Archives

update ringkas :D

pheww!!! minggu lps mmg minggu yg memenatkan. byk gile buat benda, sampai x terlarat nk blog semua. bwk kereta gi Damansara, ronda2 Damansara n TTDI, sungai gabai, FRIM, senaman tua, bowling kat E @ Curve, bwk kereta gi melaka [hehe, bukan selalu bleh pandu Camry tu], balik Damansara balik, pastu bwk kereta balik ipoh [panduan waktu malam. sangat mencabar tumpuan minda].

dan yg aku xleh kemaskini blog tu sbb umah akak aku xda net [aku tumpang tido dan makan dan minum dan mandi dan berak kat umah kakcik sbb free!]. klo ada net pun, xleh nk upload gambo2 aktiviti2 aku sbb xda komp nk edit gambo. maka nti klo rajin aku cite la sini.

ni pun esok ni nk gi melaka sbb ada kenduri kawan best aku kawin. kenduri dia minggu lepas sebenonye, tapi kat penang. aku plak ada kat KL. ni yg aku pegi kat belah melaka plak. masa kat damansara hari tu, aku gi umah encik abd malik. ni pun kawan best aku gak, sejak kat kolej lagi. dah kawin dah pun. dgn kwn satu skola plak tu... haih...

ok ah, tu je kemaskini setakat ni. lenkali sambung lagi eh?

nota2 kaki:
  1. pusat bowling kat 1Utama tak best. lorong dia x licin, bola asik meleret ke tepi dan masuk longkang, pastu bola dia buruk2. yang kat curve tu best. bola sume baru jek. baru la boleh dapat balingan berkualiti. hehehe
  2. walaupun papan tanda kata air terjun sungai gabai dah dekat, sebenonye jauuuuuuuuh lagi...lps tu nk kne panjat tangga lagi nak sampai jeram dia
  3. aku tak layan harry potter, tapi yg baru2 ni best plak sbb dumbledore mati huhuhu
  4. kat FRIM xda khidmat sewa basikal. kalo nk berbasikal, bawak sendiri punya! dan basikal xleh bawak naik kanopi
  5. selain kematian bateri, kereta juga boleh mati kalo 'alternator' mati. pastikan mati di luar jalan yg sesak dan bateri telefon bimbit anda plak tak mati. bleh telefon abg ipar anda yg tinggal berdekatan dan sape2 yg tinggal berdekatan jugak, bleh tumpang rumah dia
  6. kita sepatutnya tgk jugak cite The Proposal hari tu...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

aku terima nikahnya...kui3

1. How old are you?
24

2. Are you single?
up until this is typed, single

3. At what age do you think you’ll get married?
i dunno. hopefully not that late

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?
hmmm, hey you, will you be marrying me? hehe

5. If not, who do you want to marry?
megan fox. hahaha!

6. Who will be your bridesmaid or your best man?
i'm not sure. i'll decide later

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
traditional Malay wedding theme

8. Where do you plan to go for honeymoon?
somewhere romantic

9. How many guest do you think you’ll invite?
not sure. kakcik had 500 invitation cards sent. maybe mine is around that number

10. Will that include your exes?
yeah, why not?

11. How many layers of cake do you want?
depends on the sponsor [kakcik2! cheesecake bertingkat2 bleh buat x? haha]

12. When do you want to get married? Morning or evening?
10am

13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?
traditional Malay instrument/band, just like kakcik's

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?
hands

15.Champagne or red wine?
red syrup and lime

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
after. we shouldn't rush or we might miss something from the luggage

17. Money or household items?
household items [money is a sure thing i.e. duit salam]

18. How many kids would you like to have?
subject to change

19. Will your record your honeymoon in DVD and CD?
yup! sure!

20. I want to know their wedding plans:
nil

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tanggungjawab kita

aktiviti aku hari ini...sekian terima kasih~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tetamu putih

semalam dan malam kelmarin ialah satu pengalaman baru.


ada pasangan dtg tido umah aku ikut website couchsurfing. nama diorg Jon & Ania. diorg ni tgh dlm rangka merewang dr KL smpi saigon. kalo ada duit lebih diorg nk ke rangoon atau pun jakarta. huhuhu. memandangkan imam tambun ada buat doa selamat, aku ajak diorg dtg & mkn2 kat umah.

dgn selambanya aku suh dia makan pakai tgn [dah bg taklimat dah, xda la dia terkujat sgt]. awek dia pun aku pesan pakai baju lengan panjang, tutup kepala dan seluar pendek. hahaha.

masa aku teman dia makan tu, tak habis2 menyumpah [sebab lauk pedas]. ada kerabu perut, aku ckp, tgk2 sket jgn tergigit 'periuk api' a.k.a. lada api. kalo x, lagi la mencarut2 mamat tu. hahaha

habis jadi tumpuan la mamat Jon ni mlm tu. pakcik2 kat Kg Batu 6 ni sume pakat temuramah dan beramah mesra. si Ania tu pulak, dah dia pakai tudung sume, makcik2 tu igt dia pun muslimah jugak. hehehe. ada ke jiran aku ckp aku bawak bwk calon menantu. tau dek Jon, sah2 dia x tido umah aku.

malam tu aku ajak tido umah kat tmn cempaka. kwsn tu pulak, ada byk anjing keliaran. yg diorg ni, mlm2 gi jln sendiri2. nyaris kena kejar dgn anjing. haha. nasib baik kena salak jek. dah tu, siap sesat jalan. nasib baik jumpa jalan balik, kalo x, tido tepi jalan je la korg.

esoknya, aku jamu sarapan roti canai n teh tarik. sampai 2 keping sorg makan. ape yg sedapnye ntah la. aku bwk diorg jln2 melawat sekitar ipoh. bwk gi kuil2 gua, tgk kaki gua tempurung
[xcukup org dan xda pemandu, so xleh nk masuk dalam2. dpt tgk luar jek], minum2 dan belikan tiket bas diorg nak ke tanah rata, cameron. diorg ni dah terlepas jalan, patutnye dari KL, gi cameron dulu, baru naik ipoh. mcm2 hal diorg ni.


  • rumah tmn cempaka. cat ijau putih tu...
  • jon & ania minum koh-pee dan tayh-tuh-rayk
  • kami kat gua kuil dan mendaki tangga tinggi nak maut
smpi tghri, aku pun ajak minum kat medan gopeng sambil diorg belajar menu kat restoran tu. belajar 'u-dayng', 'sow-thong', 'are-yam', 'koh-pee O', 'tayh-pah-ness' dan mcm2 lagi. 'nar-cee go-rang chee-na' pn aku ajar gak. hahaha

lps aku tlg belikan tiket bas, ucapan2 syahdu dan lambai-melambai, aku pun meninggalkan diorg meneruskan perjalanan ke cameron.

p/s: skrg ni, kalo aku nk ke Katowice [sebut Ka-To-Vit-Say, bukan katowis], Poland, aku dah ada umah nak tinggal dah
p/s2: rumah tmn cempaka tu dah xda org tinggal, masa aku kemas2 n mop lantai rumah tu, ada rasa meremang gak bulu tengkuk. dan aku asik rasa mcm ada org turun dari tingkat atas...
p/s3: imam tambun dan isteri sgt la tabah melayan Jon n Ania ni. terima kasih dan syabas diucapkan :)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

gelek gerudi dangdut ah!!

gelek gerudi. kongsian hari ni bertemakan gelek gerudi.


haha. aku blom lg gi kelab dangdut kat ipoh ni. xda membe nk ajak. klo ada, aku gi je. muahaha!

sebenonye ialah panduan menggerudi dinding batu. dinding batu xsama mcm dinding kayu. klo aku dok umah kayu, bleh a pakai gerudi kayu. tp klo alang2 dah dok umah kayu, paku je la kat dinding, buat pe nk gerudi2 ye x? kui3...

memula, hendaklah menyukat dan menanda titik yg nak digerudi. memula tanda dgn pensel, pastu tanda sket dgn pahat batu. tujuannya ialah untuk menetapkan mata gerudi di dinding.

perhatian: mata gerudi batu x sama dgn mata gerudi kayu. sila perhati kat gambo. mata gerudi batu ada mcm 'sayap' kecik kat tepi. mata gerudi kayu xda.
  1. mata gerudi batu bersayap
  2. mata gerudi kayu, xda sayap
lepas tu boleh la gerudi. bab ni yg letih ni. sebab dinding batu ada dua lapis. memula ada lapis plaster [simen yg licin tu], pastu baru kena tang batu bata. silap2 kena tang simen ikat bata, mau la lagi menangis nak gerudi. plaster tu pun dah cukup liat nak tembus, tambah lg dgn simen ikat bata tu. adoiiii!

oh ye, jgn lupa kemaskan tempat kerja dan vakum balik lepas kerja. nanti kena marah dgn mak. kuikuikui

masa gerudi tu la habis bergegar2 lemak kat perut nih. hahaha. sila bayangkan sekarang! n tgn mmg akan lenguh sket. [hey, nak senang, upah org la lenkali!]

palam plastik untuk diskrukan

inilah hasil awalnye. 3 biji lubang kat dinding. pastu dah letak dgn palam plastik utk dibubuh skru.

hasil akhir. poskad2 yg diletak dlm bingkai yg dibeli dri baiya.


sekian pengajaran gerudi menggerudi hr ni. selamat mencuba :P

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

the nourishing mother: UPDATED

hr sabtu tu aku kembali ke alma mater aku. skola izzuddin shah. jadi wakil abah aku jumpa cikgu skola. hari yg sama gak ada hari kantin. maka dpt la aku isi hari aku dgn aktiviti menghilangkan bosan.


malas nk cite banyak, tgk gambo je dah la ek?

masa guru kelas adik aku jumpa aku, dia kata aku 'doktor beriman'...adoi...aku 'amin'kan aje...[gambo belakang ialah gerai budak2 sekolah taayah tingkatan 6. faiz, xda can la lu mat...] hahaha

lps tu plak aku gi kenduri umah che lin [a.k.a jedi master aku] kat bercham. hampir sesat la jugak nk cari umah mertua dia ni. padahal aku yg salah amik jalan. kui3. xda gambo, nanti aku mintak kat dia. ni ha gambo, dah mintak dah...


lps tu aku ronda lg dgn membe2 aku. jojo n jie [tukar nama atas alasan peribadi]. masing2 dah kerja n jie siap nk kawin dah. mcm kes nor kawin awal taun ni. hampeh tol... ape2 pun, aku doakan kesejahteraan rumahtangga je la. jojo je yg single mingle lg. jojo dah ada kereta myvi kaler merah. jie plak ada wira warna putih. huiiii...

kitorg lepak jusco n aku jumpa bendalah ni. gile canggih ah!


MILO FLOAT!!!

terus aku beli, tanpa berfikir panjang.

lps jusco, kitorg gi GM. tgk kedai binatang. jie tgh gila bela kelisa skrg ni. mcm2 selera org skrg.


btw, REd, ni hadiah utk REd. tp gambo je la. water dragon, bukan iguana mahupun boa penjerut. nk beli bebetul xda duit laa...haha. tgk harga sekor RM240.

p/s: ligat x aku jln sehari tu? dari tambun ke skola izzuddin, ke bercham, ke jusco, ke greentown, ke taman cempaka balik ke tambun
p/s2: faiz, abwan dah chop entry hari kantin. sape cepat dia dpt la. haha!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Moh ke IPOH wei!!!

hei2! ni ialah pos entri aku dari rumah di ipoh.

selamat sampai dah. hari tu lagi. tapi xda masa nk kemaskini blog. banyak nak kne buat. kemas beg, basuh baju, basuh parkir, gi surau, tgk anak buah, basuh beg galas, dan mcm2 lagi la.

ok, kembali kpd suasana kat ipoh.

kelmarin aku cuba nk tgk transformers 2, tapi disebabkan aku terbuat seseorang tu bengang, secara kebetulan, tiket dah abes. yg xabes ada tp waktu maghrib n midnite. adoiii...malas la pulak aku nk kuar mlm2 nih...

lps tu, aku gi 'giant'. beli selipar n cuba2 cari seluar kot2 ada. beli seluar baru la wei, seluar byk dah buruk. serata 'jusco' aku geledah, xda yg saiz mcm aku. reject shop pun aku masuk gak. seluar ada, tapi cutting x best. nampak sgt yg aku ni mmg masih bersaiz normal sbb seluar saiz normal byk habis. yg x normal tu saiz terlebih kecik/besar. haha. kat 'giant' tu pulak, aku kne 'wakenabeb' dgn org yg jaga kaunter. barang aku ada 4 ketul jek, tapi disebabkan ada idea 'bernas' dari satu pakcik ni, dia suh aku gi kaunter yg satu lagi yg free. aku pun gi a.

kaunter tu mmg free. tapi sejurus sblm aku sampai, cashier tu gi amik panggilan, pastu aku tercongok tunggu cashier bengong tu jwb panggilan. nasib baik abg security tu angkat brg aku n bwk gi cashier lain [potong barisan la ni...]. huhuhu

aku cuba lagi nasib menengok transformers esoknye...aku gi cuba nasib tiket subuh gajah. hehe. tayangan kul 1050hrs. puas hati, panggung kosong, tiket murah...satu je x cukup.

korang penah rasa mcm 'loser' gila babi x, maknanye perasaan mcm 'pegi-tgk-wayang-sorg2-xda-membe-atau-awek'? haa, tu la perasaannye...mungkin baki malang semalam x abes lagi kot. haha.

lps tgk transformers tu, aku gi 'tesco' plak, cari seluar. kat sini baru ada. murah plak tu. terus aku sambor. dgn gembiranye aku gi amik donat 2 biji dan gi kaunter.

bila nak bayor tu, tetiba aku terkedu...

duit xda sbb dah beli tiket wayang tadi. terus aku dgn selambanya tny akak tu, bleh bayo pakai kad x?

mujur boleh.

lps insiden tu, aku turun bawah, makan rojak mee...

p/s: entri ni saje je nk cakap yg kat ipoh ada Giant, Tesco, Jusco...nanti aku cite pasal Greentown Mall, Ipoh Parade, The Store dan tah ape lagi kompleks beli-belah. :8)
p/s2: kat umah dah ada router tanpawayar. abah baru pasang tadi. tenkiu2! bleh a aku ber'net' dlm bilik je lps ni. hehe. beli webcam ah!
p/s3: aku berangan2 aku ialah shia labeouf, yg dapat berlari2 dgn megan fox dan meronda dgn Bumblebee [chevy camaro kaler kuning]. klo dpt Ironhide [yg 4WD itam tu] lagi best. hai megan fox, bila la kita nak lari sama2...harapan aku je la...:(

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...