Archives

soviet yang runtuh

aku tgh berangan2...sampai la satu minit tu...

"zaman soviet dulu, kami diajar dengan nilai-nilai moral dan etika. zaman tu, disiplin memang dititikberatkan.

zaman sekarang, soviet dah jatuh. tapi pada masa yang sama, tak ada sistem yang mengganti. seolah-olahnya kami dah bertolak tapi tak tiba ke tujuan. terkapai-kapai. sebab tu kamu lihat sekarang ni orang-orang muda dah tak ada budaya. hisap dadah, minum arak dan macam-macam lagi.

kamu patut bersyukur kamu masih ada agama. masyarakat kamu di negara kamu berpegang pada agama, maknanya kamu ada nilai untuk dipegang. ada keyakinan yakni iman untuk jaga kamu.

saya dan orang-orang sebaya saya, kami dulu komunis. kami tak ada agama-agama ni. kami dah dididik untuk mengkaji dan mempersoal hal-hal agama ni. generasi kami memang dah tak boleh terima agama. pada saya, agama memang sepatutnya diterima dan diamalkan tanpa banyak soal.

kamu ada nabi kamu. yang memang ada fakta kukuh dari sejarah tentang kewujudannya. kalau kamu tengok TV, ada siaran import dari AS yang mengkaji sampai tahap mempersoal kewujudan Jesus/Isa tu sendiri.

itu dah bukan agama namanya, itu dah jadi maklumat..."

lepas tu aku terus berangan lagi sambil pensyarah aku bersyarah pasal 'social medicine'/kesihatan masyarakat...subjek yang membincangkan tentang statistik dan sistem tatakerja organisasi di ukren [yang mmg xkan pakai kat mesia. subjek ni amik sbb nak lulus periksa akhir nanti je]

p/s: ni olahan dari apa yg aku ingat apa cikgu tu ckp 3 hari lepas

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

where to?

when things happen, it makes us wonder. it makes us think. it makes us stop for a while and ponder. it brought up points for us to consider...
  • where are we going? what is our destination?
  • how do we reach there? what drives us?
  • do we set a goal and try to achieve it? or we learn through our faults along the way?
  • we do realize that the journey is long and winding, right? and we have longer roads ahead of us?
  • people say change is a constant thing. do we have to change ourselves? one thing for sure, we must always change for the better
  • do we treat those changes as sacrificing our values? or as a way to understand and fit better with each other?
  • are we doing the right thing? if it's the right thing, are we doing it the right way?
  • we did wrong things, that's true. but then again, we are humans. and again, we must always try our best to do the right things. and we must help each other at that, don't you agree?
some of the things i did and said are unworthy of my convictions. for that, i seek apology and forgiveness from Allah and from you...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tari raya =)

video

يزدكم و اتقواه يجعل لكم من امركم مخرجا

Дорогие мусульманы, Будьте благодарьными الله سبحانه و تعالى то Аллах даёт вам

ещё большее вознаграждение и обрадите себя и поистине Аллах даёт

вам спасение и выхода ...

تقلبل الله طعاتكم

пусть Аллах принять ваши благие дела

و غفر الله لنا و لكم

и пусть Аллах даёт нам простение всем

و كل عام و انتم بخير

и с праздником поздравляю

Umat Islam yang dikasihi sekalian, hendaklah kita bersyukur, dan Allah akan menambah nikmat-Nya dan bertaqwalah kepada-Nya, nescaya anda diberi perlindungan dan jalan keluar dari kesusahan.

Semoga Allah menerima amalan baik anda dan semoga Allah mengampunkan dosa kita semua

dan Selamat Hari Raya

lepas tu, kita menari2 mcm ni. yehuuu!!!

video

yg menari2 ni kat masjid ar-raid. ewah2!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

اللهم لك صمنا...


berbuka puasa di kiev utk malam terakhir ramadhan di bumi ukren. nasi ambang/ambeng tradisi jawa. bukan irma yg buat, tp kak suzila. ada lauk ayam, sayur, udang gergasi [xda la gergasi, tapi bukan saiz yg aku biasa beli la. aku beli yg kecik pun dlm 2-3 bulan sekali...], mihun goreng dan kuah asam pedas. makan dlm talam siap berlapik kain saprah batik utk menyerlahkan rasa kejawaannye.

lps buka posa, pergi meronda2 bandar kiev dan menyinggah dua masjid umat islam yang bertelagah untuk mengucapkan selamat hari raya aidulfitri dan untuk memastikan yg esoknya raya. hehehe

video takbir raya diambil secara 'candid' oleh fatin, yg mukanya muncul selama 1 saat setengah di hujung 'shoot'.

video

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

kuda dan merpati - UPDATED

maaflah semua. lama gile x update, xda entri baru. sebabnya ialah aku kene selsema minggu lepas dan xdaya nak ngadap komp. dan xda idea nak tulis ape2 sebab kehidupan sini dah jadi rutin. setiap hari pun lebih kurang sama jek. kang ada yg aku ulangsiar je drpd entri taun2 lepas. haha. bulan puasa, balik2 makan nasi kat masjid, smyg terawih. ok la, yg ni aku ngaku, taun ni kurg smyg terawih kat masjid sbb masjid x buat jamu buka puasa ujung2 minggu. ada sekali 2kali jek pas tu, kelas pun sama jek. awal2 sem ni pulak, kelas yg ada ulang subjek taun lepas. kelas bedah kanak2, kelas biopsi dan bedah mayat pastu kelas penyakit berjangkit kanak2. skrg ni tgh kelas onkologi/penyakit2 barah. huuu~~

ok la, aku btau jugak ada 2 cite yg baru dapat masa buka puasa mlm khamis lepas [rabu mlm khamis le maknanye]. mlm tu dlm kelompok kami ada aku, kodok, koler, nasir [tunisia], suleiman [afrika, xtau negara mana] dgn abdullah [uzbek/tajik].

tgh mkn2 tu, si nasir ni petik cerita org2 belah mongol, kyrgyz dan tajik ni yg makan kuda dan minum susu kuda. si abdullah ni layankan je la.

abdullah: daging kuda ni bagus gile. byk khasiat dan tenaga. kat sana sosej kuda ni kami panggil QAZI

aku: qazi? apa isinye?

abdullah: usus kuda dgn daging kuda pastu ada la organ2 dalaman sikit. rebus lepas tu salai utk keringkan. bagus utk org yg dah kawin. nanti jadi bertenaga mcm kuda!

aku: kalo aku yg belum kawin ni makan, apa yg jadi?

abdullah: org yg belum kawin pun boleh makan, tapi bulan ramadan belum habis lagi, so aku xbleh a cite. paling tidak pun, ko baring berkipas je la. hahaha!

aku: cis...

lepas tu abdullah sambung lagi.

abdullah: kalo agak2 dah lama kawin, tapi takde rezeki lagi, kami ada gak petua. tapi ape2 pun kene doa kat Allah a dulu. kawan aku cuba, menjadi. petua ni bukan saje2 bagi, tapi ada doktor jugak yg syor.

aku: aa...cekabo, cekabo sket.

abdullah: kalo agak2 susah nak dapat anak, pegi cari burung merpati. kene cari yg liar, dalam hutan punya. dah dapat, sembelih. rebus pastu minum air pati merpati tu. kalau dapat, buat byk2 kali. minum dalam gelas kecik, selang2 hari. insya allah mujarab.

lps kenyang makan, kami pun balik...aku balik dgn matlamat baru. nak cari qazi!

p/s: abdullah ni dulu penah dtg hostel, kempen kat aku n aswad pasal jihad, khilafah, chechnya, kashmir, pakistan dan 9/11. kat muka dia ada parut panjang dari kening smpi pipi...
p/s2: suleiman tu aku xpenah kenal pun, tapi dia kwn dgn nasir. klo sape2 dgr dia azan kat masjid, rasa mcm dok dlm rancangan jejak rasul. syahdu gile!
p/s3: petang ni insya allah akan balik kampung ke kiev. beraya kat sana utk kali terakhir. nti ada entri pasal raya la eh? edisi khas~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Martial Arts Odyssey



Guru Zahalan: we have been created by God. Everybody believes in God. So, God is very great, He created different kinds of human beings, just to know each other, to learn from each other, to live and to love each other, to live in peace and harmony...



*entry xda masa. tp mmg bernas apa yg Guru Zahalan ni ckp. apa2 pun semua kerana Allah. ni pun pertama kali aku tgk bunga silat kalam...


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

selamat belajar!


hari ni dah mula sekolah balik. 1 september ialah tarikh mula kalendar pengajian untuk negara ukren. pagi tadi masa keluar asrama, berduyun2 mak bapak mengiring anak yg masuk первый-класс/pyervy-klass/darjah satu dgn bunga ros merah. adatnye kat sini, 1 september tu dirai sebagai hari pendidikan. budak2 sekolah bagi bunga kat cikgu2. lebih kurang mcm 16 mei kat mesia la.

masa kat jabatan patomorfologi tadi pun cikgu aku ucap selamat hari 1 september. rasa mcm sekolah lagi la pulak! hehehe

selamat menyambung belajar!

p/s: masa lalu kat kedai makan tadi, ada keluarga yg belanja anak makan kat kedai, meraikan anak masuk sekolah. agaknye anak tu melalak2 kat skola tadi kot...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...