Archives

balik ke ukren


kembali ke ukren untuk tahun terakhir. perjalanan dari ipoh naik bas star express terus ke LCC-T. bas ni menyediakan air minuman untuk penumpang2. aku hanya melihat sambil penumpang2 lain menikmati air dan makan jajan yg dibeli di hentian PLUS.

hujan...

sampai di LCC-T, berbuka puasa dgn kawan2 lama x-KI yang skrg dah berjaya menerbangkan kapal terbang sendiri. kapal terbang MAS, tapi diorg yg bwk...


masih hujan...

penerbangan ke Bangkok. bergoyang2...mungkin sebab hujan...

dan penerbangan ke Kiev juga masih tetap bergoyang2...adakah sebab hujan?

aku x nak buat ayat klise kata yg hujan tu ibarat sedih mengiringi aku kembali ke ukren dan meninggalkan keluarga.

tinggal setahun lagi. seronok lah!!

p/s: terima kasih kpd kwn2 pilot aku yg belanja aku buka puasa kat LCC-T

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tsuuuuttt...ahhh!!!



aktiviti aku masa puasa hari kedua nih. tapi mula kecil2an a dulu. nti lps setahun, tambah lagi...



ni pulak anak buah aku...yg kiut

try banding dgn yg ni...agak2 sama x? hahahaha


These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ramadan 1430H


oh ye, selamat menyambut bulan ramadan tahun ini. selamat berpuasa. jgn tinggal smyg. klo pose tp x smyg, cacat gile rasanye. haha~

sama2 la kita beramal ibadah sempena bulan puasa ni. insya allah, amal yg ikhlas akan diterima oleh-Nya.

ada riwayat tp aku xigt hadis ke ape ke, bunyinye lebih kurg gini:

"satu Jumaat dgn Jumaat dan Ramadan dgn Ramadan ialah pengampun dosa di antara kedua-duanya."

[sape2 yg tau matan/teks yg betul, sila maklumkn kpd aku. trimas :)]

p/s: hari rabu ni dah nak balik ukren dah. adoiii...setahun je lagi. bertahan! bertahan!!!
p/s2: asalnya serban, tapi skrg dh jadi skaf plak. ke skaf yg org buat jd serban? keliru sebentar...
p/s3: adakah tu bermakna serban tu ada multiple personality disorder?
p/s4: hari tu aku gi smyg jumaat pakai serban, pastu sempat jumpa dgn YB nizar jamaluddin. tp xda gambo la. mana ada org bwk henset petik gambo dlm masjid...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tetamu putih 3


  • Farine de mais x 200 grammes Il s'agit ici en fait de corn-flakes
  • Beurre x 250 grammes La végétaline est préférable
  • Chocolat noir x 300 grammes
  • Sucre glace x 350 grammes
tu la benda yg aku tgk dlm diari Clemence. resipi untuk kuih coklat Roses des Sables. maknanya Mawar Gurun Pasir.

gigih gile ah si Clem ni, datang dari jauh semata2 nak masakkan bendalah ni utk aku. haha~

xda ah. ni tetamu putih aku yg ke 3 dan terakhir kali ni kot. sbb minggu depan nak balik ukren dah. x larat dah aku nk lyn tetamu putih lg. dgn Clem pun aku ajak jln2 keliling pekan ipoh, padang polo, stesen keretapi dan sampai sesat2 a jugak aku mencari jalan sbb nk cari tempat best kat ipoh ni. punya la susah [sbb xda benda yg best kat ipoh...] huuuu~~

yg sesat tu sbb igtkn nk gi tmn rekreasi gunung lang. taman ni ada ladang rusa, ada tasik, naik bot dan kononnya bleh wat tapak khemah. tapi sampai lambat pny pasal, kaunter tiket bot dah tutup...kesian dia dan aku skali...aku pun xdpt la jugak nk masuk tgk tmn gunung lang...adoiii~~

last2 kitorg pun melencong ke taman lain. kitorg gi kuil dlm gua kek lok tong. tempat yg boleh kata unik la jugak. ada gua pastu ada taman dan kolam kura2. ni pun pertama kali aku masuk tempat ni. dah xda kerja agaknya kot. haha!

balik tu, lps lepak2 kejap dia pun mula projek Mawar Gurun Pasir dan ptg tu, kami satu keluarga pun makan. nyam2!!!


p/s: saje je aku rahsiakan bahan2 tu. bahan rahsia utk kuih raya aku taun ni, muahahaha!!
p/s2: Clem amik subjek sastera kat uni dan dia kena baca byk buku untuk tesis dia. dia kata tu sama susah mcm org amik kursus2 sains.
p/s3: mcm2 cerita sembang dgn dia ni. bahasa, agama, budaya, gosip, keluarga dan perbezaan demo org perancis dan demo org malaysia :P

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

jilat - lekat - pos

Justify Fullmengumpul setem = hobi

mencuri setem = jahat

memalsukan setem yang bernilai berjuta USD = keji

menonton wayang SETEM = sbb aku peminat afdlin shauki

hehe

ni cereka samun/'heist movie' yang aku rasa tak berapa kompleks/ringan tapi cukup untuk meresahkan para penonton. komedi dan unsur kelakar yang tak bodoh. plot cerita yang berbilang sepertinya berbilang bangsa kat Malaysia ni. cerita ni boleh kira adil la, sbb semua org dlm Malaysia ni ada perangai jahat. kecuali si cacat. kalo cacat pun jahat, xtau la ape pny negara ni. huhuhu

p/s: ni tip percuma. kalo tgk movie ni dgn awek, boleh melonjakkan markah dlm kursus Romantik 101...hahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

15 Dinar Emas

kenduri kawin ahlooqe dan nana, serta faris n naimah. kat kelantan.


maka terbangla aku ke KB dgn linda, irma, belle dan ushop.

...

...

...xda idea nk tulih, sbb pjg sgt citenye...i let d pics do d talking la eh?

  • naik ketapi ke KL. kul 0435 tu...gigih nk maut...
  • main jetski kat sg. kelantan. jue yg punya jetski
  • belle, penunggang jetski separa pro-separa amatur
  • aku? menumpang je sebab xleh pakai spek masa bwk jetski, takut spek jatuh dlm air
  • jue dan irma membelah olak2 sg. kelantan
  • BBQ di tepi sungai...
  • kodok dan ali dan lain2 membakar ayam
  • aku tukang makan...haha!
  • jue tuan rumah
  • majlis nikah ahlooqe/fazlur kat kuala krai
  • ahlooqe yg pucat, japgi dah tak bujang dah...haha~
  • kenduri faris pulak esok harinya kat kg. laut
  • faris dan naimah. naimah org melaka
  • malam tu pulak, main futsal...setelah TIGA TAHUN tak main bola. padang mahupun PS2
  • lepas agak2 tak larat, jadi penjaga gol. save 2...bolos , x terkira
  • ali sakit2 kaki sbb xcukup warm-up dan stretching
  • seluar skuad kebangsaan...ali yg punya
  • esoknya ke KT, jumpa cikgu Zurina. sambil2 tu gi masjid kristal dan beli keropok
  • masa balik ke ipoh, ada pakcik kirim barang ke anak sedara dia kat ipoh. aku dpt la rm10 sbb jadi kurier dia ni. rm 10 pun duit beb!
  • mcm nama orang kn? cikgu Zurina ckp, "who the h*ll is trash?" haha
  • x kelakar ke?
oh ye, 15 dinar emas tu maskahwin dan nilai duit hantaran ahlooqe kpd nana

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

tetamu putih 2

3-5 ogos hari tu, sekali lagi rumah aku diserbu oleh tetamu2 putih. kali ni org dari 'motherland' - Rusia. Kris dan Lena.

berbeza dgn Jon n Ania, diorg ni kaki tumpang a.k.a. hitch-hikers. nak sampai ke ipoh tu pun, diorg tumpang kereta dari pulau pinang. diorg tumpang kereta satu pakcik cina dgn anak kecik. sampai Tesco, pakcik tu tipon aku.

aku pun amik diorg dan terus la membuat aktiviti iaitu...

berkelah di sungai chepor!!!

  • Lena tgh melantak sanwic tuna sambil minum air kedondong
  • Kris dan djambu
  • semut Ipoh yg berbisa mcm racun Ipoh gak
  • Lena takjub dgn tembikai warna kuning, terus dia beli n makan sama2
aku agak yg diorg ni dari pagi tadi x mandi sbb org kembara2 ni xda masa nak mandi. dan satu lagi, diorg sure lapar sbb memula jumpa je dah tny psl makan. hoho. kesian diorg...terpaksa la aku trgkn yg brg mkn aku dah bwk, n kita nk gi mandi. aku dpt rasakn kelegaan dan keseronokan dlm hati diorg. hahaha

lps tu, kitorg balik ke umah tmn cempaka n lepak2 kejap smbil mkn tembikai. mcm2 cite kuar masa mkn tembikai. cite kenapa buah kat malaysia sedap la, alat muzik tradisional la [yg aku byk xtau sbb bukan bidang aku], demam denggi la, makan daging anjing la ape la.

masa aku bwk balik diorg ke umah tambun utk tido, mak terasa agak2 takut sbb rupa si Kris ni yg mcm jembalang tanah. haha. ditambah pulak dgn mata yg melilau2. aku memula jumpa pun seram. tp lps sembang lebih2 kurg, ok jek. tapi mak masih xleh sembuh dr 'trauma'. kui kui kui~~ [diorg ni mmg pendiam sket berbanding Jon & Ania hari tu. benteng bahasa kot...]

keesokan harinya, diorg gi cameron highland. tumpang kereta jugak dan naik cameron tu, tumpang lori bunga. adoi. sepjg hayat aku xpenah naik lori bunga. gile babi adventure tol diorg nih!

lps tido lagi satu mlm kat umah aku, diorg pun chow ke KL...dgn menumpang kereta gak...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

merunding serunding

ni ialah entri yg telah ditulis lebih awal; pada 5 ogos 2009

serunding bilis kegemaran semua


goreng bawang dgn 600g minyak. bila dah garing, angkat dan toskan.

lepas tu, masukkan bilis yg dah dikisar lumat dan campuran serbuk cili ke dalam minyak tadi.

agak2 nak kering, lambakkan gula, juga 600g.

godak sampai kering. maka jadilah serunding bilis atau nama lainnya serunding jambi. jambi tau, bukan djambi. hahaha

hari yang menarik menolong mak di dapur sambil hujan berlari2 mengejar mentua...

p/s: gamba yg dah siap belum amik lagi. ptg tadi aku gi tesco mencari gula. panik2!!! krisis gula!!!
p/s2: resepi lengkap terlupa nk tny...

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

hanya jauhari kenal manikam

imej dari ujanailmu.com.my

tp ada org kata 'hanya jefri kenal maniam'. ntah. kdg2 aku pun keliru. hahaha

beberapa minggu lepas, aku berjaya habiskan novel 'Manikam Kalbu'. x, cerita ni xda kena mengena dgn aksi tikam menikam, tikam belakang, kuih lompat tikam ataupun main tikam-menang dapat rm10. novel ni cerita pasal dunia fesyen tradisional, falsafah pakaian dan pemakaian dan jihad jurufesyen.

tapi kisahnya disampaikan dgn cara yg unik, iaitu melalui watak remaja lelaki tunggal [yg tulen] dalam kelas ekonomi rumahtangga dan penceritaan orang ketiga [kucing, bukan orang pun]. bab2 dlm novel ni berselang2, modenkala dan purbakala. memula baca tu, berasap gak nak pahamkan. kejap2 melompat zaman. huhu

remaja lelaki tu bernama ziryab, ada nenek yg mengidap alzheimer, berjiran dgn sepasang doktor, mempunyai kawan2 perempuan yg jaki dgn bakatnya dan berguru dgn cikgu yg cun. kucing purbakala tu pulak, diberi izin Allah untuk berkomunikasi dgn manusia dan bersikap manja2 gitu~~, bersama tuannya - Manikam Kalbu - dalam setiap saat susah senang menuntut ilmu busana di seluruh kepulauan Melayu.

walaupun buku ni berkisar isu2 fesyen dan asyik menyebut istilah2 jahitan, nama2 kain, teknik2 yg aku pun xtau, tapi itu lebih menunjukkan bahawa orang2 Nusantara juga mempunyai ilmu2 bernilai tinggi. rugilah kalau ilmu2 itu ditinggalkan, dibiar lesap dan tak dikembangmajukan.

pada aku, novel ni jugak membuka ufuk baru mcm filem 'Devil Wears Prada'.

tapi aku musykil, kenapa sdr Faisal Tehrani cukup suka dgn isu lelaki muda kahwin dgn perempuan yg lebih tua? sama mcm 'Bedar Sukma Bisu' dan 'Tunggu Teduh Dulu'.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

ahmad nisfu?

nisfu syaaban maknanya setengah syaaban. bulan syaaban. syaaban tu bukan kuih bulan tapi bulan perkiraan hari yg ada 12 dalam setahun tu...

tadi aku gi surau dan lepas maghrib ada baca yasin sempena nisfu syaaban. baca yasin nisfu syaaban tu 3 kali. untuk setiap kali, ada niatnya.
  1. yg pertama, niat untuk dipanjangkan hayat dalam kebajikan
  2. yg kedua, niat untuk dimurahkan rezeki untuk tahun yang mendatang
  3. yg ketiga, niat untuk dimatikan dalam keadaan beriman
ni kali pertama dlm seumur hidup aku 24 tahun ni, aku baca yasin mlm nisfu syaaban. mintak2 la yg kali pertama ni dimakbulkan terus hajat. insya Allah.

sempena nisfu syaaban esok, org2 muslim akan berpuasa sunat. tp aku x le, sbb esok aku musafir :P [baik xyah cakap ye x? adoii~~]

bermula esok pulak, buku amalan kita akan ditukar. bukak buku baru. buku yg lama, yg tahun lepas punya, dah tutup. xtau la pulak kot2 boleh semak semula ke ape ke. klo dgn manusia2 ni, boleh je kata 'rayuan atau surat menyurat tidak akan dilayan'. tp klo kita mintak kat Allah, dgn rahmat-Nya, boleh a rayu-merayu. selagi belum nak mati la...

p/s: mintak2 la lps baca yasin tadi, buku aku clear sblm bukak buku baru ni...Amin
p/s2: benda ni bidaah ke?

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

slmt pngantin baru kpd hanafee dan hanim


sikit punya pjg ke tajuk tu. ni la sebabnye aku turun melaka. nk menengok pasangan bahagia ni bersanding kat melaka. sanding yg memula tu kat penang, aku terlepas sbb aku pny janji dgn tuan nadzrin hari tu. kawan baik pny pasal, aku turun jugak.

aku rancang benda ni dah lama sebab hanim pun nak btau benda ni awal2. makanya, dapat la aku jumpa kawan baik aku kat UIA dulu merangkap kawan sekola si napie ni iaitu Dr. abd rahim. sambil2 tu dapat la jugak aku menumpang hostel manipal med uni.

ttg pasangan bahagia ni, aku sejak skola dulu mmg lagi byk berkomunikasi dgn si hanim ni. satu persatuan la katakan. hehe. ELS beb, persatuan yg disalaherti oleh byk pihak. dan byk lagi perkara2 yg xperlu dinyatakan di sini pulak tu, si aneem ni pulak antara kaki2 chatting batch kami yg terawal. zaman tu chat pakai mIRC, channel #wakafan. hehehe. mcm2 nama samaran ada. untung la sape yg pakai nama betul. cth nama samaran mcm nur^qalbi la, nanaza la, iQ^nur la, giantz la, tepet la, marjan la ape la. sape yg igt nick aku, aku bagi hadiah. hahaha

dgn napie plak, aku xda la rapat sgt dan xda pulak aku gaduh dgn dia. cuma dia bukan classmate aku n xpenah dok satu tingkat dgn dia. tapi kira kawan la jugak kan?

dan seperti biasa, klo ada kenduri kawin, kira mcm reunion kecil2an a jugak. yg ramai dtg rasanya masa kenduri kat pulau pinang, umah si aneem. yg dtg kat melaka, aku, shaffik, aufa, tin2, nailah [2 yg selalu dikonfiuskan. haha], aizu, huda dan ada 2-3 org yg aku xdpt cam [tp org cam aku. adakah aku dulu popular?] hahaha. lupa plak nk ckp. si abd rahim td tu, kwn skola si napie masa menengah rendah. punya la jauh berzaman2 pny jejak kasih ni.

habis kenduri, kami yg laki2 ni gi bantai cendol brunei kat depan d'mart. si rahim la yg ajak sbb katanye cendol ni mmg bereputasi kat masjid tanah ni. sape2 dtg masjid tanah xpekena cendol ni, xcukup syarat katanye. diperkuat lagi dgn permintaan mak si aufa, suh beli cendol bwk balik. aaa, lu pikir la sendiri berapa punya 'kow' cendol ni. aku tgk pun takut. bendalah hijau cendol dia, saiz XXL mcm laksa. bukan halus2 mcm berudu ke ape ke.

mlm tu, aku balik naik bas. ni satu lagi aku baru jumpa. kerusi bas ada mesin urut. xda kena masuk syiling. tekan punat jek, pastu nti dia bergetar2 mengurut badan sang musafir yg kesengalan. aku pun sepanjang mlm dok mengodek2 punat tu. hehehe. alang2 dah bayar tiket rm 35. bas dari ipoh sama harga tapi xda urut2 plak.

aku sampai ipoh kul 0130. kancil aku tersedia menanti kat parking, aku pandu smpi rumah...

I. sekolah izzuddin shah, ipoh
II. SMKA sultan muhammad, melaka
III. kolej islam sultan alam shah, klang
IV. melaka manipal
V. ex-UIA

sape bleh teka, mana satu nailah, mana satu fatinah? hehehe. ramai org konfius nih...aku pun kdg2 konfius. [tp lps kne acu penumbuk dgn tin2, terus aku x konfius. haha]

cendol bersaiz laksa...yg aku punya ada pulut. free je sbb Dr. abd rahim belanja. dia ni mmg baik...:P tiket bas aku pun sikit lagi dia nk belanja. haha!

kerusi urut dlm bas star smart. sape2 nk naik bas ada kerusi urut, try a syarikat ni. kat melaka sentral, kaunter dia nombor 2.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...