Archives

tergantung...



salam semua.

rasanya blog ni akan kurang aktif selama mana aku ada kat KB ni. kalau ada benda2 yang betul2 menarik je baru akan ada entri baru.

jika tidak, maka aku kena belajar untuk exam.

oh ye, aku kat KB. kursus 6 minggu bawah kelolaan USM di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

semoga aku berjaya.


p/s: aku dulu memang penah teringin nak masuk USM. tapi begini rupanya aku masuk USM. kursus tanpa ijazah dan peperiksaan tanpa ijazah plak tu. adoiiii...

p/s2: pandu kereta kat KB ni, dah berapa kali tah kena hon. aku bawak kat ipoh, sekali pun tak penah kena. ape punya kerek la pemandu KB ni. diskriminasi kat kereta aku berplat 'luar' kot.

p/s3: sori la faiz. tak dapat nak hantar ke lapangan terbang. ada kelas. nanti kalo abwan pass dgn berjaya, abwan leh a melawat faiz kat sana. x pun taun depan abwan anto la faiz...insya allah

p/s4: terima kasih la kat pakcik yusoff tolong belikan aku tiket balik raya, kalo x...x raya la aku jawabnye~ nanti ambo baya duit tiket deh.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Liga Remaja Kreatif


sape2 ada perasan kempen liga remaja kreatif kat TV?

kempen yang bagus. cuma satu je.

tak ada "KEPIMPINAN MELALUI TELADAN"

macam mana nak suruh remaja kreatif, kalau SKMM yang kempen pun ciplak logo orang...[ni logo lucasarts yang lama. mungkin dah tak kira curi hakcipta. tapi masih ciplak idea]

satu lagi. ada ke remaja yang tengok RTM/TV1/TV2? ehehehe

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

cubaan gagal


satu ketika Wawad dan Chin tido, aku ke hujung gerabak, seorang diri...

aku nampak Veronika di hujung sana. pun seorang diri...

lalu aku beranikan diri.

"hai."

"hai"

"sape nama?" [padahal dah tau, sebab dia pakai tag nama]

"Veronika"

"saya Zool" [aku rasa mesti dia cakap "tak tanya pun..."]

"dah lama ke kerja keretapi ni?"

"ni musim panas yang kedua"

"oh, dah dua kali dah ke. memang tiap2 hari ke ulang-alik odessa-moskow?"

"ya."

"belajar lagi ke? kat mana?"

"aah. tahun 2. belajar kat institut senibina."

"belajar apa?"

"senibina la. saya belajar bahagian jalan dan pengangkutan ni. jadi kena la buat praktikal dengan keretapi ni."

"asal odessa ke?"

"tak, saya orang donetsk."

"mak aii, jauhnya. asal donetsk, praktikal kat odessa. keje ulang-alik ke moskow pulak tu."

"nak buat macam mana..."

lepas tu ada la lagi sembang2 kecil. dan dia pun balik ke bilik dia dlm gerabak tu.

aku pun balik ke tempat aku. aku lintas bilik Veronika, aku nampak ada mamat baring2 lepak dgn Veronika.

"cisss...celaka...cuba lagi lain kali..."

sah2 tak akan ada lain kali sebab aku pun tak akan jumpa Veronika lagi dah sampai bila2...Wawad dan Chin masih lagi tido dan aku meneruskan perjalananan sambil duduk sorang2...

p/s: perbualan tadi semuanya dalam bahasa rusia. aku ejas sket2 bagi korang paham.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Moskow-Abu Dhabi-Manila

huiii...dok umah ni mmg xda benda nk cerita kat dlm blog. nampak gaya cerita2 kembara aku pun nak abes dah. sebabnya, tujuan aku tulis bendalah blog ni nak kongsi cerita2 aku kat luar negara. oklah. ni kira episod2 terakhir luar negara aku. insya allah ada rezeki aku melancong ke mana2, aku cite la dlm ni. setakat ni, xda lagi nampaknya cite aku ke luar negara...

baik, jom kita sorot balik hari-hari sebelum keluar dari ukren tempohari.

6 hb julai, kami ramai2 bergerak meninggalkan tanah ukren. kumpulan ushop, kodok dan awek2, naik kapal terbang pagi. pukul 5am diorg ambil van ke lapangan terbang. aku, wawad n chin ambil keretapi petang ke Moskow. keretapi 5pm dijadual sampai 9pm keesokannya. 29 jam atas keretapi beb! kejang jugak masa memula dengar tu. tapi, nak ke Moskow dengan cita2 murni punya pasal, redah jugak la.

disebabkan bagasi banyak, kami tempah van. dan cadangnya, nak ambil van yang sama utk perjalanan petang tu ke stesen keretapi.

malangnya...

aku rasa pakcik tu mengantuk, pagi2, tak sedar yg aku dah tempah van utk petang. tunggu punya tunggu, tak datang2. bila telefon balik, selamba je pakcik tu cakap, "eh, kenapa tak bitau awal2?" kepala otak ko tak btau. aku btau awal pagi tadi, tak cukup awal ke? hujungnya, kami ambil teksi lain. pada masa yang sama, pakcik tu punya tempahan aku tak batalkan. lantak la ko tunggu kat hostel. bukan aku nak jumpa ko lagi dah. hahaha~

dalam keadaan separa kelam-kabut, kami pun sampai di stesen keretapi. memang kelam-kabut. sampaikan aku rasa ada barang tertinggal atas meja la, duit x cukup la, paspot cicir la, x sempat makan la, apa la. kat stesen, tukar duit ukren ke dolar, beli air minum, buang air sume. terus ke gerabak dan disambut oleh Veronika [ada sambungan cerita Veronika ni].

perjalanan 29 jam dalam keretapi penuh dengan cerita, gosip, umpat-mengumpat, kutuk-mengutuk, kupasan rahsia dan macam2 kelakar lagi. sampai la kami tiba di Moskow keesokannya.

sehingga itu, jom tengok gambar!

pakaian sepanjang perjalanan

brek kecemasan, kot2 ada pengganas ke apa ke...

gerabak ke 6-13. kitorang duduk dlm gerabak 5

stesen Bryansk. kat ulu banat mana ntah...ni sikit lagi nak sampai sempadan Ukraine-Rusia

petik gambo sket kat Bryansk

ni Chin tengah uji lensa DSLR

ni aku tengah uji zum digital. hehehe. kena tapis la sikit eh? :P [sangat 'pervert'! curi tangkap gambar dari jauh]

p/s: terima kasih kepada Chin yang petik gamba

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...