2 mcm neurosis, psikosis, halusinasi, 'delusion', skizofrenia, sawan, paranoia, 'obsession', 'compulsion', 'hebephrenia', 'parabulia' dan lain2. dlm psikiatri, perkataan 'perseveration' pun maknenye jadi lain...isk3


lubang2 peluru kat bangunan utama

aku sendiri pun penat nak hapal makne2 istilah2 ni.

di hujung pertemuan kitorg [1 grup dan doc sushko] dgn makcik tu, usop gatal tny makcik tu soalan ni:

"makcik, sepanjang makcik dok sini, penah x yuri dtg melawat?"

ni jwpn makcik tu:
"xpenah pun, tapi makcik xkesah. takut nanti ramai wartawan datang nk temuramah yuri dgn makcik, leceh pulak. makcik pun dah xda gigi ni, camne nak masuk suratkhabar..."

adoi...makcik, makcik...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...