Archives

hukuman sebat

2-3 minggu kebelakangan ni, makin ramai pulak aku jumpa balik kwn2 SIS aku kat FB. salah sorgnya si A. A ni budak teluk intan. dengan si A ni, aku ada satu kenangan yang tak terlupakan. bukan dgn A je la, tapi geng2 bertugas sapu kelas 1K. kalau tny diorg ni, mesti diorg igt pastu gelak tak sudah. tak pun, menitis2 air mata syahdu. huhuhu...

ceritanya mcm ni...

ada satu malam tu, kat kelas 1K. kami tgh prep. sambil2 study, sambil2 borak. bebudak tingkatan 1, ape la benda nak di'study'kn sgt. melepak je la lebih. makin lama, makin bising. kadang2, kalau bising, abg2 tingkatan 5 akan turun dan sound, tp mlm tu tak ada pulak. mungkin bising tu boleh tolak ansur lagi la kot.

satu yang kami x tau, mlm tu, ustaz Mat warden bertugas. dia ronda pulak.

tetiba ustaz Mat terpacul kat pintu kelas.

"ni kenapa bising ni? orang suruh datang kelas, belajar, buat kerja sekolah. bukan suruh bersembang, berborak! tengok kelas ni. kotor, tak bersih, sampah merata2! siapa bertugas kemas kelas? buat kerja cepat!"

ustaz Mat membebel panjang lagi mlm tu, aku pun tak ingat. tapi isinye lebih kurg mcm tu la. kami yang tingkatan 1 ni, tak pernah kena dengan ustaz Mat. sekali dia sound, mmg terkedu habis la. nak2 pulak, selama ni kami kenal ustaz Mat mcm ala2 baik gitu. kdg2 bagi nasihat lembut jek [ustaz Mat org tabligh, so paham2 la ayat org tabligh mcmne].

habis je ustaz Mat bersyarah, dia pun beralih ke kelas sebelah. nak bersyarah kat situ plak. ustaz Mat pun hilang dari pandangan...

aku dgn A pun yakin la ustaz Mat dah blah. maka aku dengan niat sarkastik dan selambanya, angkat tgn tinggi2 dan buat tanda 'bagus' dgn ibu jari. nak padan-mukakan kelas aku yg bising dan kotor tu. A pun sama angkat tgn tunjuk 'bagus' gak.

sekali tu...

USTAZ MAT DATANG BALIK!!!

"hah, kamu! yang angkat tgn tadi tu! mari sini!" ustaz Mat jegil mata.

mati la! ustaz Mat nampak rupanya. nasib baik ustaz Mat pandang kat A...

"kamu la! jgn pandang org lain"

USTAZ MAT PANDANG AKU RUPANYA!!!

mati la sekali lagi! aku ingtkn ustaz Mat pandang kat A. A duduk belakang aku. jadinya, aku nampak mcm ustaz Mat tenung kat A, aku duduk dalam garis tenungan dia. kira mmg ustaz Mat pakai pandangan tembus. haha!

"ooo...kecik2 dah berani ya? angkat2 tangan? apa kamu tunjuk tadi? nak buat lawak ya? nak tunjuk hero?"

berderau darah aku. tergagap2 cuba nak menjawab. menjawab? nak mampus? dah la buat salah, nak menjawab pulak lagi? dok diam sudah. huhuhu. seram sejuk satu badan, darah mcm dah kering. nk telan air liur pun aku rasa air liur pun kering.

"ketua kelas mana? kelas bising, kotor. pegi ambik rotan saya dalam kereta."

si ketua kelas ni pun pegi la berlari amik rotan ustaz Mat. "celaka ko Z [Z tu ketua kelas]. cepat je ko pegi..."

"kamu berdiri sini. mengadap pintu. tangan letak sana, kaki bukak sikit."

aku pun buatla mcm yg disuruh. mengadap pintu, condong ke depan, tangan tahan ke pintu, kaki kangkang sket.

'PIAPPPPP!!!!'

"kamu pulak" giliran A pulak kena.

sedas lagi.

"yang bertugas malam ni siapa? mari sini sorang2!"

malam tu, lebih kurg 6 org kena libas dengan rotan ustaz Mat. ketua kelas pun kena sebab mlm tu dia pny giliran sapu sampah. haha!

rotan ustaz Mat bukan calang2 rotan. bukan kecik2 anak. panjang mcm tongkat, kalau tegak, mau cecah sampai pinggang. bukan halus mcm rotan budak2 mengaji, tapi ada la diameter mcm ibu jari. berdesup rotan tu makan punggung kitorg.

3 hari tak buang air, rotan ustaz Mat punya pasal. nak duduk tak senang. tidur pun meniarap. adoiii...ni semua kerana niat murni aku nak buat kelakar dengan ibu jari...

moral cerita: ustaz Mat ada deria ke-6. jangan cari pasal dgn dia. haha!

p/s: aku rasa, mak dgn abah tak tau cerita ni. ni baru pertama kali aku btau. cerita dah 12 tahun dulu...biasa la. macho. buat jahat pastu kantoi, pandai2 a simpan...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Use the rubber...

melawat Dr. Tamara smlm menandakan semakin hampir aku kepada menamatkan rawatan gigi aku. ada berapa kali lagi ntah. tapi tak sampai 5 kali la. sebelum balik Malaysia, insya Allah siap.

temujanji smlm seperti biasa, Dr. Tamara menanti aku dalam bilik. aku perasan subang dia kali ni lawa pulak, ada bunga2 kecik.

aku pun sembang2 buka bicara dgn dia. tanya dah makan ke belum, mcm mane kerja hari ni dsb.

Dr. Tamara sambil2 sembang, tangan dia tetap jalan. aku pulak, walaupun mulut ternganga, tetap nak bersembang. makin lama, makin rapat, makin rapat, makin rapat...

Dr. Tamara tekun dengan 'job' dia. aku duduk atas kerusi, menahan...sampai la satu ayat ni.

Dr. Tamara pesan,

"My darling, awak kena pakai getah ni. getah kena tukar lepas bangun tidur dan sebelum tidur. meh saya ajar mcm mana nak pakai...tak ketat, jangan risau..."

ok la, 'My darling' tu imaginasi aku je. hahaha! Dr. Tamara ni dah kawin pun. ada anak lagi.

dan tambah satu lagi getah. mcm dlm gambo tu.

maka terhad la pergerakan mulut aku. menguap tak puas, makan tak puas, cakap pun tak puas.

sehingga temujanji kita yang seterusnya...Dr. Tamaraku...

p/s: korang ingat getah apa? isk3...
p/s2: yang 'tak ketat, jangan risau' tu pun aku tambah...penyedap cerita...hau3~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

figure skating!

video

All good things must come to an end.

Semua perkara yg baik2 dan bagus2 akan habis juga akhirnya.

tapi, dlm kes aku ni, perkara yg bagus2 tiba di penghabisan. dah tahun akhir kat sini, baru la merasa bendalah luncur ais ni.

minggu lepas dia on benda ni. kalau main tengah minggu 35grv utk 45 minit waktu pagi. lepas tghri, 40grv. hujung minggu 40grv. kalau sesi malam, 70grv main dari kul 12 smpi 3 pagi. lanyak la ko benda ni sampai lebam!

dah tahun akhir la baru nak pasang paip air panas [musim sejuk nak habis pulak tu. awal2 xnak pulak dia pasang!]

dah tahun akhir ni baru nak pasang talian internet ke bilik2 asrama.

bengong betul!

bagus ke tak bagus ke, yang paling bagus sekali ialah tahun ni aku balik Malaysia. habis cerita!

aku takda mood nak tangkap gamba benda ni banyak2. sebab banyak habiskan masa kat tepi2 je. penat nak berdiri pun tak habis. kui3~

p/s: org tak reti main kasut roda, tetiba nak tibai luncur air plak. mmg la hancus! terima kasih kepada irma, mengajar aku yg bebal ni. hahaha~
p/s2: dalam keluarga aku, kakcik sorang je yg reti main kasut roda. jom kakcik, kita try kat mines ke, sunway pyramid ke nanti? :D

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kek-kek-kek

Makluman Hebat!

Adalah dengan ini diberitahu bahawasanya, kakak saya telah membuka blognya sendiri di alamat berikut:

http://blissfullsweetness.blogspot.com [ada di senarai blog di bar sisi]

Beliau sedang dalam usaha membuka perniagaan kek secara kecil-kecilan. Dengan sokongan anda, mungkin boleh jadi besar-besaran.

Silalah melawat ke blognya dan jamulah mata dengan kek-kek beraneka rasa dan rupa. Kalau nak jamu mulut dan perut, bolehlah buat tempahan sekaligus. Tempahan masa ni boleh buat untuk sekitar Damansara je kot. Akan merangkumi Lembah Klang dalam sikit masa lagi.

Kepakaran beliau ialah kek keju dan kek cawan/cupcake. Walaupun, aspek hiasan ada sikit hancus, tapi rasa memang tak boleh lawan. hahaha!

p/s: kakcik, ni dah promosi ni. balik nanti mau kek keju coklat pembunuh senyap berkalori tinggi! kui3~
p/s2: perusahaan bumiputra, dijamin halal dan bersih. kalo tak halal, boleh saman.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

CheVolution


semua orang pernah lihat poster ni dan poster ni terdapat di mana-mana. ya, poster Che Guevara. tapi kita pernah tahu tak asal usul poster ni?

dokumentari CHEVOLUTION membongkar latar belakang poster yang mencatat rekod imej yang paling banyak diulang cetak dalam sejarah manusia.

Ernesto 'Che' Guevara sebenarnya seorang pelajar perubatan yang akhirnya menjadi seorang pejuang revolusi di Amerika Selatan. kembaranya merentasi benua menyebabkan dia terlihat suasana penindasan dan dia mengambil keputusan untuk memilih perjuangan bersenjata. satu ketika, dalam suasana genting, dia terpaksa memilih antara peti ubat dan kotak peluru; Che memilih kotak peluru.

imej poster itu pula sebenarnya bukan imej yang disengajakan. pada satu perhimpunan selepas tragedi di pelabuhan Cuba, Che muncul di atas pentas untuk meninjau khalayak dan rakan jurugambarnya memetik kamera dari jauh. Tak berapa ketika, Che pun hilang dari pentas utama. Jurugambar tersebut, Alberto Korda, yang juga merupakan jurugambar profesional, menyunting dan menyimpan gambar tersebut serta tidak berniat untuk menyiarkannya dalam edisi akhbar keesokannya.

selepas beberapa tahun barulah imej itu muncul di Perancis dan Alberto Korda menyedari yang gambarnya itu diambil dari simpanannya. sejak itu, imej Che mula membanjiri dunia dan disamaertikan dengan simbol pembebasan dan hak rakyat.

menurut rakan-rakan Che yang masih hidup, penggunaan imej itu, walaupun sering diguna dalam demonstrasi dan tunjuk perasaan, tidak tepat kerana Che tak akan buang masa berdemo. Che sendiri akan terus angkat senapang. Che juga tak akan bersetuju gambarnya dijual merata-rata demi keuntungan kerana Che seorang Marxis yang menentang kapitalisme.

banyak lagi kisah di sebalik imej dan peribadi Che hinggakan beliau dianggap sebagai wira dan seolah-olah Christ oleh sesetengah orang. siapa2 nak tahu, boleh lah muatturun kat torrent ye. hehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Kekasih

Bare your love this Valentine’s Day, female students urged

SHAH ALAM: Female students in higher-learning institutes here are being persuaded not to wear panties on Valentine’s Day as an expression of true love for their boyfriends.

Berita lanjut, baca kat The Star

bodo la kempen ni. suruh budak pompuan je tunjuk kasih sayang. org lelaki pun nak jugak!


ingat orang lelaki xda hati perasaan ke? ingat orang lelaki tak sentimental ke? ingat orang lelaki tak romantik ke?


dengan ini, aku meluaskan kempen ni untuk kaum lelaki jugak!

marilah!!!

I LOVE YOU!

Selamat hari Kekasih!

yang ni paling cinta sejati, kasih abadi, suci dan murni, sukma berahi, tanpa sempadan manusiawi!!!

betapa cintanya askar Skotland tu kepada Yang Mulia Permaisuri England.

hehehehe...

oh ye, Selamat Tahun Baru Cina juga, kepada sesiapa yang menyambutnya.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

1 SILAT


sori, xda cerita menarik sepanjang 2 minggu ni. maka, mari menonton video klip gubahan che lin. padanan cantik lagu rancak dan gerakan membunuh! nikmati!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...