Archives

kenapa pakar jantung kaya...

Dr. Chekanov hr tu buat kelakar dlm kelas Urologi/Sakit Salur Kencing, dia ckp gini:

kalo sorg pakar salur kencing yg xdapat korek keluar $10 dari jubur pesakit, maknanya dia x cukup pakar...

Kami xpaham, tapi kami gelak je la. gelak kesian. 

Dia perasan kami x paham. dia sambung lagi:

kalo pakar sakit puan xdapat korek $20 dari p*ki pesakit, pakar sakit puan tu pun x cukup handal.

kami bertambah2 la x paham. ape ke hal doc ni buat kelakar keluar tajuk ni? ni bukan jabatan sakit puan.

"Korang x paham ke? adoi... ok la, biar saya terangkan...


untuk pemeriksaan salur kencing, pakar kene cari prostat. lepas pemeriksaan sejari, dapat la duit $10. 

untuk sakit puan, pakar guna dua jari. dapat la $20.

sbb tu, dlm dunia ni, pakar jantung yang paling kaya. tiap2 kali pun kene guna semua jari, dapat $100." 

[korang xpaham ke? sila rujuk rajah untuk kefahaman lanjut]

gambar2 dari enasco.com, mededsys.com & nucleusinc.com

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Dr. SOHAIL IQBAL


yeah! petang tadi bungkusan aku dari malaysia dah sampai. 2 minggu tepat dari tarikh hantar.

kandungannya ialah:

  • 2 tin serikaya/sekaya/kaya 'ASLI' [lain org, lain gelarnye...tgk! siapa kata aku xnk kaya?] haha
  • bunjut sup
  • ovaltine [gile ah. wujud lagi ovaltine ni. aku igt dah mati ditelan zaman td...]
  • kopi pra-campur
  • sambal ikan dan serunding daging pujaan-abadi/all-time favourite buatan mak! muahaha. org lain xleh pau yg ni. semua aku punya!
  • sup krim
  • dan yg paling utama:- getah untuk menjerat tikus. kat sini xda jual.
kepada encik tikus, sila la bersedia bertemu ajal...

ada isu di sebalik kiriman kali ni. smlm dah dpt not drpd почта/pochta/pejabat pos, suruh aku amik bungkusan kat sana. tp bila aku pegi, dia tunjuk bungkusan utk satu budak india ni. sohail iqbal mane ntah. bungkusan isi buku teks. aku tanya la, "xda ke bungkusan lain, kot2 salah ke?" makcik tu bengong ckp, "xda, hari ni ada 4 ketul je sampai. kalo bukan nama ko, bukan ko punya la."

aku pun balas balik, "tapi ni nama aku ni, nampak?" aku pun tunjuk nama AZIZUL ISMIE. "oh, ni kami salah tulis. tgk alamat, ni bilik org lain ni. no. 511/3," balas makcik tadi dgn tanpa rasa bersalah.

huk aloh! buleh pulak salah nombor bilik. punya la jauh beza nama aku dgn SOHAIL IQBAL. tu pun buleh silap.

lagi bagus, makcik tu ckp, "aa, nanti balik hostel, bagi la kertas tu kat si sohail tu. suh dia amik buku2 ni."

aku pun balik dgn hanginnye dan terus aku gi bilik 511/3, aku selit je not pos tu kat pintu [xda org kat bilik, aku dah ketuk pintu dah]

pagi tadi, masa turun gi kelas, aku tgk ada not pos nama SOHAIL IQBAL, tp kali ni, no bilik dia dah tukar. 707/3. yg ni sure aku punya. haha. aku rasa si sohail tu pun mesti kena sama kes dgn aku. hahaha. nasib kita la sohail. kene main dgn ukren... penatttt!!!

p/s: 2 mel aku x sampai. mel dari zue n sefia...huhuhu
p/s2: kat sini, kalo ada org hantar bungkusan, pjbt pos anto nota ke asrama, suruh kutip bungkusan kat pjbt pos. kne 'alert' selalu dgn kertas bodoh ni, sbb org ukren tulis nama kdg2 xjelas n xtau siapa penerima...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Selamat Hari Jejaka


haha. tajuk bunyi mcm 'flirtatious' gile babi. skali lagi, hahaha!

xda ah. sebenarnye hari ni ialah hari Tentera Soviet. zaman2 soviet dulu, sume org lelaki pun masuk khidmat negara [ala2 PLKN, tapi yg BETUL2 gaya-tentera. bukan acah2 pny], so secara umumnye, hari tentera menjadi hari lelaki la. sambutan hari wanita pulak pada 8 mac. hari wanita disambut serentak di seluruh dunia.

aku masa kat sini baru aku betul2 terasa jasa2 lelaki dikenang. selama kat malaysia, xpernah pun sambut hari tentera. yg aku tau, kalo ada hari tentera, sekolah2 buat kutipan derma. sayu je dgr, tentera yang menggadai nyawa dulu tu, skrg kne mintak duit kat org.

patut kat malaysia kene ada budaya camni. baru la org patriotik sket. baru la kaum lelaki pun terasa dihargai. hehehe

Selamat Hari Lelaki Seluruh Soviet!

p/s: untuk lebih maklumat tentang hari tentera soviet, klik sini

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

pendekar tangan bisa


smlm exam ObGyn aku. alhamdulillah, pass. pass je cukup. xlarat nk baca byk2. haha. dah la satu hal, aku prep jwpn lain, doc tu pulak gi putar soalan lain yg xda kne mengena dgn soalan atas kertas.
ok ah, tutup kisah tu. yang penting pass.

kali ni aku nak sambung komen aku pasal drama bersiri 'puaka niyang rapik'. hr tu aku dah janji aku nk komen, so kali ni aku komen. exam dah abes, boleh a entry panjang2.

drama tu menampilkan watak sorg anak tok imam yg pandai bersilat. di samping bersilat, dia pun pandai berlawan dgn makhluk2 halus [bukan semut, tungau dsb] sampai buleh terbit api dari tanah. jampi2 pun reti gak sket2.

pada pengamatan aku yang xreti bersilat ni, unsur2 mcm ni x membantu kepada perkembangan dan penyebaran ilmu silat. bagi menjahanam lagi ada. ok, mmg la perkara2 mistik ni adakalanya berlaku. tapi itu bukan la silat yang arus perdana/mainstream. benda2 mistik tu hanya untuk org2 yang 'mencari' saje.

aku pernah la saje 'cucuk'2 kwn2 aku 2-3 org pasal silat ni. bukan nak tunjuk tere, [sbb mmg xtere pun] tp nk tny pendapat diorg dan ape yg diorg tau pasal silat. antara jwpn yg paling popular aku dpt ialah "malas ah. belajar silat nanti boleh sesat/rosak akidah", "silat ada ilmu hitam", "silat ada 'baca'2", "bapak aku xbagi. nanti aku kene rasuk". tu belum masuk "bunga banyak sgt la", "boleh pakai ke bunga silat ni kalo org nak pau?" dsb.

dari situ kita nampak bahawa, faktor penghalang org2 muda dan moden zaman skrg ni dari belajar silat ialah imej silat yang berlapis dgn elemen mistik. penyumbangnya? tu ha, drama mcm niyang rapik tu.

zaman skrg ni, masyarakat dah lain. zaman dulu boleh a nak promosi silat mcm ni, 'silat siapa ada bela jin/hantu raya, silat dia yg handal'. ada silat yg seru semangat hang tuah la, roh wali songo la, jin afrit la ape la. zaman skrg org tgk lain. zaman skrg, org tgk silat yang praktikal, yang boleh guna di jalanan, yang buleh buat teknik senaman, yang boleh latih disiplin ke ape ke. silat yg macam tu yg boleh maju.

pasal boleh terbitkan api dari tanah tu, aku xtau dari mana pengarah tu dpt idea nk buat gitu. satu perkara, dlm drama tu, anak tok imam tu umur ada la dlm lingkungan 25-30 tahun. boleh kata muda lagi la. pada hemat aku yg x seberapa ni, org kalo nk sampai tahap tangan boleh berapi2 ni, menuntut bertahun2, berguru beratus2 baru boleh sajak nk buat tgn berapi. [setakat ni, aku xpenah a pulak dgr tok guru mana2 kat mesia tu boleh percikkan api dr tgn dia. senang a nk isap rokok kalo gitu. xda lighter, hentak je tanah skali, keluar api] bukan nak kutuk siapa2, tp imej yg sebegitu xberapa nak laris zaman skrg ni. yang aku penah dgr, tangan 'bisa'/'panas' mcm api ada. tu pun xleh bakar rokok. pasal tangan bisa ni, lenkali aku cite. kalo ada permintaan la.

sepatutnya, drama2 atau filem2 malaysia yg nk letak unsur2 mistik ni, letak la dlm filem epik mcm Puteri Gunung Ledang ke ape ke. kalo cerita berlatar zaman moden ni, sisip la elemen2 lain, selain mistik2, khurafat ni. elemen tempur tanpa senjata yg efektif ke, remaja berdisiplin ke, masyarakat sihat ke ape ke. baru a seni beladiri melayu/malaysia ni boleh berkembang secara sihat dan setanding dgn seni2 dunia yang lain.

sekian, terima kasih :)

p/s: aku kalo boleh, nak je menuntut sampai ada tgn bisa ke, ilmu gerak sejenak ke ape ke. tp bukan skrg a. hehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

NeXT RounD!!!

now, my question to you:
1. where is this taken?
2. what or who is on the other side of the door?
3. where normally you can find 'that' type of light?

tick tock tick tock...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Lompat!!!

I.
~~~
Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
~~~

II.
tengok gambar ni...ni gambar kat bangunan asrama sebelah (hostel 1/1)

lepas tu gambar ni. ada mcm sama x? hehehe

pics taken from justinsomnia.org

[rasa nak muntah pun ada...xtau a, sebab lagu ke sebab fungus ni...(o_O)']

anyhow, aku ahli kelab UMNO ukraine...;)
hari ni...pakai baju hitam. hehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

memory lane

let me take you down memory lane. where the soviets still rule and captain yuri just came back from his space walk. here, have a souvenir. a postage stamp from the good ol' days.

now let's come back to the present.

notice any difference?

no?

correct. because there is none. maybe there is the LED crawler screen saying where the tram will stop next and the fare has doubled other than those two, things are just like, well, THE GOOD OL' DAYS...

p/s: guess what's in the yellow circle ;)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

negeri indah permai



Perak Darul Ridzuan

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan sultan

Kuala Kangsar Bandar Diraja
Iskandariah istana ternama
Tempat bersemayam Baginda Paduka Seri
Menjadi lambang tunggak negeri

Bukit Larut
Waktu malam... berkelipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan

Di tengah samudera biru
Pulau Pangkor dengan pantai yang bersih
Tempat bersukaria tumpuan para pelancong
Pemandangan indah yang terbentang

Lihat padi menguning
Menambah seri Daerah Kerian
Di Hilir Perak
Nyiur melambai-lambai
Oh sungguh subur tanah airku

Kinta daerah tengah
Hasilnya bijih timah
Batu Gajah bandar yang bertuah
Tempat keputeraan seri sultan

Hulu Perak nun di utara
Kaya dengan sumber hasil hutannya
Megahnya tersergam
Empangan tinggi menjulang
Segagah wira di perbatasan

Pasir Salak...
bersejarah dan berdarah
Dato Sagor Dato Maharajalela
Gugur pertahankan bangsa

SITC maktab tertua
Gedung ilmu bakti suluh budiman
Lahirkan cendekiawan
Pejuang bangsa negara
Kekal abadi sepanjang zaman

Perak makmur bahagia
Dengan sembilan daerah yang ada
Betapa indah tanah air tercinta
Sejahteralah Perak oh negeriku
Perak… Perak… oh negeriku...

huruf2 tebal merujuk kepada poin2 kunci kepada perkembangan politik negeri perak sekarang
  • keadilan sultan yang dipohon
  • MB baru, ADUN pangkor
  • Ipoh terletak di daerah kinta
  • hulu perak, kawasan MB Tajol Rosli

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

angin malam

malam ni aku sepatutnya baca buku gyne/sakit puan, tp lps tgk berita TV3, terus la aku hangin satu badan. mcm2 yg kalo boleh, aku nk lepas kat sini...

1. pasal pembubaran DUN perak ni satu hal. dah a buat berita kecoh pasal kerajaan negeri tumbang, pastu tayang ADUN bota, ADUN behrang, ADUN changkat jering. saje jek. lepas tu cucuk2 pasal kerajaan negeri PR lantik speaker ADUN org bukan melayu, lepas tu cucuk lagi pasal MB2 negeri lain xnk bagi sokongan kat MB nizar. mmg mengadu domba sungguh! kerja nk bagi pecah belah org je. aku rasa la, misal kata tuanku sultan perkenan umumkan DUN perak bubar esok ni, xda siapa pun nk pilih balik calon2 4 org tu. 

2. pasal latihan komando. ada ke pulak gi kecoh pasal latihan rahsia askar. dah la kecoh, lps tu dah kene serbu dgn veteran2 komando pun, lagi nk buat ayat mcm latihan komando tu kasar sgt. betul dah pakcik veteran komando tu ckp, latihan ni utk mempersiap mental dan fizikal anggota komando, kalo2 kena tawan supaya x pecah rahsia. mana ada org soalsiasat lemah lembut. x tgk ke dlm filem2 tu? xda sikap patriotik tol la TV3 ni. kalo ada rasa patriotik, sama2 jaga rahsia negara. jaga keselamatan negara. lps ni, dah xda org nk join komando, xda org nk join tentera, xda askar nk jaga negara, lps tu negara kene jajah. padan la muka...kalo ada rasa patriotik, lapor a berita dgn ayat2 dan kenyataan2 yang menyokong tindakan ATM. dumb ass!!!

3. pasal air kandang babi kat temerloh ke mana ntah. aaa, ni hangin punya pasal, lps ni aku nk tgk kat negeri pahang, kalo ada org nk buat projek kandang babi pencemaran sifar. ada org nak bangkang ke x? masa org nk buat kandang babi pencemaran sifar kat selangor, pandai la komen tu, komen ni. 

huu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

mother teresa???

ditag oleh khai, 80degrees...

1. apekah yang anda mahukan sekiranya anda seorang perempuan cantik?

aku tak mahu jadi perempuan cantik!!!!! aku mahu jadi jejaka macho!!!! [dah macho pn, tp lagi macho lagi bagus...:P]

2. kalau anda seorang jutawan?

kalo aku jutawan...aku gi jalan2 pusing2 satu dunia dgn awek aku...hei awek aku! mahukah kau meronda keliling dunia bersamaku?

kalo aku jutawan...aku mahu buat kenduri kawin yg grand2...sehari buat stail melayu, sehari buat stail omputih ada kek tingkat2

tapi xda bilanye aku jd jutawan...huuu...

3. kalau anda mother teresa?

haha...kelakar a soalan ni...mengikut majalah Times keluaran september 2008 [aku xigt tarikh bila], mother teresa wlpn tampak redha dgn kehidupan sbg biarawati, tp dia mengaku yg kehidupannye sgt la kosong...xcaya, korg gi a cari majalah Times. xpun, tgu aku balik, nti aku bawak tunjuk kat korg

4. penulis kegemaran anda?

xcukup bahan bacaan untuk ada penulis kegemaran. tp setakat ni, faisal tehrani la yg aku rasa best

5. makhluk2 yang di tag!

makhluk asing...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

TEmPlaT BARu...cUn x?

wei, aku dah tuka template ni...maknenye...LINK2 KORANG SUME DAH HILANG!!!!!!!!

mintak komen dan tinggalkan link korang sume kat sini. tq :D

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...